Saturday, November 17, 2012

Banyak Tapak Tangan Perwakilan Mukatamar PAS Berdoa Agar PAS Kembali Ke Perjuangan Asal... Jangan Jadi Tukang basuh Berak DAP

Muktamar Dewan Ulamak PAS Pusat yang berlangsung di Dewan Duyung, Perdana Resort hari ini berlangsung dalam keadaan tenang walaupun umum tahu bahawa parti tersebut sedang bergelora di peringkat akar umbi. 

Dalam ucaptamanya, Datuk Harun Taib, Ketua Dewan Ulamak PAS menyeru para Ulama PAS mempertahankan ijtihad Tahaaluf Siyasi (persefahaman politik) termasuk mengarahkan semua ahli mengundi calon-calon bukan Islam di kalangan Pakatan Rakyat.  Untuk itu,  Datuk Harun juga mengingatkan mereka agar menggunakan dalil-dalil dalam Al-Quran dan hadith yang bersesuaian, untuk meyakinkan pengundi. 

Secara dasarnya, Ulamak PAS mengambil pendirian untuk menumpukan kepada perkara besar dan mengenepikan perkara kecil dalam membawa usul ke Muktamar Tahunan ke-58 yang bermula di Pusat Tarbiyah Pengkalan Chepa (Putik).  

Apa yang menarik ialah, Dewan Ulama PAS telah memutuskan ‘menawan Putrajaya’ sebagai satu-satunya agenda besar. 

Manakala soal lain, termasuk kebebasan umat Islam menukar agama yang berbangkit dari kenyataan Nurul Izzah, hala tuju dan prinsip Pakatan Rakyat dalam soal hudud, Malaysian-Malaysia, liberalisme dan pluralisme yang menjadi kontroversi dalam mendefinasikan jatidiri PAS hari ini, telah diremehkan. 

Malah, soal jawatan Perdana Menteri serta  pembahagian kerusi yang merupakan isu asas dalam memperkatakan agenda besar untuk ‘menawan Putrajaya’ juga turut diketepikan. Dalam kata lain, penyokong PAS wajib menerima hakikat bahawa Anwar adalah bakal perdana menteri kerana Anwar saja yang mampu menyatukan jasad PAS dengan DAP yang mana tanpa penyatuan ini, PAS tidak mungkin mampu mengimpikan Putrajaya. 

Dalam kata lain, para penyokong yang mempunyai kemusykilan atau persoalan mengenai perkara-perkara di atas dan berniat untuk mengusulkannya untuk dibahaskan telah disarankan agar membatalkan niat mereka sebaik tiba di pintu Muktamar. 

Bagi menyimpulkan pendirian Dewan Ulama atau mungkin juga kepimpinan PAS keseluruhan, petikan tulisan seorang blogger pro-PR menyatakan segala-galanya, iaitu “Ahli perlu membincangkan bagaimana mahu melurus dan melebarkan jalan menuju ke Putrajaya.

Jangan pula ada yang primif dengan menyempitkan jalan ke Putrajaya dengan menzahirkan kebimbangan ataupun konfius; DAP akan menyekat pelaksanaan Islam ataupun masih konfius apakah suci ataupun tidak Anwar Ibrahim untuk jadi perdana menteri? Perkara itu tidak perlu ditimbulkan dan yang penting gapai dulu Putrajaya kemudian baru bahaskan.”

Malah, blogger tersebut juga berpesan agar penyokong PAS jangan tamak mendesak agar kerusi pilihanraya diberikan lebih kepada PAS berbanding PKR.  Katanya, “Lebih baik Pas menang sedikit daripada menang besar kalau penyertaan itu memberi untung kepada Umno. Juga tidak ada gunanya Pas menang besar kalau kemenangan itu nanti digunakan untuk bergabung dengan Umno tanpa ada konsensus dari ahli.”

Alasan beliau ialah walaupun gabungan PAS-UMNO merupakan perkara spiritual iaitu hubungan agama dan bangsa tetapi “tidak elok kalau ditimbulkan dalam muktamar kerana ia boleh menyinggung rakan Pakatan yang lain.” 

Seperti juga blogger tersebut, Dewan Ulama PAS telah memutuskan yang PAS tidak pernah terpesong dari landasan asal iaitu masih memperjuangkan penubuhan Negara Islam dan melaksanakan Hudud.  Bagaimanapun, ahli-ahli dilarang bertanya bagaimana untuk memperjuangkannya sedangkan ia ditentang hebat oleh DAP.  

Nampaknya, kerana terlalu inginkan kuasa, Ulama dan kepimpinan PAS mula menunjukkan sikap kuku-besi.   Ahli-ahli tidak dibenarkan bersuara atau bertanya.

Jika ada yang berbuat demikian akan dituduh sebagai agen UMNO, pengkhianat dan kemungkinan besar dikenakan tindakan pecat. Ahli-ahli dipaksa untuk menerima hakikat bahawa jika mereka perlu menggadaikan agama, bangsa, negara, maruah, wang mahupun nyawa untuk mendekatkan mereka ke Putrajaya, maka mereka wajib melakukannya tanpa banyak soal. 

Nampaknya, Muktamar PAS kali ini tidak ada faedahnya jika ahli-ahli menerima saranan blogger PAS di atas.   Jika isu-isu yang menjadi kemusykilan di peringkat akar umbi tidak dibenar disuarakan, maka apa lagi yang boleh dibincangkan?  

Apakah Muktamar hanya untuk ahli berjumpa untuk mengeratkan silaturrahim dan mendengar ucapan kepimpinan semata-mata?   Sedangkan, akar umbi mendambakan satu gambaran yang jelas lagi terang berkenaan arah tuju parti sebelum dan juga selepas Pilihanraya. 

PAS tidak boleh mengharapkan semua ahli menerima arahan untuk tutup mulut dan memenangkan parti dahulu sebelum bertanya ke mana mereka akan dibawa.

Tidak semua ahli-ahli PAS sebodoh pemimpinnya.  Ramai yang berupaya membayangkan kekecohan selepas Pilihanraya sekiranya PAS tidak mampu menjelaskan di manakah kedudukan parti mereka dan ke manakah arah atau apakah gaya pemerintahan PR nanti.  

Muktamar ini sepatutnya digunakan sebaiknya untuk menjelaskan segala-gala kemusykilan akar umbi ini dan bukannya menggelapkan terus pandangan mereka.  Jika PAS gagal memuaskan hati akar umbi melalui Muktamar ini, maka Putrajaya nampaknya akan semakin jauh lagi.

9 comments:

Anonymous said...

Harap saudara MIK, buka email anda dan baca. Kenapa email sendiri tak buka dan baca, please go to your email.!!!!!

Anonymous said...

Tuan Tanah blog MIK, Cuba genggam penumbuk.... kemudian tegakkan jari tengah kamu... itu untuk kamu.

Anonymous said...

Putrajaya Putrajaya Putrajaya Putrajaya Putrajaya Putrajaya Putrajaya Putrajaya Putrajaya Putrajaya Putrajaya Putrajaya Putrajaya Putrajaya Putrajaya Putrajaya Putrajaya Putrajaya Putrajaya Putrajaya

Ratib PAS sudah berubah..

Anonymous said...

genggam penumbuk kemudian silang jari tunjuk dan jari hantu anda..

Negara Vietnam, simbol begini di tunjuk oleh pelacur sebagai simbol dia 'free' dan bersedia untuk dilanggani.

Di Malaysia pun ada, Nik Aziz pun buat simbol itu.

Mungkin dia pun tak tahu apa maksud..

"Ambo tok tahu, ambo sakit perut".

belang said...

Dah 50 tahun wujud sebagai sebuah parti. Dah 3 negeri punya pengalaman sebagai pemerintah. Malangnya lebai2 ni dari mursyidulnya sampai la ke ajk dan ketua pemudanya lemah dan lembam. Muktamar hanya dijadikan pentas retorik politik bukan sebagai wacana percambahan ide utk umat islam malaysia dan dunia. Pembaziran masa sekadar seronok berteriak dan bersenmggama dlm bilik hotel.

Anonymous said...

Jangan mimpilah PAS nak memerintah...
Banyak isu melibatkan Islam PAS membatu je...ape citer.Anwar, Nurul Izzah dah jelas sokong LGBT ape komen PAS? haram... Bebas memilih agama ape komen PAS?... terpulang kepada rakyat sebab rakyat dah pandai menilai. Ni semua jawapan hipokrit, jawapan bodoh...
Betul cakap betul, salah cakap salah... Walaupun BN tak perfect 100 peratus sekurang2nya ada majukan sumbangannya pada Islam. Nak kata BN rasuah, betul memang tak dapat nafikan,tapi bolehke jamin bila PAS memerintah rasuah x de, tak mungkin... Apa sumbangan PAS pada Islam? Tak de.. Paling tak pun buat huru-hara je lebih... Nak kata buat hudud, tak buat2 lagi kat Kelantan. Apatah lagi nak pimpin negara...Kelantan pun mundur ada hati nak pimpin negara... Jangan riak PAS... Kadang2 kita rasa kita terlalu alim untuk mencaci seseorang zalim tapi dalam diam kita yang bapak segala zalim ...

Anak Lenggong said...

Yang tergelaknya si Harun ni kata PAS masih lagi mau laksanakan hudud dan mengetakan bahawa DAP menyetujuinya...tetapi hari ini Karpal Singh bedal semula dengan menafikannya serta diucapan pembukaan dimuktamar PAS oelh Hadi pula tak menyentuh langsung soal hudud..so sape yang kelentong sape ni..nak bercakap berkenaan dengan hudud tapi pabila hal akidah dipesongkan oleh nurul izah..teman sebantal..bukanya nak diperbetulkan tetapi dipulangkan kepada orang ramai untuk mentaksirkannya..so ini kah pejuang islam yang nak buat hudud.

Mahathir dan UMNO bukan menentang hudud islam tetapi menentang hudud yang digunakan oleh PAS.

Anonymous said...

Anak Lenggong...kalau bro kata Hudud yang ada tu hudud Pas,sebagai ahli dan penyokong UMNO yang setia,saya ingin jgk nak tengok Hudud UMNO atau Hudud yang sebenarnya terlaksana di Malaysia....bolehkah kerajaan UMNO/BN tunjukkan kpd rakyat tentang Hudud tu.....

merbah desa sgt said...

sekarang dah mula kelam kabut.pas nak tawan putrajaya tapi mahukan anwar jadi perdana menteri.pas tetap nak laksanakan hudud dalam perlembagaan negara tapi ditentang olih dap.bimbit2 kacau bilau dan huruhara dah mula nampak.melayu tak nampak lagike.dalam pr pas bukan ketua kumpulan pr.