Wednesday, November 28, 2012

Blog MIK Juga Setuju Najib Kembalikan Kedudukan Shahrizat Jalil...!!

Perwakilan Wanita Umno Kedah Halidah Putih merayu kepada Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya mengembalikan "peluang dan kedudukan di tempat yang sewajarnya" kepada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, selepas pilihan raya umum akan datang.

Katanya, rayuan itu dibuat kerana pergerakan itu "sayang" ketua Wanita Umno itu yang menurutnya, cukup gigih memajukan sayap utama parti itu dan kaum wanita.

"Saya merayu kepada Datuk Seri Najib... Datuk Seri, kami sayang ketua pergerakan Wanita Umno Malaysia. Tolong kembalikan, Datuk Seri (Najib)... ketua kami di mana yang sewajarnya.

"Beliau berjuang tidak mengira waktu, masa. Tak kira apa jawatan pun... Waima (beliau) tidak ada jawatan pun, maka Datuk Seri Shahrizat seorang yang cukup gigih.

"Kita merayu, tolonglah, berilah peluang dan berikan kembali kedudukan kepada Datuk Seri Shahrizat Jalil, selepas pilihan raya umum ke-13 di tempat yang sewajarnya" katanya ketika menyampaikan ucapan menyokong ucapan ketua Wanita Umno itu.

 Shahrizat melepaskan jawatannya sebagai menteri pembangunan wanita dan keluarga selepas dikaitkan dengan isu National Feedlot Corporation (NFC) yang diterajui oleh suaminya.

Bagaimanapun beliau kekal sebagai ketua Wanita Umno. Manakala teraju Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat didiambil alih oleh Najib yang juga menteri kewangan.

Selepas itu, perwakilan Wanita Umno Selangor Mesrah Selamat menegaskan pihaknya akan terus menyokong dan mempertahankan kepimpinan Shahrizat "hingga titisan darah yang terakhir" walaupun sayap itu berdepan dengan pelbagai "serangan" daripada dalam dan luar parti.

"Jangan bimbang... Demi apa? Demi cinta dan perjuangan kami rela mempertahankan (beliau) dengan apa cara sekalipun. Insya-Allah," ikrarnya mewakili seluruh lebih satu juta ahli wanita di negeri itu.

Sebelum itu, seorang perwakilan Wanita Kelantan merayu kepada Najib untuk memberikan 30 peratus calon wanita bertanding dalam pilihan raya umum dan sebagai pembuat dasar, memandangkan prestasi jentera sayap itu.

"Jentera wanita menerima pujian yang tidak putus-putus... Sekarang (aura) jentera (Wanita) sudah mula dirasai dan insya-Allah (presiden) tidak akan ragu-ragu dalam memberi 30 peratus kuota calon dan membuat dasar menjadi kenyataan," katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ucapan mencadangkan ucapan Shahrizat yang disampaikan sebelum itu.

HIDUP SHAHRIZAT JALIL!


8 comments:

Anonymous said...

anak lembu merayu supaya ibu lembu masuk dalam kondo

AFTERDARK said...
This comment has been removed by the author.
AFTERDARK said...

Shahrizat dah buat kerja yang baik. Namun pada saya lebih baiklah sekiranya Shahrizat menolak sebarang usaha untuk mencalonkan beliau semula. Lagipun tidak berjawatan tidak semestinya tidak berguna. Contoh terbaik ialah Tun Mahathir. Semua pemimpin veteran UMNO yang masih ingin menyumbang kepada rakyat boleh join NGO seperti Perkasa atau Perdana Global Foundation. Lagipun di NGO seperti inilah mereka boleh membuktikan bahawa mereka bukan berkhidmat bukan untuk mengejar harta.

Anonymous said...

NFC tu kes pinjaman yg kene bayar balik...bukannya bagi pree macam yg Husam buat masa projek jamnapari..

Korang puak pembangang xnak ke belajar cara2 mnjadi usahawan yg brjaya spt Mak Lampir...dgn berjualan buah2an saja selama 4 tahun dia dapat mengumpul harta2 trtama tang keter2 mewah..bukan 1 tapi 4...

Hebat tol kan..pendatang pon bole kaya kalo rajin berusaha di Malaysia ini...mmg betol2 ZALIM la kjaan skrg neh....

Anonymous said...

halo kawan, udah udah la tu. syarizat,,, duduklah diam diam. tak yah la aktif lagi dlm politik. pergi la bisnes.

Anonymous said...

[url=http://www.giubbotti-moncleroutlet.com]outlet moncler[/url]
[url=http://www.giubbotti-moncleroutlet.com]outlet moncler[/url]
[url=http://www.supra-shoesnz.net]supra shoes[/url]
[url=http://www.chanel-newzealand.com]chanel nz[/url]
[url=http://www.giubbotti-moncleroutlet.com/moncler-jackets-kids-c-18.html]Moncler Jackets Kids[/url]
[url=http://www.giubbotti-moncleroutlet.com]http://www.giubbotti-moncleroutlet.com[/url]
[url=http://www.giubbotti-moncleroutlet.com]outlet moncler[/url]
[url=http://www.supra-shoesnz.net]supra shoes[/url]
[url=http://www.giubbotti-moncleroutlet.com]outlet moncler[/url]

Anonymous said...

pinjaman byr balik ka apa ka.. tindakan membeli kondo dgn dana tersebut mengecewakan golongan petani dan penternak... mereka yg spatutnye mendpt pinjaman begitu.. terutama yg da lama dlm bidang tersebut..
industri daging negara menjadi buntu dan pergantungan kpd import akan berkekalan smpai bile2
tau tak berapa penternak2 peringkat parlimen dpt bantuan RM2500 ke RM10K
ape yg nk dibuat dgn RM sebyk itu.. seekor lembu aje dpt la...
sudah la pinjaman mara dan agrobank memang payah nk dpt...

Anonymous said...

BN rugi jika tidak mencalunkan Kak Jat yang pada saya amat berkaliber dan kuat bekerja. Kesilapan suaminya tidak harus dibebankan kepasanya. Dia pemimpin wanita yang berwibawa. Kita harus pandang dari sudut positif dan tidak mudah terpengaruh dengan dakyah pembangkang. Anon di atas sekali yg mengaitkannya dengan lembu ternyata dangkal dalam pemikirannya. Berfikir secara positif.