Wednesday, November 28, 2012

BONGKAARR..! Pendedahan Eksklusif - Lydia Najwa Dedahkan Apa Rosmah Buat Diluar Negara....


Nama Datin Paduka Rosmah Mansor kalau disebut dalam negara kita ianya akan mengundang dua versi persepsi iaitu positif dan negatif. Khususnya dikalangan juak juak murahan Pakatan Pembangkang mereka hanya tahu mencari dimana salah dan silap langkah isteri Perdana Menteri ini…

Kerja mereka yang menganuti fahaman yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim hanyalah mahu menjahamankan dan merosakkan nama baik seorang wanita yang tidak pernah sekalipun membuat sebarang dosa terhadap mana mana pimpinan Pembangkang.

Kalau dilihat daripada modus operandi gila juak juak murahan Pembangkang, menyerang Rosmah Mansor adalah salah satu kaedah untuk meruntuhkan kekuatan ketokohan Perdana Menteri kita, Datuk Sri Najib Tun Razak. Apatah lagi apabila melihatkan keterampilan Rosmah yang berjaya menjalankan tanggungjawabnya sebagai First Lady Of Malaysia….

Kita tidak perlu persoalkan peranan yang digalas dibahu isteri Perdana Menteri ini. Beliau juga ada tugas dan tanggungjawab seiringan dengan suaminya. Cuma setiap langkah, setiap gerak geri Datin Paduka Rosmah ini menjadi pedih di ulu hati pembangkang, sakit dimata mereka…

Maka terciptalah pelbagai kata nista, caci hina, fitnah dan adu dumba dirungkai menyaluti sebuah nama iaitu Rosmah Binti Mansor.

Demikian sebagai Mukadimah untuk Penulis mulakan sebelum mahu menceritakan sedikit pengalaman untuk dikongsi bersama… Suatu pengalaman menyaksikan kehebatan Rosmah Mansor dimata dunia!!


Iya.., Penulis berpeluang untuk menyertai delegasi membuat liputan kunjungan Datin Paduka Rosmah Mansor ke negara Qatar baru baru ini. Isteri Perdana Menteri kita ini diberikan penghormatan untuk hadir ke Majlis Perasmian New Global Education Initiative oleh Permaisuri Qatar, Sheikha Moza bint Nasser. Malah tempat duduk Rosmah sebagai VVIP bersebelahan dengan Emir Qatar, Sheikh Hamad Khalifa Al Thani.

Seterusnya pada keesokkan hari, Rosmah diberikan satu lagi penghormatan untuk menyampaikan ucaptamanya dalam WORLD INNOVATION SUMMIT FOR EDUCATION tersebut singkatannya WISE 2012 yang berlangsung di Qatar National Convention Centre - QNCC. Isteri Perdana Menteri kita ini diminta berkongsi kejayaan beliau menerusi ucaptama [keynote address] bertajuk Sustainable & Quality Education for the Future, Malaysia Experience Through PERMATA.

Sidang Kemuncak Dunia Mengenai Inovasi Pendidikan ini memberikan peluang terbaik untuk Datin Paduka Rosmah Mansor menceritakan dengan terperinci mengenai PERMATA yang dipimpin oleh beliau sendiri.


Kejayaan membina PERMATA dengan menekankan aspek pendidikan pra sekolah, meletakkan asas pembelajaran seawal era kanak kanak menggambarkan kesungguhan isteri Perdana Menteri ini memerangi gejala buta huruf dan mahu mencapai angka sifar terhadap permasalahan kelahiran anak anak yang tidak menerima pendidikan dalam negara kita.…

Penghormatan yang diberikan oleh Permaisuri Qatar, Sheikha Moza bint Nasser untuk Rosmah berdiri diatas pentas dalam Auditorium Utama QNCC menyampaikan ucaptama bukanlah sesuatu yang mudah untuk diterima oleh mana mana individu didunia ini. Qatar yang terbukti sebagai sebuah negara terkaya dimana mereka tersenarai pada ranking nombor satu dunia mengikut statistik pendapatan per kapita memandang tinggi kejayaan isteri Perdana Menteri kita ini….

Penulis dimaklumkan Rosmah telah menerima undangan secara peribadi terus daripada Sheikha Moza yang mahu berkongsi pengalaman kejayaan PERMATA agar ianya boleh memberikan idea buat delegasi antarabangsa yang diwakili oleh hampir 100 buah negara pada Sidang Kemuncak WISE 2012.

Amat tinggi nilai penghormatan tersebut…, sebuah negara kaya raya seperti Qatar yang sanggup berbelanja besar sehingga mencecah angka Billion demi kelangsungan pencapaian pendidikan, dan negara kita Malaysia dilihat sebagai Role Model untuk membuka jalan hala tuju membina masa depan anak anak dalam menangani isu pendidikan. Hebat..!!

Malah setelah selesai menyampaikan ucaptama beliau, Rosmah telah dikerumuni oleh delegasi delegasi antarabangsa yang hadir pada sesi tersebut. Bersilih ganti ucap tahniah dan ramai dikalangan mereka memuji kejayaan PERMATA yang menempatkan prioriti terhadap pendidikan pra sekolah untuk rakyat dinegara kita ini.., delegasi delegasi tersebut semuanya kagum dan teruja..!

Bukan calang calang delegasi yang mewakili negara masing masing. Hampir kesemuanya berjawatan besar samada daripada universiti dan kementerian negara yang mereka wakili…




Ucaptama Rosmah yang berakhir dengan ungkapan Kita tidak mungkin dapat menyediakan masa depan untuk anak-anak kita, tetapi kita sekurang-kurangnya boleh menyediakan anak-anak kita untuk masa depan...." petikan kata hikmah President Roosevelt memberikan gambaran betapa besar sifat keibuan seorang wanita ini yang mahu melihat anak anak membesar dengan dunia pembelajaran… Itulah nilai keperibadian Rosmah Binti Mansor!

Penulis juga tidak mampu untuk melupakan kemesraan yang terjalin diantara Datin Paduka Rosmah Mansor bersama isteri Perdana Menteri negara Turki, iaitu Madame Emine Erdogan.

Dalam satu sesi pertemuan empat mata dua isteri Perdana Menteri ini menampakkan kemesraan terjalin dimana Rosmah dilihat tidak kekok untuk merancakkan perbualan diantara kedua mereka.

Terserlah kelebihan Public Relation [PR] dimiliki oleh isteri Perdana Menteri kita ini… Pandai menyusun topik untuk dibualkan, diselang-seli dengan usikan yang membuatkan bilik khas pertemuan tersebut meriah dengan hilai tawa wanita yang mewakili negara masing masing ini.

Secara peribadi Penulis kagum dengan bakat kepimpinan yang ada pada diri Datin Paduka Rosmah Mansor, beliau sangat bersahaja tetapi tajam pemikiran serta berpengetahuan tinggi.


Rosmah dilihat bijak menggunakan peluang yang ada untuk menjaga value political mileage suami beliau..!

Menjalinkan kemesraan dan mewujudkan hubungan yang baik secara peribadi dengan isteri Perdana Menteri Turki akan membuatkan juak juak Pembangkang menjadi agak rimas kerana selama ini  mereka dijaja cerita kununnya hanya Anwar Ibrahim sahaja mampu mendekati pembesar negara Turki….

Disini terpancar kebijaksanaan serta kecerdikan seorang isteri kepada Perdana Menteri yang sentiasa diserang dalam peperangan politik oleh musuh-musuhnya yang hanya tahu bermain dengan character assassination.

Penulis merasakan agak terkilan kenapa value yang ada pada diri seorang wanita penting seperti Datin Paduka Rosmah Mansor ini tidak pernah diangkat dalam negara sendiri….? Ada sahaja kata nista, tohmah dusta yang akan diserang acapkali Rosmah menjalankan tugas dan tanggungjawabnya sebagai First Lady of Malaysia….

Padahal diluar sana, dimata dunia merekalah lebih bijak menilai sebuah PERMATA yang sangat besar nilainya bernama Rosmah Binti Mansor.

Catatan Penulis – Lydia Najwa DSA 

25 comments:

Anonymous said...

This Lady name is Rosmah Binti Mansor and all i can say is she's AWESOME!!!!

Anonymous said...

Tipikal Melayu mana bole tgk bangsa sendiri maju,,dengki khianat mengatasi pemikiran, sbb tuhla DSR di tohmah dgn pelbagaik mak nenek cercaan...

Dan tipikal cina DAPig yg smmgnya mmbenci org Melayu berjaya tambahan di mata donia...bg mrk hny kaum dan puak mrk saja yg mulia ..sebijik prangai yahudi..betty FLOP buat apa saje xpe wlpon mengekor tokong smp dalam jamban...

DAN dan..ANUwar mmgla sgp buat apa saje utk menjatohkn saingan politiknya iaitu DSN..dgn mnjatohkn imej dan karektor isteri DSN..tapi manusia hny merancang,,,apa yg brlaku semuanya dgn izin Allah...

Semoga DSR terus tabah mnghadapi semua ini...teruskn usaha murni krn hny Allah yg tahu niat suci dalam hati manusia..

Anonymous said...

Apa macam pencacai-pencacai umno bila tiba nanti Najib & Razak baginda akn disapina mahkamah Perancis. Aku yakin terkencing-kencing nanti umno

Anonymous said...

pencacai pkr ni mmg tak baca akhbar lain. katak bawah tempurung betul. tak akan ada perbicaraan mahkamah di perancis. hai lantak la klau dah katak bawah tempurung nak buat camna. doakan ajalah satu hari kluar la org pkr dari bwh tmpurungnya

Anonymous said...

Pencacai umno sudah sudah kecut perut bila peguam suaram sudah buka mulut. Kebenaran semakin terserlah . Siaplah kamu pencacai umno bila mahkamah perancis mula prosiding pasal isu kapal selam scorpene. Terburai perut pencacai umno mengikuti kes ini.

aku said...

scorpene ke sapina ke aku pedulik apa...asalkan Pakatan Haram Rakyat bungkus masa PRU13 nanti...ha..ha..

aku said...

peguam SUARAM?? beruk boleh la ko kelentong...ni manusia la..apa punya baghall tahap Rafizi Lembu la ko ni..anom yg bebal tahap berapa aku pun tak tahu nak agak..sian aku tengok ko...nak tanya sikit, byk komisen SUARAM bagi kat ko untuk buat kacau isu-isu lapok bapak/opah ko punya kapal selam.. bodoh..bodoh..bodoh..ha..ha..ha..

Sou Yuen said...

Yeah,we still waiting for that. I already heard these scorpene,sapina things many times and feel impatient to see the consequence. But, now I'm feeling booooring because nothing happens,the words always flying around plus France does not give any word about this. Oh,maybe I need to wait until PR crashed or end of this world kot.

Anonymous said...

Betolla...

Aq pon dah boring dgr kompang pasal sapina..dari zaman batu lagi citer pasal ada rakyat Malaysia kene sapina tapi smp zaman millenium pon sapina xsampai2 pon,,,,,,

Yo la..agaknya ..penghantar sapina tgh cari jam omega atau xpon tgh berjongkang-jongkit dgn DOLL...atau tgh makan aiskrim dlm jamban ...atau tgh cari plaster nak tampal dahi sbb luke kene baling dgn ashtray..bini ngamok maa...atau tgh punggah kitab cari patwa pasal sapina.....

muahahhahahahahahahhahahahah

Amir jamil said...

Hot Entertainment News, Bollywood Hot News, Pakistani Girls and Latest Hot Girls Pictures.
hotentertainnews.blogspot.com

DON MELAYU said...

kebijaksanaan rosmah amat dikagumi oleh dunia luar,bkn shj dari segi berucap namun idea2 yang dilontarkan juga mat bernas dan berguna..kalau tak,takkan lah sampai dunia luar nak ambik malaysia mnjadi cntoh utk pndidikan awal kanak2 kat negara mereka..ini mmbktikan PERMATA amat brkesan dan brjya mnraik dunia luar utk mndalaminya..tahniah kpd rosmah krn usaha beliau selam ni mmbuahkan hasil..namun syg nya kat negara sendiri rosmah mnjadi mnagsa fitnah dan kritikan utk mmbnug karier politik DS Najib,,,tp aku espect satu bnda jer ngan rosmah,walau apa pun kutukan org lain trhadap dia,itu xprnh buat dia ptus asa utk trus berbakti kpd rakyat malaysia..

Daddy Cool said...

ahahaha..wahai pencacai PR yang bsuk lagi b odoh..org2 PR blh la ko nak tipu sbb sama bdoh jer ngan ko..ahahahahha..mana peguam SUARA HARAM ko weh???mana??blah la lu...

Anonymous said...

la la la la... Najib & pencacai umno lembu sudah kecut perut bila disapina oleh mahkamah perancis. Rahsia akan terburai. gembiranya aku. kah, kah. Mana lagi mahu lari

Anonymous said...


Biasa lah orang kita, kalau tak pakai tudung, baik macam mana pun dipandang hina. Kalau pakai tudung, perangai macam syaitan pun katanya sekurang kurang nya dia pakai tudung.
Kerana itu Nurul Izza yang menjadi ejen untuk memurtadkan anak bangsa dipandang sepi tapi Datin Rosmah yang dosanya hanya tak pakai tudung, dosa antara dia dengan Allah, tidak pun melibatkan aqidah umat Islam dipandang hina.

Anonymous said...

Kalau BN bakal Be End.. Kenapa PR kecut perot sejak akhir2 ni.. PR pandai cakap2 saja.. I like Rosmah.. I dun like Azizah. I like Najib. But I hate Anwar..but please... We love to see Anwar in action from other ppl ass.. Keh3x Go to hell pakatan..

Anonymous said...

First Lady of Malaysia ni banyak dapat pahala, sebab tak habis2 orang fitnah dia. Fitnah yang tak masuk akal pulak tu.

Sou Yuen said...

Scorpene,Sapina,Suaram...kindergarten songs that never end haha...PR mules as usual,cannot stick to the issue/topic,talk things out of space OR attack personal,show your intellectualism please.

Anonymous said...

agak2 macamana ya kalau Hadi jd PM? bini dia yang mana satu akan jd 1st lady??? pastu..agak2..camner lar bini dia tu nak berperanan sbg 1st lady ya..hehehehe

bro yul said...

ini masalahnya sesetengah rakyat kita yg hnya percaya pada fitnah secara membuta tuli tanpa melihat akn hasilnya...kalau PERMATA ni xbrjya xkn lah negara luar briya2 nak menjadikan PERMATA sbgai role model utk pendidikan kanak2 di negara diorng..ini lah yg membuktikan ke berkesanan PERMATA..dunia luar brebut2 nak mndengar pandangan dan idea rosmah tapi d negara kita terutamnya pakatan harami berebut2 mmbuat fitnah terhadap rosmah..bkn kah rugi kalau idea2 yg baik itu tidak dimanfaatkan utk negara kita sendiri? apa yg pakatan harami takut sangat dengan rosmah, jgn bimbang dia xde brtanding mana2 kerusi..najib yg brtnding, rosmah TAK bertanding dlm PRU.....jd kepada pemimpin2 paktan harami x usah la nk tabur fitnah jahat terhadap rosmah sbb ia sedikit pun x mematahkan semangat rosmah utk memartabatkan anak bangsa nyer...

Anonymous said...

Pencacai pencacai suaram ini memang suka menyokong kafir harbi, lgbt jadi ikutannya.

Anonymous said...

hahahahahahahahaha.......rosmah rosmah.....mudahnya UMNO kena bodoh dgn rosmah dan MCA

Anonymous said...

MELAYAU MEMANG TAK BOLEH TENGOK ORG SENANG? BERNIAGA PUN MEREKA BOBOHKAN SEHINGGA PELANGGAN LARI, CINA KAU TENGOK SEBELAH SEBELAH JUAL HANDPON, SEBELAH JUAL IKAN TAK PULAK DENGKI, SIJUBUR D BELAKANG SEMUA INI, PAKLAH YG BEBASKAN DIA AWAL DARI TARIKH PUN DI KENCHINGNYA..TUN M D BERAKNYA..KENAPA DIA MARAH SANGAT KAT NAJIB DAN ROSMAH? ADA MEKA JENTIK TELOR SIJUBURI TU KE? TAK ADA? SIAPA NAK PUN DIA AKAN SAKIT HATI SEBAB DIA GILA NAK JADI PM
(PI MAMPOS)SI TUA KUTUK PENYAPU KONTOT

Anonymous said...

MELAYAU MEMANG TAK BOLEH TENGOK ORG SENANG? BERNIAGA PUN MEREKA BOBOHKAN SEHINGGA PELANGGAN LARI, CINA KAU TENGOK SEBELAH SEBELAH JUAL HANDPON, SEBELAH JUAL IKAN TAK PULAK DENGKI, SIJUBUR D BELAKANG SEMUA INI, PAKLAH YG BEBASKAN DIA AWAL DARI TARIKH PUN DI KENCHINGNYA..TUN M D BERAKNYA..KENAPA DIA MARAH SANGAT KAT NAJIB DAN ROSMAH? ADA MEKA JENTIK TELOR SIJUBURI TU KE? TAK ADA? SIAPA NAK PUN DIA AKAN SAKIT HATI SEBAB DIA GILA NAK JADI PM
(PI MAMPOS)SI TUA KUTUK PENYAPU KONTOT

Anonymous said...

SUARAM?
Singkatan untuk Suara Haram..
sebab ia pertubuhan haram

So .. Suaram bukan sahaja Suara Haram ..
tapi lebih hebat lagi ... Suara HaramJADAH

hollisters co said...

welcome to our shop,Our shop sells a brands of products.There have Abercrombie Milano, Hollister Espa?a, Abercrombie outlet, hollister milano .