Daniel Gonzales Guiza yang pernah dinobat sebagai
penjaring terbanyak La Liga musim 2007/2008 ketika mewakili Mallorca
berjanji memberikan aksi terbaik, sekali gus mahu melihat pasukan Johor
menjuarai Liga Super tahun depan.
Pemain Getafe berusia 32 tahun itu yang dinanti-nantikan peminat bola
sepak Johor tiba di sini semalam juga melahirkan keyakinan mampu
menyesuaikan diri dalam saingan elit domestik, walaupun tidak tahu
mengenai bola sepak Malaysia.
Guiza, yang kelihatan semangat turut melaungkan amaran awal untuk
muncul penjaring terbanyak serta berusaha mencipta jaringan dalam setiap
perlawanan yang diharungi bagi misi memburu Kasut Emas dan menjaga
status sebagai pemain import termahal dalam Liga Malaysia.
"Saya akui tidak tahu langsung mengenai bola sepak Malaysia dan
sebaik mendapat tawaran daripada Johor barulah saya mengikuti
perkembangan Liga Malaysia menerusi internet.
"Misi utama apabila bersama Johor musim depan sudah pastinya untuk
membantu pasukan meraih kejuaraan dan saya kini sudah cukup bersiap
sedia termasuk dari soal kecergasan,'' katanya pada sidang akhbar di
Hotel Thistle di sini semalam.
Hadir sama Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Guiza memberitahu, dia mengambil keputusan meninggalkan Getafe secara
pinjaman untuk beraksi bersama Johor kerana mendakwa kurang
persefahaman dengan pengurus kelab, selain mahu merasai pengalaman di
tempat baru.

Dalam pada itu, pemain yang turut mendapat tawaran dari dua pasukan
La Liga, Malaga dan Real Zaragoza tidak sabar untuk beraksi dengan
beberapa pemain Johor seperti Mohd. Aidil Zafuan, Zaquan Adha Abd.
Radzak, Safiq Rahim dan Azmi Muslim.
Sementara itu, Tunku Ismail turut berbangga kerana mendapatkan
khidmat Guiza meskipun sudah ada tawaran dari kelab La Liga namun
sebaliknya memilih Johor sebagai pasukan barunya secara pinjaman dari
Getafe.
"Johor tidak mahu mengambil pemain berkualiti untuk jangka masa
pendek sebaliknya sudah ada perancangan untuk memastikan pasukan ini
dibarisi para pemain yang mantap dan mampu membantu pasukan meraih
kejayaan kelak,'' katanya.
3 comments:
Dia kena berlajar main dalam hujan dan main dengan midfield yg kurang imaginasi. Johor kena beli midfielder satu lagi ..
jangan jadi macam tony cotte sudahlaa....merana selangor di buatnya....
Tambah baikkan permukaan padang di setiap venue liga super dan liga perdana
Post a Comment