MARI SAMA SAMA KITA MEDOAKAN YANG TERBAIK

MARI SAMA SAMA KITA MEDOAKAN YANG TERBAIK

Monday, November 26, 2012

Datuk K Rajagobal Perlu Letak Jawatan...? Anda Setuju...??

Daripada minum teh tarik malam tadi, bawak ke sarapan pagi..., makan tengahari..., facebook, twitters, semuanya rancak membicarakan "kekecewaan" rakyat Malaysia terhadap pasukan bolasepak negara skuad Harimau Malaya yang dibaham oleh sang Singa Singapura....

Kekalahan digelanggang sendiri, diamalukan dengan jaringan 3-0. Penyokong setia Ultras Malaya naik berang dan menyerbu ke pintu keluar Stadium Bukit Jalil yang menempatkan laluan pemain serta pegawai malam tadi....

SETUJUKAH ANDA K RAJAGOBAL SUDAH GAGAL DAN HARUS LETAK JAWATAN SERTA MERTA SEBAGAI JURULATIH...?



15 comments:

Anonymous said...

Tunggu ke perlawanan 'terakhir' Malaysia dalam Piala AFF ni. Lepas tu, harap Datok Rajagopal ambil la keputusan drastik dengan meletak jawatan serta-merta. Jangan sampai rakyat Malaysia yang desak anda turun dari kerusi juruletih tu...

Anonymous said...

jgn marah sama saya la..saya tau pemain saya banyak tereer..kalo tarak menang juga saya angkat kaki la..

Anonymous said...

Tunggu last perlawanan,
Dulu kita kalah 1-5 dengan Indon, aku sendiri kecewa..

Tup2 naik balik pasukan kita,
menang dan mempertahankan piala pulak tu.

Bola tu bulat..
Doakan kita menang lagi k.

Selalunya tuah perlu dalam perlawanan.

Anonymous said...

selesai kejohanan ini kalau kita kalah lagi harap rajagopal tak de lagi dalam pasukan kita.

Anonymous said...

rajagopal lepas ni boleh jadi jurulatin QPS....

Anonymous said...

bro MIK,
Bukan setakt rajagopal, azuddin su agong FAM pun kna letak jawatan sekali....

Anonymous said...

aku kompius..

adakah malam tadi aku melihat pasukan kebangsaan bermain atau pasukan wakil sekolah-sekolah bertanding?

gen2felda

Anonymous said...

Jangan gelabah, Harimau Malaya kan Hero? Hero selalu menang kemudian.

Anonymous said...

abis tu presiden FAM yang dah berkurun dok singgahsana tak perlu letak jawatan ke?

Anonymous said...

Saya tertarik persembahan kesebelasan utama w/pun tewas "0 - 3" kepada Singapura yang tidak sepatutnya menjadi igauan yang sangat ngeri seluruh peminat b/sepak negara. Suka saya berkongsi sedikit pengalaman permaianan saya semasa piala Burnley sekitar tahun 60/70an sehingga sekarang ini masih terngiang2 di kepala mengenai tunjuk ajar dan nasihat keramat dari Allahyarham Tan Sri Ghani Minhat. Sewaktu berhadapan dengan pihak lawan mengemudikan bola jangan sesekali berundur walaupun setapak, kita mesti menyekat kemaraan lawan. Berundur setapak bererti kita telah memeberikan laluan seluas-luasnya kepada pihak lawan untuk menjaringkan bola ke dalam gawang kita, apatah lagi dalam situasi cemas dihadapan pintu gol. Ketika itu, kami kadang-kadang seminggu tidak sentuh bola, bagi mendapat kecergasan maksima. Di antara tempat medapat kecergasan utama ialah memanjat bukit Bukit Pelindung, Kuantan Pahang, berlari di tepi panatai Telok Chempedak, Kuantan, Pahang. Seawal jam 0400 pagi kami dah mula bangun memulakan latihan, rehat sekitar jam 0530 - 0830 untuk solat dan sarapan pagi. Penasihat pasukan kami ketika itu, antara lain termasuklah Che Gu Mohd Nor Suli, Che Gu Maniam dan tokoh sukan negara M. Daltayar. Walaupun pasukan kami tidak sehebat mana, tetapi rangsangan serta semangat bermain dan perlawanan berhadapan lawan memang ditahap yang sangat tinggi. Ini adalah tahap disiplin yang terpaksa kami lalui sepanjang berada didalam apa-apa dan mana-mana pasukan sekalipun.

Teruskan perjuangan Dato Raja bersama anak buah...

Peminat Setia Teropong Hama...

wan mustaffa wan ismail said...

Ya itu Raja perlu letak jawatan dgn seberapa segera. Dia gagal dulu kini dan selamanya.

Cakap banyak hasil kosong.

Kalau mcm tu aku pun boleh jadi jurulatih.

Itu Raja perlu angkat kaki segera

Anonymous said...

Sudah sampai masa D Rajagobal meletakkan jawatan. Tahap permainan pasukan Malaysia tidak meningkat. Malaysia sangat kurang taktikal. Pemain2 mati idea bila depan gol. Lebih suka pas pada pemain lain utk mencuba sebab takut dipersalahkan kalau cuba tak masuk.Inilah perangai pemain Malaysia yang tidak dapat diubah oleh jurulatih.
Malaysia perlukan seorang jurulatih dari Eropah kerana mereka ini penuh dengan idea dan taktikal.Lihat saja di EPL, walaupun team tak ternama tetapi cara mereka bermain sangat menghiburkan. FAM fikir2kan lah. PuteraNS

Anonymous said...

Kalau asyik dok experiment, bila nak buat yang betul-betul? Experiment boleh dibuat masa bermain persahabatan. Ini kejohahan. Harap D.Rajagobal memahami perkara ini.

Anonymous said...

Setuju Menang atau Kalah adat pertandingan, TAPI malam tu Pemain Harimau Malaya macam x de tenaga, pemain Singapura pula yg lebih tersusun pergerakkan. Sepatutnya Jurulatih lebih arif kan, dia kena bertanggungjawab la kan... Malaysia Boleh!

Anonymous said...

bodoh..kalau bukan dia, malaysia takder cup pun..kalau tak der dia org takkan respect team malaysia...