Monday, November 5, 2012

Gambar Aksi Seks Pimpinan PAS Selangor, Seorang Bekas Guru Sekolah Di Klang Tersebar Di Internet...

Antara yang bakal menjadi mangsa sekiranya Pakatan Rakyat berkuasa di Putrajaya ialah bidang pendidikan khususnya bagi anak-anak Melayu.

Secara ringkas kewujudan  Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah hasil sumbangan besar melalui Laporan Abdul Rahman Talib pada tahun 1960 yang menyusuli Penyata Razak sebelum merdeka pada 1956.

Penyata Razak kemudiannya telah dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran 1957 yang antara lain menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan sekaligus berperanan sebagai bahasa perpaduan dan bahasa pengantar di sekolah.

Ia juga bertujuan mengeratkan perpaduan antara kaum Melayu, Cina dan India sebagai satu rumpun bangsa di Tanah Melayu di samping mengembangkan sistem pendidikan agar jurang perbezaan antara kaum dapat dikurangkan.

Semua ini adalah dengan objektif untuk melahirkan masyarakat yang berdisplin, bertoleransi, terlatih, liberal dan progresif.

Kemudian bidang pendidikan melalui satu lagi fasa baru apabila Laporan Jemaah Menteri 1979 dibentangkan dengan tujuan utama untuk mengkaji semula matlama-matlamat dan keberkesanan sistem pendidikan yang diamalkan bagi memastikan keperluan tenaga manusia negara dipenuhi dalam jangka pendek dan jangka panjang di samping untuk memastikan sistem pendidikan memenuhi matlamat negara untuk melahirkan masyrakat yang bersatu berdisiplin dan terlatih.

Pada tahun 1996 Akta Pendidikan digubal yang merupakan lanjutan dan pembaharuan dari Akta Pelajaran 1961 serta berpaksi kepada perakuan-perakuan utama Penyata Razak 1956 yang menjadi asas dasar pendidikan kebangsaan.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dilancarkan pada 1983 menjadi mencetus kepada penggubalan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (2006-2010) dan terakhir Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada September 2012.

Ia menggariskan 11 anjakan strategik dan operasi untuk mengubah sistem pendidikan negara berdasarkan keberhasilan pada lima aspek iaitu akses, kualiti, kesaksamaan, perpaduan dan kecekapan.

Dalam semua dasar, program serta perancangan yang telah dilaksanakan sepanjang tempoh 55 tahun sejak merdeka, matlamat memperkasakan pendidikan anak-anak Melayu sentiasa menjadi asas yang kukuh di bawah pentadbiran Barisan Nasional.

Atas dasar pendidikan pro-Melayu inilah berpuluh ribu anak-anak Melayu mendapat peluang untuk melanjutkan pelajaran di luas negara di atas biasiswa kerajaa.

Ini tidak termasuk ratusan ribu lagi graduan Melayu yang berjaya dihasilkan melalui institusi-institusi awam tempatan.

Institut Teknolgi MARA telah dinaiktaraf kepada universiti dan kampusnya dibina di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak yang telah membantu puluhan ribu anak-anak Melayu dari kampung, desa dan luar bandar.

Diperingkat sekolah menengah kerajaan telah membina beratus-ratus sekolah sains dan Maktab Rendah Sains MARA berasrama penuh yang juga menyediakan pendidikan  kepada jumlah anak-anak Melayu yang mencapai keputusan peperiksaan yang cemerlang.

Dasar pendidikan pro-Melayu ini bakal terancam dan terhakis angkara seorang yang bernama Anwar Ibrahim yang cita-cita hidupnya hanya untuk menjadi Perdana Menteri.

Perbuatan beliau menyambut dengan penuh kemesraan kira-kira 500 ahli pertubuhan pendidikan Cina yang ekstrim yang bernama Dong Zhong di Parlimen pada 28 September lalu dianggap satu pengkhianatan amat besar kepada umat Islam.

Apatah lagi tindakan itu seakan dirancang kira-kira dua minggu setelah pelancaran Pelan Pembangunan Pendidikan (2013-2035).

Mengapa Anwar sanggup berpeluk dengan pemimpin Dong Zhong yang bersikap ekstrimis dan hanya mementingkan agenda pendidikan Cina tidak susuh untuk dianalisa.

Anwar perlukan sokongan DAP untuk merealisasikan impiannya menjadi Perdana Menteri sementara Dong Zhong
adalah dahan daripada pokok parti rasis Cina itu.

Ketua Pembangkang itu rela Dong Zhong mempertikaikan Akta Pendidikan 1996 yang mana Anwar ketika menjadi Menteri Pendidikan pernah mempertahankan bermati-matian.

Kini Anwar sudah bertukar angin kerana sanggup melayan tuntutan-tuntutan Dong Zhong yang melampaui batas.

27 comments:

pencintaMELAYU said...

kah kah kah!
setelah setengah abad, benarkah UMNO telah berjaya memertabat bahasa melayu dalam sistem pendidikan negara.
realiti dan kenyataan politik amat berbeza.

anis wana said...

aku tngk skrng ni puak2 pas dh terlalu teruk...mcm2 kes brlaku..
PAS:parti anak syaitan mmg layak mmpus ...pengotor semua nye

Anonymous said...

Kepada soalan anon di atas jawapannya adalah ya!Saya org 'lama' dari sekolah Melayu kampung yg tidak mungkin dapat melanjutkan pelajaran keperingkat Universiti kalau tidak kerana dasar pelajaran yg di gubal oleh Umno,yg memberi keutamaan kepada Bahasa Melayu.Sebelumnya peluang kami amat tipis,kerana segalanya didalam bahasa Inggeri.

Anonymous said...

dulu aku suka gak baca MIK tapi bila MIK dah start cipta tajuk artikle ntahapahapa yg langsung takde kena mengena dgn artikle.. aku dah tak layan dah MIK, aku cuma buka dan skip2 saja sbb dah setaraf Harakah & Suara Keadilan pulak. sorry dude!

Anonymous said...

Pencinta melayu-saya juga lahir dari dasar pelajaran yg dibuat oleh UMNO. Bersekolah dikampung kemudian ke MRSM. English saya masa sekolah rendah memang teruk tapi alhamduliillah bila di MRSM bertambah baik. Dapat A2 untuk bahasa melayu Dan English. Kemudian melanjutkan pelajaran ke USA dengan pinjaman MARA Dan saya dah habis Bayar pinjaman dengan mendapat potongan yg baik sebab keputusan yg ok jugalah. Sekarang bekerja di syarikat antarabangsa bersaing dgn bangsa asing dan alhamdulillah saya survive dan hidup saya dan keluarga amat baik sekali Kalu tak Ada MARA yg ditubuhkan UMNO tak tau apa Dan dimana saya sekarang. Peliknya ramai juga bekas student MRSM yg tak tahu mengenang budi dan turut mempersoalkan dasar pendidikan yg digubal oleh kerajaan BN. Saya cakap pada anak2 saya walau apapun terjadi jgn sesekali menyokong DAP Dan parti sekutunya. Pengalaman beecampur dgn bangsa2 lain banyak mengajar saya Dan perlunya melayu bersatu untuk masa depan anak2 kit nanti

Anonymous said...

Tolong tolak pakatan rakyat dalam pru13 nanti, dah ada permata , jangan pilih kaca , saya tak mahu anwar , saya sayang najib.

Anonymous said...

Saya amat berterima kasih kepada kerajaan sekarang kerana kerajaan sekarang lah saya dapat mengapai cita-cita saya. Dari anak nelayan saya dapat makanan tambahan semasa di sekolah rendah. dapat biasiswa ketika di tingkatan 6 dan pinjaman JPA berjaya dikurangkan kepada 75% ketika belajar di universiti. UMNO selamanya.....bukan macam sesetengah orang tu.....

Anonymous said...

saya bekas pelajar jepun..dapat tajaan biasiswa,tiada bayaran balik .(kalau ada pun tak mampu saya bayar balik)

sekarang saya bekerja dgn syarikat glc terkenal negara ,saya ingin menabur balik bakti kepada negara.


Syukur ke hadrat Allah dan terima kasih Tun
atas misi pandang ke Timur.

jo said...

Saya dulu bapak hanya Pekerja Ladang...jadi kuli...Alhamdulilah dengan kebijaksanaan Pemimpin terdahulu UMNO aku mampu dapat ijazah...dan bekerja dengan gaji yg lumayan dan kereta yg agak besar. jadi adakah kita makin miskin dibawah UMNO???

Anonymous said...

Agreed

Anonymous said...

saya lahir dari kluarga yg sederhana. Ayah bekas askar pangkat sarjan. Tapi alhamdulillah rezeki yg Allah kurniakan dpt says belajat di skolah asrama penuh. Bakat dasar DEB says dpb lanjut pelajaran ke USA at as biasiswa kjaan yg diterajui oleh UMNO Dan skrg dpt kerja Dan hidup selesa. Syukur pada Allah Dan teimakasih UMNO.

Anonymous said...

Kalau lah bukan kerana MARA, tak tahu Aku jadi apa. At least sekarang keluargaku hidup senang. Bersyukur kepada Nya dan Terima kasih MARA. Inilah contoh hasil UMNO. Apa hasil PR?

Anonymous said...

hehehe... seme org becerita aku pon nak bercerita laa..

aku dulu bdak kg jekk... naik beskal pusing bando muo dgn kwn2, pi tanjung lepak hisap rokok...hahaha

tapi dgn dasar umno dan kjaan yg berbekalkan spm yg tak seberapa aku dpt masuk ITM thn 1988...

lepas tu aku belajo rajin2 dpt pi obersea, balik kerja di GLC, kemudian sambung belajar di IPTA dpt master dan phd....alhamdulillah..

skrg aku duduk dirumah banglo dan pakai dua biji kereta mewah..

shukur tak terhingga pada Allah swt dan kebijaksanaan pemimpin UMNO yg terdahulu yg merangka kemakmuran negara msia yg tercinta ini...

terima kasih pada kjjan UMNO yg telah banyak berjasa pada org melayu..

sudah pasti saya sekeluarga akan mengundi najib dan umno di pru13 nnt. InsyaAllah.



Anonymous said...

Bila dapat merasa budi ditabur. Rasa terpanggil untuk membalas budi.

UMNO Terus Mara Untuk Rakyat Malaysia

Anonymous said...

pendek kata umno memang banyak berjasa dari dulu hingga sekarang..

ramai anak2 melayu yg cemerlang, berkerja besar dan dapat hidup senang dan yg penting kenang jasa, kenang budi pada kerajaan..

jangan jadi kacang lupakan kulit..
keperluan perlajaran, biasiswa utk belajar keluar negara kerajaan yg tanggung, bila dah berjaya salahkan kerajaan balik.. pelik

nak harapkan PR.. apa jasa mereka dari dulu hingga sekarang pada rakyat..???.... kosong

Anonymous said...

Kerajaan yg ada sekarang ini telah berjaya dalam sistem pendidikannya. aku pun orang kampung sekolah melayu dan berjaya mendapat pendidikan peringkat U di Amerika, dan anak-anak aku pun turut menuntut di luar negara berkat kerajaan ini dalam bidang perubatan. Kau ingat Dap boleh bela Melayu? DAP=PAP...menindas melayu in long run (tolong cek di singapore)

Anonymous said...

tak ada ker puak2 haramjadah nak share kat sini?...hahahaha

Kalau share nak kata apa yer???
Takkan nak kata, aku sekarang berjawatan besar, kereta 5,6 biji..dulu aku belajar di bawah sukatan mata pelajaran errr...errr..err yang di bawa oleh....errrr...errrr...errrr....

Maka sekarang dgn kemewahan yg dibawa oleh...errr...errr...errr maka aku jadi lupa daratan...jangan kata daratan...udara dan laut pun aku lupa jugak...hahahaha

Anonymous said...

hidup PARTI SYAITAN YANG DIKENALI

Anonymous said...

hidup PARTI SYAITAN YANG DIKENALI

wonderpet said...

Sukar dilaksanakan krn adanye pembangkang cam kamu..apa sahaja kerajaan bt nak bangkang..bkn semua kerajaan bt blh puaskan hati rakyat..ini tak,minta nyer lebih sumbangan kt negara kosong..hampeh org cam kamu nie..

joecharles said...

PAS.PartiAmalanSyaitan!

Anonymous said...

Syukur ke hadrat Illahi kerana adanya UMNO dan MARA. Saya dapat belajar di ITM walaupun keputusan MCE tak berapa ok. Dah lah belajar free, dapat lagi bantuan kewangan dari ITM. Kini saya berjawatan tinggi dan hidup agak selesa. ITM memang membantu golongan susah, saya tidak akan lupakan jasa UMNO dan MARA. Saya berpesan pada anak supaya sentiasa menyokong UMNO.
Hidup UMNO utk orang Melayu!!

Anonymous said...

Saya anak penoreh getah. Ayah dan Ibu saya penoreh getah. Semasa kecil saya hanya makan nasi berlaukkan ikan masin dan kicap. Kadang-kadang emak dan ayah saya mengikat perut. Saya anak pertama dari kampung yang terletak di hulu Perak melanjutkan pelajaran keluar negara (dengan biasiswa JPA). Alhamdulillah ayah dan emak saya kini sedang berada di Mekah. Gaji saya membolehkan saya membela kedua ayah dan emak dan tidak lupa kepada yang memerlukan. Terima kasih kepada dasar UMNO. Syukur, alhamdulillah.

Anonymous said...

ni tentu gambar geng umno sedang berlucah dengan puteri umno,umno kan suka cerita bab-bab lucah ?

Anonymous said...

Inilah satu2nye kemahiran yg anjing pakatan ade haha..sediri buat maksiat pastu salahkan pencegah maksiat..

Anonymous said...

Kahkahkah..nk tgk berjaya ke tak tgk diri sendiri la di thp mane? Yg gagal sebab sendiri bodo mcm pencintaMELAYU..

Anonymous said...

Sangat beruntong kamu semua mendapat bantuan dalam meninggikan pelajaran.
Tapi tidak bagi anak ku...(kami tinggal di bahagian selatan).
Menghantar anak ku ka luar negera atas wang simpanan sendiri...tentu belanja nya sangat tinggi.
Tetapi bersyukor terhadap Dia...kerana wang yang di belanjakan sangat berbaloi...anak ku tamat pengajian (with double major)...molecular biology and bio medical science.