Friday, November 16, 2012

Haji Hadi Akan Beri Laluan Untuk Mat Sabung Lambung....!!!

Muktamar Tahunan PAS ke 58 akan berakhir pada 18 November 2012 di Pengkalan Chepa, Kelantan.

Tumpuan utama muktamar PAS ini mungkin sahaja berlegar pada persediaan PAS sempena Pilihanraya Umum ke 13 (PRU 13) memandangkan sudah keluar arahan rasmi pimpinan tertinggi parti yang mahukan ahli dan pewakilan PAS dari seluruh negara hanya memfokuskan perkara tersebut.

Namun kekecohan isu akidah dan kebebasan agama untuk orang Melayu Islam yang membabitkan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah dijangkakan akan turut mewarnai persidangan ini.

Ringkasnya muktamar PAS kali ini sememangnya agak dinantikan ramai, jika tidak kena gayanya ia akan menjadi yang terhangat dan paling panas.

Selain isu Nurul Izzah dan fahaman liberalnya, isu hudud serta peranan PAS dalam PR yang semakin mengecil, pemerhati politk menjangkakan peningkatan imej Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang semakin membayangi ketokohan Hadi Awang sebagai Presiden juga akan menarik perhatian ahli dan perwakilan PAS.

Suara-suara kebimbangan dari para pewakilan dan pemimpin PAS tentang kemungkinan muktamar PAS ke 58 ini akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh Mat Sabu untuk melebarkan pengaruh Syiah dan memperkuatkan penguasaannya dalam parti juga sudah mula kedengaran.

Kebimbangan mereka ada asasnya, sementelah lagi cengkaman kuasa Hadi dalam PAS semakin longgar selepas beberapa pemimpin kanan PAS dari kumpulan Kerajaan Perpaduan (UG) yang rapat dengan Hadi tewas satu demi satu hasil permainan politik kumpulan Anwarinas.

Dengan kerjasama dan dokongan sebahagian besar AJK PAS Pusat yang tika ini terdiri daripada geng Anwarinas, ada kemungkinan pada tahun depan pertembungan antara Hadi dengan Mat Sabu tidak dapat dielakkan lagi.

Namun sebelum itu, orang kepercayaan Hadi iaitu Mustapha Ali yang sekarang diberi tanggungjawab sebagai Setiausaha Agung PAS bakal diterajang terlebih dahulu oleh kumpulan Anwarinas dan penyokong Mat Sabu.

Video seks Mustapha Ali yang berasmaradana dengan beberapa orang GRO khabarnya sudah berada dalam tangan kumpulan Anwarinas dan hanya menunggu masa yang sesuai sahaja untuk mendedahkannya kepada umum bagi membunuh imej politik orang kanan Presiden PAS itu.

Selepas itu, ayam tambatan Anwar Ibrahim dalam PAS, yakni Kamaruddin Jaafar bakal dilantik sebagai Setiausaha Agung.

Jika segalanya berjalan seperti dirancangkan, besar kemungkinan mudah untuk Hadi terpelanting dari jawatan Presiden dan nasibnya mungkin sama buruk seperti pernah dialami Allahyarham Asri Muda.

Tidak dapat tidak, PRU 13 kelak bakal ternoktah sebagai pilihanraya terakhir untuk Hadi dan mungkin merintis kepada kejatuhan besar-besaran pengaruh PAS dalam arena politik tanahair.

1 comment:

Anonymous said...

I know i can be a key player on your team and I have a lot to offer to your firm which can be further better explained in person during interview. I look forward meeting with you and bringing my talent to your firm.

Attached is my CV for your perusal .

Thank you for your valuable time and consideration
Yours sincerely,
Imran M. Sheriff