Sunday, November 25, 2012

Harimau Malaya Dimalukan Di Gelanggang Sendiri, Desakan KUAT Untuk Rajagobal Letak Jawatan..!!

Sungguh mengecewakan..!

Skuad Harimau Malaya telah dimalukan dihadapan puluhan ribu penyokong sendiri yang berkunjung ke Stadium Bukit Jalil untuk menyaksikan perlawanan pembukaan Piala AFF Suzuki. Pasukan kebangsaan dibawah bimbingan jurulatih K Rajagobal turun ke gelanggang sendiri sebagai juara bertahan menentang pasukan Singapura,

Barisan pemain Skuad Harimau Malaya kelihatan "gah" atas kertas dimana hampir kesemua pemain utama berjaya diturunkan. Namun begitu, persembahan anak buah Rajagobal sangat hambar dan akhirnya menyaksikan pasukan kebangsaan dibelasah 3 - 0.

Siapakah yang dipersalahkan dalam kegagalan ini..?

Sekumpulan penyokong setia Ultras Malaya telah menyerbu kawasan pintu keluar pemain dan pegawai pasukan Malaysia sebaik sahaja tamat perlawanan malam tadi. Mereka telah menyanyikan lagu menyebut nama Rajagobal persoalkan tindakan jurulatih itu yang gagal membawa kejayaan untuk skuad Harimau Malaya...

Malah ada dikalangan para penyokong yang menjerit " Rajagobal letak jawatan..!! "

Kita tunggu apa respon pihak FAM

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

21 comments:

Anonymous said...

Re structure FAM and bottom up! Who has final say please step down. FAM bukan harta pusaka! tonight game macam budak minum dumex!

Anonymous said...

Raja segala Gopal kalah xperimen. FAM kena bagi dial makmal untuk buat kaji selidik RnD. Suruh di latih pasokan criket pulak.

Anonymous said...

Raja segala Gopal kalah xperimen. FAM kena bagi dial makmal untuk buat kaji selidik RnD. Suruh di latih pasokan criket pulak.

Anonymous said...

kali ni msia xkan g jauh..skadar d tangga tc0r0t dlm kmpulan....taktikal mcm buat capati jee...

Anonymous said...

semuga Rajagopal buat experiment kat otak sendiri
taktikal cam haram jadah

akupuncoachjugak! said...

FAM/Jurulatih mesti bertanggungjawab penuh! Tidak ada kreativiti langsung...tactic bola zaman tok kaduk, macam bolasepak U-18 sekolah menengah..jurulatih dah besar kepala, terbuai2 kenangan lalu AFF...FAM perlu bertindak drastik,pecat segera Datuk RajaG, bawa masuk jurulatih tahap Pep Guardiola atau Hary Redknapp dan letakkan target lebih tinggi.. cth. juara Asia bukan lagi AFF..sungguh memalukan...pemain kaki RM30k,50k,100k yang sayang nak pakai boleh pencen bagi peluang pada pemain bersemangat patriotik yang sanggup berjuang bermatian untuk menang.

Anonymous said...

harimau pondan nak mampuih!

Kaki Bangku said...

Xperiment tak menjadi!! Apakata kita buat xperiment dengan tukar Rajagopal jadi coach Felda Tronoh United dan ambik Maya Current jadi pengurus. Ramai pemain ni yang bertaraf star/artis dan galak cari artis. Setidak tidak nya Hari-hari mau main.

Anonymous said...

Sakit hati, meluat tengok Malaysa lwn Singapore mlm tadi. Apa lagi Rajagopal nak bagi alasan. Dah sampai masanya coach berundur, tiada idea, tiada tektikal langsung. Tak tahulah ada 2 lagi game, nampak gaya kalau main macam mlm tadi, rasanya Malaysia bungkuslah. Sejarah 2010 tsk boleh lagi dijadikan sejarah utk diulangi, kalah pd Indon 5 - 0.

Anonymous said...

Celaka (kata Nik Aziz, hehe)! Aku tak setuju langsung kalau Rajagobal tu letak jawatan! Rajagobal adalah simbol manusia KURUS yang pertama di dunia yang dilantik menjadi jurulatih bolasepak negara! Walau di negara maju dan hebat bolasepaknya sekalipun, tidak dapat menandingi keKURUSan Rajagobal! SEkali angin tiuuup melayang daaaaa.... Hehehehehehehehehehehehehehehehe

Ubi kayu said...

Harimau Malaya…tiada taring…Raja Gobal…mesti bertanggungjawab…jangan salahkan Khairul Fahmi saja…pertahanan Harimau Malaya hanya lihat saja tak cuba attack….sokong kalau Raja Gobal letak jawatan….pasukan percubaannya memang gagal….?FAM juga gagal….makan diri kerana,penyakit tak boleh tegur….pandai tak boleh tumpang,bodoh tak boleh diajar?

Anak Lenggong said...

aku diantara penyokong yang kecewa dengan permainan pasukan tikus malaya..yang kesiannya para pemain berkejaran disekeliling padang untuk mengejar bola..midfield langsur hancur..bila pasukan malaysia mendapat bola hanya mati sebelum sampai di kawasan penalti singapura..boleh dikira berapa kali bola ditendang kearah pintu gol.

Ketiga-tiga gol singapura dijaringkan dengan senang sekali disebabkan kesalahan daripada pemain malaysia sendiri..kalau macam ni la permainan ..jangan harap la nak menang dengan laos..

Anonymous said...

Masa Tan Sri Annuar seorang yang ada 'passion' atau minat yang mendalam terhadap bolasepak menegur Rajagobal dulu dia digantung. Ini hanya menunjukkan sikap FAM yang bodoh sombong, tak boleh ditegur langsung. Apa lagi si Rajagopal ni jadi besar kepala dan berlagak seperti RAJA yang kebal. Dia terus berekperimen dan dibuai mimpi-mimpi indah dengan kejayaan yang lalu. Tapi dia lupa pasukan yang lain telah membuat 'homework' dan 'brainstorming' seterusnya membuat persediaan yang cukup mantap untuk kejohanan ini. Sebenarnya kalau seorang jurulatih itu bertaraf 'estate coach' pemain-pemain pun akan jadi 'estate players' jer lah!!. Pemain perlu idea, game plan, tactical plan semua ini mesti ada pada jurulatih. Nampak ketara jurulatih ini tiada idea langsung. Kita boleh melupakan perlawanan seterusnya menentang Indonesia (peminat mereka ramai disini dong!!) dan juga Laos yang seri dengan Indonesia dalam perlawanan mereka. Peminat Hari-hari mau lu fikirlah sendiri.

Nagaman said...

Helo rakyat malaysia, jgn salahkan Rajagopal. Salahkan pemain, diri anda, persatuan dan kerajaan. Memang patut kalah. Memang patut eksperimen,sebab pemain tak boleh harap, mudha hilang tumpuan dah jadi tamak, terjerumus skandal seks dan korupsi. Lebih syok glamor dari mainan pakai otak.
Pemain sukan yg ramai melayu memang senang lupa diri. Mudah hilang fokus, bila kena sanjung, dapat hadiah kiri kanan.Dapat pujian melambung dan hadiah dari persatuan dankerajaan terus hilang semangat. Terbawak bawak plak nak jadi popular , nak sama popular macam artis, nak ada skandal seks , nak kawin artis. Pemain sukan lemah jati diri sbb jadi rosak sebab dapat belaian glamor,wang ringit dari kelab, swasta ,kerajaan dan media hiburan.

Depa nak macam macam lah kecuali nak beri komitment dan tanggung jawab lebih tinggi. Tak ada komitment nak tingkat permainan yg pakai otak so lebih cemerlang.
Sebab awak semua jugak ,sebab media hiburan kacau daun nak jadikan dia orang bintang sukan kunun. Sampai lupa daratan.

Pemain yang betul betul kerja kuat terbiar!

Nah amik kau. Pemain sukan negara miskin , at least kau tengok ada tak hilang fokus? Depa Tak jadi tamak , gila seks , hilang tumpuan.
Ya memang patut la kau kalah. Jangan salahkan Rajagopal.

NAGA SUKAN.

Anonymous said...

Rajagobal = Raja Kebal

mokhtar dollah said...

kalah 0-3 kepada spura pasukan yang bertaraf negeri diliga M adalah sangat memalukan dan mencermarkan imej pasukan kebangsaan (harimau malaya yang tiada taring lagi)
kebanyakan pemain bermain lebih kepada menunjukan skill individu supaya 'saham dirinya' naik dan dapat memukau pengurusan pasukan negeri2 yang berminat membelinya.
ada pemain yang 'price tag' keatas dirinya tidak setimpal dengan kualiti permainan yang dipersembahkan.
kepada pasukan negeri yang telah terpedaya fikir2kan lah
coach pun telah kehabisan idea untuk mencorakkan taktikal yang lebih maju, tetap ditakok lama dan mengharapkan sejarah yang mungkin tidak berulang....

Anonymous said...

Tidak adil untuk meletakan 100% kesalahan kepada Rajagobal. Saya berpendapat kesilapan Rajagobal ialah memgekalkan pemain2 yang mempunyai masaalah peribadi. Ramai dikalangan pemain utama yang menghadapi masaalah yang boleh menganggu fokus pemain2 terbababit. Bolasepak adalah sukan berpasukan dan memerlukan kerjasama jitu diantara pemain.
Saya bosan dengan segelintir pemain kebangsaan yang perasan terlalu 'bagus' tetapi hakikatnya tidak. Ada juga yang tidak malu2 mendedahkan perkara2 peribadi kepada khalayak. Mereka dilihat lebih bangga memperkenalkan tunang daripada mempamerkan kebolehan diatas padang. Saya meluat dengan gelagat Apek yang perasan sebagai penjaga gol terhebat diMalaysia. Melepasakan 3 gol adalah amat memalukan diri sendiri. Tunang Apek sendiri pun mungkin merasa malu.

Harimau (tua) Malaya dalam edisi AFF kali ini tidak layak menang jika perlawanan dengan Singapura malam tadi diambil kira. Malah pasukan Laos jauh lebih baik dari pasukan Harimau (tua) Malaya. Justeru sudah sampai Harimau Muda A mengambil alih tugas sebagai pasukan utama Malaysia. Biarkan pemain2 Harimau (tua) Malaya ini bermain dalam Liga Malaysia sahaja. Wallahualam.

Anonymous said...

Adakah masih ada waktu untuk menyelamatkan keadaan? Datuk Rajagobal kata kita perlu menang kedua perlawanan selepas ini. Melihat kepada prestasi semasa memang tak jauh perginya Datuk R dan anak-anak Harimaunya. Hanya perubahan drastik minda dan juga semangat patriotik yang memuncak sahaja akan dapat membantu. Kasihan sungguh pada Anak Raja yang nyesal kecil-kecil dulu malas buat eksperimen kat makmal sekolah bila dah tua bangka sibuk Buat eksperimen kat maruah negara. INgat wahai semua yang terlibat ngan pasukan Bolasepak Malaysia ini, sekarang bukan soal kalah mahu pun menang. Ini soal maruah negara kita yang tercinta ini MALAYSIA..

Tak tahu pulak kalau Datuk Rajagobal ada deal dengan Manoharan si politician yang ultra bangsat suka memperlekehkan sukan Malaysia tu. Yalah PRU 13 dah hampir ni. NANTI Adalah isu kegagalan bapa pembaharuan Bolasepak Negara iaitu Dato' Sri Perdana Menteri kita.. Mungkinkah gitu Datuk Rajagopal !!!!!!

Ahmad said...

Tukar Presiden tu. Dah 28 thn dah pengang jawatan, team dari yg kuat dah jadi belasahan. Tp jgn ganti dengan timbalan yg ada sekarang, kecuali ganti dengan yg kena gantung tu xpa. TS Annuar dah tegur sikap Datuk Raja terhadap persiapan pasukan negara, akibatnya TS Annuar digantung walaupun menunaikan tanggungjawabnya sebagai Timbalan Presiden

Anonymous said...

bro. what a shame. our national team has only one player from a champion team; kelantan. look at singapore, they used 8 players from super league team, meaning the teamwork is not an issue as they played together for at least 30 games already this year.. our is carca marba team..we should have more playes from kelantan; i.e badri, shakir, farhan, subra, apek, indra in our first eleven..the rest of the team could be aidil, azmi, safee and shahrul idlan....and reform the FAM mgmt..that's a MUST as well.

Anonymous said...

Saya tertarik persembahan kesebelasan utama w/pun tewas "0 - 3" kepada Singapura yang tidak sepatutnya menjadi igauan ngeri kepada seluruh peminat b/sepak negara. Suka saya berkongsi sedikit pengalaman permaianan saya semasa piala Burnley sekitar tahun 60/70an sehingga sekarang ini masih terngiang2 di kepala mengenai tunjuk ajar dan nasihat keramat dari Allahyarham Tan Sri Ghani Minhat. Sewaktu berhadapan dengan pihak lawan mengemudikan bola jangan sesekali berundur walaupun setapak, kita mesti menyekat kemaraan lawan. Berundur setapak bererti kita telah memeberikan laluan seluas-luasnya kepada pihak lawan untuk menjaringkan bola ke dalam gawang kita, apatah lagi dalam situasi cemas dihadapan pintu gol. Ketika itu, kami kadang-kadang seminggu tidak sentuh bola, bagi mendapat kecergasan maksima. Di antara tempat medapat kecergasan utama ialah memanjat bukit Bukit Pelindung, Kuantan Pahang, berlari di tepi panatai Telok Chempedak, Kuantan, Pahang. Seawal jam 0400 pagi kami dah mula bangun memulakan latihan, rehat sekitar jam 0530 - 0830 untuk solat dan sarapan pagi. Penasihat pasukan kami ketika itu, antara lain termasuklah Che Gu Mohd Nor Suli, Che Gu Maniam dan tokoh sukan negara M. Daltayar. Walaupun pasukan kami tidak sehebat mana, tetapi rangsangan serta semangat bermain dan perlawanan berhadapan lawan memang ditahap yang sangat tinggi. Ini adalah tahap disiplin yang terpaksa kami lalui sepanjang berada didalam apa-apa dan mana-mana pasukan sekalipun.

Teruskan perjuangan Dato Raja bersama anak buah...

Peminat Setia Teropong Hama...