Wednesday, November 14, 2012

Izzah Diseru Bertaubat Sebelum Mama Menghembuskan Nefasnya Yang Terakhir....

Selama ini, PAS sering menganggap bahawa Islam adalah hak ekslusif parti mereka.  Kononnya, hanya Ulama mereka yang layak bercakap mengenai Islam dan hukum hakam....

Kata-kata Tok Guru mereka mengatasi keputusan dan pandangan para mufti mahupun Majlis Fatwa.  Malah, seorang yang jahil juga, jika menjadi ahli PAS akan secara automatik dianggap alim.  Yang berzina, meliwat, berkhalwat, menipu, rasuah dan apa saja maksiat di dunia ini tidak menjadi soal sekiranya yang terlibat itu adalah ahli atau sekutu PAS.

Menentang Islam juga tidak salah, sekiranya bekerjasama dengan PAS untuk menjatuhkan UMNO.    Memperjuangkan hak untuk murtad juga boleh dijulang menjadi pejuang Islam, sekiranya tindakan individu tersebut mampu membantu politik PAS dan menjatuhkan UMNO.

Ertinya, sekiranya anda menjadi ahli PAS atau berbaik-baik dengan PAS atau memusuhi UMNO, maka anda boleh melakukan apa saja kejahatan atau maksiat di dunia ini dan akan tetap dipandang mulia atau jauh lebih Islam dari UMNO.

Malah orang kafir yang menyokong atau bekerjasama dengan PAS juga adalah lebih Islam dari UMNO.

Berdasarkan hakikat ini, maka kita merasa amat terkejut apabila dengan tidak semena-mena, Dewan Ulama PAS enggan mengambil pusing akan isu terbaru yang melibatkan agama, hukum Islam dan juga akidah umat Islam.  Malah, Dewan Ulama PAS menyerahkan kepada orang ramai untuk memutuskan sendiri akan perkara ini.

Mungkin kerana yang mengeluarkan kenyataan yang kontroversi itu adalah Nurul Izzah, maka Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib tiba-tiba kelu, tidak mampu mengeluarkan pendapat, pandangan mahupun hukuman dalam isu kebebasan memilih agama bagi Umat Islam.

Menurut beliau, Nurul Izzah mempunyai pengetahuan yang tinggi dan tahu apa yang terbaik untuk semua pihak.

Secara tidak langsung, Harun Taib meletakkan Nurul Izzah lebih tinggi dari Ulama dalam memperkatakan isu berkenaan agama sehinggakan beliau sebagai Ketua Dewan Ulama sendiri tidak layak untuk mengulas kenyataan Izzah.

Kata-kata Nurul Izzah adalah terang dan jelas, lengkap dengan rakaman video dan transkrip.  Kata beliau, “Bila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam agama…bagaimana saya boleh berkata, maaf ini hanya termaktub kepada bukan Melayu, sedangkan ia bersifat sama rata.”  Maksudnya juga mudah untuk ditafsirkan iaitu Melayu atau Umat Islam juga berhak untuk menukar agama.

Benar, agama Islam adalah berakar tunjang dari hati atau roh dan tidak boleh diterjemahkan di atas kertas kad pengenalan mahupun tudung dan serban.  Namun, bagi Nurul Izzah untuk menyatakan bahawa Umat Islam berhak menukar agama adalah merupakan satu kesalahan secara spiritual, syariat Islam dan perlembagaan negara.

“Untukku agamaku dan untuk mu agamamu.”  Jelas, Islam tidak memaksa, tetapi Islam meletakkan kesempadanan yang tegas terhadap murtad.  Murtad atau keluar Islam atau menukar agama adalah satu kesalahan besar dalam Islam.

Murtad tidak boleh dimaafkan, dengan kata lain Umat Islam tiada hak untuk murtad.  Umat Islam murtad bukan kerana beliau berhak tetapi kerana jahil atau sesat.

Namun, Izzah melihat ‘murtad’ sebagai hak asasi, sama seperti puak penyokong IFC dan penganut fahaman liberal dan pengamal pluralisme.  Sedangkan, Islam mengatasi semua agama ciptaan manusia.   Oleh itu, ‘hak asasi’ untuk murtad adalah tidak relevan sama sekali bagi mereka yang benar-benar memahami Islam.

Memandangkan Izzah bukan Ulama, maka tidak hairanlah jika beliau melihat Islam dari sudut mata kasar.  Tetapi, apabila Ulama PAS sendiri angkat tangan mengaku kalah dengan Izzah, serta membiarkan orang ramai yang membuat keputusan sendiri, maka tidak salah jika kita menyatakan bahawa Ulama PAS bersetuju dengan Nurul Izzah iaitu Umat Islam berhak menukar agama.

Dalam kata lain, Ulama PAS juga melihat Islam dari mata kasar sepertimana Izzah, dan bukan memahaminya secara rohaniah.  Dan ini juga tidak mengejutkan kerana telah terbukti bahawa Ketua Dewan Ulama PAS sendiri meletakkan dirinya lebih rendah dari Nurul Izzah dalam soal agama.

Justeru, wajarkah jika penyokong PAS terus menyokong parti itu atas alasan agama?  Sedangkan Nurul Izzah seorang yang tidak pernah mendalami agama juga diletakkan lebih tinggi dari Dewan Ulama?

11 comments:

Anonymous said...

sinurul ni patut dilantik sebagai mursyidul ampas yg terbaru.. kerana ilmunya yg tinggi sehingga tak mampu ularmak2 Pas utk menjawap segala patua2 sesat nurul ni..

ustazah nurul cakap...sokong kebebasan org islam utk murtad dan kebebasan hak utk melakukan seks songsang...

ularmak pas cakap.. terpulang pada diri sendiri..?? maka jika ada org islam yg percaya dgn kebebasan utk bertukar agama dan seks songsang boleh ikut...

ularmak pas dah songsang.. kerana undi dan putrajaya.. agama/akidah tak penting kata2 ularmak pas..

pas semakin sesat

dol.mat said...

semoga nurul izzah bertaubatlah sebelum terlambat dan kembalilah ke jalan yang benar..

otaistillkick said...

Pak Lah ni bekas Presiden UMNO mp umno tak suruh same ker...

http://www.channelnewsasia.com/stories/southeastasia/view/287174/1/.html#.UKEqnVlK9HQ.facebook

Anonymous said...

Taubat la nurul , maal hijrah ni , buka buku baru la..

Anonymous said...

Hari ini kuasa lebih penting drp agama. Tunggulah azab Allah.

pas dajjal said...

IPOH, 14 Nov (Bernama) — Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria menasihatkan supaya anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar bertaubat serta memohon keampunan daripada Allah SWT serta menarik kembali kenyataannya berhubung kebebasan beragama pada sebuah forum di Subang Jaya baru-baru ini.

Beliau juga mengulangi nasihat itu untuk seluruh pengikut pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) terbabit yang menyokong serta bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan itu kerana ia adalah berdosa besar.

“Dia (Nurul Izzah) terlampau mudah buat kenyataan seperti itu. Dia perlu bertaubat, bertaubatlah dan tarik balik kenyataan dalam ucapannya itu. Minta maaflah kepada semua. Manusia ini tidak lari daripada melakukan kesilapan, kita mudah melakukan kesilapan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini Rabu.

Katanya pengikut pemimpin pembangkang itu juga bersubahat dalam tindakan atau perbuatan yang tidak dibenarkan oleh agama Islam dan berdosa besar.

“Orang ini (pengikut) bersubahat dan berdosa besar, mereka wajib bertaubat… perlu menggunakan akal yang waras. Jangan permain-mainkan agama,” katanya – Bernama

kakbedah said...

Bagi orang2 Melayu yg berumur 21 tahun ke atas, borang utk menukar agama boleh didapati di ibu pejabat PKR, PJ, serta pusat khidmat wakil rakyat shah alam atas sokongan nurul izzah...

anuar aziz said...

PETALING JAYA: Peguam yang bertanya kepada Nurul Izzah sama ada orang Melayu patut diberi kebebasan agama sama seperti bukan Islam pada sebuah wacana hari ini melahirkan rasa kesal dengan Ahli Parlimen Lembah Pantai itu kerana dikatakan mengubah pendirian.
Siti Kasim menegaskan jawapan yang diberikan oleh anak sulung Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada wacana itu Sabtu lalu membayangkan beliau (Nurul) menyokong orang Melayu diberikan kebebasan agama sedemikian.

Siti berkata beliau terkilan Nurul mengubah pendiriannya selepas dikritik oleh pelbagai pihak termasuk pemimpin-pemimpin PAS dan NGO Islam yang menuduh Naib Presiden PKR itu sebagai menggalakkan murtad.

“Saya percaya Nurul (ketika itu) cuma sedang cuba mengambil hati hadirin, beliau tidak memikirkan natijah (kenyataannya), Siti dipetik berkata oleh portal FMT.

Peguam itu yang juga ahli jawatankuasa hak asasi Majlis Peguam berkata Nurul sepatutnya bertegas mempertahankan pendiriannya bahawa kebebasan beragama adalah hak untuk semua termasuk orang Melayu yang beragama Islam.

maria lando said...

Parti Keadilan Rakyat hari ini mengakui Naib Presidennya Nurul Izzah Anwar mengeluarkan kenyataan “bersahaja dan spontan” mengenai kebebasan agama untuk orang Melayu sehingga mengundang pelbagai persepsi dan tafsiran.

Ketua Penerangan PKR Muhammad Nur Manuty bagaimanapun berkata ketegasan Nurul Izzah menyusul dengan penjelasan terhadap kenyataan itu patut diterima oleh semua pihak.

“Sesungguhnya, kenyataan spontan dan bersahaja YB Nurul Izzah pada majlis berkaitan adalah secara umum dan memang boleh mengundang pelbagai persepsi dan tafsiran,” kata Manuty.

“Namun, kekeliruan yang timbul telahpun diperjelaskan sendiri oleh beliau kemudiannya dengan tegas dan jelas,” kata beliau, dalam kenyataan rasmi PKR 10 hari selepas kontrovesi itu tercetus.

Selain pemimpin-pemimpin Umno, pimpinan PAS turut meluahkan rasa tidak puas hati dengan kenyataan Nurul itu. Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Harun Taib menyifatkan kenyataan Izzah sebagai natijah tidak berhati-hati dan bersifat “kebudak- budakkan”.

Keesokkannya selepas dikecam dalam media arus perdana, Nurul menjelaskan bahawa beliau bukan pro murtad dan berpegang kepada pendirian umum bahawa kaum Muslimin tertakluk dengan Syariat Islam.

Beliau juga merancang menyaman Utusan Malaysia, Berita Harian dan beberapa portal bersabit isu itu. Manuty menganggap ledakan kritikan terhadap Nurul dibuat oleh orang-orang “fasik” yang memberikan maklumat salah.

Beliau sekali lagi mengaitkan kontrovesi akibat kenyataan Nurul kepada apa yang didakwanya sebagai “langkah terbaru UMNO dalam percubaan mengembalikan sokongan dan kepercayaan rakyat yang semakin terhakis,” kata beliau.

kakbedah said...

Siti Zabedah Kasim sekali lagi menegaskan, "“Dia (Nurul Izzah Anwar) tidak boleh menafikannya, sesiapa pun tidak boleh buat cerita, kita ada rakaman, every word (setiap perkataan) kita rakam."

Siti Zabedah Kasim adalah ahli Majlis Peguam yang mengajukan soalan kepada Nurul Izzah dalam sebuah forum baru-baru ini. Menurut Siti Zabedah, kenyataan Nurul Izzah bagi menjawab soalannya dalam forum itu sangat jelas dan difahami maksudnya oleh para hadirin forum berkenaan.

Dalam forum berkenaan Nurul Izzah ketika menjawab pertanyaan dengan jelas mengatakan bahawa hak kebebasan beragama perlu diguna pakai sama rata, termasuk orang Melayu.

Nurul Izzah yang juga Naib Presiden PKR, bagaimana pun memutar belit kenyataan tersebut dengan menuduh pihak media memfitnahnya.

Penegasan terbaru Siti Zabedah itu ekoran pendirian Nurul Izzah mahu menyaman media arus perdana dan media alternatif yang didakwa memutar belit kenyataannya serta mengelak mengulas berhubung kenyataannya berhubung isu tersebut sebelum ini.

Anonymous said...

biar nuar, keluarga dan setan-setan mereka mampos. Allah jahamkan mereka.