Monday, November 26, 2012

Kalau UMNO-BN Nak Menang Pilihanraya Ke 13...


Perhimpunan Agung UMNO yang akan bermula esok sekali lagi bakal menarik minat bukan sahaja rakyat tempatan malahan masyarakat antarabangsa. Inilah persidangan terakhir UMNO sebelum pilihan raya yang diramal akan berlangsung pada tahun depan.

Melihat kepada senario ini sudah tentu ramai yang menantikan amanat Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai ‘tiupan semboyan terakhir’ dalam menghadapi Pilihanraya yang bakal menjelma.....

Lebih kurang setahun lalu Tun Dr Mahathir ada bercakap kepada media bahawa beliau masih bimbang dan pesimis terhadap UMNO. Bagaimana pandangan Tun sekarang….?

Kini Tun Dr Mahathir melihat UMNO berada lebih baik berbanding setahun yang lalu,  mereka semakin memahami keadaan kerana jika mereka masih belum berubah maka UMNO dan BN akan kalah. Dalam keadaan ini semua pihak akan rugi….!!

Terdapat kemungkinan besar tiga negeri ini iaitu Pulau Pinang, Kedah dan Selangor mampu dimenangi semula. Malah ada kemungkinan yang kuat - kita mampu menawan semula Pulau Pinang dan juga Kelantan. Namun semua itu terpulang kepada UMNO itu sendiri.

Di Kelantan terutamanya, kerana di negeri itu pemimpin UMNO selalu sahaja merendah-rendahkan mereka yang dipilih sebagai calon. Perkara sama juga berlaku seolah-olah ia satu budaya di negeri-negeri lain. Itu adalah antara faktor utama yang boleh menjatuhkan UMNO….

Sebelum ini tiada sesiapa yang berani mengkritik Nik Aziz. Langsung tidak ada yang berani. Namun sekarang terdapat ahli mereka yang sudah berani mengkritik beliau. Ini membuktikan tidak ada sesiapa yang terlepas daripada menjadi sasaran kritikan.

Pengaruh Nik Aziz juga sudah semakin merosot kerana beliau sering sahaja membuat kenyataan yang hakikatnya tidak selari dengan ajaran Islam. Baca seterusnya, klik SINI

1 comment:

Anonymous said...

Deciding to buy online can result in a huge cost savings
while providing you the best options for your hair care needs today.
My hair doesn't always look good when I'm going to attend
openings and red carpet events. Generally, these products are more
expensive than their watered-down counterparts, but you can find a few affordable pure silicone hair products (see below).