MARI SAMA SAMA KITA MEDOAKAN YANG TERBAIK

MARI SAMA SAMA KITA MEDOAKAN YANG TERBAIK

Tuesday, November 20, 2012

KANTOI Juga Akhirnyaaa...! Rupa rupanya DOA Hancurkan UMNO Disediakan Oleh Ustad PKR

Dikala UMNO bangkit mengecam serangan Israel yang membunuh begitu ramai rakyat Palestin, saudara-saudara kita di dalam PAS pula mengecam UMNO kerana kononnya menzalimi Islam dan umat Islam di Malaysia. 

Dikala UMNO meneruskan perjuangan untuk memartabatkan agama, bangsa dan negara, PAS pula berdoa memohon Putrajaya! 

Dikala UMNO menganggap PAS saudara seagama, PAS terus menganggap UMNO murtad dan kafir.   Alasan PAS ialah UMNO menolak Islam kerana menolak hudud......   

Sedangkan, mengikut Al-Quran, seseorang itu adalah Islam jika beliau berpegang kepada Rukun Iman iaitu:  (1) Beriman kepada ALLAH SWT, (2) Beriman kepada Malaikat-malaikat, (3) Beriman kepada Kitab-kitab, (4) Beriman kepada Rasul-rasul, (5) Beriman kepada Hari Kiamat, (6) Beriman kepada Qada dan Qadar.

Berdasarkan ajaran Al-Quran ini, maka jelas bahawa UMNO adalah Islam dan tidak melaksanakan hudud tidak menjadikan UMNO kafir kerana ia tidak termasuk dalam rukun iman yang menetapkan keIslaman seseorang.  

Malahan, UMNO juga telah berkali-kali menegaskan yang parti itu tidak menolak hudud tetapi tidak dapat melaksanakannya mengambil-kira kemajmukan masyarakat dan keadaan semasa di negara ini.  

Namun, dalam Muktamar ke-58nya, PAS telah sekali lagi mengenepikan hakikat ini dan terus menyebarkan kebencian dan memohon kehancuran ke atas saudara seagama mereka di dalam UMNO atas alasan UMNO bukan Islam kerana menolak hudud. 

Entah kenapa PAS telah terlepas pandang bahawa menyebarkan kebencian sesama Islam, meniupkan rasa riak dan takbur ke dalam diri si alim ulama dan menghukum manusia lain dengan hukum Allah adalah kerja iblis, yakni bertentangan dengan seruan Al-Quran. 

Seperti yang kita sedia maklum, doa menghancurkan UMNO bukan perkara baru bagi PAS.  Malah, PAS pernah berdoa lebih dari itu, dengan menujukan khas kepada individu tertentu memohon agar pecah perut dan sebagainya.  Doa menghancurkan UMNO ini dilakukan saban tahun dengan solat hajat yang dihadiri beribu-ribu ahli PAS. 

Saban tahun juga kita terkejut tidak mampu menerima yang begitu ramai saudara kita yang begitu jahil, tega menjadi makmum dan mengaminkan doa sang iblis.

Saban tahun juga kita mengangkat tangan syukur kepada Allah SWT kerana doa iblis yang dibisikkan ke telinga tok-tok guru yang kononnya bertaraf wali, yang mulia lagi maksum itu, telah tidak dimakbulkan. 

Sukar untuk kita memahami bagaimana dalam sibuk memperkatakan tentang agama, PAS telah terlepas pandang akan Rukun Iman, hadith dan ayat mengenai iman dan keIslaman seseorang di mana ‘hudud’ tidak langsung termasuk di dalamnya.  





Dari Anas bin Malik ra, dari Nabi saw, sabdanya : "Tidak sempurna iman seseorang dari kamu sehingga ia suka saudaranya mendapat (kebaikan seperti) apa yang ia sendiri suka mendapatnya." (HR Bukhari dan Muslim )

Orang-orang Islam yang beriman adalah merupakan suatu kesatuan, sepertimana yang disebut oleh Allah swt di dalam kitabNya yang bermaksud, "Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara."

Sebenarnya, berjihad menentang saudara seagama telah menjadi pegangan ‘agama PAS’ sejak berdekad-dekad lalu yakni bertitik tolak dari Amanat Hadi Awang yang mengkafirkan UMNO.  Dan kini, Nik Aziz pula memperbaharui pegangan itu dengan memurtadkan UMNO. 

Penulis menyatakan ‘agama PAS’ kerana ajaran yang dibawa oleh PAS untuk memerangi saudara seagama bukanlah ajaran agama Islam, malah jauh bertentangan dan dimurkai Allah SWT. 

Kesanggupan PAS membelakangkan ajaran Islam membuktikan bahawa PAS mengambil sikap membujur lalu melintang patah demi mencapai Putrajaya.  

Pilihanraya adalah segala-galanya bagi PAS iaitu matlamat hidup mati mereka seolah-olah ia merupakan salah satu syarat untuk menyempurnakan ibadah dalam ‘agama PAS’ ialah dengan memastikan parti mereka menang pilihanraya.  

Malah, jika rukun iman ‘agama PAS’ disenaraikan, maka ia pasti meletakkan kemenangan pilihanraya sebagai rukun yang pertama dan hudud sebagai yang kedua.  Semua rukun iman dalam Islam yang lain, tidak penting selagi kedua-dua rukun yang pertama tadi tidak dicapai. 

Ini mungkin juga kerana dalam ‘agama PAS’, semua ahli telah dijanjikan syurga maka mereka tidak perlu lagi mengambil-kira tuntutan berbuat baik sesama manusia, menyayangi saudara seagama dan sebagainya. 

Justeru, dengan syurga sudah didalam genggaman, apa lagi yang ahli-ahli PAS perlu perjuangkan, selain kuasa, pilihanraya dan Putrajaya.  Bukan begitu? 

Penulis dapat tahu bahawa ramai juga di kalangan ahli-ahli PAS yang cuak dan gusar dengan doa ini, tetapi seperti yang dijangka, kegusaran mereka tidak dapat mengatasi keinginan mereka untuk menang pilihanraya. 

Kerana itu, penulis tidak mampu mengulas panjang lagi mengenai isu ini, melainkan mendoakan agar kita semua, saudara seagama, sentiasa berada di jalan yang benar, tidak kira di dalam UMNO, PAS mahupun di Palestin atau di mana juga, serta tidak kira yang alim, jahil atau apa saja rupa dan penampilannya.

Selagi semuanya berpegang kepada Rukun Iman selagi itulah mereka penulis anggap sebagai saudara seagama yang disayangi lagi dikasihi dan bukan untuk diperangi. 

Semoga kita semua selamat dari kehancuran akibat tipu daya sang iblis dan syaitan.

20 comments:

Anonymous said...

Salam Bro,apapun doa mereka untuk UMNO terima sajalah kerana samada makbul atau tidak itu terpulang kepada ALLAH.Allah Yang Maha Mengetahui,yang mana benar dan yang mana salah.

panglima perangcyber said...

tulisann yang baik bro.

Anonymous said...

Moga ALLAH memanjangkan umur mereka yg mengaminkan doa itu agar mereka akan nampak dan alami sendiri saudara terdekat mereka yg murtad kerana mengikut PAS.

Bingai @ Bangang said...

Tahniah kepada tiga sahabat yang beri komen di atas kerana tidak menzahirkan rasa kebencian dan dendam kepada ahli-ahli PAS yang lain.

Aku juga mendoakan semoga DOA PAS tidak berbalik kepada mereka. Cuba kita lihat sepanjang penggal sekarang (2008-2012). Berapa banyak pilihanraya kecil yang diadakan dan dari jumlah tersebut kerusi siapa paling banyak yang dikosongkan? Allah itu maha Pengasih dan Penyayang mengambil mereka-mereka yang dikasihinya lebih dahulu. Wallahualam.

Semoga kita semua dilindungi dan diberkati Allah SWT.

Anonymous said...

MB Kedah, Azizan taknak buat hudud tak nak kena doa jugak ke?

Anonymous said...

BIARLAH MEREKA, DAH DIASUH DARI DULU MACAM TU..DULU AMANAT HAJI HADI YANG NI NIK AZIZ PULAK...JASA BESAR PAS KAT MALAYSIA NI ADALAH MEMECAHBELAHKAN UMAT ISLAM DAN MEMUSNAHKAN PERPADUAN BANGSA MELAYU.

Anonymous said...

Allah Maha Adil...DIA yang mengetahui segalanya...sedih ada artis yg mengaku murtad kerana berada dalam UMNO walaupun dalam nada menyindir...isu ini tidak perlu dimainkan sedemikian rupa....berbahaslah secara ilmiah..

mama sara nur said...

org doakan utk kebaikkan sesama saudara islam tp mereka sebaliknya..
tp tak pelik sb dari dulu zaman sy kanak2 lg dah didedahkan dgn peragai buruk org2 Pas ni..

Anonymous said...

Berbahaslah cara ilmiah? Puak kaum2 jumud Assabiyah PAS ni mesti akan cari satu kesalahan yang paling kecil yang dibuat oleh ahli UMNO bagi menghalalkan kesalahan besar oleh puak mereka. Memang inilah taktik mereka bagi menghalalkan cara sepanjang berhujah. Taubatlah saudara! Membela kesalahan puak sendiri dan menyalahkan pihak lain adalah perbuatan yang amat hina lagi keji.

Anonymous said...

Atis tu tak bermaksud dia murtad...dia maksudkan kalau Nik ajis kata mereka itu UMNO murtad...adakah diri mereka itu telah murtad?...begitu juga orang lain rasakan...Sebenarnya beliau menyindir sahaja...supaya orang faham...

Anonymous said...

You'll also opt in purchasing a survey scanner if you should happen to feel that you need better probabilities in finding the ore that you would like to mine. Approach human resource professionals and companies and ask what skills and qualities they look for in staff and be able to tick all the boxes before applying. We design and manufacture the full range of conveyor components used in materials handling equipment, whether for new systems or replacement parts to any existing equipment.

Feel free to surf to my page: mining

Anonymous said...

37 kits (round that up to 9 total quart and a half kits).
concrete finishing is very
much like smoothing out frosting on a birthday
cake. However, both the methods have their own pros and
cons.

Anonymous said...

” The stepmother went over to the young “Jessie James,” placed
her hand under his chin, tilted his head upward, looked him squarely in the
eyes for a moment, and then turned to her husband and said, “You
are wrong. It needs to be rushed to a medical facility which is capable of handling emergencies.
It is also possible that if CLASS recipients are eventually enrolled
in AHCCCS (Arizona's Medicaid program), AHCCCS will benefit financially by receiving a share of the cash payment made by the CLASS program. Vu promises that you'll look
forward to doing them as the results are well worth it.
The delivery of Linda Mc - Cartney sausage rolls package is usually in frozen form.


Also visit my site opuntiaceae

Anonymous said...

Mira Hair Oil is a simple item to make use of, all you
have to do is to try using 1 / 2 a teaspoon or even a full teaspoon at the most
plus massage the oil directly on your scalp and hair.
The key to getting the most out of a hot oil treatment for
hair is to continuously use it weekly if you need it or every fortnight and youll definitely see the results.
I confess that I was a little bit skeptical at initially. When choosing a treatment for your own hair, pick something organically grown or natural as opposed to something fabricated.
The herbal solution is said to be a natural one, but, this does not necessarily indicate that it is more
effective than other available procedures.



My website :: hair products

Anonymous said...

Aside from Microsoft and Nintendo, another top competitor, Sony, will also be releasing some top-rated games for its own console
- the Playstation. Most of us has a chance to experience the amazing adventure of some kind of
aircraft simulators. The atmosphere parameters calculated
are: temperature, dew point, pressure density, wind (three-dimensional) and visibility.
If you are using your own clubs, clean it with
a wet cloth at least every 2-3 days. If youre a flight sim enthusiast,
the you must try the king of flight simulator
games.

Anonymous said...

Afterwards, he sent this particular Tres for you to
Apollo for any compensation for the Fifty Nandies.
A once great nation is sliding down the toilet and
most everyone, especially politicians, are lying endlessly as it does,
as if the nation’s decay should be ignored rather than honestly combated by its citizens.

Now, many Indian advertising agencies begin to pay more attention to Indian Hindi news and this
can be led to the increase in revenue generation.
They also delight in the creativity provided by the
activities. Somerset House Between 1776 and 1786, Somerset
House wasbuilt on the site of a Tudor mansion built in 1547 by Edward Seymour, Earl of Somerset and uncle to Edward VI of England.


Review my web-site; egyptian newspapers

Anonymous said...

Luckily, there are many methods in safely removing unwanted hair.
Likewise, using imported shampoos and conditioners from a tropical country when your climate is cold
and temperate is not such a good idea. Generally, these products
are more expensive than their watered-down counterparts,
but you can find a few affordable pure silicone hair products (see below).

Anonymous said...

You should generously massage your head with this oil
at night for flaunting a high quality curls next day.
For the thick and curly hair, it is best to use the Moroccan Oil.
These can be expressed in a number of ways: straight hair, slightly wavy
hair, or curly hair. 1 The oil spill threatens the lives of birds,
sea otters, and more than 400 other species. Exactly what the oil does is clean and exfoliate your hair follicles, help
make your bloodstream circulate better all around your head and in return boosts the process
involving hair growth and acts as being a supercharger for making your hair get bigger.



my website ... wedding hairstyles

Anonymous said...

http://paleodietrecipesbook.net/
http://howtoloseweightfastindays.com
http://purelivinghcg.com/
http://getlaid2night.us/male-enhancement
http://getlaid2night.us/penis-pump

Anonymous said...

http://paleodietrecipesbook.net/
http://howtoloseweightfastindays.com
http://purelivinghcg.com/
http://getlaid2night.us/male-enhancement
http://getlaid2night.us/penis-pump