SEMINAR ANTARABANGSA AUTISME 2014

SEMINAR ANTARABANGSA AUTISME 2014

Saturday, November 3, 2012

Lakukan Hubungan SEKS Lima Kali Seminggu..., Elok Untuk Kesihatan Anda

Bukan lagi rahsia pun, kekuatan utama PAS di Kelantan terletak pada pengaruh peribadi Nik Abdul Aziz Nik Mat selaku Menteri Besarnya, yang sejak 22 tahun lalu berjaya dipotretkan oleh jentera propaganda PAS sebagai seorang tokoh ulama dan tok guru.

Malah kekuatan PAS di peringkat pusat juga banyak bergantung harap pada pengaruh Mursyidul Am PAS itu sehingga menenggelamkan ketokohan Abdul Hadi Awang sebagai Presiden PAS.

Tanpa kehadiran Hadi, PAS masih boleh bertahan dalam arena politik tanahair namun tanpa kelibat Nik Aziz, nescaya PAS Kelantan dan PAS Pusat bakal terkontang konting tak ubah seperti anak ayam yang kehilangan ibunya.

Itu kepercayaan dan keyakinan yang sudah sebati dalam minda sebilangan besar penyokong dan pemimpin PAS di seluruh negara, kecuali di Kedah dan Terengganu.

Jenama tok guru yang dipotretkan pada batang tubuh Nik Aziz itu pun asalnya merupakan idea dan taktikal strategik PAS hasil dari pengamatan terhadap penghormatan besar yang diberikan masyarakat Kelantan kepada para tok guru pondok yang banyak berjasa memperkembangkan Islam.

Realitinya, bagi sebahagian besar masyarakat pondok masa kini kelibat Nik Aziz tidakpun dianggap sebagai seorang tok guru, lebih-lebih lagi sejak umum mengetahui Kerajaan PAS Kelantan lebih banyak membantu dan menyumbang wang ringgit untuk pembinaan berhala tokong yang tingginya jauh mengatasi menara masjid.

Tapi masjid tempat umat Islam beribadat baru hanya satu didirikan oleh Kerajaan PAS Kelantan pimpinan Nik Aziz, itupun sebahagian besar sumbangan datangnya dari orang ramai.

Sebelum gelaran tok guru surat pekeliling di cop atas dahi Nik Aziz, beliau hanya digelar sebagai ustaz sahaja, malah hingga kini ramai pimpinan PAS Kelantan yang rapat dengannya, apabila berbicara dengan MB Kelantan itu mereka membahasakan diri Nik Aziz dengan panggilan ustaz sahaja.

Hanya bila berdepan dengan khalayak ramai atau di atas pentas ceramah sahaja, gelaran tok guru diguna pakai atas maksud untuk kepentingan politik mengabui mata khalayak.

Kini apabila timbul desakan demi desakan semakin kuat menuntut Nik Aziz mengundurkan diri sama ada sebagai MB Kelantan mahupun sebagai Mursyidul Am PAS, ramai pemimpin PAS melihat senario tersebut sebagai satu ancaman besar terhadap kelangsungan pengaruh PAS.

Lebih-lebih lagi apabila suara desakan tersebut turut membabitkan sesetengah pemimpin PAS sendiri termasuklah pandangan sinis dari ADUN Gaal yang menyarankan supaya Nik Aziz berundur untuk membolehkan generasi muda PAS mengambil alih tampuk kepimpinan parti.

PAS tahu jika suara-suara desakan sedemikian dibiarkan terus berkumandang, buruk kesannya pada prestasi PAS pada masa depan. Maka mahu tidak mahu, sebahagian pemimpin PAS yang lain terutama dari Kelantan terpaksa tampil mempertahankan Nik Aziz.

Sejak seminggu lalu kita dapat lihat berduyun-duyun pemimpin PAS Kelantan terutama sekali yang memegang jawatan dalam kerajaan negeri tampil dengan pelbagai kenyataan menyokong Nik Aziz termasuklah yang memuja muji 'kehebatan' Nik Aziz sebagai MB Kelantan dan Mursyidul Am PAS.

Pada mereka, Nik Aziz tetap masih diperlukan sekalipun tahap kesihatannya sekarang seringkali merencatkan perjalanan urus tadbir negeri dan parti, namun alasan 'ketajaman fikiran' dan 'kehebatan' Nik Aziz sebagai MB serta pemimpin utama PAS dijadikan sandaran untuk membuktikan kemampuan orang tua itu untuk terus menerajui Kelantan dan parti.

Entah celah kangkang mana yang hebatnya orang tua tak sedar diri itu hanya pemimpin PAS yang tahu. Mungkin masing-masing masih mengharapkan keramat air selipar Nik Aziz untuk keberkatan masa depan politik mereka, barangkali ada betulnya.

Apapun, senario ini menjelaskan lagi betapa masih ramai pemimpin PAS dan penyokong mereka tetap utuh berpegang pada doktrin lama bahawa tanpa Nik Aziz bermakna masa depan PAS akan kabur. Dengan kata lain mereka takut sekiranya tanpa Nik Aziz, PAS akan tewas teruk dalam PRU akan datang.

Hakikatnya, bagi kita di pihak UMNO pula, adalah lebih baik Nik Aziz terus kekal ego dengan sikap gila kuasanya, dengan demikian masyarakat umum lebih faham bertapa bernafsunya seorang politikus berlabel tok guru jadi-jadian itu.

p/s; Isi kandungan untuk tajuk diatas akan disiarkan dalam masa yang terdekat..., harap maaf

13 comments:

Anonymous said...

Adessss....tipah tertipu banggggggg......

Anonymous said...

hebat dgn pemnbinaan patung budha mega di serambi mekah

Anonymous said...

Jangan buat macam ni, pok cik nak baca seks 5 kali seminggu. Hampa.

Anonymous said...

kau letak aje jawatan tu nik aziz ! Tak kan tiada lagi hero hero dekat kelantan tu yang layak sebagai penganti nik aziz.....dah tua sangat nik aziz , bawak bawak lah berhenti.

Anonymous said...

dah teruk betul kepala hotak admin..n para pngikutnya..dah la islam ditolak malah alim ulamak pulak di perkotak katik..klu TGNA y separuh gajinya di sedekahkan kpd y mmrlukan, rumah y hnya berdindingkan kayu lama dan berdekatan dgn masjid, setiap pagi akn memberikan ceramah subuh di masjid2, kdang2 brsarapan d warung..setelah 22 thun mmrintah kelantan dan xde apa2 harta y d longgokkn dlm rumah TGNA..klu pmimpin mcm ni org kta gila kuasa n harta..y rumahnya bruk saje..bgimana plak pmmpin UMNO y rumahnya brharga brjuta2..kt nk kategori mrk sbg gila ape tu..cuba renung2knlah..ingt la saudara islam kita brpaksikn Al-Quran dan Hadis..klu satu ayat dlm Al-quran kita ragui @ nafikn kita trkeluar dr islam scara otomatik tnpa kta tkar kprcyaan kpd agma lain..jgn ragui hudud..spt mana kta tggl dlm ngara malaysia dn mematuhi undang ngara spt itu jgk la kta perlu mmatuhi undg2 Allah krana kt dduk dlm dunia Allah..dan kerajaan Allah adlah pling bsar dri mana2 krajaan y paling bsar dlm galaksi..
berifikirlah menggunakan garis panduan y telah Allah SWT berikan..wassalam..

Anonymous said...

orang pas bahalol. lebih kepada kafir dari islam. kepala otak macam sial .

Anonymous said...

Dia nak zuhud ke nak bagi tazkirah subuh ke nak sedekah sluruh harta pun silakan, tapi jawatan MB tu bagi lah kat orang lain...macam2 masaalah keperluan asas kat Kelantan tu.....negeri perlu ditadbir....berceramah manjang x nyelesaikan apa apa...aku dah fed up nak balik kampung bini....adoih...

Anonymous said...

Tengok apa anon pas totok tu meroyan... mula-2 cerita kisah 'kezuhudan' (palsu) nik Aziz, kemudian kaitkan dgn org yg tak sokong Nik Azis dgn meninggalkan ayat alquran,meragui alquran, kemuadian melarat kpd menolah huduh.
Tujuannya ialah nak memaksa kita berfikir bahawa menolak nik Aziz seolah kita menolak alquran dan sunnah, menolak islam dan menolak hudud... Inilah kesesatan yang ada pada setiap penyokong pas, yang telah ditanam kedalam otak selut mereka, yang sangat aku benci.
Ini adalah cara Syiah dan khawarij membendung serangan keatas akidah sesat mereka. Perkataan nampak baik, tapi bermaksud menghina orang lain yang tak sependapat dgn mereka... itulah PAS.

nonbal said...

Kalau zuhud Nik Aziz makan nasi bungkus, tapi rakyat makan ubikayu tak guna jugak. Dia guna air telaga, rakyat guna air sungai lagi tak guna... tu bukan zuhud, tu bodoh nak memerintah untuk kemaslahatan rakyat. Baiklah MB kaya pakai BMW, rakyat pakai Honda Accord lagi bermakna dari MB pakai Honda Cup, rakyat kayuh basikal... itulah perumpamaannya,

WrgaKlia said...

Adusss...blog ni bodo sunggoh!!!kasi buat fitnah ajo...

Anonymous said...

Bloggers MIK////pencinta porno no wahid di Malaysia/////adus////

Anonymous said...

pengkritik dalam blok ni memang bangang

Anonymous said...

pengkritik dlm blok ni tak tau beza syurga atau neraka, fikrlah dgn fikiran yg waras berpandukan iman, jgn jadi manusia yg bodoh tdk tahu membezakan yg mana ulamak,,,