Thursday, November 29, 2012

Najib Punyai Sikap Terpuji Sebagai Seorang Pemimpin....

Mengakui kesilapan dan kemudian meminta maaf adalah antara sikap terpuji dan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak membuktikan beliau sanggup berbuat demikian mewakili parti dan kerajaan Barisan Nasional.

Perdana Menteri menzahirkan permohonan maaf atas kekhilafannya sebagai pemimpin parti dan kerajaan di akhir ucapan dasar Presiden  sempena Perhimpunan Agung UMNO di Dewan Merdeka, pagi Khamis.

“Bumi mana tak ditinpa hujan, laut mana tidak bergelora, bahagian dunia manakah yang wujudnya orang, atau pimpinan, atau persyarikatan atau parti yang tidak pernah tersadung atau tersalah,”

“Di atas segalanya, sebagai pemimpin parti dan kerajaan, kami menyusun jari sepuloh memohon maaf atas kekhilafan,” katanya.

Mengulas perkara itu, Naib Presiden UMNO Datuk Seri Zahid Hamidi berkata, jarang pemimpin sanggup meminta maaf.

“(Itu) Bukan kerana dosa besar tetapi kita sebagai manusia biasa ada kelemahan biasa ada kelemahan, bukan bersifat maksum. Mustahil,  sebagai pemimpin di negara masyarakat majmuk dapat penuhi kehendak semua kaum agama dan bangsa,”

“Kelemahan itu dimaksudkan Najib apabila meminta minta maaf dan bersedia membaiki kelemahan tersebut,” katanya dalam sidang media oleh Naib-Naib Presiden UMNO di PWTC.

Menurut Menteri Pertahanan itu, sikap keterbukaan Presiden UMNO itu tidak ada pada pemimpin lain. Ini kelebihan dan sifat terpuji Najib sebagai pemimpin,” katanya.

Mengulas lanjut ucapan Presiden, Zahid senada dengan Najib mengingatkan ahli-ahli UMNO dan rakyat, menukar kerajaan bukan semudah menukar baju setiap hari.

Malah katanya, uji kaji sudahpun berlaku apabila rakyat lima negeri sudah beri kesempatan kepada pihak yang berjanji untuk bawa perubahan pada 2008.

“Apakah yang terbaik sudah mereka lakukan selama satu penggal memerintah negeri mereka dapat berbanding kerajaan BN yang lalu?,”
   
“Presiden pun sebut apa Kelantan buat selama 22 tahun..soal air pun tak selesai. Perkara ini harus difikirkan rakyat.  Ini soal beri mandar kepada parti yang ada track rekod baik,” katanya.-Agendadaily

5 comments:

Anonymous said...

suara kaki jilatttttt......

Anonymous said...

Aziz bila nak minta maaf !

Anonymous said...

53 bilion wang bumiputra hilang dan 207 bilion wang pampasan kerajaan jepun untuk pekerja melayu buat rel kretapi di burma juga hilang.. nak percaya lagi ke pada najib razak (nazak). kes altatuya dia lari2 aje..tanjung pagar bernilai trilion usd senang2 diberi kpd singapore..ini orang baik ke? mengikut telunjuk Apco yahudi yg diberi gaji 70 juta lebih tu..orang baik ke?

Sou Yuen said...

Unknown no. 3 Sunday, 02 December, 2012

That was the old story and even until now nobody come to bring forward issues you raised. My recommendation is, just look nowadays, don't talk sweet things on PR side and sour side on current Gov side only..come with PR sour things too..people love to hear both and evalute except PR mules.

Anonymous said...

There are a few types, mainly fine, regular, or rough. Amla is used in the preparation of a highly effective natural shampoo by mixing 100 g
each of amla, nuts and Shikakai soap in two quarts of
water, the mixture is boiled for half an hour to simmer and then
can be used as shampoo for one month for all hair treatment throughout
the year. Deemark herbal hair care oil have been traditionally used to treat irritated stressed scalp,
reduce effect of aging on hair shape and growth, combat seborrhea
and alopecia. This is why many salon stylists always
recommend a hot oil treatment for hair. Customers have always given Moroccan Oil
products the highest ratings.

my webpage; short curly hairstyles