MARI SAMA SAMA KITA MEDOAKAN YANG TERBAIK

MARI SAMA SAMA KITA MEDOAKAN YANG TERBAIK

Monday, November 5, 2012

Nak Tanya Ketua Penerangan UMNO Malaysia Datuk Mat Maslan & Ketua Penerangan UMNO Selangor Yb Shukor Soalan CEPUMAS...!!

PKR sudah melancarkan poster untuk kempen Pilihanraya Umum Ke 13 dengan cubaan sebaik mungkin untuk "mempengaruhi" pemikiran rakyat....

Lihatlah tagline yang mereka gunakan dan cuba gula-gulakan rakyat, "Harga Minyak Turun, Harga Kereta Turun, Pendidikan Percuma Hapuskan PTPTN dan bermacam lagi umpan yang digunakan.

Bijak juga akal hulubalang hulubalang Anwar dalam menggunakan psychological effect untuk merayu undi rakyat! Sudah pasti rakyat akan tergoda atau teruja dengan tawaran mereka kerana poster untuk Turunkan Harga Minyak, Pendidikan Percuma memang akan terkesan terus kepada "poket rakyat".

Menurut Presiden PKR, sejak 2008, mereka  membawa isu rakyat, antaranya kenaikan harga barangan, pendidikan percuma, pembelaan terhadap wanita....

“Inilah isu rakyat. Mereka letakkan harapan tinggi agar persoalan asas ini dapat dirungkai. Perjuangan Pakatan tidak boleh dipisahkan dari harapan rakyat.

“Keadilan akan terus memegang amanah sebagai parti tunjang dalam Pakatan,” katanya.


Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution pula, berkata 10 bilboard diperkenal bagi fasa pertama kempen manakala fasa seterusnya  diperkenal menjelang PRU-13.

“Segala urusan termasuk kelulusan dari pihak berkuasa tempatan (PBT) diuruskan sebuah pasukan khas,” katanya yang menyatakan kempen itu turut diperluas melalui media sosial.

“Setakat ini, sebanyak 13 tajuk risalah disebar luas sejak empat bulan lalu,” katanya.

Cuba anda lihat dan perhatikan betul betul contoh billboard iaitu poster gergasi diatas sana, yang diletakkan dipejabat PKR...! Gambar Anwar bersama sama dengan anak anak kecil berbilang bangsa, melayu, cina dan india.

Perhatikan juga salah satu poster bertajuk Pakatan Demi Rakyat dimana Anwar hanya memakai t-shirt, dan berselipar mahu membawa dua anak kecil menaiki basikal... Kesemua poster gergasi berbentuk billboard ini akan berada di banyak simpang jalan dinegeri Selangor khususnya kerana mereka mahu pastikan UMNO dan BN tidak akan menang..!

Bagi diri kita yang sememangnya meluat dan yakin bahawa Anwar serta kuncu kuncunya PKR adalah pembohong dan tidak layak mentadbir kerajaan sudah pasti tidak akan teruja dengan apa sahaja bentuk pengiklanan mereka merayu undi....

TETAPI buat rakyat serta pengundi atas pagar..? Kata pujuk rayu Harga Minyak Turun..., Pendidikan Percuma...serta gambar yang berjaya menarik perhatian mereka tidak mustahil untuk PKR berjaya meraih sokongan para pengundi ini... 

Kita jangan over-confident...!! Maksudnya, kita jangan memandang rendah atas keupayaan PKR ini kerana poster mereka boleh menarik minat dan kecenderungan pengundi...

Oleh itu, Blog MIK ingin sangat mengetahui apakah tindakan susulan dari Ketua Penerangan UMNO Malaysia Datuk Ahmad Maslan dan juga Ketua Penerangan UMNO Selangor, Yb Shukor Idrus..??

Jawablah bro..

12 comments:

MELAYUJATI said...

Jangan pikir orang pikir apa kita pikir, kalau amalkan pemikiran macam tu, tragedi 2008 akan berulang lagi malah lebih teruk kerana Pakatan telah menemui jalan yang mudah mempengaruhi undi rakyat. Orang baik (UMNO/BN) buat baik 10 kali rakyat rasa biasa buat Salah sekali rakyat 'terasa'. Tapi orang tak berapa baik (PR) buat benda takbaik 10 kali orang rasa itu amalanya tapi buat baik sekali rakyat rasa 'terpesona'. Jadi buatlah sesuatu yang luarbiasa jangan harap PM Najib je kesian dia.

zm.azami said...

asalam..
tahniah 'blog MIK' mohon share untuk rujukan..

terima kasih

ASHAMSURI said...

pohon share bro..serius..ini bahaya..

Anonymous said...

aik, dulu iklan yg ada logo satu Malaysia diarah turunkan kerana kononnya ada unsur kepertian, tp yg ni, bukan shj ada unsur kepertian, MEMENG JELAS NYATA BERUNSUR KEPARTIAN...APA PUNYA UNDANG2 TU..
telus konon...penipu adala..

-wau

Anonymous said...

Poster-poster yang menarik. PKR perlu tambah satu lagi poster dengan tajuk ni.

Harapan Rakyat: Golongan Lesbian, Bisexual/Gay/Transgender (LBGT) Dibela.

Hahaha.

mat piau said...

UMNO masih tidoq atas katil dreamland. bila tilam terbakaq takdan nak lari

Anonymous said...

Ketua bahagian dok kira untung projek xhabis lg..buat kerja pun mcm melepas batuk di tangga..then boleh menang ka?? Penyokong tegar di abaikan, penyokong atas pagar di beri keutamaan..sokong sampai rebah!! B. Glugok

Anonymous said...

Dato mazlan sibuk pasal FELDA....pasal lain dia dah tak ingat......ni lah bala bila disumpah oleh peneroka FELDA

Anonymous said...

walaweii....!! btol laa aku pung setuju gak dgn mik

kita nie yg dah mmg benci tak percaya dah kat pkr tak kisah sgt tak perlu nak risau sbab dah tentu kita undi bn

tapi... pengundi yg xde parti nie, especially anak anak muda profsional bole teruja tgk poster pkr ni beb!!

aku perati gbr dgn anak2 kecik kaum india cina tu main peranan jugak, bahaya beb...

tu haaa, poster minyak turun & free education pun jgn kita amek mudah, bole tergoda pengundi

apa lagi umno...?? counter laaa, buat poster yg catchy, yg menarik lebeh baik dari pkr, bole taakkk..?

jgn la OLD SCHOOL gbr songkok senget muka cebekkk

Anonymous said...

Sape yb shukor nie...? dia adun mana..??

Uncle Saya said...

PR biasa...dia buat boleh...BN buat salah...kapala otak dia salah....orang makin benci dengan anwar dan wan jijah....tak paham paham...muka tak malu....

Anonymous said...

PR - Fitnah, Janji dan Hasut. Itu saja tag line mereka. Rakyat kena perlu berfikir bukan terpengaruh dengan gula2. Kan BN dah lama buat "Janji Ditepati" "Rakyat di Dahulukan Pencapaian Diutamakan" Itu sudah memadai buat aku yg tahu menilai mana intan mana kaca.