MARI SAMA SAMA KITA MEDOAKAN YANG TERBAIK

MARI SAMA SAMA KITA MEDOAKAN YANG TERBAIK

Wednesday, November 21, 2012

Nik Aziz Sudah Melampau Lampau...!!


Kenyataan Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menggambarkan UMNO sebagai parti murtad adalah melampau dan keterlaluan kerana jelas bertentangan dengan ajaran Islam sebenar.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kenyataan Nik Abdul Aziz itu juga membuktikan perjuangan hakiki Pas iaitu menegakkan ajaran Islam jauh tersasar.

Jelasnya, adalah amat tidak wajar sebagai umat Islam melabelkan saudara seagamanya yang juga beragama Islam sebagai murtad.

"Untuk menentukan seseorang umat Islam lain sebagai murtad atau tidak adalah hak Allah SWT dan menyamakan UMNO sebagai murtad adalah di luar kuasa manusia.

"Kenyataan ini sendiri sudah membuktikan Nik Abdul Aziz dan Pas jauh tersasar daripada landasan Islam," katanya.

Beliau mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz yang memberi gambaran bahawa UMNO merupakan sebuah parti yang murtad dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Industri Pertahanan, Penguatkuasaan dan Keselamatan Malaysia (MIDES), di sini hari ini.

Semalam, Nik Abdul Aziz memberi gambaran bahawa UMNO merupakan sebuah parti yang murtad kerana menolak dan memperlekehkan Islam dalam dasar parti itu.

Beliau dalam nada tegas kemudiannya melontarkan persoalan sama ada parti itu kini menganut agama Kristian, Buddha atau sebuah parti politik yang tidak mempunyai agama.

Mengulas perkara sama, Ahmad Zahid menegaskan, sekiranya benar Pas sebuah parti politik yang mengamalkan ajaran Islam sebenar, mengapa undang-undang Islam khususnya hukum hudud tidak dilaksanakan di negeri-negeri yang ditadbir mereka.

Malah, katanya, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam ucapan dasar sewaktu muktamar Pas baru-baru ini juga langsung tidak menyentuh tentang pelaksanaan hukum hudud.

"Semua ini adalah untuk menjaga hati dan perasaan parti-parti pakatan pembangkang walaupun terpaksa mengorbankan perjuangan asal Pas iaitu menubuhkan negara Islam kepada negara berkebajikan.

"Ini jelas menunjukkan Pas hanya menggunakan agama untuk memperkuatkan politik tetapi bukan menguatkan politik dengan agama," katanya.

9 comments:

Anonymous said...

Pok nik tu dah nyanyuk, just ignore him......

Anonymous said...

Impliksinya lihatlah... Penyokong pas skrg sgt2 kurang ajar. Udah mcm unsur2 syiah meresap di dlmnya. Sgt kuatir....

Anonymous said...

DS dah muak dgn komen2 pemimpin UMNO dan kerajaan terhadap "fatwa N.Ajis" kt UMNO tu murtad tp tindakan habuk pun tarak.klu Dr M jd PM hr ni manusia ni dah di letak dlm ISA krn dianggap pelampau yg menjejas keselamatan negara.klu org UMNO kt PAS murtad dah kena tahan dn minggu depan dah kena dakwa mcm kes kepala lembu..

Anonymous said...

Hax3
Saya nak suka pecah perut sbb puak2 amno/bn tak reti bahasa kiasan!

Parti ni macam lembaga atau jasad manusia atau bas yg membawa penumpang

Parti UMNO /BN/PAS ke.Kalau parti yang dasarnya tidak islami maka kita nak tafsir parti ini jenis apa?Nak bawa ahlinya ke mana?

Kita boleh kata parti itu parti Islam,Pakaian pun pakaian Islam, makanan Islam sebab ia ada ciri-ciri Islam.Ini hakikat!

TGNA tak kata individu atau ahli atau pemimpin yg bernama si polan bin si polan murtad! Sebaliknya PARTI/BAS YG DINAIKI @YANG MEMBAWA ORANG(ANGGOTA PARTI) yang HALA TUJU tidak ke arah Islam itu yang dikait@dikias!

Anonymous said...

Tok guru ni anggap PAS adalah Islam dan Islam adalah PAS. Sebab dia tidak boleh terima perbedaan pendapat parti politik. UMNO tak terima cara PAS bukan bererti menolak Islam tetapi menolak parti Islam cara PAS yang tidak konsisten dan memperlekehkan hukum Islam. Bila UMNO kawan bukan Islam Pas tuduh cara itu kafir tetapi bila mereka sendiri kawan dengan kafir mereka cakap itu tahaluf siyasi. Apa punya ayat nak putar belit ni.. Dulu kata suara wanita aurat tak boleh bertanding tilawah sekarang boleh pula, suara wanita bukan aurat dah.. Hari tu kata Nabi Muhammad macam Mat biasa kat kampung saja. Aloh weh... pedih telinga dengart... ini bukan tak sengaja tetapi cakap ikut emosi dan penuh dengan amarah. Islam ke cara macam ni????? Inilah parti Islam, orang buat tak boleh, sendiri buat cari asbab bagi boleh.. Malu weh, Allah sedang menunjukkan arah sebenar pas, bukan pejuang Islam tetapi berjuang nak putrajaya, lepas tu dah dapat tak reti nak buat apa, Jual apa yang ada, program terbiar tak mengapa asal ada gempark nya...
Orng bertanding nak berkhidmat, mereka tanding nak jawatan pastu keluar ceramah memburukkan kerajaan lain.

Anonymous said...

bila tun kias devil and angel korang tak paham pulak yea?

Bas yg bro kata kias ni dia automatic la yea, takde driver dan penumpang?

Tgna cakap tu bukan kias la bro, memang dia maksudkan ahli umno dan bn.

Jgn bersikap seperti asabiyah la, dah betul salah jgn la duk pertahan jugak.

Anonymous said...

Perangai orang PAS ni kaorang kena faham.. apa2 kenyataan nik aziz, mereka akan perbetulkan, tokok tambah, menyedapkan, 'ada maksud tersirat' dan sebagainya.

maknanya walaupun nik aziz tersasul, mereka ni lah tolong perbetulkan, menyedapkan dan menokok tambah.

Mereka akan kata 'ada maksud tersirat', mereka ni akan buka habis kitab utk cari sipi-sipi utk selamatkan nik aziz.

Sebab tu lah Nik aziz besar kepala, sombong, ponghoh (perengus).

Suka la nik aziz sebab penyokong dia sudi bersihkan najis dia, malah jadi tukang basuh berak dia.

Sebab tu pas kelantan tak perlu buat kerja!

Anonymous said...

OK..
Mula2 yang nik aziz cakap tu betul, itulah yang sebenarnya dia nak cakap atau keluar kenyataan.

Kenyataan kedua, ketiga dan keempat serta seterusnya, itu kenyataan diperbetulkan oleh pegawai dan kroni dia.

Isu wang ihsan minyak contohnya, mula2 nik aziz setuju saranan najib supaya hantar wakil utk berunding, balik je husam musa dari oversea, terus bertukar nada nik azik ni.

isu doa pecah perut, mula2 doa pecah perut najib, lepas tu tarik 'hand break' pula, sebab atas nasihat pegawainya.

Sebab tu bila kes Husan saman Kickdefilla, Kick nak panggil nik aziz juga, demam husam sebab nik aziz sudah tentu akan tersasul.

Bala2.

Anonymous said...

Presiden mesir tak pakai macam nik ajis pun walhal kat mesir ni ramai orang malaysia pergi belajar agama.

Tak nak kata ka yg pemerintah mesir tu macam kata kat umno sekarang.