Wednesday, November 28, 2012

Pantun Dan Doa Muhyiddin Bikin Ahli Ahli PAS Insaf Dan Taubat Nasuha…!!


Sutera dilipat habis dicuci
Tersimpul kemas di dalam laci
Kalau hati berkarat benci
Terpacul di mulut nista dan caci

Pantun Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika berucap merasmikan serentak Persidangan Tahunan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini malam tadi.

Dalam ucapan bertemakan, Bersama Melakar Kemenangan, Muhyiddin yang mengimbas serangan-serangan pembangkang terutamanya Pas dan DAP terhadap UMNO dan komponen BN menegaskan, kedua-dua parti tersebut berbuat demikian semata-mata untuk menarik sokongan kaum tertentu kepada parti mereka.

 ''Pas menggunakan sentimen agama yang sempit untuk menghasut orang Melayu membenci UMNO dan menyokong mereka. DAP pula menggunakan sentimen perkauman yang melampau untuk menghasut orang bukan Melayu membenci MCA, MIC, Gerakan dan parti-parti lain dalam BN, supaya orang bukan Melayu menyokong mereka.

"Semuanya ini dilakukan atas dasar kepentingan politik yang jumud dan politik serakah, tanpa mengira kesannya ke atas perpaduan masyarakat berbilang kaum dan agama di negara kita,'' katanya.

Ternyata, PAS hanya melukut di tepi gantang. …PAS tidak berkongsi kuasa dengan DAP dan PKR. Sebaliknya, kuasa yang sepatutnya diberikan kepada PAS dirampas oleh DAP dan PKR.

Sungguh malang bagi PAS…. Bagai kisah si lebai malang…. Di sini tak dapat, di sana pun melepas….

Bak kata orang Pulau Pinang, Balik Pulau Bayan Lepas, Sini Terpelau Sana Terlepas.

PAS berhempas pulas menarik sokongan orang Melayu, tetapi akhirnya yang berkuasa ialah DAP dan PKR. Bagi DAP dan PKR, PAS hanyalah kuda tunggangan, tukang sorak dan tukang takbir untuk mereka merebut kuasa.

Diakhir amanat Timbalan Presiden ini beliau memohon doa….,

“Marilah bersama-sama kita mendaulatkan maruah agama, bangsa dan negara. Marilah kita berdoa ke hadrat Allah s.w.t. agar kita diberikan kekuatan untuk menghadapi mihnah dan fitnah zaman. Marilah kita memohon pedoman dari Allah s.w.t. agar ditetapkan hati-hati kita untuk terus berada di landasan perjuangan yang suci ini.

Marilah kita memohon hidayah dari Allah s.w.t. agar dilembutkan hati-hati kita untuk menerima seruan persaudaraan dan perpaduan. InsyaAllah pertolongan Allah sentiasa bersama orang-orang yang berjuang di jalanNya.”

TIDAK ADA LAFAZ DOA MEMOHON KEHANCURAN AHLI AHLI PAS…!!

13 comments:

Anonymous said...

Ya Allah jadikan lidah-lidah dan tangan-tangan pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli UMNO di dalam PAU 2013 sebagai lidah-lidah dan tangan-tangan yang memecahbelahkan perpaduan gerakan ahzab mereka. Ya Allah jadikanlah lidah-lidah dan tangan-tangan pemimpin-pemimpin, ahli-ahli dan penyokong-penyokong UMNO/BN sebagai lidah-lidah dan tangan-tangan yang menjauhkan rakyat daripada mereka, dan sebaliknya mendekatkan rakyat untuk bersama-sama menyokong Pakatan Rakyat sebagai sebuah kerajaan yang aman, makmur, adil dan saksama kepada semua rakyat Malaysia. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Nabi Muhammad SAW dan keluarganya.

Anonymous said...

Siap minta Allah sokong peliwat dan pemurtad org Islam lagi si Anon nih... giler ke hapa!

Anonymous said...

Ya Allah jadikan lidah-lidah dan tangan-tangan pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli UMNO di dalam PAU 2012 sebagai lidah-lidah dan tangan-tangan yang memecahbelahkan perpaduan gerakan ahzab mereka. Ya Allah jadikanlah lidah-lidah dan tangan-tangan pemimpin-pemimpin, ahli-ahli dan penyokong-penyokong UMNO/BN sebagai lidah-lidah dan tangan-tangan yang menjauhkan rakyat daripada mereka, dan sebaliknya mendekatkan rakyat untuk bersama-sama menyokong Pakatan Rakyat sebagai sebuah kerajaan yang aman, makmur, adil dan saksama kepada semua rakyat Malaysia. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Nabi Muhammad SAW dan keluarganya.

Anonymous said...

Karat terjadi ada pemula,
Alif Min Nun Wau pembawa duka,
Mulut Muhyiddin manis bagai gula,
Siapa tahu hatinya kelat lagi bercuka.

Anonymous said...

Doa dan Pantun pemimpin dan pencacai PAKATAN terserlah PHD...nya.Moga Allah senantiasa memberkati UMNO demi Agama,Bangsa dan Negara.

Anonymous said...

Pakatan Rakyat terdiri dari ramai pemimpin yang sakit.Sebab tu doa kehancuran sesama Islam pun PR kata ok.Kenapa la UMNO jugak tunjuk contoh yang baik. Mungkin itu la kehebatan UMNO dalam pemerintahan yang penuh keberkatan dan berintegriti.

Anonymous said...

Doa khawarij pas memang macam tu ! Orang orang pas memang pengotor ! Kalau kita pergi dekat tempat puak puak pas kita tengok persekitaran tempat tinggal mereka , terutama dekat kelantan amat jijik sekali , sifat pengotor puak puak pas ini yang terbawa bawa dalam doa itu .

Anonymous said...

Moga Allah memberi petunjuk dan hidayah pada orang-orang PR yang ingkar dan melakukan fitnah Amin

Anonymous said...

Pakatan haram kalo naik yg akan mmegang kuasa pemerintahan bkn PAS tapi...ANUwar si peliwat dan barisan cina2 DAPig...

xcaya tgk apa jadi kat Selangor, PP ...ada ke PAS pegang apa2 jwtn? yg ado cume kat Selangor ..takat jaga adat dan soSIAL...kat pp cume melukut di tepi gantang...ada jwtn tapi xde kuasa pon..Islam/Melayu di tindas, PAS wat PE? Goyang TOLOR jer...

Anak betina ANUwar saran org Melayu diberi kebebasan beragama (kira bole murtad la) PAS hny dok berteleku ..dah jadi SYAITAN BISU mcm yg N Ajis kata pd ulamak UMNO dulu...(boomerang balik pada PAS)

Dahla jgn berangan lagi penganut dan bangsa PAS dan PKR..selagi belum terlambat, jgn hak kite di gadaikn pada bangsa len hny krn nak memuaskn dendam serakah korng thdp saudara yg seagama dan sebangsa kamu...

Anonymous said...

Tuduh Anwar liwat, tapi tak ada bukti. Kalau ada bukti pasti mahkamah terima. Buat dosa kering sahaja puak UMNO ni. Jawablah kamu di akhirat jika Anwar tak maafkan dosa-dosa kamu pada dia.

Anonymous said...

Anwar aljuburi , aljuburi itu juborlah , ertinya anwar jubor , bila anwar jubor maknanya liwat lah , mat sabu bagi nama anwar aljuburi !

Anonymous said...

Betapa UMNO menggunakan jubor Sepol sebagai meriam bagi mempertahankan bahtera mereka yang kian karam dibedil oleh doa-doa orang yang dizalimi.

pok nik hensem said...

kesian pencacai2 shiekh anuar aljuburi...tiap kali si-penjubo di-laknat dan di-kutuk oleh golongan anti munafik, pencacai tegar aljuburi a.k.a si-pembohong pulak yg mcm cacing kering kepanasan tak senang baring dan duduk...kote dan jubo mereka terbakar hangus ke???....kekkekkeke...