Thursday, November 22, 2012

PAS Sebenarnya Bukanlah Sebuah Parti Islam Untuk Orang Melayu....!

Sudah jadi kebiasaan bagi pemimpin pembangkang terutama dari PAS mengadu domba dan mempropagandakan tuduhan liar mengatakan Kerajaan BN adalah zalim, anti Islam, firaun dan sebagainya.

Tak cukup dengan propaganda persepsi buruk sedemikian, mereka guna pula agama sebagai modal politik termasuklah memperalatkan solat hajat, tazkirah dan doa untuk memainkan sentimen agama dikalangan penyokong dan orang ramai.

Solat hajat, tazkirah dan doa adalah perkara yang baik yang dituntut oleh Islam namun bila dipolitikkan kesannya keberkatan hilang dan rahmat Allah s.w.t tidak kesampaian, sebaliknya yang datang polemik tak berkesudahan dan kecaman khalayak ramai.

Inilah yang terjadi berikutan dari doa berunsur politik kepartian yang dibacakan oleh adik kandung kepada Mursyidul Am PAS, iaitu Nik Razi Nik Mat di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV tempohari.

Isi kandungan doa yang mengecam UMNO dan BN yang kononnya menzalimi agama Islam dan menindas rakyat seumpama tingkah laku jahat firaun, Namrud dan Abu Lahab akhirnya mengundang polemik dan mudarat pula buat PAS.

Dah namanya doa politik, niatnya tentu sahaja demi untuk kepartian dan bukannya ikhlas mahukan keredhaan Allah s.w.t. Maka akibatnya terpaksalah PAS menanggung beban di atas sikapnya yang emosional tak bertempat dan tidak berhikmah itu.

Hakikat yang pahit untuk penyokong PAS terima sebenarnya, ialah PAS itu sendiri sejak sekian lama sebenarnya telah menzalimi agama Islam sehingga memudarkan sedikit sebanyak imej kesucian agama ini di mata penganut agama lain.

Suatu ketika dulu di awal tertubuhnya PAS, para pimpinannya sebulat suara menolak kerjasama dengan non-muslim sehingga pernah mengkafirkan orang Islam yang menyokong parti PERIKATAN (sekarang Barisan Nasional) yang terdiri dari UMNO, MCA dan MIC.

Lebihkurang satu dekad sebelum menjelangnya Abad Millenium barulah PAS kenal peri pentingnya kerjasama orang Islam dengan non muslim demi kebaikan bersama.

Tika ini barulah PAS teringat betapa di zaman Rasulullah s.a.w dulu, baginda juga pernah mengadakan kerjasama dengan orang bukan Islam termasuklah dengan kaum Yahudi.

Malangnya kerjasama yang PAS jalin dengan DAP dan PKR langsung tidak memberi manfaat pada ummah apatah lagi untuk kebaikan agama Islam.

PAS gagal menahan asakan pemimpin DAP sehingga akhirnya perarakan Maulidul Rasul kini tidak lagi dapat diadakan di Pulau Pinang yang dikuasai DAP. Berpuluh tahun ia tidak diganggu gugat, datang DAP abang besar PAS segalanya berubah atas nama demokrasi.

Juga berlaku di zaman PAS sebagai lembu tunggangan DAP, di mana kesucian Rumah Allah dinodai oleh pemimpin politik bukan Islam yang dibiarkan saja menyampaikan tazkirah di ruang utama surau dan masjid, manakala anak kariah dan jemaah yang hadir pula terpaku kelu bagaikan tekun mendengar kuliah agama dari ustaz dan tok imam.

PAS juga berdiam diri apabila tulisan jawi pada nama jalan dipertikaikan DAP, malah PAS juga malu untuk ke depan menegur kebiadapan DAP untuk menghapuskan hak keistimewaan agama Islam di sisi Perlembagaan Malaysia dengan berselindung disebalik tuntutan pemimpin DAP yang mahu negara ini diiktiraf sebagai sekular.

Akibat dari kerjasama PAS dengan DAP dan PKR dalam PR itu jugalah kalimah Allah s.w.t dengan mudahnya digadai tanpa rasa bersalah demi untuk menjaga hati penyokong DAP yang beragama Kristian.

Demikian juga bila kita bercakap soal akidah, sampai sekarang PAS tidak berani mengecam secara rasmi keceluparan anak Ketua Umum PKR, Nurul Izzah yang menyarankan orang Melayu Islam diberi hak bebas bertukar agama.

Amanah yang diberikan oleh segelintir rakyat kepada PAS untuk mempertahankan Islam akhirnya dikhianati. Jelas sekali semuanya itu satu kezaliman terhadap agama Islam, pengkhianatan terhadap ummah yang secara sengaja atau sebaliknya telah dilakukan oleh PAS

11 comments:

Anonymous said...

I wud like to say & conclude a simple statement to reflect my final vredict towards PAS Leaders ie these so-called ulamak led by nik aziz, hadi awang, tuan ibrahim, mustafa ali.....muhasabah lah diri serta beristighfar, so that the future genaration will not blame and call u all sheer bllody idiots, senile and lunatic.

Longchepoh said...

Satu lagi nak tambah. Selepas sedar realiti di malaysia dan perlukan undi bukan melayu, barulah nak Bertahaluf Siyasi. PAS dah ketinggalan zaman. Zaman dulu masa Tungku lagi Parti Perikatan cap kapal layar Tungku dah bertahaluf siyasi. Sebab tu bekerjasama dengan MCA dan MIC. Tapi masa tu PAS bukan main kutuk lagi dengan menuduh UMNO 'kafir sebab bekerjasama dengan bukan Islam'. Nah....sekarang apa yang didoakan supaya Tuhan tunjukkan sapa yang benar dah termakbul. PAS pula cedok idea Tungku dan BN. HIDUP BN!!!!

Tantawi/طنطاوي said...

Salam 1 Malaysia.Terlalu murah gelaran ulama bagi mereka,umpama membeli aiskrim apek.Sudah lama saya perhatikan kelakuan yang kononnya ulama ini.Semakin lama semakin melampau.Semoga Allah memberi hidayah kepada mereka dan kita semua.

Anonymous said...

..... Harun taib too... Muhasabah diri anda as early as possible sbb we the middle aged genaration dahsemakin bertambah menyampah with all the convoluted fatwas made by nik ajis. i myself feel shame to get closer to berdakwah to fellow colleagues whom are non muslims. The very fundamental abt religion is to instill love to each others,instead PAS via nik razi (who is nik aziz's brother) berdoa which content is full of hatred to fellow muslim brothers. Ni kes so bodoh, dungu, yg tak boleh diajar. Jadi recalled your statement and ask for forgiveness. To admit mistake will make a person appear of high integrity,and to say sorry will make the persoon earn back the respect.

Anonymous said...

Dulu Ulama sohih yg berwibawa lagi zuhud pernah berkata jikalau Tun Dr Mahathir yg waktu masih menjadi PM, meletakkan jawatan, beliau juga akan turut sama meletakkan jawatan MB. Waktu itu melalak lalak pagi sampe ke malam, orang2 PAS mengutuk Tun sebagai mahafiraun, mahazalim, tuo kutok tak sedar diri dan sebagainya, Sekarang sudah pun nak masuk 10tahun Tun melepaskan semua jawatan dalam Parti mahupun dalam kerajaan. Sekarang siapa yg mahafiraun? Siapa yg mahazalim? Siapa yg tuo kutok tak sedar diri? Siapa yg sudah nyanyok tahap giler vavi?
Itu sebab ada benar rakyat cakap mulut2 pemimpin2 Fuckaton haramjadah bau najis vavi? Itu sebab ramai rakyat yg mengatakan penjilat2 Fuckaton adalah spesis2 keparat, nak tudoh orang lain bersalah, sedangkan cermin diri dulu, bontot sendiri tahi bersepah. Nak Tudoh orang burok, speerti nyamok di sebarang lautan bole nampak, vavi hutan didepan mata tak nampak.
Rakyat semua naik muak melihat perangai2 dan gelagat2 pemimpin2 Fuckaton haramjadah yg haramjadah.

Doa pecah perut, doa KO dan celako x5, doa yg tidak di ajar oleh Rasulullah dan Islam,tetapi ini adalah doa orang2 Yahudi zionist, doa2 yg diamalkan oleh orang2 PAShit dan hanya terpalit kepada pencacai2 dan penjilat2 PAShit, orang2 bengap nak mampos termasuk pemimpin2 musibat Fuckaton haramjadah saja.

Harap sedarlah dan insaflwah wahai pencacai2 najis BABI dan PAS, bermufarakah, kerana laknat Allah sungguh pedih dan dahshat, janganlah merelakn diri menerima azab dari Allah, bermufarakah demi agama, bngsa dan negara.

Anonymous said...

Bro tantawi,
These ularmak dah hijack term ulama. Quran define ulama as saintis :

Ulama (Plural), Alim (Singular), and all its derivatives with different transliterations and spellings mean Scientist(s) in Arabic. They come from the root: 'ilm', meaning Knowledge. 'Iloom' is then derived from that, which means Science; 'Pursuit of Knowledge'. 'Alim' is then composed of that which means Scientist (Male singular), be advised there is also 'Alimah' which also means Scientist but is in the female singular form. Ulama is then composed of those, and it means Scientists, the final plural form.
http://en.wikipedia.org/wiki/Talk%3AUlama

Those self-proclaim ularmak pas ngaku depa pewaris nabi tapi depa dunggu, akhlak takde. The true heirs of prophet are the saintis not those half past six lebai tak pass spm.

Anonymous said...

Ungkapan yang selalu digunakan oleh pemimpin PAS yang mengaku ulamak ialah 'Agama Suku, politik suku' nampaknya telah menjadikan pemimpin2 PAS hari ini 'TIGA SUKU'.
Mereka cakap merapu, parti mereka menjadi bercelaru dan haru biru. Tuduhan2 dan fitnah2 mereka keatas UMNO telah kembali Allah SWT kepada mereka sendiri.

Benarlah sabda Rasulullah yang bermaksud: Akan datang satu zaman dimana Islam tidak tinggal hanya pada namanya sahaja dan Al-Quran tidak akan tinggal hanya pada ayat dan hurufnya sahaja. Masijid mereka indah tetapi jauh dari petunjuk. Ulamak2 mereka adalah dari kalangan yang paling jahat diantara manusia. Dari mulut ulamak2 ini akan muncul berbagai FITNAH dan kepada mereka (ulamak2) ini FITNAH itu dikembalikan'.

Untuk lebih memahami dan membuktikan kebenaran hadith diatas imbaslah kembali 'AMANAT HADI AWANG'. Hadi Awang adalah Presiden PAS sekarang. Ketika masih bernafas udara yang Allah SWT kurniakan kepadanya, 'Amanat' beliau telah dikembalikan kepadanya dan PAS. Jangan juga lupa kenyataan Nik Aziz baru2 ini juga menjurus kepada maksud yang sama. Wallahualm.

mtk

Tantawi/طنطاوي said...

Thanks. Know that. That is why we need to pray that God may guide us all.

Anonymous said...

Jgn Risau pasai doa tu. Allah maha tahu siapa yang tidak amanah dalam mentadbir, siapa yang kuat jaga dan amalkan agama Islam. Kalau UMNO tak zalim apa nak takut. Cari lah isu lain pulak, tak menarik sangat isu doa tu. mcm cerita malaysia lwn bangladesh aje...

Anonymous said...

Katakan tidak untok pas !

Sou Yuen said...

"Kalau UMNO tak zalim apa nak takut. Cari lah isu lain pulak, tak menarik sangat isu doa tu"

Really not interesting?If RasulAllah S.A.W still alive today,that issue will be interesting for him bro/sis because he never taught that kind of things. The issue raised here is ethical issue,the adab of representing du'a,UMNO have nothing to fear with that kind of du'a huhu.