MARI SAMA SAMA KITA MEDOAKAN YANG TERBAIK

MARI SAMA SAMA KITA MEDOAKAN YANG TERBAIK

Sunday, November 18, 2012

Tak Perlu Perjuangkan Akidah Ummah

Ramai kalangan kita sedia maklum yang Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah mengikrarkan kesediaannya yang rela bersahabat dengan syaitan serta bersekongkol dengan DAP demi untuk menjatuhkan BN.

Ternyata selepas beberapa tahun Nik Aziz menyatakan kesudiannya menerima syaitan sebagai rakan seperjuangan, kini hasilnya sudah terbukti telah berjaya mempengaruhi sikap PAS.

Sekarang PAS memperakui persoalan akidah bukan lagi isu penting untuk diperbahaskan apatah lagi untuk mengecam sikap liberal Naib Presiden PKR, Nurul Izzah yang menyarankan supaya kebebasan beragama turut meliputi orang Melayu Islam.

Bak kata Ketua Dewan Ulama PAS, Harun Taib, PAS tiada masa terluang untuk membincangkan isu akidah kerana matlamat mengulingkan BN jauh lebih penting untuk difikirkan.

Akhir tahun lalu, PAS juga telah gagal mempertahankan akidah dan maruah kesucian Islam tatkala JAIS melakukan pemeriksaan dan menahan 12 orang Islam yang sedang didakyah oleh pendakwah Kristian di sebuah gereja,

Kini sekali lagi PAS gagal untuk mempertahankan kesucian Islam apabila membiarkan sahaja fahaman liberal anak kesayangan Ketua Umum PKR menjalar meracuni fikiran khalayak seterusnya bakal menjahanamkan akidah ummah.

Para perwakilan di Muktamar Dewan Ulama PAS pula ramai yang terpaku, kelu dan bisu jadinya.

Apa daya mereka untuk membantahnya kerana realiti semasa sudah lama terbentang depan mata menunjukkan perubahan besar sikap PAS yang semakin lari dari landasan perjuangan.

PAS hari ini tidak sama seperti PAS 50 tahun dulu. PAS hari ini sudah dikelabui mata mereka dengan lambaian kuasa duniawi yang tidak pasti dan ditutup hijab penglihatannya dari memandang tinggi pada isu akidah ummah.

Persoalan akidah kini dilihat seumpama beban yang jika diambil berat dikhuatiri mendatangkan amarah abang besar dari DAP dan PKR.

Syaitan yang diperakui merupakan sahabat sejati PAS kini tentu sahaja bertepuk tangan kegembiraan.

8 comments:

Anonymous said...

PAS + SYIAH + DAP + KOMUNIS = SYAITAN...

Dovakiin FusRodah said...

PAS yang skrng mslh nye adalah org2 tua dlm parti trsebut....yang muda2 dah mula mmberi bantahan akan apa Nur Izzah katekan....kenapa tiba2 snyap x nk men isu hudud lak PAS scre tiba2?

Anonymous said...

Jika Pas main Isu Hudud dan kacau anak anwar pasti kena tendang oleh DAP / PKR dalam PRU13 akan datang....Dulu Pas kata ahli UMNO Kafir belaka...sebab bersama MCA dan MIC tapi sekarang jilat air ludah sendiri... Oleh Mat Bond.

Kelab Generasi Baru Otak Lembu Masuk UMNO said...

'Katakan Celaka Muhyiddin'..... Muhyiddin LEMBU tua NYANYUK nak mampus!!!

Puteri UMNO Kump ANJING menyalak Gila Babi....

~ BUKTI 1 ~

~ BUKTI 2 ~


Pemimpin2 UMNO BODOH macam LEMBU... Tua2 NYANYUK nak mampus!!!

Lihat Bukti Transformasi Pemuda UMNO otak lembu telah berjaya!!!

~ BUKTI 3 ~

~ BUKTI 4 ~

~ BUKTI 5 ~

~ BUKTI 6 ~


Anonymous said...

Apahal Lim bersalaman mata bertemu mata, yang dok malu tu pasal apa?. Selalunya adegan macam ini kita lihat apabila lelaki hensem bersalam dengan anak dara atau orang jahat bersalam dengan pegawai polis. Pelik macam mana nak berhujah, nak bertekak dengan Lim nah lantik Hadi jadi PM. Takkan berhujang sambil tunduk malu.

Anonymous said...

Tinggalkan parti pas itu !

Anonymous said...

..hehe.. malu malu banggang pulak moosidol ni dgn cina kapiaq sekoq ni.. takpe ler asal dpt tawan putrajaya.. gay tua nak jadik pm pun jadik ler..

Anonymous said...

Sedarlah saudara2 ku didalam pas, jauhilah nik aziz. Dia dah tak boleh bezakan yang mana kafir dan yang mana saudara Islam. Kita berpolitik nak tegakan syiar Islam. Biar berbeza pendapat jangan tak tahu beza yang mana Islam dan yang mana kafir.