MARI SAMA SAMA KITA MEDOAKAN YANG TERBAIK

MARI SAMA SAMA KITA MEDOAKAN YANG TERBAIK

Tuesday, November 20, 2012

TERBONGKAARR...!! Ada 2 Pimpinan Utama PAS Sudah Bertemu Dan Interview China DOLL Yang Dibalun Anwar....

Muktamar PAS ke-58 yang berakhir dengan doa menghancurkan UMNO dilihat sebagai berjaya memaksa ahli-ahlinya menerima hakikat bahawa Putrajaya adalah satu-satunya matlamat hidup parti itu dan apa saja yang mampu mengganggu atau menyukarkan perjalanan ke sana, wajib ditutup, diketepikan atau dimusnahkan.  

Sekali gus, segala keraguan akar umbi mengenai ‘cara’ yang digunakan untuk mencapai matlamat itu, wajib dibuang atau akan dianggap sebagai khianat atau belot kepada parti, hatta Islam!

Bagi memberi keyakinan kepada akar umbi yang masih sangsi mengenai kemampuan PAS mendominasi Pakatan Rakyat untuk melaksanakan hudud, maka Hadi Awang perlu digilap sehingga bersinar-sinar untuk mengaburi cahaya nyalaan api Anwar Ibrahim.   Maka, Hadi Awang pun dijulang dengan koir hudud menghiasi latar belakang.   Hadi juga mengaku yang beliau ‘syok’ atau seronok dengan idea menjadi Perdana Menteri seolah-olah seorang anak kecil yang tidak pernah keluar dari kampung dijanjikan untuk dibawa melawat ke luar negara. 

Kata Hadi Awang dengan riaknya, perlantikannya sebagai Perdana Menteri nanti akan bermakna Islam telah menang dan jika beliau ditakdirkan meninggal dunia selepas itu, maka beliau bersedia. 

Persoalannya, apakah atau siapakah Hadi Awang untuk meletakkan dirinya sebagai simbol Islam...?  Bagaimana perlantikannya sebagai PM menjadi tanda kemenangan Islam...?  Apakah jasa Hadi kepada Islam atau Umat Islam selama hidupnya?   

Apakah Hadi pekak atau pura-pura pekak dan tidak mendengar jeritan Lim Kit Siang yang ingin menegakkan Negara Sekular serta menghapuskan Islam sebagai agama rasmi...?   Bagaimana kita menilai keikhlasan Hadi untuk memartabatkan Islam sedangkan di masa yang sama beliau berlutut memeluk erat kaki Lim Kit Siang, bimbang sekali diterajang keluar?  

Dengan DAP yang anti Islam serta Melayu, dan PKR pula berkiblatkan barat sehinggakan Anwar tersenarai sebagai tokoh liberalisme dan pluralisme di rantau ini, bagaimana kemenangan PR dan perlantikan Hadi sebagai PM boleh dikatakan kemenangan Islam?

Jelas, bahawa Islam hanyalah mainan politik bagi PAS.  Namun, ini sudah pun diketahui umum. ...

Yang menjadi isu kini bukan lagi sikap PAS yang mempolitikkan Islam tetapi tentang kenapa persoalan mengenai Hadi Awang menjadi Perdana Menteri boleh timbul dalam Muktamar kali ini sedangkan selama ini PR telah sebulat suara meletakkan Anwar sebagai bakal PM? 

Jawapannya, tidak lain tidak bukan kerana PAS cukup maklum akan siapakah Anwar Ibrahim dan PAS tidak sanggup menerima kaki liwat, kaki zina dan kaki rasuah sebagai Perdana Menteri.   Selama ini PAS cuba menafikannya, cuba menepisnya dan cuba mengtidak-apakan segala keburukan Anwar tetapi akhirnya PAS terpaksa mengambil-kira keresahan akar umbi kerana bimbang tidak mampu mengekalkan sokongan dalam menghadapi pilihanraya. 

Sebelum ini, Hadi Awang sendiri bertungkus lumus membela Anwar dengan menyatakan yang video hanya besi dan tidak boleh dikira sebagai saksi atau bukti.  Tetapi, hari ini terbukti bahawa Hadi Awang sebenarnya meragui kata-katanya sendiri.  Beliau pada hakikatnya cukup tahu dan yakin bahawa Anwar tidak layak menjadi Perdana Menteri kerana penuh dengan skandal yang begitu dahsyat sehingga tidak tercapai oleh akal pemimpin naïf sepertinya. 

Namun, demi politik Pakatan Rakyat, Hadi sanggup menipu apa saja sambil menggunakan ayat-ayat Al-Quran dan hadith untuk membela Anwar.  Mungkin dalam Muktamar ini, Hadi Awang baru tersedar bahawa akar umbi juga tahu yang beliau telah menipu mereka selama ini. Dan kerana itu, beliau perlu menunjukkan yang beliau juga bersetuju dengan mereka bahawa penzina dan peliwat tidak boleh menjadi Perdana Menteri. 

Apa lagi apabila ahli-ahli menunjukkan sokongan melantik beliau sendiri sebagai Perdana Menteri.  Maka, semakin lebarlah senyum Hadi dan semakin yakinlah PAS yang mereka akan berjaya mendominasi PR. 

Namun, seperti biasa, PAS gagal melihat impak dari perkembangan ini dari luar konteks parti mereka.  Semangat ahli-ahli PAS melihat Hadi menjadi PM adalah sesuatu yang negative jika dilihat dari konteks politik Pakatan Rakyat.  Ini kerana, sokongan terhadap Hadi juga bermakna penentangan terhadap Anwar Ibrahim. 

Penentangan terhadap Anwar Ibrahim bermakna krisis dalaman kepada PAS iaitu antara golongan Anwarinas dan golongan Ulama yang mana pasti akan diterjemahkan dalam PRU nanti....!

Selain itu, ia juga membangkitkan kesangsian DAP terhadap keseluruhan kerjasama dengan PAS dalam PRU kali ini.   Ini kerana DAP hanya bersatu dengan PAS atas ikatan faktor Anwar Ibrahim.  Tanpa Anwar, maka tiadalah tali pengikat kedua-dua parti itu.... 

Maka kesimpulannya, PAS yang semakin bersemangat tidak bermakna yang PR akan semakin kuat.  Sebaliknya ia mungkin akan melemahkan atau menghancurkan terus pakatan mereka menjelang pilihanraya...

11 comments:

Anonymous said...

cita2 diorang cuma nak ambik putrajaya je, dapat nanti diorang senyap la tu. senyap sebab tak tau nak buat apa dah... ibarat mcm MONYET dapat bunga la nanti tu.... hari2 la nampaknya ANWAR,HADI LIMKS masam muka sebab tak sehaluan..... masing2 tunggu peluang nak tikam dari belakang, anwar plak tunggu peluang dan "TIKAM" jugak drp belakang tapi MODUS OPERANDI yang berbeza hahahahaa....

bayan said...

Hadi Awang dah pun dibagikan Terangganu malangnya tak pandai memimpin kena terajang keluar apa ceritanya???? Ni pulak utk mentadbir negara,Hilang akal ke rakyat Malaysia ni????.Pak Hadi Lepas PRU13 boleh jadi Tok Bomoh aje.Gunakan ayat2 quran utk cari makan.Banyak tempat boleh disediakan,Chow Kit,Lorong Hj Taib,Sungai Segget dan tempat2 lain pun boleh.

Anonymous said...

saya setuju denpan pandangan tuan.rakyat jangan buat silap dan salah pilih kerajaan. musuh islam tunggu masa saja nak ranapkan melayu islam dari memegang tampuk pemerintahan dan mendaulahkan perlembagaan negara.sayanglah negara dan agama islam.

Anonymous said...

LAUNGAN HJ ADI JD PM TU.. TAK LAIN TAK BKN UTK MENIPU AHLI2 AKAR UMBI DAN PEYOKONG ATAS PAGAR AGAR TETAP DAN TERUS MENGUNDI PAS DAN PR DLM PR13 NANTI. KRN KALAU ANUAR DILAUNG2 JD PM, AKAR UMBI PAS DAN BERPECAH2 SOKONGANNYE..
WAL HAL PAS PON DA MAKLUM KEDUDUKAN MEREKA DLM PR.
CUMA DIBIMBANGI KALAU HJ ADI JD JUGA PM, TAPI PM BONEKA MCM NIZAR DI PERAK...
AKHIRNYE HJ HADI JUGA AKN JD HAJI LAMBAI....

Anonymous said...

Baik HH atau Nuar, dua-dua tak layak jadi PM utk Malaysia. Mana ada kelas. Malaysia hampir mencapai kelas dunia, mana boleh gostan balik. rakyat kena bijak pilih. Bukan ikut sentimen tapi kemajuan negara di masa-masa mendatang.

Anonymous said...

PAS itu satu kecelakaan pd ISLAM ! hancur PAS demi ISLAM !

othman mat said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

puak-puak pas sesat tahu kes liwat dan aksi video seks bersama pelacur adalah pemimpin pkr yg dikenali sebagai Anwar al-juburi tapi puak-puak ini diam seribu bahasa krn takut dan bimbang kehilangan Anwar dlm pakatan rakyat menyukarkan pas mendapatkan sokongan drp puak-puak Pkr dan Dap utk berkempen demi menumbangkan kerajaan BN dan UMNO utk ke Putrajaya. Muktamar pas sesat jelas menampakkan bukti puak-puak pas menolak al-juburi dipilih menjadi PM sekiranya pakatan rakyat menang pru13 kelak. Namun begitu, pemimpin ulama pas tetap menegaskan presiden pas layak menduduki jawatan tersebut krn presiden mereka lebih bersih dan terkenal drp mencadangkan al-juburi yg tdk bermoral dan kotor. Puak-puak Anwarinas pula tetap mengatakan al-juburi mesti pilihan utama Pkr dan Dap utk memastikan pakatan rakyat berjaya mendapat sokongan drp rakyat krn al-juburi adalah anugerah Allah yg lebih bijak menipu dan membohongi rakyat dlm permainan politik bagi meraih undi yg besar utk ke Putrajaya. Akhirnya pas sesat yg bercita-cita memonopoli kuasa diketepikan bagai sampah di tepi jalan malah ditendang keluar drp pakatan rakyat krn engkar memenuhi syarat dlm menyertai pakatan bagi merampas dan menggantikan Umno. Ironinya, kerajaan BN dan UMNO juga yg diberi mandat rakyat utk meneruskan teraju mentadbir negara ini dan segala doa yg dibaca oleh Nik Razi dlm solat hajat supaya Allah KO BN,KO UMNO,MAMPUS BN krn kezaliman dan kejam terhadap rakyat agar dibakulsampahkan dlm pru13 hanya sia-sia dan tinggal dlm sejarah malah dianggap gimik dan sungguh memalukan parti islam yg terlalu tamak kuasa spt maharaja firaun.

Anonymous said...

UMNo dan BN dah bawa Malaysia jauh kedepan dikalangan negara Islam sidunia. Jangan biarkan mereka yg penuh kebencian dan geng tikam belakang merosak kemajuan kita.

Anonymous said...

sebenarnya antara pkr-dap- dan pas..mereka cuma 'berlakun' saja..semuanya ada udang di sebalik janggut..pas merancang 'musnah'kan anu+war..anu+war dgn dap tunggu peluang tendang Pas setelah berjaya nanti..masin2 ada agenda. Cuba kita tengok...siapa di sebalik dalang utk org Pas baca doa mcm tu??anu+war KAN? untuk apa??supaya pas makin dibenci dan org UMNO akan bertindak dan mengecam pas...pkr dgn dap 'senyap' je..bila dah sampai 1 tahap..pas akan tersungkur di tangan pakatan mereka sendiri...sebab tu anu+war gunakan kelebihan org2 pas utk manpulasikan keadaan..yg teruk kena balun pas..tp yg merencankannya dap dgn anu+War...kesian org pas. niat nak tadbir negara tak bersih dan ikhlas..maka 'perjalanannya' ke putrajaya menjadi semakin kabur dan hilang ditelan 'keangkuhan' sendiri ...mana mungkin negara yg 'menjadi pilihan' ALLAH ini..dibiarkan hanyut dek kemungkaran dan kesombongan golongan fanatik??InsyaALLAH..ALLAH ada bersama2 dengan kita...kita yg tidak berselindung di sebalik agama demi utk 'memuaskan nafsu' individu tertentu.

Anonymous said...

Nak jadi tekong nelayan pun tak layak, nak jadi pm.