SEMINAR ANTARABANGSA AUTISME 2014

SEMINAR ANTARABANGSA AUTISME 2014

Tuesday, November 20, 2012

Terlanjur Kata Nak Jadi PM.... Haji Hadi Didesak Tarik Balik Kenyataan Oleh Anwarinas Dalam PAS

Ramai pemerhati politik tersenyum sinis apabila Dewan Ulamak PAS serta para perwakilan di Muktamar PAS Ke 58 tempohari bersungguh-sungguh menyarankan  Abdul Hadi Awang dilantik sebagai calon Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang memenangi PRU 13.

Maka kembanglah hati seketika sebahagian ahli dan penyokong PAS yang hadir, tanpa menyedari saranan tersebut akhirnya hanya akan dibakul sampahkan oleh PR sama seperti nasib yang dialami oleh manifesto negara Islam dan hudud PAS.

Bagi yang celik akal pastinya tahu saranan sedemikian hanyalah sekadar propaganda untuk menyedapkan hati ahli dan penyokong PAS yang kian merasakan mereka sebenarnya telah dipergunakan untuk memenuhi cita-cita politik Anwar Ibrahim.

Namun bagi ahli dan penyokong PAS yang totok balaci setaraf keldai, mainan propaganda itu cukup untuk membuatkan mereka lebih teruja dan bersemangat dalam menempuh liku-liku PRU 13 kelak.

Selama ini umum mengetahui PR sejak lama dulu sudah muktamad mempotretkan Ketua Umum PKR adalah calon PM yang paling layak, kini bila tiba-tiba sahaja PAS tampil dengan saranan calon PM dari puaknya, tentulah menggelikan hati ramai.

Tambah menggelikan hati lagi bila mana ketika di Himpunan Kebangkitan Rakyat anjuran PR di Stadium Sultan muhammad ke IV Kota Bharu pada malamnya, Penasihat DAP, Lim Kit Siang pula secara terbuka mengumumkan bahawa Anwar Ibrahim adalah calon muktamad PR sebagai PM.

"Anwar bakal Perdana Menteri Malaysia ketujuh bukan keenam," demikian kata Lim Kit Siang tanpa sedikitpun rasa segan dengan para pemimpin PAS yang menjadi tuan rumah bagi majlis himpunan itu beberapa malam lepas.

Tak perlu pemimpin BN bersuara mempersoalkan atau mempertikaikan kesungguhan PAS untuk menobatkan Presidennya sebagai calon PM, sebaliknya Pengerusi DAP sendiri yang dengan selambanya menolak hadi jatuh terduduk dan malu sendiri.

Hanya berselang beberapa puluh jam sahaja, tembelang propaganda PAS pecah. Lagi mengharukan pengumuman oleh Lim Kit Siang itu dibuat dihadapan ribuan penyokong PAS dan di kubu kuat PAS sendiri. Mana Hadi nak letak muka?

Betullah kata beberapa orang pemerhati politik yang menghadiri Muktamar PAS di PUTIK Pengkalan Chepa tempohari, katanya, saranan PAS untuk meletakkan Hadi sebagai calon PM seumpama menyuruh Hadi melangkah mayat Anwar....!!

Sebagaimana PAS tak berani untuk melangkah mayat Karpal Singh ketika kecoh isu negera Islam suatu ketika dulu, sama saja kini PAS mahupun Hadi tidak mungkin berani menonjolkan kejantanannya bila timbul isu calon PM yang sudah lama menjadi buruan peribadi Anwar Ibrahim.

Akhirnya, PAS sekali lagi membuktikan pada khalayak hakikatnya mereka hanyalah setakat layak menjadi pencacai dan balaci. Tidak lebih dan tidak kurang...... Itulah nasib sang keldai dan lembu tunggangan, wajib taat pada tuannya.

6 comments:

Anak Lenggong said...

Pemimpin dan penyokong PAS hanya layak jadi barua..pacacai..balaci..kulibatak dan pak angguk sahaja, mereka ni umpama saekor kura-kuar yang berani mengeluarkan kepala pabila orang tiada tetapi pabila terserempak dengan orang kepala terus terperosok didalam cengkeram.

Anonymous said...

Whether you are searching for specialty styling products or specific Loreal hair products, you are
sure to find what you need. As far as medical treatment is concerned, it's often suggested to consult your doctor before any further proceeding. Generally, these products are more expensive than their watered-down counterparts, but you can find a few affordable pure silicone hair products (see below).

Anonymous said...

Many people argue that eating too many plants grown with commercial fertilizers or
pesticides can cause health problems. When you're preparing your planting area, just mix the soil with about three inches of organic compost. Wood can be used as long as it's
not treated with chemicals.

Have a look at my web-site - preferable

Anonymous said...

Otherwise you may feel frustration to play these games.
It is also a good practice to make sure that none of the climbers are more tired than the other.

The latest version, Rollercoaster Tycoon 3, is produced by Atari and can be purchased at most retail outlets.
If you are using your own clubs, clean it with a wet cloth at least every 2-3 days.
Unfortunately, the series has been dormant for quite some time and
there isn't any indication that it will be returning anytime soon.

Look at my website :: simulator

Anonymous said...

The Regional Animal Hospital in Yorba Linda is well equipped to handle the emergencies.
Go here to instantly download Yeast Infection No More Book What precisely makes Yeast Infection No
More Book unique is the degree of focus that is given to each and every aspect needed to attain permanent escape
from candidiasis linked symptoms. The most common injury experienced by accident victims is whiplash.
They began their musical association in Nashville, TN in 1971, performing
in local clubs. o - Focus on the optometry practice (no ambition to supply a retail eyewear answer).


Visit my website: motioning

Anonymous said...

valium pill valium effects and duration - safest place buy valium online