Friday, November 23, 2012

Very Sorry Anwar...!! We Are NOT Interested With Your Wayang Kulit....

Menteri Luar Australia, Senator Bob Carr berkata, Australia tidak boleh dan tidak akan mempengaruhi cara pilihan raya umum patut dilaksanakan di Malaysia walaupun menerima rayuan berhubung perkara itu daripada Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.

Anwar dilaporkan menulis kepada Carr untuk meminta Australia membantu dalam memastikan pilihan raya umum akan datang di Malaysia, yang berkemungkinan diadakan awal tahun depan, bebas daripada penipuan dan rasuah.

Anwar juga dilaporkan memberitahu Carr bahawa beliau menemui bukti tentang penipuan dalam pendaftaran pemilih dan anomali lain dalam menghadapi pilihan raya itu.

Beliau turut mempertikai kebebasan Suruhanjaya Pilihan Raya dan mendakwa pembangkang diketepikan oleh media.

Bagaimanapun, Carr berkata, pilihan raya di Malaysia merupakan urusan rakyat Malaysia sendiri.

"Amat sukar bagi Australia berbuat sesuatu tentang cara ia dilaksanakan, sama sukarnya bagi Malaysia atau kerajaan lain untuk menganjurkan bagaimana pilihan raya di Australia perlu diadakan.

"Kami bukan pihak berkuasa pilihan raya bagi Malaysia," katanya kepada ABC Radio.

Carr bagaimanapun berkata, Australia ingin melihat pilihan raya diadakan secara bebas dan adil di semua negara.

Kata Carr, Anwar secara peribadi menimbulkan kebimbangan itu dalam pertemuan mereka ketika beliau melawat Malaysia baru-baru ini.

Carr juga menolak andaian bahawa Australia akan menghantar pemantau pilihan raya ke Malaysia dan menegaskan perkara itu perlu dipohon oleh Malaysia.

Beliau turut menangkis andaian bahawa Canberra enggan bertindak kerana ingin memelihara hubungan baik dengan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang pihaknya sedang mengadakan rundingan berkaitan perjanjian pertukaran pencari suaka.

Dalam temu bual dengan ABC Radio pada Rabu, Anwar berkata, beliau bimbang pilihan raya umum, yang perlu diadakan menjelang Jun tahun depan, akan melibatkan penipuan dan ramai rakyat yang layak mengundi, tidak akan dibenar berbuat demikian.

Katanya, nama mereka yang terlalu muda untuk mengundi, berusia antara dua dan 12 tahun, terdapat dalam senarai pemilih.

Anwar juga mendakwa pembangkang dinafikan akses kepada media arus perdana.

Anwar berbincang tentang kebimbangannya itu dengan bekas Perdana Menteri Australia, Kevin Rudd, dan menghantar satu nota kepada Carr untuk mendapatkan bantuan Australia dengan menyatakan bahawa Australia menyokong pilihan raya bebas dan adil di Iraq, Afghanistan dan Myanmar, tetapi membisu tentang Malaysia. - BERNAMA

4 comments:

Anonymous said...

Australian do not interested with ANUwar's wayang kulit becoz depa dah pueh tengok wayang kulit original yg BAEKKKK PUNYER dari Pork Sheikh....

Tu la .
terlajak keter bole reverse..
terlajak kote 1 donia bole nampak beb...

muahahahhahahahahah

Anonymous said...

Hahaha..... padan muka ko Nuar. Dah nama muka tak malu, macam tu lah. Dah ler rakyat malaysia ko kelentong, ni pula pemimpin negara luar pun nak ko kelentong. Tak main lah depa.

Anonymous said...

Mr Carr patut nasihat SiNuwar nee, di Australia kalau ahli politik tak kira setinggi mana pangkat dalam parti tapi bila terpalit dengan skandal, contohnya saperti dituduh menoron dengan kangroo ker, melempias dengan aper-aper sskalipun yang diluar tabii atau kesopanan malah kalu melakukan kemaluan yang melampau, mereka dengan sendiri meletak jawatan. Tindakan ini dilakukan demi menjaga integriti parti dan maruah diri sendiri & keluarga

Tapi SiNuwar ni tidak peduli tentang integriti parti dan tidak ada harga diri. Sebaliknya terus menerus dengan muslihatnya memburukkan segala yang dianggap menentangnya. Apa yang dibuatnya umpama membaling najis keluar rumah dan memberitahu orang lain yang berak, tapi sebenarnya diatas hidungnya ada setempek tahi liat yang masih lembek dan busuk.

Dia merasakan dia masih mempunyai pengaruh diluar negara, tapi dia tidak sedar kawan-kawannya diluar sana semakin lari darinya. Kecuali Zionis yang memang memeliharanya sebagai kembiri menghuru-harakan negara serta simpati segelintir kecil penentang kerajaan di Indonesia dan negara Arab, negara lain tidak ambil peduli tentang perjuangan peribadi SiNuwar.

PKR adalah imej Anuwar yang bercelaru sementara keluarganya, isteri dan anak-anak terpaksa bermuka-muka dikhalayak walaupun terasa tebal dengan noda dan aib yang dibawa oleh SiNuwar.

Anonymous said...

Ni lah jenis spesis anak beranak dan rakan2 sepejuangan dengannya. Ibarat menebang pokok. Bila orang marah sebab dia tebang pokok, dia tak mengaku yang dia tebang pokok tu. Tapi dia salahkan kapak yang dia guna sebab kapak yang menyebabkan pokok tu tumbang. Dia ingat semua orang bodoh ke boleh di putar2 belit.