Saturday, December 1, 2012

Agen Anwar Berkeliaran Di PWTC

Rakyat kini sedar warna politik yang dipakai oleh Pas, sebuah parti yang mendabik dada memperjuangkan Islam dan penubuhan Negara Islam sebagai objektif utamanya.

Tetapi adakah ini sebenar parti itu atau adakah Pas mempunyai agenda terselindung yang lain?
Bolehkah rakyat mempercayai pengakuan Pas sebagai sebuah parti yang memakai nama Islam atau perlulah rakyat menilai parti itu melalui tindak tanduknya samada ia selari dengan hasrat dan cita-cita yang dilaungkan?

Persoalan ini rasanya perlu ditanya setiap rakyat sebelum mereka yang layak mengundi pada Pilihan Raya Umum ke 13 nanti, tergerak untuk memangkah parti itu pada kertasnya.

Implikasinya besar kepada rakyat malah kepada negara jika tersilap undi parti yang ingin diamanahkan mengangkat martabat serta menjaga urusan pentadbiran negara.

Takut-takut nanti apabila dipilih parti tertentu umpamanya Pas, lebih khabar daripada rupa pula.
Jadi amat perlu dinilai perjuangan Pas kebelakangan ini samada ia berlandaskan apa yang tertera di dalam perlembagaan parti itu sejak penubuhan pada tahun 1951 atau ia telah berubah menjadi satu organisasi siyasah yang amat berbeza sekali dengan yang asli.

Berbeza dengan UMNO yang sebagai sebuah parti Melayu terbesar sejak terasas pada tahun 1946.
Perjuangannya amat jelas - Melayu dan Islam - agenda memartabatkan Melayu ingin diperjuangkan manakala syiar Islam diperkukuh dan dilindungi sejajar dengan peruntukan Perlembagaan Negara yang meletakkan Islam sebagai agama persekutuan.

Hasil perjuangan UMNO daripada dua matlamat utama itu juga jelas dan bukan samar-samar seperti Parti Al Islam Semalaysia atau Pas.

Sejak merdeka, bangsa Melayu di bela dan kebajikan mereka dijaga.

Menyingkap sekelumit sahaja hasil perjuangan UMNO akan menyedarkan rakyat apa yang telah dilakukan oleh parti itu untuk memperkasa agenda Melayu.

Dalam bidang pendidikan umpamanya, tanyalah mana-mana ibu bapa Melayu atau saudara mara yang berkait dengan mereka, anak Melayu mana yang tidak pernah mendapat sentuhan perjuangan suci serta jihad UMNO?

Lihat sahaja statstik akan mengejutkan orang Melayu di mana berpuluh puluh ribu anak Melayu berjaya melanjutkan pendidikan di peringkat ijazah di pusat-pusat pengajian tinggi di dalam dan luar negara.

Sementelahan itu berpuluh puluh ribu pula anak bangsa terutamanya dari kawasan luar bandar, kampung dan desa diberi peluang mendapat pendidikan di berpuluh puluh Maktab Rendah Sains MARA Sekolah Menengah Sains, Sekolah Sukan dan lain-lain.

Bagi anak-anak Melayu yang tercicir daripada sistem pendidikan pengajian tinggi pula, kerajaan yang ditunjangi UMNO masih membuka peluang dan diberi harapan kepada golongan ini dengan membina pusat-pusat Giat Mara, Institut Kemahiran MARA, Institut Kemahiran Belia Negara, serta Kolej Komuniti yang berselerak di seluruh negara.

Dalam aspek Islam pula, rakyat boleh lihat dengan mata kepala mereka sendiri bagaimana UMNO menjaga memuliaan Islam sejak merdeka.

Jika diconggok, berbilion ringgit telah dicurahkan untuk memartabatkan Islam dan umat Islam oleh kerajaan berteraskan UMNO sejak dari zaman Perikatan kepada Barisan Negara kini.
Daripada pembinaan masjid, madrasah dan surau hinggalah kepada mewujudkan Bank Islam, universiti dan kolej Islam, sekolah agama berasama penuh, mahkamah syariah, sistem pajak gadai Islam, Baitul Mal, Perkim, antara lainnya.

Tidak sedikit pula anak-anak Melayu dihantar ke universiti-universiti teragung Islam di luar negara seperti Al-Azhar untuk menceduk ilmu agama serta mengembangkan syiar Islam.

Jika dibuat perbandingan ringkas ini di mana letaknya kedudukan UMNO sebagai sebuah parti Melayu-Islam dan Pas yang mendakwa seolah-olah mempunyai matlamat yang sama?

Bukti dan hasil UMNO sudah terbukti dan tidak perlu dipertikaikan lagi, bagaimana pula dengan Pas yang melaung siang dan malam bahawa ia parti Islam tersohor?

UMNO tidak secara spesifik menyatakan untuk menubuhkan Negara Islam berlandaskan syariah namun segala apa yang telah dan sedang dilakukan untuk Islam menjurus kepada pentadbiran yang sarat dengan nilai-nilai dan prinsip Islam.

Pas pula sudah 61 tahun wujud setelah berpisah daripada induk UMNO sebagai parti serpihan tetapi apakah bukti kejayaan yang boleh dikemukakan olehnya?

Ada satu masjid atau universiti atau bank yang telah berjaya diasaskan atau dibina oleh Pas.
Rakyat telah memberi peluang mebih 20 tahun kepada Pas untuk memerintah negeri Kelantan tetapi sehingga sekarang tanyalah penduduk luar bandar mahupun bandar negeri itu samada mereka mendapat bekalan air bersih yang berterusan.

Jika dibuka paip air di Kelantan, hanya air berwarna tanah liat akan keluar dan mungkin inilah sebenarnya menjadi kebanggaan Pas yang berjaya menyediakan air keladak dan selut kepada rakyatnya.

Kebanggaan Pas hanya berlandaskan kepada ciri-ciri julukan nama negeri Serambi Mekah di Kelantan, slogan Membangun Bersama Islam, jihad fisabilillah, bertakbir, kalimat Islam pada nama parti dan oh ya terbaru, Negara Berkebajikan!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

10 comments:

Anonymous said...

Lu saja kecoh...orang kelantan masih pilih PAS...Air Paip keluar darah pun masih pilih PAS...Itu tandanya UMNO gagal dikelantan...Ko ingat orang kelantan ni bodoh ker berpolitik...Minta maaflahh..kalau UMNO masih mcm ni...Jangan harap nak menang di kelantan...

Anonymous said...

Isk, biar je kelantan tu. kalu boleh biar diambil Thailand. Dasar golongan manusia x mo berterima kasih mmg mcm tu.

Perangai asobbiyah nya mengalahkan kabilah jahiliah.

Pi porah la PAS dan kelantan.

Anonymous said...

Lu baie ckp gempak..tapi tak serupa bikinla baie..lu mmg org jumud yg hati dh hitam legam dek taksub dgn parti ajaran sesat..ke neraka lu baie..dh jauh lu tersesat baie..nak minum darah konon..drakula ke lu baie..betul2 bodoh piangla lu baie..ade air bersih nk minum darah..baghal tolla lu baie..

Anonymous said...

orang kelantan memang tak mau pembangunan, suka negeri dia mcm tu kononnya pembangunan akan merosakkan anak negeri tp depa lupa anak kelantan yang keluar negeri menceari rezeki dan ada menimbulkan masalah ditempat orang sebab depa selalu mengaku lebih hebat dari melayu negeri lain ! Biarkan kelantan dengan keadaan tu... takyah bangunkan. Nak bg air bersih tak boleh salahkan orang lain.

Anonymous said...

Orang kelantan pengotor , budaya selekeh dah sebati dengan orang kelantan , tak tahu nak buat cantik , umpama ikan kalau dah busok dari kepala akan mengikut hingga keekornya !

Anonymous said...

MARA,IKBN,MRSM,UITM,KOLEJ KOMUNITI........blabla.. berjasa sungguh umno.pusat serenti,penjara baru,pusat remaja hamil,pemulihan akhlak pun jasa JASA UMNO tau...jangan lupa nak senarai kan bro....tu tempat orang melayu jugak

Anonymous said...

anak luar nikah seks bebas jadi pondan jadi pengkid majoriti anak2 org Pas dan Pkr...kt kelantan budak2 suka projek dalam semak,tepi pantai dan dalam kereta mak bapak masing2..kat selangor standarlah projek kat hotel2 dan dlm rumah ketika mak bapak pergi bekerja..Pas dan Pkr memang jahiliah moden semoga kamu semua bertaubat diberikan taufik inaayah dan berkasih sayang sesama Islam serta janganlah lagi dijadikan cacai dan gurka oleh Dap dan anwar ibrahim.
-bekas Bilal & Ustaz Pasti Selangor.

merbah desa sgt said...

apa susahnya kalau perkara seperti ini berlaku didalam negeri pemerintahannya dia[pembangkang]akan salahkan UMNO.seolah2 umno yang menggalakkan PEMAKSIAT membuat kerja ni.

Anonymous said...

aku di pahang ni miskin xde sape ambil tahuuuu

Anonymous said...

Kita ni ..kalau kita mengaku sebagai org Islam..tak usahlah kita terlalu nak bertekak..sebenarnya dalam UMNO ada kelebihan dan dalam PAS pun ada keistimewaannya..jika kita saling kukuh mengukuhkan..bukankah bagus?Bosanlah asyik 'dia kata org tu..org ni kata org tu...' org ni tuduh murtad..org ni 'balun'..tak de kesudahnya...Last2 org lain ambil negara kita..last2 kita diterajang keluar..kenapa tak ada 'badan' yg bertindak menyelesaikan persengketaan ini??? Tak boleh berhentikah kita dari saling mencabar dan mengorek kesalahan org??Gunalah taktik lain..taktik umpama 'MENARIK RAMBUT DALAM TEPUNG...RAMBUT TAK PUTUS..TEPUNG TAK BERSELERAK'...nampaknya negara kita tak calon 'berkaliber' nak selesaikan masalah ini..tak ada yg cerdik dan bagus utk jadi org 'tengah'. HAMPEH!!!..last2 rakyat mati kering...penat jer aku sokong sana..sokong sini..yg diumpat sama dgn mengumpat 2x5..