Tuesday, December 18, 2012

Anak Beranak Punya Parti.... Ada Pulak Melayu Sanggup Jadi Tukang Basuh Berak..!

Selama ini DAP gemar melabelkan diri mereka sebagai parti politik yang terbuka kepada semua kaum dan komited dengan perjuangan sama rata, adil dan saksama tanpa mengira warna kulit dan agama.

Mereka mendabik dada konon parti itulah satu-satunya yang paling demokratik, berbilang kaum dan mencerminkan wajah sebenar politik Malaysia yang patut menjadi contoh ikutan semua.

Namun seperti mana biasa, acap kali propaganda yang didendang oleh pemimpin politik sekadar indah khabar dari rupa dan hanya syok untuk mengulit halwa telinga tapi realiti semasa jauh panggang dari api.

Hakikatnya Kongres Kebangsaan ke-16 DAP yang baru selesai sehari dua lepas membuktikan parti itu tetap tegar dengan konsep rasis, dominasi dan monopoli oleh satu kaum sahaja.

Bayangkan daripada 8 orang Melayu Islam yang menawarkan diri bertanding di peringkat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP, tiada seorang pun yang berjaya menempatkan diri dalam jawatankuasa tersebut.

Begitu lekeh sekali pada pandangan DAP nilai harga diri pemimpin politik berbangsa Melayu dan beragama Islam sehinggakan tiada seorang pun pemimpin Melayu Islam yang dipilih untuk menganggotai badan pembuat dasar parti itu.

Manakala dikalangan pemimpin India DAP pula hanya seorang sahaja yang terpilih, M.Kulasegaran dari Perak dan dua lagi ialah dari keturunan Sikh, yakni Karpal Singh dan anaknya.

Baki 17 lagi kerusi CEC semua terdiri daripada kalangan pemimpin Cina yang kuat semangat perkaumannya serta lantang dengan pendirian menentang dasar-dasar BN yang dilihat pro kepada orang Melayu Islam.

Walhal sejak tahun 1960-an hingga sekarang, DAP sering melaungkan konsep Malayasian Malaysia konon untuk menonjolkan keterbukaan dasar DAP, tapi realiti yang terpampang depan mata sekarang langsung tidak cocok dengan propaganda tersebut.

Sebagaimana DAP berjaya memperbodoh dan membaruakan pemimpin PAS dan orang Melayu PKR, demikianlah yang sedang mereka lakukan terhadap orang Melayu Islam yang menganggotai parti itu.

Alasan konon kegagalan pemimpin Melayu Islam menawan hati perwakilan DAP dan tidak popular sebenarnya tidak cukup untuk menutup realiti yang parti itu sememangnya parti rasis sejak dulu lagi.

Ternampak jelas, terang lagi bersuluh perasaan perkauman masih agak menebal dikalangan ahli dan perwakilan DAP, pada mereka orang Melayu Islam hanya setakat layak menjadi kuli, balaci dan barua sahaja.

6 comments:

Anonymous said...

Melayu tongong jer yang sanggup jadik ahli dap

Anonymous said...

BERANGANLAH KAMU RASA HEBAT DAN KUAT --- BODOH SINKI CUCI MANGKOK JAMBAN

Anonymous said...

Bengong tahap tak boleh berfikir secara waras langsung. Begitu ada parti yang berteraskan Melayu, DAP juga yang dipilih. Merek aini layak digelar talibarut bangsa dan negara.

Anonymous said...

Cina2 DAP terang2 dah menolak Melayu dlm DAP...tapi dah dasar muke di tutup dgn kulit babi..Melayu2 dlm DAP terus2an mngharap di beri jwtan atas EHSAN..bongoks tahap jamban....

selayaknya Melayu DAP di panggil pencacai penjilat najis DAP..krn usapan wang hengget mmbuat mrk sanggup mnjadi penjilat najis...

Anonymous said...

Memang la dap untuk semua kaum cina saja. Racist punya parti.

Anonymous said...

Tu Melayu penjilat tegar yg buta sejarah...