Thursday, December 6, 2012

Anwar Ibrahim Diciptakan Allah Untuk Menjahanamkan MALAYSIA....!

Melenting sungguh puak-puak pembangkang apabila Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim di belasah di pentas Perhimpunan Agung UMNO ke 66 yang baru sahaja selesai baru-baru ini.

Mungkin tidak senang dengan jolokan nama sesumpah politik atau 'political charmeleon' yang diberikan oleh Perdana Menteri, maka Anwar pun panas bontot dan tidak duduk senang.

Pertama beliau sanggup mengadakan sidang media untuk menafikan pembabitannya dengan Deepak Jaikishan, seorang peniaga karpet.

Pada saat Deepak menimbulkan dakwaan membabitkan seorang pemimpin Wanita dalam kes tanah menjelang Perhimpunan Agung UMNO, rakyat sudah bijak menghidu ia adalah hasil kerja tangan yang didalangi oleh Anwar.

Bak kata pepatah sudah terang bersuluh pula, kura-kura dalam perahu, berlakon pura-pura tidak tahu.

Begitulah sikap Anwar dan amat sesuai dan bertepatan sekali Datuk Seri Najib Tun Razak menganugerahkannya label sesumpah politik.

Kedua, apabila prestasinya dipertikaikan semasa menjadi Menteri Kewangan selama lapan tahun, cepat-cepat Anwar mengarah supaya dikitar semula kenyataan mempertahankan rekod beliau.

Dahulu bekas Menteri Kesihatan, Chua Jui Ming, yang kini menjadi Pengerusi PKR Johor pernah mengipas Anwar dengan mengatakan beliaulah Menteri Kewangan yang terbaik pernah berkhidmat dalam kerajaan dan kini balaci kesayangannya, Azmin Ali turut berkokok dalam nada yang sama.

Hikayat yang didendang sama sahaja di mana-mana ia diceritakan iaitu ekonomi negara menikmati belanjawan lebihan atau 'budget surplus' sepanjang Anwar menerajui Kementerian Kewangan.

Statistik rasmi yang dihidang oleh Azmin sebagai bukti memang tidak siapa boleh pertikaikan, persoalannya adakah Anwar sebenarnya individu yang bertanggungjawab terhadap pencapaian ekonomi negara dalam tempoh 1992 - 1997 atau wujud faktor lain yang lebih penting daripada itu?





Dari siapa Anwar mewarisi jawatan Menteri Kewangan jika tidak Tun Daim Zainuddin yang telah meletakkan Malaysia di atas landasan ekonomi yang kukuh sepanjang beliau menjawat posisi itu bermula tahun 1984 sehingga 1991.

Ketika Daim meletak jawatan, pelbagai pihak menyanjung tinggi sumbangan yang telah beliau berikan kepada negara.

Daim disebut antara arkitek terbaik yang telah berjaya mengemudi ekonomi negara dengan cemerlang sekali dalam empat tahun kemerosotan ekonomi.

Beliau telah memacu empat perubahan struktur ekonomi yang strategik dalam tempoh 1986-1991 iaitu mobilisasi sektor swasta, dasar perdagangan luar yang aktif, memperkukuhkan peranan sokongan sektor swasta serta pemulihan sektor perusahaan awam.

Sehingga ke hari ini, prinsip-prinsip pengukuhan ekonomi yang dilaksanakan oleh Daim terus disanjungi dan masih diguna pakai, termasuk oleh Anwar sendiri semasa menjadi Menteri Kewangan.

Justeru, kejayaan ekonomi negara yang dipuji-puji serata dunia hingga Malaysia di golong sebagai salah satu Harimau Ekonomi di sisi Korea Selatan, Taiwan, Hong Kong, dan Singapura bukanlah hasil kerja kuat Anwar tetapi disebabkan asas ekonomi yang sungguh jitu dan kukuh yang telah ditinggalkan oleh Daim.

Seperti seorang anak yang mewarisi harta yang menimbun dari ayahnya dan tidak perlu lagi kerja kuat seumur hidup, begitu juga Anwar tidak perlu buat apa-apa lagi bagi menguatkan landasan ekonomi negara.

Anwar setakat menumpang kejayaan yang ditempa oleh Daim selama lima tahun beliau menjadi Menteri Kewangan dan hanya menuai hasil daripada usaha tekun orang lain.

Tempoh selepas 1997 adalah tempoh perit bagi ekonomi negara disebabkan oleh serangan penyagak matawang, George Soros.

Setelah memecat Anwar, Dr Mahathir telah memperkenalkan sistem kawalan pertukaran pada 1 September 1998 yang akhirnya menyelamatkan ekonomi negara.

Langkah drastik lain yang dilaksanakan termasuk menamatkan dagangan saham-saham Malaysia di CLOB (Central Limit Order Book) di Singapura yang menjadi punca utama pasaran saham negara merudum akibat aktiviti jualan singkat.

Semasa Krisis Ekonomi 1997, siapa tidak tahu bagaimana Amwar cuba mengkhianati negara dengan usaha meletak Malaysia di bawah kawalan Tabung Kewangan Antarabangsa melalui kawan rapatnya, Michel Camdessus ang menjadi Pengarah Urusan IMF ketika itu.

Ketika Datuk Seri Najib mengambil alih teraju pentadbiran negara, Malaysia berdepan dengan krisis ekonomi global yang berpunca dengan kemelut kewangan yang teruk di Amerika Syarikat dan seterusnya berjangkit menjadi krisis buruk di kalangan negara-negara Kesatuan Eropah.

Berpandukan visi dan perancangan yang jelas, Perdana Menteri tangkas memperkenalkan dua pakej rangsangan ekonomi berjumlah RM67 bilion.

Dalam masa 10 bulan sejak pakej rangsangan pertama diumumkan, hasil yang memuaskan telah dilihat di mana 90 peratus daripada projek yang dikenal pasti telah diberikan kontrak atau sedang dalam pelbagai peringkat pelaksanaan.

11 comments:

Anonymous said...

Tak tepat tuuuu....

Anwar Ibrahim Diciptakan Allah Untuk Menjahanamkan UMNO/BN....!

bro yul said...

saper x kenal anwar manusia yg hidup nyer penuh dngn masalah moral dan pembohong besar d malaysia nie...manusia mcm nie ke nak jadi perdana menteri?????alamak hancur la malaysia bila manusia mcm nie jd perdana menteri..aku x sanggup wey ada perdana menteri yg penuh dngn masalah moral memalukan....katakan tidak pada pakatan harami.....

Anonymous said...

Patutlah dah ada org panggil dia Anwar LaknatullahAlaihi

Bingai @ Bangang said...

Maaf, bro. Kalau boleh tajuk tu letakkan tandasoal. Allah tidak mencipta manusia untuk menjahanamkan manusia lain. Ianya adalah kehendak manusia sendiri. Namun, mungkin Allah SWT mencipta orang seperti ini untuk mengingatkan kita supaya berwaspada di samping mendidik keturunan kita sebelum menjadi insan-insan munafik.

Maaf sekali lagi sekiranya teguran ini mengguris.

GEMPAR!: Hari Jumaat akan jadi cuti hujung minggu seluruh negara di TENDANG TERAJANG

Anonymous said...

Anwar Ibrahim Diciptakan Allah Untuk Menjahanamkan UMNO/BN....!

Thursday, 06 December, 2012
---------------------
Setuju tapi.....krn nawaitu perjuangan UMNO/BN mmg ikhlas utk org Melayu/Islam..maka..UMNO/BN tetap kukuh wlpon ANUwar cuba mnjahanamknnya...trnyata...Allah S.W.T merestui perjuangan UMNO ..syiar Islam berkembang dgn pesatnya di negara kite..

Tapi yg kian menuju kehancuran ialah PAS krn telah di resapi oleh ANUwarinas...kepimpinan ulamak kini berganti kpd kepimpinan ULARMAK....

Di mana ada ANUwar di situ ada huru hara..

ANUwar = dajal...

Anonymous said...

HAKIKATNYA Anwar Ibrahim diciptakan dan dijadikan Allah SWT bukan untuk menjahanamkan UMNO/BN...Tetapi Anuwar a.k.a sikitol pembohong besar Diciptakan dan Dijadikan Allah SWT untuk MENJAHANAMKAN dirinya sendiri.

Anonymous said...

Terus terang takdak Anwar pun, umno/bn akan jahanam.

Sou Yuen said...

"Terus terang takdak Anwar pun, umno/bn akan jahanam."

Hahahahaha, final word after wordless, come on and keep your hope

Anonymous said...

Aku benci Anwar sebab dia perosak negara.sama lah mcm Nurul izzah.. Tapi aku suka nurul izzah kalau dpt bersama dgn dia diatas katil..ermmm best. But bukan bersama2 dia di pentas politik PR.. Nurul izzah u always make me horny..keh keh keh

Anonymous said...

Salam bro, silap tulis ayat boleh murtad bro..
Allah tidak menciptakan sesuatu dengan sia-sia..yang mensia-siakan adalah manusia itu sendiri.
kenapa kita salahkan Allah untuk mencipta...Padahal Allah adalah Tuhan Yang Maha Esa Lagi Maha Mengetahui...
Jangan kerana terlalu politik kita kaitkan masalah sesama manusia dengan alasan Allah sengapa memporak perandakan negara..semuanya Salah tafsir dan hukumnya berdosa besar bro sebab kita dah memperkecilkan Allah

Anonymous said...

Still anuar ibrahim mmng x bleh percaya dengan agenda tersembunyinya..demi kuasa idamanya dia sanggup buat apa saja dengan menghalalkan cara..agama pluralnya..dengan nurulizzah pun mengetengahkan perkara yang sama..agama wajib dipertahankan..tiada agama selain islam..dan islam tidak menghalang bg selain dari umat islam itu untuk menganuti kepercayaan mereka selama mana mereka tidak mencampuri urusan agama islam itu sendiri..dan menjadi tanggungjawab umat islam untuk memberi kesan yang baik pada mereka sehingga mereka datang pada islam,dan kita sama-sama belajar..insyaAllah umat islam bersama-sama berganding bahu..