Friday, December 21, 2012

Berita Buruk Menyeramkan Buat Anwar Dan Kuncu Kuncunya.....

Setiap kali menjelangnya Pilihanraya Umum sudah menjadi kewajipan bagi parti-parti politik yang bertanding mengemukakan manifesto masing-masing untuk untuk dinilai dan dipertimbangkan oleh rakyat khususnya para pengundi.

Melalui manifesto yang dibentangkan itu para pengundi akan lebih memahami hala tuju dan perancangan sesebuah parti politik atau gabungan yang disertainya sama ada ia bermanfaat kepada rakyat dan negara atau sebaliknya.

Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU 13) yang akan berlangsung tidak berapa lama lagi ini dijangkakan paling sengit dalam sejarah, untuk itu setiap manifesto oleh parti politik juga dijangkakan akan lebih menarik dari sebelumnya.

Menurut sumber-sumber dalaman yang diperolehi, BN sebagai peneraju Kerajaan Pusat kini sedang dalam proses akhir untuk menyediakan manifesto sempena PRU 13 kelak.

Sebelum ini, sudah menjadi tradisi BN membentangkan manifestonya beberapa hari sebelum hari penamaan calon, bagaimanapun BN kali ini dijangkakan akan mengumumkannya lebih awal dari kebiasaannya.

Berkemungkinan manifesto BN itu akan diumumkan dua minggu sebelum hari penamaan calon bertujuan bagi membolehkan lebih ramai rakyat dan para pengundi mengetahui dan memahami isi kandungannya.

Bagi BN yang sudah berpuluh tahun menerajui negara ini, pastinya tidak akan melepaskan peluang ini untuk mempersembahkan manifestonya yang terbaik dengan janji yang realistik.

Sementara itu, pakatan pembangkang yang bernaung di bawah gabungan PR yang tidak berdaftar itu pula dijangkakan bakal berdepan kesulitan dan kesukaran memandangkan persepsi ramai tika ini terhadap mereka agak buruk.

Ini berikutan banyak janji-janji yang ditaburi oleh pemimpin PR dalam manifesto PRU 12 2008 yang lalu masih banyak lagi yang belum mampu ditunaikan sehingga ke hari ini.

Lebih memburukkan keadaan apabila Menteri Besar Kerajaan PKR Selangor, Khalid Ibrahim pada Ogos lepas secara terbuka mengakui manifesto yang dikemukakan PR pada PRU 2008 dulu bukanlah satu perjanjian yang wajib untuk dipatuhi.

Kenyataan itu tidak sahaja menyebabkan rakyat semakin menjauhi PR malah semakin meyakinkan para pengundi bahawa gabungan haram itu masih terlalu besar jurang perbezaannya bila dibandingkan dengan BN.

Berdasarkan senario ini, BN dijangkakan bakal mendapat kelebihan besar dikalangan para pengundi, lebih-lebih lagi gabungan pelbagai parti yang bergerak mengikut lunas undang-undang ini sudah terbukti reputasinya dalam menepati janji.....

6 comments:

Anonymous said...

Salah satu janji Manifesto PR Selangor pada PRU lalu ialah MENURUNKAN CUKAI PINTU. Janji tinggal janji. Lebih memalukan apabila dipenghujung pemerintahanya PR Selangor dibawah Khalid Ibrahim telah menaikan cukai tanah berpuluh kali ganda. Khalid Ibrahim kata 'manifesto bukan janji'. Ini bermakna apa juga yang akan terkandung didalam manifesto PRU13 PR Selangor tidak perlu diberi perhatian langsung kerana ia hanya sekadar 'pemanis' mulut PR. Hari ini PR lebih dikenali sebagai PENIPU RAKYAT. Kesimpulannya rakyat Malaysia tidak perlu membuang masa memikirkan 'apa yang akan dijanjikan oleh PR' kerana sudah jelas dan terbukti apa yang mereka janjikan hanyalah PEMBOHONGAN BESAR. Wallahualam.

mtk

Anonymous said...

Salah satu dari ciri-ciri munafik ialah tidak menunaikan janji

Anonymous said...

saya sebagai penyokong Pakatan Rakyat merasa amat gusar dan cemas dengan perkembangan terbaru ini dan merasa amat risau kerana tanda-tanda kekalahan semakin ketara.

Tak sabar rasanya nak merasa kalah di PRU13 nanti. Cuma, adakah PM berani nak bubarkan Parlimen dan kita tengok "siapa yang kena".

Ada berani? Jangan kecut telur sudah lah

Joyah Tak Jongang

Anonymous said...

nnt bubar ko tau la telo sapa yg kecott....

Anonymous said...

tak bubar tandanya telurrrr tgh kecut.

atau

telurr tgh kena pegang siot... sengal nak kasi bubar


joyah tak jongang

muthu said...

muthu kata,kalu itu janji tarak bole dicapati,jangan undi sama dia.