Friday, December 7, 2012

Blogger MIK Sertai Kelab Putera 1Malaysia Ke GAZA Malam Ini....!

Blogger MIK akan turut sama sertai Dato Azeez yang mengetuai Kelab Putera 1 Malaysia [KP1M] berangkat ke bumi Palestine dalam MISI BANTUAN KEMANUSIAAN KE GAZA “2nd WAVE ROAD TO GAZA ”.

Ini adalah penyertaan Blogger MIK yang ketiga bersama KP1M. Blogger MIK pernah menyertai Misi Khas Membawa Pulang Pelajar Malaysia Dari Cairo Egypt [Ops Pyramid] dan juga pernah menyertai Misi Bantuan Kemanusiaan Tsunami Jepun.

Kelab Putera 1 Malaysia kali ini akan berganding bahu dengan sebuah NGO Gerakan Belia Gagasan 1 Malaysia dalam misi ini. 

Upacara Perlepasan Misi Bantuan GAZA ini akan disempurnakan oleh Tun Dr Mahathir Mohamed di KLIA pada jam 6.30 petang.

Mohon doa dari sahabat handai dan penyokong serta penggemar Blog ini agar kerja amal kamii akan mendapat rahmat dari Allah swt, dipermudahkanlah hendaknya segala urusan dan semoga kami selamat pergi dan kembali ke tanah air....

Jazakallah Khairan Kathira...!

3 comments:

Akar Umbi said...

selamat berangkat bro...

moga dipelihara ALLAH jua...

guacaya lu said...

selamat berangkat dan pulang.insyallah

Anonymous said...

Satu kerja mulia , teruskan !