Monday, December 10, 2012

GEMPAAR GAZA..! Tembakan Amaran Tentera Israel... Azeez Ambil Langkah Berjaga jaga Sediakan Jaket Kalis Peluru

Anggota Misi Bantuan Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) diingatkan lebih berhati hatisoal keselamatan mereka sepanjang berada di sini.

Malah kesemua mereka yang berada dibarisan hadapan semasa melawat dan berhadapan mangsa serangan Zionist dibekalkan dengan baju kalis peluru.

Presiden KP1M. Dato' Abdul Azeez Abdul Rahim yang mengetuai sessi kedua ke Gaza ini sedar kehadiran anggota Misi bantuan Kemanusiaan dari Malaysia ini tentunya tidak disenangi Israel.

"Kita dari masa ke semasa telah mengingatkan anggota sukarelawan supaya lebih sedar tentang risiko dari pihak zionis ini,"katanya.

Beliau mengulas tindakan Israel yang memberi tembakan amaran terhadap sukarelawan Misi Solidariti Malaysia 2012 berdekatan di Jabaliah kirakira 3.5 kilometer dari Gaza.

Misi tersebut dalam perjalanan menyampaikan dana Aman Palestin bagi pembangunan pertanian yang sebelum ini dirosakkan tentera Israel.
Menurutnya semua anggota sukarelawan dan media yang berada dibarisan hadapan telah dibekalkan baju kalis peluru.

Tambahnya, bagaimanapun pihaknya sedar misi bantuan untuk rakyat alestin itu amat tidak disenangi oleh Israel.

Katanya anggota misi bantuan Kemanusiaan KP1M itu terdiri daripada 58 peserta termasuk media, belia dan doktor serta paramedik.

Katanya, misi itu akan tetap diteruskan sehingga proses pengagihan makanan dan ubat ubatana selesai sehingga 17 Disember ini.

1 comment:

Anonymous said...

Peluang utk mati syahid ... jgn takot yer. Inilah pengalaman ngeri yg dilalui olih penduduk disana setiap hari.

Pengalaman yg mampu utk menginsafkan diri yg jauh lebih berkesan dari mana-mana ceramah ugama di Malaysia.