MARI SAMA SAMA KITA MEDOAKAN YANG TERBAIK

MARI SAMA SAMA KITA MEDOAKAN YANG TERBAIK

Friday, December 28, 2012

Habislah Anwar....!!

Anwar Ibrahim merangkap Ketua Umum PKR dengarnya setiap kali berkesempatan pulang ke rumah mewahnya yang berharga RM7 juta di Bukit Segambut Dalam, Kuala Lumpur seringkali melabuhkan pandangannya jauh mengelamun ke luar tingkap jendela.

Entah apa yang dimenungkannya sejak akhir-akhir ini sehingga kerap sangat mengelamun sendirian. Barangkali banyak sangat permasalahan yang sedang berkecamuk mengganggu fikirannya dan sukar untuk dirungkaikan.

Disebalik aktivitinya ke sana ke mari berceramah siang dan malam sambil menabur janji dicapati untuk menawan hati pengundi, ingatkan hatinya makin senang, rupanya makin banyak janji ditaburi makin bertambah parah lamunannya.

Patutlah semenjak dua menjak kebelakangan ini wajahnya makin kusam dan kelihatan serabut, bak kata orang tua-tua langsung tak kelihatan nurnya.

Apapun harapnya laporan berita dari akhbar Utusan Malaysia di muka surat tiga bertarikh 27.12.2012 dengan tajuk "Sebahagian besar pembelaan Nalla dikekalkan" tidak akan menambah celaru fikirannya, harap begitulah.

Secara ringkas kandungan berita itu menyebut ada 10 nama individu telah disenaraikan oleh Datuk S. Nallakaruppan dalam pembelaannya untuk berdepan dengan saman yang dikemukakan oleh Anwar berikutan dakwaan aktiviti biseksual.

10 nama yang disebut oleh Nalla itu yang dikaitkan melakukan aktiviti seks dengan Anwar terdiri daripada tiga orang wanita dan bakinya adalah lelaki yang sebahagian besarnya dikenali rapat dan mempunyai hubungan istimewa dengan Ketua Umum PKR.


Antaranya ialah Shamsidar Tahrin, Norlaila Abdul Majid, Soma Rodrigo @ Anne, Mior Abdul Razak, Sukma Darmawan Sasmitaat Madja, Dr Munawar Ahmad Anees, Azizan Abu Bakar, Ismail Mat Rabi @ Ismail Harun, Hairany Mat Nafees dan Rashid.

Kesemua 10 orang individu-individu yang namanya disebut itu tidak pun akan dipanggil saksi pembelaan bagi pihak Nalla apabila prosiding perbicaraan mahkamah bermula kelak, sebaliknya menjadi kewajipan Anwar untuk memanggil mereka sekiranya mahu membuktikan dakwaan Nalla adalah fitnah.

Tapi Anwar kekal sebagai Anwar, bijak membelit dan ada sahaja ideanya untuk melepaskan diri. Berikutan penyenaraian 10 nama ini, Anwar telah mengemukakan pula permohonan untuk menyingkirkan kesemua 10 individu itu daripada penyataan pembelaan Nalla.

Maksudnya, Anwar tidak mahu mana-mana individu itu kelak terpaksa dipanggil semasa prosiding dilakukan, jika itu berlaku Anwar bimbang ia akan membuktikan memang wujud aktiviti biseksual yang dilakukan olehnya.

Walhal, jika Anwar benar-benar tidak melakukan sebarang aktiviti seksual sama ada secara normal atau luar tabie dengan mana-mana wanita dan lelaki seperti didakwa oleh Nalla, sepatutnya Anwar perlu berani memanfaatkan prosiding mahkamah dengan memanggil kesemua mereka sebagai saksi bagi dirinya.

Dengan keadaan sekarang yang mana semua 10 individu itu kekal dalam penyataan pembelaan Nalla, mahu tidak mahu Anwar terpaksa menerima hakikat kebenaran semakin hampir. Ini tentu sahaja menambah rumitkan lagi fikirannya yang sudah sedia berkecamuk.

Percaturan Anwar sudah menemui kegagalannya, 10 orang individu yang mempunyai hubungan rapat dan erat dengannya kini umpama duri dalam daging yang bakal menghancurkan nyawa politiknya.

12 comments:

Anonymous said...

Krn mulut badan binasa

Tapi utk Pork Sheikh...

Krn KOTE nak jadi PM xmerasa...

muahahahhahahahahahahahahah

Anonymous said...

"Anwar telah mengemukakan pula permohonan untuk menyingkirkan kesemua 10 individu itu daripada penyataan pembelaan Nalla"

----tindakan Anuwar ini menggambarkan segala2nya....sepatutnya dia yang perlu pastikan supaya 10 individu itu hadir untuk menafikan pertuduhan. Ini tidak, aneh kan.

Sudah terang lagi bersuluh. Tapi yang masih percaya kpd Anwar ini hanya menipu diri sambil menulis ini semua fitnah.

Anonymous said...

Bloger umguk yang bahalol kita tengok nanti macam mana pri belaan umguk ni tergagap dalam mekamah belum bicara pri ni dah kalah

Anonymous said...

ala, bukan susah.......kasi bayar jer sorang 1 juta. selesai masalah. takat 10 juta kecik punya hal. tapi ada sorang saksi wanita yang anwar belum tentu berani nak lawan iaitu ummi hafilda. dulu anwar berani sebab kuasa di tangannya sebagai orang no-2 dalam negara. tapi kini, tiada sesiapa lagi yang sanggup melindunginya kecuali peguam-peguamnya yang sentiasa mencari kesalahan teknikal.

Anonymous said...

Kebiasaannya kesilapan teknikal yang menyebabkan sesuatu kes menyebelahi pihak yg bersalah, walupun ikut perkiraan sebenar memang dia bersalah.

Anonymous said...

..gay tua semakin glabah.. hmm lari ke kedutaan turkey la lagi nampaknya..

Anonymous said...

Anwar boleh terus berbohong tetapi sampai bila? Sebilangan besar rakyat Malaysia sudah tidak percaya cakapnya. Ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Sebab pembohongan Anwar amat ketara sekali. Terbukti dengan terang, sah dan nyata.

Anonymous said...

Anuwar memang dah habis, cuma tinggal beberapa kerat saja lagi pececainya yg hidup dengan habuan dari anuwar yg masih tegar. Tapi tegar pun kerana habuan. Bila habuan dah habis hilangla pecacai2 tu.........

Anonymous said...

Oh Annuar..... akan sampai satu masa nanti kau akan terkena sumpahan ku. Kau akan terpekik-pekik dan melalak-lalak sengsorang di tengah-tengah jalan dan di bawah jambatan. Tiada seorang pun yang akan pedulikan kau lagi. Adalah lebih baik kau dan anak pinak kau bermastautin di Israel selepas PRU13 ini. Di sana keselamatan kau pasti akan di jaga sepenuhnya. Hahahaha.......

Anonymous said...

Pada 12 hb Jan 2013 satu tunjuk perasaan akan diadakan bagi Menghalang Shamsidar Taharim untuk dipanggil sebagai saksi dalam perbicaraan Anwar Dengan Nalla dan Utusan Melayu.

Perbuatan ini menambahkan lagi keyakinan orang ramai bahawa Anwar sah bersalah. Orang benar pasti tidak akan menghalang saksi untuk memberi keterangan di mahkamah. Hanya orang yang bersalah yang akan berasa takut. Tapi jangan lupa kebatilan tidak dapat mengatasi kebenaran.

Anonymous said...

nk tanya cikit...mane betapanya..pudin jrwat batu..AMK syamsul..ckg bad..tipah koye...senyap je degar citer pun...dh sedar kut...alhamdulillah....amin..

Anonymous said...

selagi dunia belum kiamat, malaikat izrail belum datang menyapa...bertaubatlah...dah lebih dari mampu, pergilah tunaikan umrah atau haji...sudah2 lah nak membohong dan memfitnah tu...tak kan dah mati nanti, dikenang sebagai bapak gay @ pejuang LGBT...