Wednesday, December 26, 2012

Hadi Pun Ada Nafsu Seks Jugaaa.....

PENDEDAHAN oleh Zainon Ismail @ Cikgu Non, atau lebih dikenali sebagai C.N Al Afghani di dalam buku terbarunya Kafirkah Aku? mencetuskan kembali isu Amanat Hadi Awang 1981.

Desakan C.N Al-Afghan supaya Datuk Seri Abdul Hadi Awang menarik balik amanat itu dan meminta maaf menarik perhatian ramai.

C.N Al-Afghani bukan calang-calang orang. Dia adalah ahli Pas seumur hidup. Dia ahli tegar Pas. Dia pernah berjuang dalam peperangan Afghanistan menentang Rusia, dan dalam konflik Kashmir. Dia seorang mujahidin. Dia pernah ditahan di bawah ISA.

Sekembali daripada jihad Afghanistan dan Kashmir, Cikgu Non mengambil tanggungjawab membela dan menjaga kebajikan balu dan keluarga para syuhada Memali, malah beliau mengahwini salah seorang balu tersebut.

C.N Al Afghan dikenali sebagai seorang yang sangat tegas, istiqamah dan ikhlas!

Beliau mendesak Abdul Hadi menarik balik Amanat Haji Hadi 1981!

"Saudara-saudara sekalian percayalah, kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.

Percayalah saudara-saudara sekalian.....!

Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, kita tidak perlu masuk Hindu, kita tidak perlu masuk Kristian, tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan "politik suku..., agama suku...."

Inilah teks apa yang dikenali sebagai "Amanat Hadi Awang 1981". Ia sebenarnya adalah sedutan daripada ucapan Presiden Pas itu di Kampung Banggol Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981.

Abdul Hadi, lahir pada 20 Oktober 1947 pada waktu itu baru berusia 34 tahun, selepas kembali daripada Universiti Al Azhar, Mesir (sebelum itu menuntut di Universiti Madinah).

Amanat Hadi Awang 1981" ini telah dicetak dan disebarkan ke merata pelosok negara oleh Pas. Ia memberi kesan kepada para pengikut yang taksub. Sejak daripada itu, bermulalah episod UMNO dikafirkan! Ahli UMNO dikafirkan! Indoktrinasi yang menghalalkan penentangan terhadap UMNO sebagai jihad, dan mati menentang UMNO adalah syahid per se!

Sembahyang bermakmum dengan imam UMNO tidak sah, sehingga timbul masalah solat dua imam! Nikah oleh kadi UMNO tidak sah, sehingga timbul masalah perlunya bernikah semula! Sembelihan orang UMNO haram dimakan, hingga timbul masalah tidak mahu makan masakan orang UMNO! Kenduri orang UMNO haram dihadiri, sehingga berlaku peristiwa pulau-memulau! 

Jenazah orang UMNO haram disolatkan, sehingga ada imam Pas tidak mahu menyembahyangkan jenazah ahli UMNO! Bercerai suami isteri! Berpecah kaum keluarga! Berpisah anak beranak! Hancur rosak perpaduan kampung dan negara!

Kemuncak kepada kafir-mengkafir ini ialah peristiwa Memali di Baling Kedah pada 19 November 1985. Empat tahun setelah Amanat Hadi Awang 1981 bertebaran dan bersemadi di lubuk pemikiran ahli Pas, Kampung Memali digemparkan dengan peristiwa berdarah pada pagi yang hitam itu.

Allahyarham Ustaz Ibrahim Mahmud @ Ustaz Ibrahim Libya, bekas pegawai dakwah Pusat Islam sanggup meninggalkan kerjanya; gaji ribuan dibuang; bilik kerja air-cond ditinggalkan! Ustaz Ibrahim Libya pulang ke kampungnya di Memali dengan harapan dan perjuangan untuk menegakkan sebuah negara Islam yang melaksanakan undang-undang Islam, Amanat Hadi Awang jelas terpampang di dinding pusat kegiatan Kampung Memali.

Dalam peristiwa berdarah 18 November 1985, empat anggota polis Melayu-Islam dibunuh. Pasukan keselamatan mengambil tindak-balas yang berakhir dengan Ustaz Ibrahim Libya terkorban bersama 13 lagi pengikutnya.

Sepantas kilat Ibrahim Libya dan pengikutnya yang terkorban diisytiharkan mati syahid oleh Pas. Jenazah mereka tidak dimandikan, tidak dikafankan. Sebaliknya jenazah mereka terus disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Parit Panjang dalam keadaan berlumuran darah!

Apakah yang mendorong Ibrahim Libya mengambil tindakan nekad bertempur dengan pihak polis! dan membunuh empat anggota polis. Anggota polis yang Satu Tuhan, Satu Nabi, Satu Kitab, Satu Qiblat dan Satu Akidah dengan mereka!

Adakah Ibrahim Libya dan pengikutnya terpengaruh dengan Amanat Hadi Awang 1981, yang menghalalkan jihad terhadap UMNO? Adakah Ibrahim Libya dan pengikutnya beranggapan polis yang dibunuh adalah polis UMNO maka halal dibunuh? Adakah Ibrahim Libya dan pengikutnya merasakan bahawa kematian akibat bertempur dengan polis itu adalah mati syahid? Ini semua adalah persoalan yang hanya Allahyarham Ustaz Ibrahim Libya dan pengikutnya yang terkorban sahaja boleh menjawab.

Tetapi yang pastinya, dalam bumi Malaysia negara umat Melayu-Islam ini, ada 14 jenazah umat Melayu-Islam yang tidak dimandikan, tidak dikafankan kerana dikatakan syahid! Adakah umat Melayu-Islam gagal melaksanakan fardhu kifayah? Siapa yang wajar menanggung semua ini di hadapan Allah nanti?

Persoalannya, apakah yang mendorong Abdul Hadi membuat Amanat 1981 tersebut?

Saya yakin Abdul Hadi berpaksikan kenyataan itu kepada kepercayaan kononnya Perlembagaan Malaysia, undang-undang dan peraturan yang diamalkan di negara ini adalah Perlembagaan, undang-undang dan peraturan jahiliah, penjajah dan kafir!

Kerana apa....? Kerana kononnya tidak meletakkan al-Quran dan sunah sebagai sumber utama undang-undang. Kerana kononnya ia Perlembagaan, undang-undang dan peraturan yang menolak al-Quran dan hadis! Dan yang paling utama, kerana perundangan jinayat hudud, qisas dan takzir tidak dilaksanakan!

Maka timbullah dakyah dan tohmah konon Malaysia bukan Negara Islam! Malah ditakfirkan Malaysia dan Kerajaan BN pimpinan UMNO. Inilah yang sering dijaja oleh para penceramah, ustaz-ustaz, dan ahli-ahli tegar Pas!

Persoalannya, betulkah dakwaan itu...?
Betulkah Perlembagaan Malaysia Perlembagaan kafir...?
Benarkah tidak melaksanakan hudud, qisas dan takzir itu membawa kepada kekafiran...?
Adakah benar Perlembagaan Persekutuan tidak menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam...?

Kita tidak perlu pergi jauh. Kita tengok kembali ucapan Abdul Hadi sendiri pada 18 Januari 2003 dalam satu ucapan yang dipanggil Amanat Perdana Pemangku Presiden bertajuk "Pilihan Raya ke-11: Formula Kemenangan."

Ucapan sepanjang 13 muka surat itu dibuat sewaktu beliau memangku jawatan Presiden Pas selepas kematian Allahyarham Datuk Fadhil Noor pada 23 Jun 2002 akibat sakit jantung.

Pada waktu itu, Abdul Hadi juga adalah Menteri Besar Terengganu selepas Pas memenangi Pilihan Raya Umum Ke-10. Pas memenangi DUN Terengganu dalam pilihan raya itu selepas persekongkolan dengan DAP dan Anwar Ibrahim yang baru dipecat daripada UMNO. Tetapi persekongkolan itu menghadapi masalah besar terutama dengan DAP.

Dalam menuju PRU-11 (2004 apabila Kerajaan Pas Terengganu tumbang), PAS mencari formula untuk mengekalkan kemenangan dan meluaskan kejayaan pilihan raya.

Maka PAS membuat perkiraan politik bahawa kerjasama dengan DAP adalah wajib; persekongkolan dengan Anwar adalah perlu. Maka demi mencapai formula kemenangan itu, Abdul Hadi berkata di muka surat 10; 
"Justeru kerana isu Negara Islam dan perlaksanaan Hudud dan syariat menjadi punca perpecahan Barisan Alternatif (DAP-PKR-Pas) dahulu, maka Pas perlu membuat satu pengorbanan dan (ijtihad besar) untuk tidak memasukkan persoalan Negara Islam dan pelaksanaan hudud di peringkat persekutuan. 

Peruntukan mengenai Islam adalah mencukupi sekadar apa yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan seperti yang diamalkan kini. Seandai menang dalam pilihan raya akan datang, pembangkang akan menubuhkan sebuah kerajaan demokratik dan adil di peringkat Pusat, yang akan mendokongi Perlembagaan Persekutuan sedia ada!"

Cuba teliti betul-betul petikan ucapan Amanat Hadi Awang 2003 ini dengan Amanat Hadi Awang 1981. Nampak perbezaan fundamentalnya?

Kedua-duanya menyentuh tentang satu perkara: status Perlembagaan Persekutuan.

Dalam Amanat Hadi Awang 1981, Perlembagaan Persekutuan (berserta undang-undangnya) dilabel sebagai "kafir, jahiliyah, berbaur penjajah", yang oleh kerana label itu UMNO dikafirkan...!

Dalam Amanat Hadi Awang 2003, disebut jelas "Peruntukan mengenai Islam adalah mencukupi sekadar apa yang telah termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan dan seperti yang diamalkan di peringkat Persekutuan"!

Kedua-duanya mengupas perkara yang sama tetapi bercanggah satu sama lain! Adakah kekafiran itu sudah boomerang?

Atas alasan ini sahaja pun sudah cukup untuk Abdul Hadi wajib menarik balik Amanat Hadi Awang 1981, kerana ternyata beliau sendiri sekarang menyanggah dan membatalkan Amanat Hadi Awang 1981 itu melalui Amanat Hadi Awang 2003!

Kedua, adakah tidak melaksanakan hudud, qisas dan takzir itu membawa kepada kekufuran...? Adakah tidak mendirikan Negara Islam itu membawa kepada kekafiran...?

Kita tidak perlu pergi jauh. Abdul Hadi sendiri pada 20 Disember 2009 menandatangani Memorandum Persefahaman Pakatan Pembangkang di Shah Alam Convention Center. Bersama dengan Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng, Memorandum Persefahaman itu langsung tidak menyentuh tentang perlaksanaan hudud dan penubuhan sebuah Negara Islam.

Ini kemudiannya diikuti dengan penerbitan Buku Jingga, dan diperkuatkan dengan pelancaran manifesto Pakatan Pembangkang pada 08.09.2011 yang jelas tidak memasukkan pelaksanaan hudud dan penubuhan Negara Islam sebagai agenda.

Malah Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Karpal Singh tetap konsisten dengan kenyataan bahawa pelaksanaan hudud dan penubuhan sebuah Negara Islam langsung tidak termasuk dalam persefahaman pakatan pembangkang, dan tidak menjadi agenda mereka jika ditakdirkan (na?uzubillah) memenangi PRU-13 dan memerintah Malaysia (na?uzubillah minzalik).

Malah yang lebih jelas ialah kenyataan Abdul Hadi sendiri semasa Muktamar Tahunan Pas 2011 yang jelas menyatakan bahawa ?Pas mengubah dasar kepada negara kebajikan, itu ada dalam Quran. Negara Islam dia (al-Quran) tidak sebut"!

Maknanya Negara Islam tidak ada dalam al-Quran. Negara Islam bukan lagi perjuangan Pas. Melaksanakan hudud tidak lagi menjadi agenda Pas bersama rakan sekongkolannya DAP-PKR! Perjuangan menubuhkan Negara Islam dilongkangkan!

Nah, tidakkah itu bercanggah sama sekali dengan Amanat Hadi Awang 1981! Adakah kekafiran itu sudah boomerang....?

Yang jelasnya, dengan pendirian yang kini bercanggah dengan amanatnya sendiri, Hadi Awang wajib menarik balik Amanat Hadi Awang 1981 itu!

Apa yang jelas, Amanat Hadi Awang 1981 adalah satu kesilapan besar! Kesilapan yang mencetuskan krisis akidah yang serius kepada umat Melayu-Islam, kesilapan yang menimbulkan perpecahan kepada perpaduan dan ukhuwah umat Melayu-Islam! Kesilapan yang menyebabkan ramai yang merana, sengsara dan menghadapi penderitaan. Kesilapan yang menyebabkan 14 jenazah tidak dimandikan dan dikafankan!

Sebelum meninggalkan kupasan persoalan ini, elok juga kalau ditanya soalan kepada Abdul Hadi:

1. Adakah kafir kerajaan Mesir (negara di mana Abdul Hadi mendapat pendidikan Islamnya) yang kini diperintah oleh Ikhwanul Muslimin dengan Presiden Mursi kerana masih mengekalkan undang-undang penjajah, dan tidak menubuhkan negara Islam dan melaksanakan hudud?

2. Adakah kafir kerajaan Indonesia, negara umat Islam terbesar di dunia, kerana masih mengekalkan undang-undang Belanda dan tidak menubuhkan sebuah negara Islam dan melaksanakan hudud?

3. Adakah kafir Turki, negara umat Islam terbesar dalam Pakatan NATO yang kini diperintah oleh Parti AKP di bawah pimpinan Reccep Tayyib Erdogan yang masih mengekalkan status sekularnya dan tidak menubuhkan negara Islam dan melaksanakan hudud?

Adakah wajib memerangi orang Mesir, Turki dan Indonesia? Adakah jihad menentang mereka? Adakah syahid jika mati bertempur dengan mereka? Adakah mereka musuh Islam yang wajib ditentang?

Jawapannya kita semua tahu, TIDAK! Mesir negara Islam! Indonesia negara Islam! Turki negara Islam!

Kalau Mesir, Indonesia, Turki dan negara seumpamanya Islam; mengapa Malaysia ditohmah tidak Islam, malah dikafirkan?

Kalau Mesir, Indonesia, Turki dan kerajaan seumpamanya tidak kafir, mengapa Kerajaan Malaysia dikafirkan?

Kalau Mesir, Indonesi, Turki dan wilayah seumpamanya tidak wajib diperangi dan ditentang, mengapa harus pula menentang, malah berjihad terhadap Kerajaan Malaysia?

Tepok dada tanyalah iman masing-masing!

Sebab itu saya menegaskan bahawa Abdul Hadi Awang wajib melakukan 4 perkara berikut:

1. Wajib menarik balik Amanat Hadi Awang 1981! Beliau wajib membuat pengumuman itu bukan sahaja secara terbuka kepada semua ahli dan penyokong Pas, malah beliau wajib membuat pengumuman itu kepada seluruh umat Melayu-Islam dan rakyat Malaysia!

2. Abdul Hadi wajib bertaubat; kerana Amanat Hadi Awang 1981 telah menyebabkan krisis akidah dan perpecahan umat Melayu-Islam yang serius! Ramai yang telah terpesong akibatnya. Abdul Hadi wajib menyesali, memohon keampunan dan berjanji tidak akan mengulangi kesilapan itu!

3. Abdul Hadi wajib meminta maaf kepada seluruh ahli dan penyokong taksub Pas, seluruh umat Melayu-Islam dan rakyat Malaysia. Khususnya beliau wajib meminta maaf kepada keluarga dan waris yang telah terkorban, suami isteri yang telah bercerai-berai, anak yang berpisah daripada keluarga, adik beradik yang bermusuhan, penduduk kampung yang berpecah, para imam yang diaibkan dan dimalukan; pendek kata sesiapa juga yang pernah menjadi korban dan mangsa akibat Amanat Hadi Awang 1981!

4. Setelah itu, Abdul Hadi wajib mengadakan roadshow dan ceramah besar-besaran untuk memperbetulkan semula kesan negatif yang telah berlaku akibat Amanat Hadi Awang 1981. Beliau wajib memperbetulkan semula mentaliti ahli dan penyokong tegar Pas yang rosak akibat amanat itu..

Kredit : Penulisan Yb Zul Noordin

12 comments:

Anonymous said...

no 5:
Hj Hadi wajib arahkan pengikut PAS di Memali agar di korek balik kubur Ibrahim Libya dan pengikut pengikutnya untk di mandikan dan di sembahyangkan semula rangka & tulang tulang si mati....kesian arwah di alam barzakh....mengadap tuhan dlm keadaan kotor, tak di mandikan & di sembahyangkan....

Anonymous said...

Memang masa tu Majlis Fatwa Kedah sepi tidak membuat sebarang keputusan keatas pengkebumian arwah mayat Ibrahim Libya dan mayat-mayat yang lain bahawa mereka mati syahid. Yang buat keputusan adalah PAS, lalu mereka kebumikan mayat arwah tanpa dimandikan, tanpa dikapankan dan disebahyangkan. Pengkembumian dibuat di Parit Panjang, Baling bukan di kampong Ibrahim Libya, Memali.

Semua keputusan itu dibuat adalah kerana AMANAT AHAJI HADI yang mengatakan UMNO itu kafir.

Tanggunglah sendiri Haji Hadi ooooiii... Diakhirat, Allah akan menentukan hukuman keatasmu.

Anonymous said...

betapa besarnya dosa yg ditanggung oleh HjHadi kalau dia tak bertaubat dan meminta maaf akan kesilapannya itu....

NutCrakcer said...

Tu baru 14 orang yang mati semasa kejadian di Mamali pada tahun 1985. Bagaimana pula dengan pengikut-pengikut mereka yang mati sejak dari tahun 1985 hingga kini tahun 2012 (27 tahun berlalu) dengan beriktikad bahawa Amanak Haji Hadi masih diyakini dan menjadi pegangan dan amalan semasa mereka masih hidup. Berapa ramai tu. Tak terkira kot. Siapa yang nak tanggong dosa mereka. Korang jawap lah sendiri.

Anonymous said...

Sidang pembaca yang budiman,
Tujuan saya memaparkan rentetan peristiwa dan mendedahkan perkembangan politik ditanah kelahiran saya RantauNegeri Sembilan atas sebab kasihnya saya kepada UMNO jua BN. Saya tidak ada agenda terselindung walau sekulumit kepentingan peribadi. Saya Cuma amat bimbang kepada masa depan anak bangsa sekiranya UMNO jua BN tersungkur di Negeri Sembilan khususnya.
Saya adalah pesara kerajaan dan sejak 15 tahun terakhir ini saya memang tinggal di Rantau Negeri Sembilan. Hari-hari saya mengikuti perkembangan politik di Rantau dan saya berpengetahuan luas dalam hal ehwal UMNO dan PKR di Rantau. Pendedahan secara ikhlas ini supayadapat dijadikan panduan oleh Kepimpinan UMNO dan BN dalam menentukan iklim politik di Rantau.
MB sepanjang menjadi Wakil Rakyat Rantau adalah pemimpin terbaik yang lahir dari Rantau. Tidak pernah dalam sejarah Rantau adaWakil Rakyat seperti MB. Tapi sayang seribu kali sayang MB dikelilingi oleh orang2 yang buta politik. Diandaikan bahawa MB mempunyai penasihat seperti golongan penasihat yang mula2 dulu ketika MB baru hendak menentang Ketua Bahagian Rasah yanglama dulu maka sudah tentu MB akan jadi pemimpin terhebat. Golongan 7atau 8 orang ini adalahpenasihat yang terbaik. Nama2 seperti Idrus, Mat Sah, Hj Hadi Othman, Hj Amin danbeberapaorang yangsaya sudah lupa. Mereka inilah yangmengatur dan menjadi master main sehingga MB berada di puncak.Kesilapan MB apabila mereka yg hebat 2 ini disingkirkan seorang demi seorang akhirnya Azman menjadi penasihat MB. Ada antara mereka memasuki pembangkang bukan kerana bencikan UMNO tetapi sebab benci pada MB terutama pada Azman.
Penyokong MB semakin kurang tetapi orang2 yang hendak menjadi kaya pula mengelilingi MB. Penyokong jati UMNO semakin di pinggirkan. Azman Hji Hassan bukan penyokong jati UMNO. Dia pernah menaja Calon Bebas semasa zaman Datuk Muthu. Dia juga adalah kepala Semangat 46 di Rantau. Tetapi apabila dia mempunyai kepentingan kononnya dialah pejuang UMNO sejati. Akhirnya balak dia sapu segala projek buat jalan dalam Negeri Sembilan dia sapu. Terbaharu syarikat Azman dapat projek buat jalan haiwey di Sendayan.
Begitu juga dengan adik MB yangbernama Ghani Hassan. Semua projek Majlis daerah, JKR, banyak lagi jabatan kerajaan mesti dengan restu dia. Cerita ini datangnya dari pegawai-pegawai jabatan kerajaan.Anak buah saya Pegawai di Pejabat Daerah PD dia bercerita pasal kisah Ghani di Rantau. Semua orang kerajaan tahu akanperihal Ghani.
Orang kuat Ghani Rosli Nordin cucu kepada Arwah Limah Kg Rantau banayk dapat projek. Rupa2 nya mereka ini bersaudara sebab Arwah Limah berasal sekampung denganArwah Emak MB di Rembau.MB hanya akan tolong adik beradik dan saudara mara dia sahaja.Hairan mengapa JKR tutup mata. Rosli buat masjid Rantau di Bandar Ekar tak siap dapat lagi projek buat Sek Men Rantau dengan di Gemas. Dengar khabarnya dapat lagi projek buat jembatan diKg Linsom. Apa dah jadi denganJKR mengapa kontraktor yang gagal terus menerus dapat projek? Sebabnya senang ada Ghani dan Kamal ada di belakang Rosli dan merekaberdua ini adik MB dan Rosli saudara MB. Itu sebabJKR danSPRM tutup mata.

Anonymous said...

MB hanya akan tolong adik beradikdia and saudara mara dia sahaja. Orang UMNO main jauh2. Hairan mengapa MB asyik tolong orang PAS dan PKR sahaja? Rosli dulu adalah orang PKR masa Ghani bertanding dia poling ejenPKR di Sek Rendah Cina saya tahu sebabsaya mengundi disitu.
Pemuda Pas dan PKR Kg Sogo banyak dapatprojek. Sahak,Jurid,Norman, Cumat , Mat Rani dan ramai lagisemuadapatprojek. Sampaikan Ketua kampong Kuala Sawah si talib pun dulu PKR. Hairan mengapa MB baik sangat dengan orang pembangkang sampaikan abangnya pun orang kuat Semangat 46 dapat jadi Setiausaha UMNO negeri Sembilan. Jawapnya mudah sebab MB hatinya hati pembangkang sebab itu berkawan baik dengan Ibrahim Yusop Naib Pengerusi PKR negeri Sembilan. Kalau tak percaya Tanya pada Norman sebab dia sendiri yang bercerita di Restoran 24jamsimpang Kancong.Budak PKR KgSogo Ibrahim yang bawa jumpa MB. Budak2PKR pun anggukkepala dan cerita ini satu Rantau dah tahu. Hafiz Penolong Ketua PKR rantau pun pernah kata benda yang sama. Apa nak jadi ni?????????????? Patutlah Budak2 UMNOsemuanya melopong,ternganga. Fikirkanlah MB kita berjiwa pembangkang !
Ini maselah ygpalingkita takut diRantau. Banyak lagi kalau nak cerita tapi inilah sebab utama orang Rantau marah denganUMNO. Bukan marah dengan UMNO tapi marah denganMB.Sebab pembawaanya tak betul lebih menolong orang2 Pembangkang dari tolong orang UMNO.kalau tak percaya orang2 HQ Umno boleh turun Rantau siasat tanyadengan penduduk Rantau. Saya paling takut kalauTok Mat kekal bertanding bukan saja Rantau kalah tapi takut NS bungkus. Tolonglah kalau betul2 nak monang. Ini bukan maselah kecil tapi besar.
Padahal PKR di rantau bukanlahkuat sangat. Dia orang pun berpuak2. Apa saya Nampak ada 3 puak PKRdiRantau. Satu yang kuatsikit Puak Aishah Lamsah isteriCikgu Duan orang Kg Linsum. Sebabnya puak ini sudahlama di Rantau.dari tahun 1999 lagi dan pengikutnya ada di setiap kampong. Puak ini yang selalu buat ceramah dan masuk kampungkeluar kampong. Aishah ini dulu pada tahun 2008 calon PKR yang lawan MB. Di Saga penyokong dia ramai India sebab itu pada tahun 2008 kalau saya tak silap dia menang Saluran situ. Orang cina rantau ramai yang sokong dia sebab Aishah pandai dan rajin jumpa orang cina. Tapi yangpaling kita takut orang2 yg marah dengan TokMat saya lihat selalu ada di rumah Aishah. Ini api dalam sekam. Budak2Aisah selalu bercampor dengan budak2 UMNO. Orang kuat dia Jimi,Hfiz,Azmi Adik ArwahAjoi ,Ali Ulu lalang, MalekKancong, Arshad selalu bercampo dengan pemudaUMNO. Initak boleh dibiarkan kerana kita takut budak2 UMNO terpengaruh. Saya pernah Nampak Jimi dan Azmi minum bersama Ketua pemuda Umno Ulu lalang ,Kg Linsom dan Kg Seliaudan Sogo.Mereka ini selalu meresap dalam geng2 UMNO. Kita perlu hati2dengan Ejen PKR ni. Setahunya sayapuak ini yangbawa Annuar Ibrahim ke Ribu hampir 5000 orang pada malam itu.Puak inilah yg bahaya sikit. Puak ini sudah meresap ke Sendayan, Angsamas, Ulu Lalang, Linsum, Kanchong, Seliau dan Solok. Terus terang kalau Tok mat lawan Aishah kali ini peluang 50 -50 sebab orng2 yg marahkan tok mat ramaibersamamereka.Pegawai kanan kerajaan asal Rantau juga bersama mereka. Jangan pandang enteng pada mereka saya dapat tahu puak ini mendapat duit dari kerajaan negeri Selangor. Tapi kalau bukan Tok mat bertanding sudah tentusekali org UMNO ygmarah dengan TOk Mat akan kembali kepangkal jalan.Ingat saudara mara mereka hampir suku di Rantau ini !Saudara mara sedikit sebanyak sokong mereka.kalau Tok Mat bertanding juga maka puak iniakan bertepuk tangan.Sehingga Jimi boleh menyusup masukmesyuarat UMNO dan berkawan baikdgn budak2 Umno.

Anonymous said...

Satu lagi puak iaitu puak Kewin Karoo kalau dia bertanding tidak ada masalah. Orang India pun ramai yang tak suka padaKaroo. Sebab dia orang baru dalam PKR dan Karoo bukannya anak jati Rantau. Pada pilihanraya kecil Hulu Selangor dia masih dengan MIC. Orang PKRsendiri yangkata Nampak Karoo pakai jaket MIC di Hulu Selangor. Kalau Karoo bertanding di Rantau memang kerja mudah sebab orang PKR sendiri tak akan sokong dia sebab dia orang baru masuk PKR.lagipun hati mereka masih terbakar tengok Karoo pakai baju MIC diHulu Selangor. Kelebihan karoo Cuma dia ada pejabat di Rantau tapi setiap kali dia buat ceramah diRantau jumlah penyokong dia yang datang tak lebih dari 200 orang sahaja.Bukan sekali tapi dah berpuluh kali. Cina Dap pun tidak percaya pada Karoo sebab dia baru sahaja masuk PKR lagi pun orang Cina tahu akan latar belakang Karoo.Dia ni memang gila nak jadi calon dan paling senang dibeli oleh BN, ini kata orang cina DAP kalau tak percaya cuba turun selidik Tanya cina rantau.
Lagi satu puak yang beriya-iya di rantau adalah puak Cikgu Bad. Dengar cerita dia dah lari sebab nak ke P Pinang cari tempat selamat. Tinggallah Yusof Tapar sebagai Penolong Ketua Cabang Rembau.Yusof tapar ini bawakKhairulnizam atau Ayah Paduka Bell untuk jadi calon Rantau PKR. Kalau dia ni jadi calon lagi mudah kerja kita sebab dia ni bukanorang rantau dan orang rantau kurang kenal dia. Lagipun siapa naksokong gengstar macam ini jadi wakil rakyat? Lagi senag kerja umno sebab pada tahun 1999 Yusof Tapar ini masa itu Ketua Cabang PKR Tampin di sebabkan tak dapat jadi calon dia masuk UMNO dan bubarkan PKR Tampin. Bukti adadan sayabarudapat keratanberita harian dari anaksaya yang Yusof Tapar masuk UMNO. Masa itu diamasuk Umno denganKeptan Rusli dan dia masukdengan Yusof tapar melalui Tan Sri Isa, MB masaitu. Bila UMNO tak layan Yusof tapar itu yang dia masuk PKR semula, ini kaki lompat dan orang yang tak bolehdipercayai. Sebab itu puak ini langsung tak ada penyokong di Rantau. Orang PKR Dap danPas langsung tak percaya dengan Yusof Tapar. Dia orang aanggap Yusof Tapar sebagai sampah dalam PKR. Cuma kelebihan Bell ni dia adaduit sikit sebab dia kontraktor dengan TNB sebab itu dia banyak buat kain rentang masa raya baru2ini. Dengar cerita dia banyak dapat kontrak TNB hasil di tolong oleh Datok Azman Hassan abang kepadaMB… ini yg kita hairan sebabapa????????????
Harap-harap ada Pemimpin UMNO yangambil berat tulisansaya ini. Tolong buat kajian sebelum terlambat. Rantau adalah kawasan selamat kalau kena caranya. Jangan disebabkan Mat Hssan kita hilang NS ,pada hal PKR tidak kuat di Rantau, tolonglah selamatkan Rantau, tolong buat perjumpaan dengan orang Rantau dan orang NS sebelum nasi jadi bubur, tolonglah. Terima kasih dari saya.
Pesara Polis
Rantau.

Anonymous said...

Wah brother. Bagus komen2 diatas tu. Orang semacam tu patut di singkirkan daripada menjadi wakil rakyat. Patut maklumat ni di beritahu pada MB atau Pak Ajib. Mungkin Blok MIK boleh tolong kot. Harap panjangkan kepada pihak atasan. Jangan di biarkan kudis ni melarat bro.

Anonymous said...

Saya budak nyatoh rantau , cerita pesara polis itu ada benarnya , bertanding tempat lain kalau orang umno rantau tak suka - ahli biasa umno cawangan kg nyatoh .

Kelab Generasi Baru Otak Lembu Masuk UMNO said...



Muhyiddin LEMBU tua nyanyuk yang bodoh dalam UMNO.... Puteri UMNO Kump ANJING Gila Babi....


~ BUKTI 1 ~

~ BUKTI 2 ~


Pemimpin2 UMNO BODOH macam LEMBU... BAPAK lembu..... Wanita LEMBU... Kecik2 tak nak mampus, Dah tua menyusahkan orang.....


~ BUKTI 3 ~

~ BUKTI 4 ~

~ BUKTI 5 ~

~ BUKTI 6 ~


Anonymous said...

Apa ni MIK ... artikel Zul Nordin tapi kamu ngaku sebagai kamu punya

Anonymous said...

Sebenarnya umno dah goyang.tanya sama najib apa sebab goyang, nanti jawab najib muhyidin sangat kuat...hehehe