Gerakan Belia Gagasan 1Malaysia meneruskan misi bantuan
kemanusiaan kepada mangsa-mangsa banjir setelah pulang pada “Misi
Kemanusiaan 2nd Wave Road To Gaza”.
Presiden Gerakan Belia Gagasan 1Malaysia yang kini berada
di kota London, United Kingdom bagi menghadiri Forum bersama
pelajar-pelajar Malaysia bersama Kelab UMNO Luar Negara United Kingdom
berkata “Kami menyediakan 1000 bungkusan makanan yang mengandungi beras,
gula, susu pekat, sardin, kopi, teh dan biskut kepada 1000 keluarga
mangsa banjir.
Walaupun saya berada jauh diluar negara, menjadi tugas
dan tanggungjawab saya sebagai pemimpin muda badan bukan kerajaan (NGO)
untuk membantu rakyat Malaysia yang sedang dilanda kesusahan akibat
bencana alam.
Beliau juga berkata bahawa Misi Bantuan Kemanusiaan ini
akan dihantar ke beberapa pusat pemindahahan mangsa banjir dinegeri
Kelantan dan rumah-rumah di kawasan pendalaman diluar bandar.
“Kita harus bersyukur dan berterima kasih kepada Kerajaan
Malaysia kerana sentiasa prihatin terhadap masalah rakyat dengan
mengistiharkan bahawa setiap mangsa banjir yang berpindah ke pusat
pemindahan rasmi akan menerima bantuan RM 500 bagi meringankan beban
akibat bencana alam itu.
Kerajaan Malaysia sentiasa mendahulukan rakyat,
waima berbilang bangsa dan agama, hatta perbezaan fahaman politik,
Barisan Nasional tetap menghulurkan bantuan kepada sesiapa yang
memerlukan” jelas beliau.



1 comment:
Here’s what your property ads in newspapers must have in order to get the best offer.
A once great nation is sliding down the toilet and most everyone, especially politicians, are lying endlessly
as it does, as if the nation’s decay should be ignored rather than honestly
combated by its citizens. This is where the online websites play quite a vital role.
The newspaper editors, editors who have long had to respect the wishes of the
Pakistani authorities, have been quick to realize the potential
of the Internet. Studies about Egyptians lend itself to activities such as
mummy-making,hieroglyphics tablets or Egyptian jewelry.
Here is my web-site ... egyptian newspapers
Post a Comment