Wednesday, December 26, 2012

Pelaburan Ngeh-Nga Yang Akan Membungkuskan PAS Kelantan.... MAMPUH MU

48 tahun dulu yakni sekitar tahun 1964, Kerajaan PAS Kelantan tika itu pernah menyerahkan tanah hutan balak yang luasnya melebihi 300 000 ekar di Gua Musang kepada sebuah syarikat Timber & Mine Industrial Corporation milik tauke Cina dari Singapura kononnya untuk tujuan pembangunan.

Namun rakyat bukannya buta kayu untuk melihat hakikat sebenar pajakan tanah selama lebih 30 tahun itu tujuan utamanya tak lain dan tak bukan ialah untuk kegiatan pembalakan kayu kayan.

Rentetan daripada itu, timbul riak-riak kemarahan rakyat terhadap Kerajaan PAS Kelantan namun untuk beberapa ketika suara protes rakyat dapat dibendung dan dikekang daripada merebak lebih luas.

Bagaimanapun apabila berlaku krisis kepimpinan PAS di negeri itu yang turut membabitkan isu pemberian tanah dan kawasan balak untuk kepentingan kroni, akhirnya rakyat bangkit secara besar-besaran mengakibatkan PAS jatuh terduduk di Kelantan pada 1978.

Kini, di era milenium selepas PAS memerintah Kelantan selama 22 tahun timbul lagi isu yang mirip seperti dulu.

Tika ini tanah seluas 10,526 ekar ataupun bersamaan 4,259.9 hektar di Gua Musang telahpun dipindah milik kepada syarikat Upayapadu Plantation Sdn Bhd melalui pajakan selama sekitar 50 tahun.

Syarikat itu asalnya milik individu lain tapi kini menjadi milik pemimpin Cina DAP Perak, Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Min. Dengan demikian, kedua-dua pemimpin yang mempunyai hubungan kekeluargaan itu berkuasa penuh ke atas tanah tersebut selama beberapa dekad seterusnya menikmati hasil bumi Kelantan sepuas-puasnya.

Gayanya saling tak tumpah seperti Kerajaan PAS Kelantan pimpinan Menteri Besar, Nik Abdul Aziz Nik Mat secara sedar atau sebaliknya telah mengulangi skandal lama di mana tanah-tanah di Selatan Kelantan pernah jatuh ke tangan syarikat milik Cina Singapura dulu.

Dengan kata lain, PAS seperti sengaja menempah bala kemarahan rakyat yang tentu sahaja ia bakal diterjemahkan kepada kekalahan besar PAS di Kelantan pada PRU 13 kelak, mengulangi kembali kejatuhan PAS pada 1978 dulu.

Menariknya lagi tanah seluas 10,526 ekar ini juga dipercayai merupakan sebahagian kecil dari projek Ladang Rakyat yang meliputi keluasan melebihi 80,000 ekar tanah yang kesemuanya terletak di Selatan Kelantan.

Ladang Rakyat atau lebih tepat lagi digelar sebagai Ladang Air Mata Rakyat oleh penduduk Kelantan khususnya di Selatan negeri ini, diwujudkan konon untuk membangunkan ekonomi rakyat. Hakikatnya, hanya segelintir yang mendapat manfaat khususnya ahli dan penyokong PAS yang rapat dengan kepimpinan negeri.

Hasil bumi yang bernilai beratus juta ringgit lebih banyak mengalir kepada para kroni dan syarikat milik cina DAP dan Cina Singapura. Malang sekali rakyat negeri hanya mampu terlopong menangis mengenangkan nasib diri dikhianati Kerajaan Negeri yang hanya pandai menabur janji dicapati.

Rakyat marhaen yang berpuluh tanah meneroka tanah untuk mencari sesuap nasi sehingga sekarang gagal memiliki walau seekar tanah pun, namun pemimpin Cina DAP yang pernah menabur jasa menyokong perlantikan MB PAS bagi negeri Perak selepas PRU 2008 pula tersengih gembira menikmati laba keuntungan.

Jika langkah memberi tanah dan kawasan konsesi balak ini dilakukan oleh Kerajaan BN nescaya bergentayanganlah suara-suara bantahan dari pemimpin PAS dan sekutunya mempertikaikan kenapa tanah negeri yang diamanahkan oleh rakyat kini menjadi milik kroni BN, betul tak?

Namun bila ia dilakukan oleh PAS sendiri dan melibatkan pula kroni sekutunya dalam PR, lain pula halnya.

Orang ramai sibuk mempertikaikan kenapa tanah tersebut dibiarkan menjadi milik pemimpin Cina DAP Perak, tapi dipusingnya cerita bahawa penganugerahan tanah tersebut bukannya satu rahsia dan tujuannya pula konon untuk pembangunan. Spin mengalahkan pusingan gasing.

Dulu dan sekarang sama sahaja, tabiat PAS tidak pernah berubah dengan sikapnya yang gemar menggadaikan tanah pusaka dan harta rakyat dengan menganugerahkan tanah balak dan pajakan hak milik selama berpuluh tahun kepada orang luar dengan berselindung disebalik alasan pembangunan.

PAS dan skandal tanah hutan balak berpisah tiada, kerana kemahiran PAS dalam urus tadbir negeri hanyalah dalam bab pembalakan sahaja untuk mendapatkan sedikit hasil bagi kantung Kerajaan Negeri dan selebihnya hasil yang lebih besar untuk mengenyangkan perut kroni dan diri sendiri.

Lain-lain idea untuk kemajuan rakyat langsung zero, tak tercapai dek akal fikiran pemimpin PAS.

Usahlah pemimpin PAS terus berangan-angan untuk terus mendapat mandat di Kelantan pada PRU akan datang. 22 tahun PAS memerintah negeri Cik Siti Wan Kembang ini lebih banyak hasil bumi dan kekayaan negeri mengalir ke tangan yang lain berbanding manfaat untuk anak pribumi sendiri.

Suka atau tidak, PRU 13 ini majoriti besar rakyat negeri Kelantan nekad sepenuh hati untuk mengajar PAS erti keperitan dengan menghadiahkan bala kekalahan besar kepada parti hipokrit dan paling munafik itu nanti.

Sejarah kejatuhan PAS di Kelantan pada 1978 pasti berulang kembali. Dek kerana tanah dan balak PAS semakin lupa diri, kerana skandal tanah dan balak juga PAS akan menyembah bumi

13 comments:

Anonymous said...

Itula kepakaran Melayu2 dlm pakatan ...menggadaikan hak demi meraih kuasa dan sokongan...

Kat Kelantan..PAS menggadaikan tanah
Kat Selangor Khalid PKR menggadaikan sgl aset PKNS (hak rakyat Selangor)

Kat Kedah pon sama ..PAS menggadaikn tanah ...shingga bukit kwsn tadahan air pon gondol...

Melayu2 Pakatan sgp menggadai kalimah Allah demi meraih undi bkn Islam..

ANUwar lagi Maharaja GADAI...gadai maruah, agama dan bangsa demi mengejar cita2 nak jadi PM

Anonymous said...

Wah, umno memang suci.tidak pernah curang pada rakyat.cubalah baca dulu siapa yang luluskan kebenaran beli tanah tu...

Anonymous said...

Jaga2, ada yang memerhati komen kita ni.kalau kat dunia lepas, kat akhirat belum tentu lagi der...

Anonymous said...

Wah, umno memang suci.tidak pernah curang pada rakyat.cubalah baca dulu siapa yang luluskan kebenaran beli tanah tu...
Wednesday, 26 December, 2012

========

Namanya Nik Aziz Nik Mat, MB( Mulut Bangkai) Kelantan Darul Tokong.

Anonymous said...

aiyaa.. pas cakap, ini hadiah maa.. bukan lasuah.. lalam pas tak ada lasuah tapi ada hadiah.. ini bukan apek cakap tapi pas cakap maa..

rakyat pas misti berkorban apa saja maa.. demi parti dan olang2 kuat pas dan olang2 cina Dap.. balu muleh masuk suluger maa.. takebeerr...

Anonymous said...

Anonymous said...
Wah, umno memang suci.tidak pernah curang pada rakyat.cubalah baca dulu siapa yang luluskan kebenaran beli tanah tu...

Wednesday, 26 December, 2012

*********************************

Mmg tidak dapat dinafi sejak azali bahawa macai2 PAS jenis bengap dan bingai punya kaki.

Anon di atas merujuk kpd Harakah mengenai isu tanah Ngeh dan Nga, yg mana dalam artikel tersebut press sec Nik Aziz si Ahmad Fadhli cuba menyalah Awang Adek kerana memberi sokongan semasa projek itu dalam proses kelulusan dalam tahun 2005.

Tak payah la komen kalau tak reti nak beza antara "sokong" dan "lulus", kelulusan adalah kuasa mutlak kerajaan negeri. Mmg hang ni sama bingai dgn Ahmad Fadhli.

Anonymous said...

Selama ni ni PAS yang sok suci sampai kafirkan orang lain rupanya sanggup sogok tanah kat cina sebab nak rebut jawatan politik.

Huih, betul-betul dah tak boleh pakai menate PAS ni.

PTUIH

Anonymous said...

Cuba bagi pencerahan bila mana wikipedia buat pendedahan harta mahathir ada 44 billion!

cecite skit, hidup melayu!!!

Anonymous said...

Take beeeer matsamdul hamPAS nyoir nick ajis.....menate pas bagi tanah pada cina kafir dap...

Anonymous said...

Anonymous said...
Cuba bagi pencerahan bila mana wikipedia buat pendedahan harta mahathir ada 44 billion!

cecite skit, hidup melayu!!!

Thursday, 27 December, 2012
============================
Kalu 44billion, dah tentu dia prg terkaya di Malaysia. Biar betol.

Anonymous said...

Anonymous said...
Cuba bagi pencerahan bila mana wikipedia buat pendedahan harta mahathir ada 44 billion!

cecite skit, hidup melayu!!!

Thursday, 27 December, 2012
============================
Kalu 44billion, dah tentu dia antara org terkaya di Malaysia. Biar betol.

Thursday, 27 December, 2012


Below is the complete list Top 20 Richest Malaysians 2012 (Wealth in RM as at Jan 20, 2012):

Robert Kuok Hock Nien 45,700.00 Kerry Group/KuokGroup

T Ananda Krishnan 42,998.00 Usaha Tegas

Tan Sri Teh Hong Piow 12,642.01 Public Bank

Tan Sri Lee Shin Cheng 11,356.55 IOI Group

Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary9,530.00Albukhary Foundation

Tan Sri Quek Leng Chan 8,002.92 Hong Leong Malaysia

Tan Sri Lim Kok Thay 7,585.07 Genting Group

Puan Sri Lee Kim Hua 6,588.33 Genting Group

Tan Sri Tiong Hiew King 6,411.46 Rimbunan Hijau

Ong Beng Seng 4,919.56 Hotel Properties Ltd

Tan Sri Azman Hashim 3,470.00 Arab-Malaysian Corp

Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun2,541.74 Berjaya Group

Datuk Mokhzani Mahathir 1,937.27 Kencana Petroleum

Datuk Lee Yeow Chor 1,787.85 IOI Group

Tan Sri Tony Fernandes 1,772.42 AirAsia

Lee Yeow Seng 1,746.00 IOI Group

Tan Sri Lau Cho Kun 1,721.64 Hap Seng Consolidated

Tan Sri Yeoh Tiong Lay1,711.84 YTL Group

Tan Sri Lee Oi Hian 1,589.97 Batu Kawan

Datuk Lee Hau Hian 1,586.18 Batu Kawan - Bernama

Anonymous said...

Siapa pecaya mahathir ada 44 billion. Mangkok la lu. Nama dia tak pernah tersenarai pun dalam orang2 yang terkaya di dunia. Buat lah research sikit ar. Ada orang yang padam dan buh nama dia dalam wikileak tu dah. Pecaya bulat2 memang mangkok lah. Nak tau, Ada lagi orang melayu yang mengaku ada trillion duit dia dalam bank. Nombor satu terkaya di dunia. Caya tak. Mangkok la kalau pecaya juga.

Anonymous said...

Itu keldai tua boleh gurantee u masuk syurga.