Sunday, December 23, 2012

Percayalaah..!! Umat Islam Di Malaysia Akan Salahkan Haji Hadi Kerana "Perdaya" Amanat Hadi Bengong...

BUKU bertajuk Kafirkah Aku karya C.J Al Afghani seorang aktivis Pas menarik minat banyak pihak. Ia mengingatkan kita kembali mengenai perbuatan Haji Abdul Hadi Awang mengkafirkan UMNO dan membawa perpecahan yang parah di kalangan umat Melayu.

Ia berlaku pada tahun 1982, di Ulu Peradung, Terengganu sewaktu Revolusi Iran berada di puncaknya. Haji Hadi amat tertarik dengan kejayaan Revolusi Iran dan Pas kelihatan amat radikal pada waktu itu.

Pada tahun 1982 juga Anwar Ibrahim menyertai UMNO dan ia memberi kesan kepada Pas. Haji Hadi suatu ketika dulu pernah menjadi Yang Dipertua ABIM Trengganu di zaman Anwar menjadi Presiden ABIM, mungkin dia berasa amat kecewa dengan keputusan yang diambil oleh Anwar.

Apakah ini menjadi antara sebab Haji Hadi menjadi lebih radikal kerana sebahagian orang ABIM yang mendukung Pas menganggap keputusan Anwar menyertai UMNO tidak syarie kerana ia tidak dibincangkan dalam syura.

Keradikalan Haji Hadi dan populariti yang ada padanya menyebabkan dia tergamak mengambil pendekatan hitam-putih dalam memperjuangkan "politik Islam" sehingga mengkafirkan UMNO.

Akibatnya perpecahan yang serius berlaku di kalangan umat Melayu kerana dalam kalangan yang taksub dan tegar dengan sikap radikal ini memilih jalan takfir untuk mencapai cita-cita politik dan "Negara Islam".

Pulau-memulau, solat dua imam, enggan memakan daging sembelihan orang UMNO, nikah dua kali, perkuburan yang tidak sama dan banyak lagi yang terjadi membayangkan sikap politik orang Pas yang terlalu 'tajam' terhadap orang UMNO.

Sebagai manusia Muslim, orang UMNO seperti juga orang Pas mempunyai kelemahan di samping kekuatan. Orang UMNO beriman kepada Allah, melakukan solat seperti orang Pas juga. Apakah layak mereka dituduh kafir semata-mata berbeza faham politik?

Mengkafirkan pihak lain semata-mata berbeza faham politik adalah sesuatu yang tidak syarie. Al-Quran secara jelas memberikan batas iman dan kufur serta menuntut kebijaksanaan dalam dakwah dan tarbiyah untuk disampaikan peringatan kepada mad'u atau sasaran.

Malah hadis Rasulullah SAW mengingatkan kita supaya jangan mengkafirkan orang lain, bimbang kekafiran itu akan kembali kepada diri kita sendiri.

Ternyata Haji Hadi mengkafirkan UMNO kerana lonjakan nafsul amarah yang tinggi, dendam kesumat yang mendalam dan mencetuskan rasa kebencian yang berlarutan terhadap musuh politiknya yang beragama Islam.

Suatu kenyataan yang tidak boleh dinafikan oleh Haji Hadi, UMNO yang menjadi teras kepada kerajaan Malaysia sekian lama tidak menolak Islam.

Walaupun UMNO dan Barisan Nasional yang memerintah kerajaan ada kelemahannya tetapi kekuatan UMNO dengan agenda Islamnya dalam kerajaan tidak boleh dinafikan.

UMNO dan kerajaan tidak sekadar menjadikan Islam sebagai sumber retorik atau Islam sebagai agama rohaniah yang sempit. Kerajaan di bawah kepimpinan UMNO menghasilkan program Islam yang bercorak institusi dan lembaga yang mengembangkan pendidikan Islam hingga ke universiti, program patuh syariah dalam perbankan, takaful, suku', wakaf, industri halal dan banyak lagi.

Zaman UMNO memerintah kerajaan juga Tabung Haji dibangunkan, kebebasan melakukan dakwah dan tarbiyah terjadi, TV Hijrah dan Radio IKIM dibangunkan.

Apakah dengan agenda Islam yang banyak dilakukan oleh UMNO dan kerajaan ini layak Haji Hadi menuduh UMNO kafir sedangkan faedah daripada agenda ini dirasakan sama oleh orang Pas.

Tidak ada pula orang Pas yang menolak sistem perbankan Islam, khidmat Tabung Haji, menonton TV Hijrah dan mendengar siaran radio IKIM di samping terus menerima bantuan biasiswa untuk anak-anak mereka belajar di dalam dan luar negara.

Logiknya kalau UMNO adalah kafir, produk kerajaan dukungan UMNO yang banyak membela orang Islam sepatutnya juga dianggap produk kafir. Orang Pas juga memanfaatkan kemudahan ini.

Salah satu faktor yang menyebabkan Haji Hadi mengafirkan UMNO ialah kerana berkawan dengan orang kafir dalam pemerintahan.

Apa beza dengan Pas sekarang berkawan dengan DAP yang cauvinis. Tidak pula Haji Hadi mengatakan perbuatan itu kafir. Apakah kenyataan Haji Hadi dengan amanatnya pada tahun 1982 sedang memakan diri.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

1 comment:

merbah desa sgt said...

pemimpin2 kerajaan[UMNO/BN]menguruskan apa2 masaalah sama ada PENTADBIRAN DAN EKONOMI NEGARA INI dengan NEGARA2 LUAR adalah dengan menggunakan sistem POLITIK kerana negara2 luar[negara2 europah/barat]dan semua negara dalam dunia ini menggunakan sistem politik untuk membuat apa2 perhubungan dengan negara2 lain termasok negara ini.kerajaan negara ini tak bolih menggunakan sistem UGAMA untuk berurusan dengan negara luar.jika kerajaan negara ni nak menggunakan sistem ugama juga maka kerajaan negara ini TIDAK AKAN DILAYAN olih NEGARA2 LUAR terutama sekali negara2 barat.walau pun pemimpin2 kita menggunakan sistem politik untuk berurusan dengan negara luar dia[pemimpin umno] tetap mahukan kita semua dapat hidup cara ISLAM[fardu ain].WALLAHU'ALLAM.