Tuesday, December 18, 2012

Rosmah Sasaran Fitnah..... Apakah Muslimah PAS Tidak Sedar Bahaya FITNAH...?

Meskipun senjata ini adalah senjata yang paling tua dan klasik, namun ia adalah senjata yang paling bahaya dan berbisa malah kesan radiasinya lebih dahsyat membawa kemusnahan berbanding letupan loji nuklear....

Ia bukan sahaja mampu membunuh jasad manusia bahkan ianya adalah senjata yang mampu membunuh jiwa manusia dan peradabannya..senjata tersebut adalah FITNAH
 
Firman Allah swt :

و الفتنة أكبر من القتل و لا يزالون يقاتلونكم حتى يردوكم عن دينكم إن استطاعوا


dan fitnah itu adalah suatu yang sangat besar [ dahsyat dosa dan akibatnya ] dari membunuh dan senantiasalah mereka memerangi kamu sehingga mereka boleh memalingkan kamu dari agama kamu jika sekiranya mereka mampu melakukannya.

 Allah swt berfirman di dalam surah an Nuur ayat 11, bermaksud :
Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita bohong itu adalah dari golongan kamu juga. Janganlah kamu kira bahawa berita bohong itu buruk bagi kamu bahkan ia adalah baik bagi kamu.


Melalui sejarah tamadun moden hari ini juga dapat disaksikan bagaimana kuasa manusia di dunia ini, biarpun mereka telah memiliki peluru berpandu, jet pejuang, kereta perisai, bom nuklear dan 1001 jenis senjata canggih termasuk pesawat tanpa pemandu, namun mereka tetap menggunakan senjata tanpa nombor siri [fitnah] ini untuk menjatuhkan lawan mereka samaada musuh mereka dalam persaingan ekonomi atau musuh mereka dalam pergolakan politik.


Memang benar, lidah sebenarnya lebih bahaya berbanding bom. Lidah juga lebih tajam daripada mata pedang kerana jika seseorang itu dibunuh, habis di situ sahaja. Namun fitnah yang dilemparkan, kesannya boleh berlanjutan sehingga beberapa keturunan.

Lima belas abad yang lalu Nabi Muhammad SAW telah memperingatkan kita bahawa akan datang suatu masa dimana badai fitnah akan menyelimuti dunia sehingga mengancam iman umat Islam.

Badai fitnah itu menjadikan dunia sedemikian gelapnya sehingga seorang muslim rela menjual agamanya yang mahal demi memperoleh kesenangan dunia yang murah. Sungguh suatu sikap yang hina dan berbahaya.

Nabi SAW. bersabda: “Bersegeralah beramal sebelum datangnya fitnah seperti sepenggalan malam yang gelap gulita, seorang laki-laki diwaktu pagi masih mukmin dan diwaktu petang telah menjadi kafir, dan diwaktu petang masih beriman dan paginya menjadi kafir, ia menjual agamanya dengan kesenangan dunia” (Riwayat Ahmad - 8493)


Rasulullah juga bersabda yang bermaksud: “Celakalah bagi orang yang bercerita kepada kaum tentang kisah bohong dengan maksud agar mereka tertawa. Celakalah dia... celakalah dia.” (Riwayat Abu Dawud dan Ahmad).

Walaupun fitnah sikap semula jadi manusia, namun Islam sebagai agama fitrah yang telah diutuskan kepada Nabi Muhammad SAW berusaha mengawal dan mengekang perbuatan fitnah serta mengawal impaknya kepada masyarakat.



Dalam banyak ayat dalam al-Quran dan Hadis, fitnah dikategorikan sebagai dosa besar, sikap orang zalim, sikap orang munafik dan musuh Islam. Ini kerana fitnah juga menjadi senjata golongan musyrik Makkah semasa menantang dakwah Rasulullah.

Malah fitnah juga faktor kepada penghalang hidayah Islam dan kebaikan yang universal.

Di dalam agama-agama lain perbuatan fitnah juga diharamkan. Malah di dalam kerangka moral pemikiran sekular pasca kebangkitan Eropah, isu fitnah dilihat sebagai perbuatan yang menyalahi moral.

Seiring dengan itu pelbagai undang-undang dilahirkan demi mengawal perbuatan fitnah dan juga mengurangkan implikasinya kepada masyarakat.

Malangnya fitnah juga bukanlah sesuatu yang asing dalam budaya politik islam dan Melayu. Seawal zaman Khalifah Sayidina Uthman, fitnah menjadi punca keretakan dalam pemerintahan Islam,”

11 comments:

KAMUNTING CENTRAL said...

Salam bro.... Hebat blog bro.. Mohon dapat dipautkan blog teman.. http://kamuntingcentral.blogspot.com ke blog bro... TQ bro...

dol.mat said...

seorang wanita yang kuat semaggat dan tabah apa ujian yang dilalui selama ni.walau pun dia difitnah apa jua pun. aku kagum dengan kebolehan dan kehebatan beliu. yang ada pada dirinya

Afiq KLtown said...

Orang orang pas ni tak sedar dengan apa yg mereka buat sedangkan heboh duk perkata depa perjuangkan islam, islam tak mengajar kita utk membuat fitnah, sedangkan islamfitnah itu lebih teruk daripada membunuh, renung renunglah wahai ahli pas sekalian, cukup cukup la anda membuat fitnah semata mata untuk mendapatkan kuasa dan semata mata utk ke putrajaya

Afiq KLtown said...

Perjuangan islam telah dari dari landasan sebenar, pas duku dgn pas sekarang memng berbeza dan tidak hairan lah jika penyokong penyokong pas keluar dari pas kerana sudah meluat dengan kepimpinan terbaru pas yg hanya mengejar kuasa dan harta dunia

bro yul said...
This comment has been removed by the author.
bro yul said...

aku tengok rosmah sering kali menjadi sasaran fitnah oleh orang2 pas...tp walau apa pun fitnah yg d lemparkan terhadap diri rosmah ia tidak sesekali melemahkan beliau..bg aku rosmah seorang manusia yg mempunyai jiwa yg kental dan berhati mulia.... memfitnah orng nie sudah sebati dngn pemimpin2 dan pencacai2 pas...

DON MELAYU said...

Nabi Muhammad S.A.W wasalam ketika menyampaikan khutbah jumaat tentang hari kiamat pernah terdiam seketika,dan apabila para sahabab bertnya apa yg baginda lihat,maka baginda menjawab"aku melihat fitnah jatuh ke atas bmbung rumah kamu sperti hujan yang mencurah2"

Rosmah....satu nama besar dan ancaman kepada puak2 pembgkang krn kredibiliti dan kerja dia terhadap rakyat...bkn kerja tadbir negara,bkn jaga ekonomi,bkn uruskan kewangan negara tapi hnya lah mnjaga kebajikan rakyat yg mmrlukan di samping DS Najib mnumpukan tugas2 kpd negara rosmah brperanan mmbntu PM mmbntu rakyat...

sejak akhir2 ni fitanh pembangkang teehadap rosmah semakin menjadi2 seolah2 rosmah itu calon yg bertanding jwatan PM dalam PRU and why??why she become the most dangerous to opposite??mudah saja

rosmah jaga kebajikan rakyat-rakyat rasa terbela-rakyat suka-sokongan rakyat kepada kerajaan@DS Najib meningkat-PR tak suka sebab janji2 mereka hnya sekadar menanm tebu di tepi bibir..

BOB MALAYA said...

Fitnah yang dilempar sememang perkara paling dibenci oleh ALLAH..Rosmah sentiasa menjadi mangsa fitnah dari pihak yang tidak bertanggungjawab terutama pihan pembangkang..sifat tabah dan berani menhadapi segala fitnah membuatkan rosmah terus berjuang untuk menharungi hidup dan sentiasa menutamakan rakyatnya..

kejora malam said...

manusia yang dah semakin buta hati tidak langsung hairan lagi tentang pembalasan fitnah ini..
mereka ingat azab allah tu main2..
mereka yg mengunakan agama sebagi matlamat utama parti yg akhirnya telah terbabas jauh..
tidak hairanlah sama sekali mereka berasa puas hati dengan memfitnah..

mawar hitam said...

pas nie mmg semakin hari semakin terpesong daripada landasan dia!! kononnya depa nak perjuangkan Islam tapi depa tak sedar yg depa tu sedang memeperjudikan agama Islam yg suci tu!! buatlah fitnah apa pun terhadap DS Rosmah tapi beliau tetap tabah hadapi segala fitnah dgn diam sbb beliau tahu yg akhirnya kebenaran yg akan menang..

PaperWaris said...

Standard laaa.... ini semua bersangkut dengan pm kita Najib. dalam usaha taik puak haramjadah ni nak menjatuhkan pm tapi x dapat, diorang cuba cari aib rosmah dalam memburukkan nama najib. ini mainan budak2 kecik. politik matang takdak macam ni..kesiannnn..