Tuesday, December 11, 2012

UPDATE 09 [Gaza 7.15 pm 10/12/2012] – Menteri Kesihatan Palestine Terima Sumbangan Dari Kelab Putera 1 Malaysia



Delegasi 2nd Wave Road To Gaza yang diketuai oleh Presiden Kelab Putera 1 Malaysia, Dato’ Azeez Rahim telah menyampaikan sumbangan ubat-ubatan serta alat bantuan kesihatan bernilai USD15,000 kepada Menteri Kesihatan Palestine.

Sumbangan yang sangat besar nilainya ini diterima sendiri oleh Menteri Kesihatan Palestine, Dr Mofeed Al-Mkhlalay dalam satu majlis ringkas dipejabatnya tengahari tadi.



Majlis ini turut disertai oleh Datuk Mukriz Mahathir, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri [MITI]. Mukriz hadir sebagai Penasihat Perdana Global Peace Foundation yang sama sama mahu memberikan sumbangan kepada rakyat Palestine.

Rombongan Mukriz tiba dari Cairo diiringi bersama Timbalan Pengerusi Perdana Global Peace Foundation, Tan Sri Norian Mai, Duta Malaysia di Mesir, Dato’ Dr Mohd Fakhrudin abdul Mukti  dan Ustaz Fathul Bahri selaku Pengerusi ILMUAN Malaysia.


Dalam ucapan Dr Mofeed, beliau melahirkan rasa terharu dengan sumbangan yang amat besar dari negara kita Malaysia… Menurutnya Malaysia merupakan sebuah negara contoh memupuk ikatan persaudaraan sesama negara yang didiami oleh warga beragama Islam, beliau menyanjung tinggi kerja amal kerajaan dibawah pimpinan Datuk Sri Najib Tun Razak dan melafazkan setinggi tinggi rasa kesyukuran kehadrat Allah swt.


3 comments:

Anonymous said...

freemalaysiakini2 , Delivers The Latest Breaking News And No Subscription Needed...

Anonymous said...

Alangkah baiknya kalau pemimpin pemuda PAS turut serta dalam misi yang murni ini.

Jelas kepada kita rakyat Malaysia bahawa PAS hanya retorik sahaja.

Anonymous said...

..lebai2 kulop demo jalanan & baring atas jalan buleh la.. demi mempertahan kjaan dap di perak..