Sunday, December 9, 2012

UPDATE GAZA 02 - Syukraan..! Azeez & Delegasi Misi Ke GAZA Selamat Sampai Di Bumi Palestine…



Sebentar tadi pada jam 9.20 malam waktu tempatan, Sabtu  8hb Disember 2012 [waktu Malaysia 3.20 pagi Ahad 9 Disember 2012] delegasi yang menyertai 2nd Wave Road To Gaza selamat tiba menjejakkan kaki di bumi Palestine….

Perjalanan melebihi 32 jam setelah berangkat dari KLIA pada 7hb Disember jam 10 malam, mendarat di Cairo Mesir pada jam 6.20 pagi Sabtu. Seterusnya delegasi meneruskan perjalanan menaiki bas melalui jalan darat menuju ke Rafah sempadan Mesir-Palestine.  Terpaksa melalui 8 sekatan check point dan pemeriksaan yang agak ketat dipintu sempadan Mesir di Rafah.

Akhirnya dengan izin Allah swt, delegasi yang diketuai oleh Presiden Kelab Putera 1Malaysia, Dato’ Haji Abdul Azeez Rahim selamat tiba melepasi pintu sempadan Palestine.  Duta Besar Malaysia di Mesir, Dato Dr Mohd Fakhrudin Abdul Mukti bersama isteri dan beberapa pegawai pejabat Kedutaan Malaysia turut sama mengiringi sehingga ke pintu sempadan Mesir.

Sebaik sahaja tiba di tempat penginapan, Mufti Besar Perlis membacakan doa selamat [gambar diatas] sebagai tanda kesyukuran diatas kejayaan delegasi melepasi segala dugaan dan cabaran untuk menyempurnakan jihad memberikan Bantuan Kemanusiaan kepada mangsa kekejaman Yahudi Zionist….

Dalam taklimat kepada deilegasi sebaik sahaja tiba di Gaza, Dato Azeez memaklumkan tugas lebih mencabar akan menanti mereka esok pagi dan seterusnya sehinggalah misi ini selesai dilaksanakan. Kesemua delegasi masih bersemangat walaupun keletihan mengharungi tempoh masa yang sangat lama untuk sampai ke destinasi yang sudah pasti penuh dengan ujian yang getir ini…

Delegasi 2nd Wave Road To Gaza adalah gabungan ahli ahli dan Sukarelawan Kelab Putera 1 Malaysia dengan Gerakan Belia Gagasan 1 Malaysia.

Saksikan beberapa rakaman disekitar Lapangan Terbang Antarabangsa Cairo sewaktu delegasi tiba dan sebelum meneruskan perjalanan ke Rafah sempadan Mesir-Palestine;


6 comments:

melayuangkat said...

Syukur Alhamdulillah atas segalanya..............Semoga Selamat juga segalanya.

Anonymous said...

syukur alhamdulillah semoga semua berjalan lancar....Ya Allah lindungilah para sukarelawan yang
bertugas di sana dari segala bahaya.

Anonymous said...

cam mana bolih terselit foto mat sabu, bob lokman dan pemaisuri pas abby sengal...sori dah tua nyanyuk cam musyidor sepanjang hayat...

Anonymous said...

Hehe perlu ke bro...

Mmg x nampak mat sabu ngan abby.

Diaorg tgh ceramah kat masjid2 kata kerajaan zalim dan kejam...

Dah brapa org pas dap n pkr kene tembak dan bom oleh org umno..

Kat gombak dah 100 org mati, org umno bom mati rakyat... Heehehe

Anonymous said...

(c) The program is required to be fully self-sustaining through the premiums payment made
by the enrolled individuals. An image will help flesh out exactly what you’re trying
to announce while adding character, flavor and visual
appeal to the document. Located within blocks of the train station where the Tren a las Nubes
departs, this stretch of 7 or 8 blocks began 100 years ago
as the cultural centre of the city, unfortunately falling into disrepair over
the years, then only to be rescued 10 years ago by the city's current mayor. The following year, at the age of thirty-eight, he matriculated at the Louisville Dental College in Kentucky, where he remained until he was graduated. She was not the type to accept poverty and illiteracy without protest.

Here is my page; Blackhander

Anonymous said...

Hair that is thin will benefit from lighter oils while
hair that is coarse will benefit from heavier oils.
- If your hair feels rough, condition it right away.
These can be expressed in a number of ways: straight hair, slightly
wavy hair, or curly hair. When choosing a treatment for your own hair,
pick something organically grown or natural as opposed to something fabricated.

* Lavender Oil — prevents further hair loss and improves the health and quality of
the hair.

Also visit my webpage :: how to make your hair grow faster