Monday, December 10, 2012

UPDATE GAZA 06 – Jersi Skuad Harimau Malaya Di Bumi Palestine…!



Ketika rakyat Malaysia memberikan tumpuan pada perlawanan bolasepak separuh akhir pertama Piala Suzuki AFF di Stadium Bukit Jalil menyaksikan pertembungan Skuad Harimau Malaya menentang pasukan Gajah Putih, Dato’ Azeez bersama delegasi 2nd Wave Road To Gaza pula ada cerita tersendiri…

Bertempat di Kompleks Sukan Al-Wefaq, delegasi 2nd Wave Road To Gaza telah meraikan pasukan remaja bolasepak yang dikendalikan oleh For Youth & Sports Palestine. Dato’ Azeez bersama pihak TV3 telah menyerahkan jersi pasukan bolasepak negara kepada anak anak Palestine yang giat berlatih mempersiapkan sebuah pasukan yang bakal mewakili negara mereka.

Kelab Putera 1 Malaysia telah bermurah hati menghulurkan derma sebanyak USD1,000 kepada anak anak Palestine yang disampaikan oleh Dato’ Azeez kepada Youssef  Imani, Pengelola For Youth & Sports.


4 comments:

Anonymous said...

aduhh.. sebab rasa hati tengok gambar anak2 palestin.. sangat berharap semoga mereka dapat membesar dalam suasana yang aman dan sihat, seperti anak2 kita di malaysia..

Anonymous said...

typo... *sebak rasa hati*

Anonymous said...

sebak sampai mengalir la air mata
semoga mereka akan tabah melalui keperitan hidup di dunia ini kerana segala adalah ujian dari Allah.

Anonymous said...

Kalau saya nak bela baby palestine boleh ke yang kematian ibubapa?