Friday, December 28, 2012

Wei Apek Lu Tala Gentel La Mau Main Ugut Olang Pelompuwaan....!!

SIARAN MEDIA

Y.BHG DATO’ SRI SHAHRIZAT ABDUL JALIL
KETUA PERGERAKAN WANITA UMNO MALAYSIA

NGA KOR MING GANAS DAN UGUT SEORANG WANITA
KUALA LUMPUR, 27 DISEMBER 2012 - YBhg Dato’ Sri Shahrizat Abdul Jalil, Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia hari ini mengutuk dan membidas tindakan oleh ADUN Pantai Remis, YB Nga Kor Ming, yang mengikut laporan media dan polis, secara terbuka telah mengugut dan mengancam ADUN Sungai Rapat, YB Dato’ Hamidah Osman pada 20 Disember 2012 yang lalu.

"Saya merasa amat kesal dengan tindakan ADUN Remis iaitu YB Nga sebagai seorang lelaki yang dilaporkan telah mengugut YB Dato’ Hamidah, seorang wanita. Ini daripada laporan media dan polis yang mana ia merupakan satu bentuk keganasan terhadap wanita. Kami amat kesal atas tindakan beliau dan berharap ianya tidak dijadikan budaya dalam politik DAP di mana keganasan dan ugutan menjadi satu amalan.”

 SHAHRIZAT ABDUL JALIL

 KLIK SINI

No comments: