MARI SAMA SAMA KITA MEDOAKAN YANG TERBAIK

MARI SAMA SAMA KITA MEDOAKAN YANG TERBAIK

Tuesday, January 31, 2012

'Dia Pandai, Nampak Warak Dan Saya Pun Terperangkap.....

''Dia pandai, nampak warak dan saya pun terperangkap kerana saya ingat dia betul-betul warak dan sebab itu saya mengalu-alukan kemasukan dia dalam UMNO kerana saya ingat dia akan bawa nilai-nilai Islam.

''Tetapi saya dapati dia masuk UMNO kerana kalau masuk Pas tidak mungkin jadi Perdana Menteri," kata Tun Dr Mahathir.

Kenyataan Anwar Ibrahim dalam temu bual dengan Wall Street Journal (WSJ) yang menyokong penuh usaha melindungi keselamatan Israel menunjukkan betapa 'dekatnya' hubungan ketua pembangkang itu dengan negara Yahudi itu.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir berkata, adalah tidak mungkin Anwar menunjukkan sebarang penentangan terhadap Israel memandangkan beliau mempunyai hubungan yang baik dan akrab dengan golongan Yahudi di barat.

''Anwar memang pun mirip kepada Israel kerana bila keluar dari penjara, dia pergi ke Munich, Jerman dan semasa di sana, dia ada perbincangan dengan (Paul) Wolfowitz selama tiga jam.

''Memang dia dekat dengan Israel kerana dia suka orang Barat puji dia agar ternampak sebagai orang yang moden, ikut trend tetapi sebaliknya kita ini dia anggap lapuk," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan syarahan bertajuk Pendekatan Malaysia Dalam Soal Kepimpinan Awam anjuran Razak School of Government di sini, hari ini.

Polis Tolong Siasat Pimpinan PAS Segera…! Jangan Buang Masa….. [Video Clip Inside]

Nampaknya pimpinan PAS sudah melakukan tugas melebihi jangkauan mereka sehingga berjaya mendahului pihak Polis Diraja Malaysia [PDRM].

Situasi seolah-olah pimpinan PAS telah “one step ahead” dari pihak PDRM apabila secara terbuka dalam ceramah salah seorang pimpinan mereka, Nor Azman Shapawi Timbalan Ketua Penerangan PAS Terengganu menyatakan bahawa di Kuala Lumpur sudah ada Persatuan Pelacur…!

Kita sedia maklum kerja dan aktiviti pelacuran tidak pernah mendapat kelulusan oleh undang uandang dalam negara kita. Malah kita sering mengikuti laporan berita tv dan akhbar bagaimana pihak PDRM dan agensi agensi kerajaan yang lain sentiasa bertungkus lumus membenteras aktiviti haram ini….

Oleh itu mana mungkin kumpulan para pelacur ini boleh menubuhkan sebuah Persatuan..?

Dalam ceramah Nor Azman Shapawi beliau dengan begitu yakin menceritakan kepada “public audience” bahawa Persatuan Pelacur lengkap dengan Ahli Jawatakuasa seperti Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha, Bendahari, Biro Penerbitan dan menerima dana daripada Kementerian Hal Ehwal Wanita..!

Blog MIK mendesak pihak PDRM segera bertindak menahan dan soal siasat Nor Azman Shapawi untuk membantu menyelesaikan persoalan penting ini.

Saksikan video klip dibawah ini sebagai bukti;

TERKINI...!! ADUN Batu 3 Shah Alam Cabut Lari Malam Tadi.., Kes Lari Malam...!!

Klik Sini & Sini

MELETOPP..!! Wei Rafizi Lembu PKR..., Ini Siapa Nie...?? Tolong Jawab Please....

Menarik mesyuarat koordinasi malam kelmatin di kalangan pimpinan PKR. Sambil tengok final AJL TV3, sebab Ketua Cabang Parit Sulong bertanding, mereka berbincang banyak perkara yang melibatkan koordinasi menjelang Pilihanraya.

Antara isu yang ditimbulkan adalah keperluan bajet menjelang kempen PRU nanti. Ramai yang memberikan pendapat. Rata-rata mengakui, keperluan bajet sekurang-kurangnya DUA KALI GANDA daripada bajet tahun 2008. Dua kali ganda...!

Memang Kerajaan Negeri Selangor sudah asingkan keperluan pilihanraya – RM300 juta di peringkat awal. Namun, tumpuan akan diberikan kepada Selangor. Apa keperluan negeri lain...? Mereka juga perlukan pembelaaan.

Disinilah Anwar memberitahu bagaimana Pemuda PAS adalah kumpulan yang bahlol dan tidak ada strategi...!

Anwar menerangkan bagaimana kenyataan yang dibuat baru-baru ini mengenai Israel adalah bertujuan khas mendapatkan dana pilihanraya.

Setelah diasingkan oleh kebanyakan lobbyists group dan NGO antarabangsa..., Anwar perlu merapatkan diri semula dengan mereka. Oleh yang demikian, kenyataan Anwar baru-baru ini adalah khusus untuk membuka jalan mendapatkan dana luar.

Open Society milik George Soros tidak akan membantu jika Anwar masih mengambil pendekatan anti-APCO. Ini sudah diberitahu kepada Anwar secara jelas!

Malahan, Anwar juga mengakui bahawa Open Society hanya akan memberikan dana jika Anwar mampu mengubah pendirian mengenai isu Israel.

"Pemuda PAS yang BAHLOL..!" kata Anwar.

"Tidak tahu bahawa mereka akan berjuang dengan poket kosong kalau tidak dengan bantuan PKR. Kebahlolan Pemuda PAS ini hanya akan meranapkan peluang PR dalam PRU yang akan datang...."

Nampaknya ini soal DANA untuk PRU yang akan datang. Bukan soal ideologi...!

Kita kena faham permainan dan gelagat Anwar ini…

Blog Gelagat Anwar

How Are You Anwar Ibrahim....??


TIK TOK... TIK TOK..... TIK TOK......

Monday, January 30, 2012

Wan Azizah Menangis Apabila Menonton Video Klip Ini.... Syahdunya!!


Video Klip Faekah Husin Puji Khalid Gagap Melambung Lambung....!!


Duta Palestin Ke Malaysia TERKEJUUT...!!


Duta Palestin ke Malaysia, Abdelaziz Abughoush menyifatkan sebagai "pelik dan ganjil" kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam temubual dengan Wall Street Journal bahawa beliau menyokong penuh usaha melindungi keselamatan Israel.

"Kami terkejut dan terperanjat dengan kenyataan pelik itu bahawa beliau menyokong keselamatan Israel," katanya dalam kenyataan di sini, Isnin.

Abughoush berkata oleh kerana Palestin menjadi isu utama bagi semua umat Islam, dan Malaysia pula menjadi pendokong utama sokongan terhadap perjuangan rakyat Palestin, maka adalah pelik dan ganjil apabila seorang pemimpin beragama Islam dari negara ini membuat kenyataan demikian.

"Kami tak tahu siapa sebenarnya yang memerlukan perlindungan keselamatan kerana hakikatnya Israel memiliki lebih 200 jenis senjata nuklear serta angkatan tentera yang dilengkapi senjata canggih.

"Kami tidak pasti adakah jaminan keselamatan perlu diberi kepada penakluk atau rakyat Palestin yang ditakluki, yang ditindas saban hari serta berdepan dengan tindakan yang bercanggah dengan undang-undang.

"Perbuatan tidak berperikemanusiaan oleh kumpulan penakluk, yang mencabuli undang-undang kemanusiaan dan antarabangsa serta tidak menghiraukan usaha masyarakat antarabangsa untuk mewujudkan keamanan dan kestabilan di Timur Tengah," katanya.

Abughoush mengucapkan terima kasih kepada Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman kerana menyatakan pendirian kerajaan Malaysia tentang perkara itu.

"Kami yakin kerajaan dan rakyat Malaysia yang berbudi tinggi akan terus memberi sokongan padu kepada rakyat Palestin serta perjuangan suci mereka," katanya.

Kesian PERKASA...! Habis Duit Bagi Ang Pow, Tapi Disebabkan Guna Sampul Putih.....


PERKASA menjelaskan mereka tiada niat menghina kaum Cina dengan memberikan Angpow menggunakan sampul putih dalam majlis sambutan tahun baru kaum itu di Kuala Lumpur semalam.

Setiausahanya Syed Hassan Syed Ali berkata, pihaknya tidak tahu bahawa warna putih digunakan untuk upacara kematian dan mereka menyangka putih bermakna suci atau ikhlas.

"Sebab itu kami tidak tukar kepada warna lain sebab PERKASA tidak tahu sampul warna putih untuk majlis kematian.

"Kalau kami tahu, kami tidak gunakan sampul warna putih. Kami ikhlas dengan apa yang kami lakukan dan tiada niat lain," jelasnya.


Dalam majlis Tahun Baru Cina NGO itu di Kelab Sultan Sulaiman yang pertama kali diadakan semalam, PERKASA mengedarkan kira-kira RM10,000 Angpow menggunakan sampul putih - tindakan yang menimbulkan rasa tidak puas hati, terutama di laman maya.

GEMPAARR…! Khalid Gereja Sesak Nafas…, Dikejarkan Ke Selangor Medical Centre Sebentar Tadi…??




Malam ini memberikan peluang buat warga dan pengundi di bumi Shah Alam...

Dijadualkan satu sesi Ceramah Road Show bekas Exco Selangor Yb Dato Dr Hasan Ali akan diadakan di Seksyen 17 Shah Alam.

Dr Hasan Ali akan bergandingan dengan Ustaz Ismail Mina Pengerusi Unit Dakwah ABIM. Gandingan yang mantop untuk menjelaskan banyak kekeliruan mengenai Isu akidah ummah yang telah dirobek oleh PAS dan juga keracunan Anwarinas...

Shah Alam merupakan Parlimen Khalid Gereja Samad maka amatlah sesuai untuk Dr Hasan Ali membogelkan salah seekor PARASIT PAS yang berada di Shah Alam..

Manakala Ustaz Ismail Mina pula akan memainkan peranan menelanjangkan Anwar yang selama ini menjadi Mursyidul Am Parasit Parasit di dalam PAS..!

Datanglah beramai ramai ke Dewan RT kelompok Seksyen 17 Shah Alam jam 9 malam ini…!!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

PANAASS..!! Ketua PKR Cabang Parit Sulong Penulis Lirik Lagu “Awan Nano” Juara AJL TV3 2012. SYABAS Dato’ Johan Jaafar TV3..!!

Malam tadi terjawab sudah lagu mana yang berjaya dinobatkan sebagai Juara Lagu dalam upacara tahunan dunia seni hiburan tanahair yang sudah memakan usia 26 tahun anjuran TV3.

Bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil, Anugerah Juara Lagu TV3 [AJL TV3 Ke 26] mengangkat lagu yang dicipta oleh “Sifu” Datuk M Nasir sebagai JUARA… Lagu berjudul Awan Nano yang disampaikan oleh bekas Juara Akademi Fantasia iaitu Hafiz berjaya menewaskan beberapa lagu yang hebat sepert Beribu Sesalan dan Sedetik Sudah.

Yang menariknya ialah mengenai identiti Penulis Lirik lagu Awan Nano. Diumumkan namanya sebagai Budi Hekayat tetapi nama sebenar beliau adalah Hasmi Hashim….

Hasmi Hashim adalah Ketua PKR Cabang Parit Sulong Johor.

Berusia 35 tahun, lahir di Batu Pahat, Johor. Lulusan Fakulti Seni Halus, UiTM Shah Alam (1994-98) sebelum ini dikenali sebagai penulis dan budayawan di samping bergiat aktif bersama Gerakan Reformasi sejak 1998.

Pada Pilihanraya Umum Ke 12 tahun 2004, bertanding sebagai calon PKR di Dewan Undangan Negeri (DUN), Semerah, Johor…

Beliau merupakan Ketua Cabang PKR termuda (2007-sehingga kini), selain pernah aktif mendirikan kelompok penulis dan pemikir muda "Telawi"; bersama Institut Kajian Dasar yang dibiayai oleh bekas Setiausaha Agung PAS Datuk Kamaruddin Jaafar.


Selepas PRU-12, beliau bertugas selama dua tahun sebagai pembantu Ahli Parlimen Telok Kemang selain sejak beberapa tahun lalu beliau merupakan salah seorang penulis ucapan Presiden Keadilan, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail.

Pernah bertugas di akhbar parti PKR, Berita Keadilan (2000-2003) selain mengisi ruang Sastera Budaya, Berita Harian (1998-2001), portal Kakiseni dan Jalantelawi.com. Beliau kini dalam proses akhir menyiapkan novel sulongnya, "Lay": rakaman kisah perjuangan Reformasi 1998 yang menjulang Anwar Ibrahim sebagai HERO Rakyat...!

Hasmi juga dikenali sebagai penulis lirik dengan nama pena Buddhi Hekayat dan hasil karyanya meliputi penyanyi ternama tanahair seperti lagu kumpulan Spider lagu berjudul "Ajaib"

Sunday, January 29, 2012

Percayalah....!! Anwar Ibrahim Sangat MERBAHAYA.....

Ada pihak dan individu pernah memberikan pandangan agar media jangan banyak menyiarkan laporan tentang Anwar Ibrahim walaupun bertujuan untuk menyanggahnya....

Menurut mereka, Anwar akan ‘hidup’ dan merasakan menjadi perhatian utama jika kisahnya banyak dimuatkan menerusi media.

Dari satu segi kita boleh setuju tetapi dari segi yang lain, Aboleh pula berbeza pandangan. Kemungkaran yang ketara dan keterlaluan tidak boleh dibiarkan.... Ini meliputi pembohongan yang berulang kali...!!

Di negara Barat dan negara serantau seperti Indonesia, Filipina dan Thailand, pembohongan mana-mana pemimpin akan didedahkan bagi menegakkan kebenaran. Itu belum bercakap tentang negara Barat mahupun kebebasan di India.

Kalau di negara lain, pemimpin yang berbohong berulang kali, tidak akan terlepas tetapi di Malaysia, ada pemimpin boleh tebal muka menafikannya begitu sahaja....

Anwar menghadapi isu integriti yang serius selain isu moral yang dahsyat...! Kisah Ketua Pembangkang di Malaysia cukup ‘hebat’, tidak seperti Ketua Pembangkang negara lain....

Paling ketara, isu video seks melibatkan pelacur asing yang beliau didapati tidak bercakap benar dalam beberapa perkara. Dari soal kehilangan jam, interaksi Twitter, dakwaan tidak mengenali Shazryl Eskay Abdullah hinggalah kepada adegan seks.

Makin ramai orang yang melihat video itu yakin, pelakunya adalah Anwar...!

Ini meliputi sahabat dan pengikut setianya. Minggu lepas, Osman Ishak [ayah keapada Rahimi Osman bekas Setiausaha Sulit Anwar] membuat pengakuan beliau mengambil keputusan menolak perjuangan PKR selepas menonton video seks itu. Osman sangat yakin, orang dalam video itu adalah Anwar...!

Tetapi Anwar sehingga saat ini masih menjaja dalam siri-siri ceramah bahawa beliau di pihak yang benar dan menjadi mangsa fitnah sama ada dalam kes liwat mahupun rakaman video seks.

Kasihan...., sebahagian yang hadir mendengar ceramah beliau terpedaya dengan lakonannya. Bagi puluhan sahabat dan bekas pemimpin PKR yang telah meninggalkan Anwar, mereka faham sangat betapa pemimpin PKR itu sanggup lakukan apa sahaja untuk menyelamatkan diri dan mencapai impian menjadi Perdana Menteri.

Terbaru, Anwar secara terbuka menyatakan sokongan terhadap usaha melindungi keselamatan Israel, sesuatu yang bercanggah dengan pendirian umat dan kebanyakan negara Islam...!

Beliau menyatakan perkara itu dalam temu bual bersama akhbar The Wall Street Journal yang disiarkan dalam edisi 27-29 Januari.

Takkan hal seperti itu mahu didiamkan oleh media. Seperti yang pernah dinyatakan oleh Presiden Pergerakan Keadilan Sedunia (JUST) Dr. Chandra Muzaffar, tindak-tanduk Anwar dalam konteks hubungan luar negara, adalah BERBAHAYA kepada negara...!

Ketua Pemuda PAS, Nasruddin Hassan Tantawi dalam reaksinya menempelak mana-mana usaha untuk menyokong Israel. Beliau tidak menyebut nama tetapi kenyataan itu dipercayai ditujukan kepada Anwar....

Ia sekadar pandangan peribadi Nasruddin, yang tidak punya kekuatan. Ini kerana PAS tidak akan berani mengeluarkan pendirian rasmi kerana golongan Anwarinas, (yang sebahagiannya mempunyai kepentingan tertentu termasuk bisnes) sudah menguasai parti tersebut.

Selain itu, janggut Presidennya, Hadi Awang dan Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat mudah ditarik.... Apakah mereka juga sudah dibeli sehingga tidak boleh membezakan antara kemungkaran dan perjuangan Islam?

Bisik-Bisik Mingguan Awang Selamat

Anwar Ibrahim Memang Lidah Bercabang Tahap BANGSAT Paling Gaban.....!!

Anwar Ibrahim mendakwa kenyataannya berhubung isu Israel dan Palestin diputar belit bagi menggambarkan beliau mengkhianati aspirasi rakyat Palestin.

Katanya, dalam wawancaranya dengan media antarabangsa Khamis lalu, beliau menegaskan kemahuan dan hak rakyat Palestin mesti dibela dan jika syarat itu dipenuhi maka wajar hak rakyat Israel juga dihormati.

"Justeru saya memberi amaran keras kepada mana-mana pihak yang cuba memutar belit kenyataan saya semata-mata mahu menyebar fitnah kononnya saya mengkhianati aspirasi rakyat Palestin.

"Pendirian PKR adalah tuntas membela hak sesiapa sahaja yang dirampas dan dizalimi. Iltizam untuk memastikan keadilan buat semua tidak pernah surut malah pastinya digilap dan diperkukuh," katanya.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam dilapor meminta Anwar memberi penjelasan tentang dakwaan memberi komitmen untuk mempertahankan Israel ketika ditemuramah oleh Wall Street Journal.

Muhyiddin menimbulkan persoalan sama ada Anwar mementingkan Israel dan menidakkan hak rakyat Palestin yang ditindas oleh rejim Yahudi itu.

"Adakah dia (Anwar) lebih mengutamakan Yahudi dan Israel daripada Palestin? Adakah ini pendirian sebenar Pakatan Rakyat, sedangkan kerajaan tidak mengadakan hubungan diplomatik dengan Israel," beliau dipetik sebagai berkata kepada pemberita di Muar semalam.

Dalam kenyataan balasnya, Anwar berkata, pandangannya sejajar dengan prinsip PKR yang menjunjung keadilan sejagat dan tegas membela hak yang dizalimi, serta selari dengan resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Inisiatif Keamanan Arab berteraskan "Penyelesaian Dua Negara".

Malahan, katanya, dasar luar negara juga menekankan prinsip penyelesaian itu, sebagaimana diungkapkan menteri luar ketika perbahasan perhimpunan agung PBB ke-66 pada 27 September tahun lalu di New York.

"Ternyata dari kenyataan menteri luar negara, dasar Malaysia adalah bersedia menghormati hak rakyat Palestin dan Israel untuk menikmati keamanan dan kedamaian.

"Akan tetapi kesediaan kita pastinya bergantung kepada syarat selagi mana hak rakyat Palestin tidak dicerobohi," katanya.

Pendedahan kisah hubungan Anwar - Yahudi, klik sini

Adoyaii..!! Video Klip Bukti Yb PAS Adalah PE******* Bersiri....!! Kepok Lekor Panaaass....




Saturday, January 28, 2012

PENTING..! Pengundi Melayu Di Selangor WAJIB Baca Nie....

Di Batu 12, Sungai Burong, Tanjung Karang, Selangor ada satu kisah yang boleh dijadikan pengajaran berguna....

Tanah TOL atau tanah lesen menduduki sementara di situ telah lama diterokai dan diduduki penduduk sejak 70 tahun lalu dengan menjadikannya rumah kedai.

Semasa Selangor di bawah pentadbiran kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) sebelum 2008, kira-kira tiga atau empat pekedai di situ cuma membayar premium kira-kira RM5,000 untuk mendapatkan geran.

Tetapi beberapa lagi pekedai daripada keseluruhan sembilan kedai di situ enggan berbuat demikian. Senang cakap barangkali mereka ini penyokong pembangkang. Mereka enggan menemui wakil rakyat kerajaan waktu itu untuk urusan geran.

Masa berlalu.... Sebaik-baik sahaja kerajaan negeri BN itu jatuh ke tangan Pakatan Pembangkang, dikatakan antara pekedai tadi yang merupakan penyokong PAS merasakan peralihan kepimpinan itu adalah masa yang tepat untuk memohon geran....

Tetapi alangkah terperanjatnya mereka apabila kadar premium yang dituntut untuk tanah berkeluasan lebih kurang 83.128 meter persegi (894.782 kaki persegi) bukannya RM5,000 atau RM6,000.

Sebaliknya mencecah RM60,000....!! Terkedu dan 'terduduk' mereka....

Terkena batang hidung sendiri apabila urusan permohonan geran itu mengikut harga pasaran.

Bukan sahaja kadar premium yang tinggi berlaku di Sungai Burong. Di satu kawasan di Sungai Kajang untuk keluasan tanah 3 ekar sahaja, kadar premiumnya melambung sehingga RM300,000.

Dahulu, dalam manifesto Pakatan Pembangkang, sibuk melaung-laungkan mahu tegakkan keadilan. Sama rasa dan sama rata kononnya... Tetapi tengoklah apa yang berlaku...!

Peruntukan untuk sekolah-sekolah contohnya. Kerajaan PKR Selangor mengumumkan sejumlah RM6 juta disalurkan masing-masing untuk sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) yang berjumlah 108 buah dan sekolah rendah Agama (414 buah).

Untuk SJKT (Tamil) pula yang bilangannya 97 buah di negeri itu, cuma RM4 juta.

Mengapa nisbah peruntukannya 6:6:4 (SJKC, Sekolah Agama dan SJKT) dan bukannya 6:6:6. Hanya kerana dibezakan dengan 11 buah sekolah sahaja berbanding SJKC (108-97), sekolah Tamil rugi RM2 juta. Perbuatan 'pilih kasih' ini bukti cakap tidak serupa bikin Pembangkang... Tidak ada elemen sama rata dan sama rasa rupanya.

Berpegang kepada banyak isu yang dicetuskan pakatan Pembangkang di Selangor inilah maka Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri itu, Datuk Seri Noh Omar mengajak rakyat Selangor supaya berfikir lebih panjang.... Bahawa apakah wajar PKR, PAS dan DAP perlu dipertimbangkan lagi untuk mewakili mereka pada Pilihan Raya Umum Ke-13...?

Rakyat Selangor tentu lebih bijaksana. Lebih lama Pembangkang perintah negeri itu, lagi lama rakyatnya 'memendam rasa'.

"Kerajaan PKR Selangor ini buat sesuatu untuk rakyat negerinya hanya bermotifkan keuntungan politik mereka. Mereka sanggup tolak pembinaan Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Serendah yang sepatutnya direncanakan oleh Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) dan satu lagi kerjanya (PKR Selangor) hanya jual harta yang ada.

"Apa pembangunan yang boleh dibanggakan di Selangor dalam tempoh empat tahun pembangkang perintah? Daripada kita (rakyat) ada aset PKNS dan Yayasan Selangor, hari ini semuanya nak dijual mereka (Pembangkang). Kita (BN) dahulu sediakan tapak-tapak pasar tani dan pasar malam, hari ini kita lihat sewa premis-premis ini semuanya dinaikkan. Jelas ini bercanggah dengan manifesto mereka.

"Dahulu kata nak sediakan kemudahan premis untuk usahawan, tapi hari ini bukan sahaja tak ada tetapi nak naik pula sewa dan tekan usahawan.

"Kemudian, rakyat Selangorlah yang rugi kerana tanah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri, tentu sukarlah nanti Kerajaan Pusat hendak bangunkan projek pertanian kalau ada kelam-kelibut begini," kata Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ketika ditemui penulis di Tanjong Karang kelmarin.

Noh sekali lagi menarik perhatian bagaimana sentimen peribadi tidak dicampur-adukkan oleh kerajaan BN sebelum ini namun pada era Selangor diterajui pembangkang, ia dipraktikkan pula.

"Contohnya permohonan kebenaran merancang bagi pembinaan sebuah kilang di Kuala Selangor yang belum pernah dalam sejarah pentadbiran BN di Selangor, pemohon perlu mengemukakan atau mendapatkan ulasan/sokongan daripada Exco terbabit untuk kelulusan. Mengapa unsur peribadi dibabitkan untuk meluluskan permohonan berkenaan," katanya.

Cakap tak serupa bikin dan hipokrasi kini mewarnai pentadbiran pakatan pembangkang di Selangor...!!

Cuba rakyat negeri Selangor nilaikan hipokritnya kerajaan PKR Selangor ini pula. Pada Mesyuarat Exco pada 25 Mac 2011, mereka bersetuju untuk menaikkan elaun Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)nya. Kenaikan elaun tersebut adalah dari RM4,112.79 kepada RM6,000. Bayaran dikira bermula 1 Januari 2011 (tertunggak).

Dalam hal ini, Menteri Besar, Khalid Ibrahim mengakui dalam kenyataan pada Sidang DUN bahawa kenaikan itu sesuai kerana keadaan ekonomi yang baik dan tugas-tugas yang diberikan.

Tetapi dalam sidang Parlimen hujung 2011, apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kenaikan elaun Ahli Parlimen atas alasan yang sama diberikan, dengan 'bermuka-muka' dan hipokrit pula pembangkang termasuk Azmin Ali yang juga Ketua Whip di Selangor menentang 'sehabis-habis alam' kenaikan itu.

"Nak jadi jaguh konon, elaun negeri kebas, untuk Ahli Parlimen ditentang pula, maknanya dia turut menganiaya ahli-ahli Parlimen Pembangkang juga. Tidakkah itu hipokrit namanya... cakap tak serupa bikin," kata Noh lagi.

Banyak lagi cacat-celanya pemerintahan kerajaan PKR Selangor yang memerlukan tindak balas rakyat negeri itu untuk memberi pengajaran berharga kepada mereka pada PRU13 nanti.

Ketika mula-mula menyandang jawatan Menteri Besar pada 2009, Khalid Ibrahim dalam ucapan sulungnya menyasarkan perlombongan pasir di negeri itu boleh mencecah sekitar RM150 juta setahun. Tetapi akhirnya tak sampai pun RM15 juta.

Semasa berucap sempena hari jadi Sultan Selangor tempoh hari, beliau mengumumkan pula kenaikan elaun guru KAFA menjadi RM1,300 sebulan. Tetapi langsung tak sebut pun daripada RM1,300 itu, cuma RM500 sahaja peruntukan datang daripada kerajaan negeri manakala baki RM800 lagi adalah daripada Kerajaan Persekutuan.

Noh percaya peluang BN untuk kembali menerajui Selangor semakin terbuka... Apatah lagi jentera pilihan raya sudah pun disusun rapi daripada peringkat cawangan, DUN dan Parlimen. Malah, seramai 894 ketua-ketua pusat mengundi pun sudah dilantik. Dan baru-baru ini pula setiap seorang dengan penuh bersemangat bersalam dan berbaiah dengan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor untuk menebus kembali maruah BN di negeri itu.

Untuk mengembalikan semula kuasa di Selangor, BN memerlukan kemenangan di sekurang-kurangnya 30 daripada 56 kerusi DUN.

Dengan 'cakap tidak serupa bikin' Pakatan Pembangkang yang memerintah Selangor sekarang, peluang untuk BN kembali menerajui negeri itu dilihat boleh melepasi 'reading' 50-50.

Itupun terserah kepada kebijaksanaan pengundi untuk menilai dengan 'mata hati' akan isu-isu terbaru yang menyelubungi PAS, PKR dan DAP di Selangor.

Oleh ZULKIFLI JALIL
pengarang@utusan.com.my

Susan Loone Malaysiakini Kantoi Menyelinap Dalam Himpunan Sejuta Ummah Selamatkan Aqidah....

Syabas kepada sahabat blogger, Dr Novandri yang berjaya mengesan tetamu yang tidak diundang...!

Dr Novandri terkejut kerana didapati terdapat orang yang tidak sepatutnya berada di dalam dewan program Himpunan Sejuta Ummat Selamatkan Aqidah (Peringkat Pulau Pinang).

Mukanya sangat familiar hampir mirip wartawan bernama Susan Loone, portal pro-pembangkang yang sering putar belit dan bohong!

Dan memang betul...! Malaysiakini berbohong melaporkan bahawa hanya 1,000 sahaja yang hadir tetapi sebenarnya lebih daripada 3000 yang hadir!

Sumber berita, klik sini

GEMPAARR Giler..!! Ex Boyfren Nurul Izzah Dedahkan Rahsia Sebenar......

Cepaatt...!! Klik SINI

Rafizi Lembu Fidlot PKR Tak Boleh Tidur Lena Malam Tadi....!!!

Pengarah Eksekutif NFCorp, Wan Shahinur Izmir Salleh menafikan sekeras-kerasnya dakwaan beliau dan anggota keluarganya menggunakan duit pinjaman RM250 juta untuk berbelanja mewah dari menggunakan wang tersebut untuk projek lembu fidlot.

Beliau nyata kesal dengan pelbagai dakwaan dan tohmahan terhadap keluarganya sehingga diberitakan wang dibelanjakan untuk membeli kereta mewah, kondominium dan paling mengaibkan katanya membeli baju dalam berharga RM16,000.

Wan Shahinur dilihat agak terkejut dengan kehadiran wartawan di Kelab Sultan Sulaiman petang tadi sepatutnya hanya mengadakan perjumpaan dan memberi taklimat kepada dengan sebuah badan NGO yang dikenali sebagai Gabungan NGO-NGO Malaysia.

"Perjanjian pinjaman ini telah ditandatangani. Kegagalan untuk membayar pinjaman hanya akan menyebabkan pihak kami diisytiharkan bankrap malah boleh dipenjarakan. Kami tidak akan lari dari tanggungjawab membayar setiap sen dari pinjaman ini.

Tidak timbul langsung soal penyalahgunaan wang pinjaman," kata Wan Shahinur, yang juga adalah anak kepada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

"Pihak NFCorp agak kecewa apabila aset dibekukan. Kami perlu memikirkan cara terbaik untuk menguruskan syarikat. Pihak kami perlu membelanjakan RM400,000 sebulan untuk pemakanan lembu fidlot dan pembayaran adalah dalam bentuk tunai kepada para pembekal.

Masa pihak pengurusan turut terganggu kerana 8 hingga ke 9 jam kami perlu memberi kenyataan di balai polis."

Beliau juga memberi penjelasan keputusan syarikat membeli dua unit kondominium di One Merenung adalah satu keputusan terbaik kerana telah memberi pulangan dalam bentuk sewa dan mempunyai nilai yang tinggi untuk dijual.

"Pembelian kondominium ini jelas tercatit dalam perjanjian MOA (Memorandum of Agreement) yang membolehkan syarikat untuk melabur.

Hartanah ini adalah pelaburan terbaik bagi membolehkan kami membayar kembali pinjaman walaupun projek ini telah ditangguhkan. Pinjaman perlu dibayar" kata beliau.

"Kami berniaga dan bukannya ahli politik," tegas Wan Shahinur yang turut menjelaskan projek ini juga bertujuan untuk mewujudkan rangkaian perniagaan bagi kaum bumiputera.

Dalam pada itu beliau memohon maaf kerana kelewatan untuk mengadakan sesi taklimat yang sepatutnya dijadualkan bermula jam 3.30 petang dan hanya bermula kira-kira dua jam selepas itu.

Sumber - KL Pos

Friday, January 27, 2012

PANAASS Dari Segambut..! Video Klip Ini Punca KRISIS Shamsidar & Wan Azizah Semakin Hangaat Berpanjangan....


Abdul Ghani Othman Hampir Pasti Bukan Lagi Menteri Besar Johor Selepas PRU Ke 13...? Saksikan Video Klip Panas Ini...


Khalid GAGAP & Khalid Gereja Kecut Telor...! Banner Roadshow Dr Hasan Ali Kena SABOTAJ....

Kenyataan Media

Sekretariat Mobilisasi Umat (SMU) mengencam tindakan ahli majlis Majlis Perbandaran Kajang (MPkj) yang telah menurunkan 10 banner Roadshow Datuk Dr Hasan Ali pagi ini.

Roadshow itu dijangka akan diadakan pada 31 Jan 2012, Selasa, 9 mlm di Balai Pahlawan, Padang Sekysen 2 Bandar Baru Bangi kini sedang disabotaj oleh regim Exco MB Khalid Ibrahim.

Hak kebebasan rakyat untuk bersuara telah disekat oleh MB.

Sekatan ini dibuat berpilih-pilih. Kalau iklan banner pakatan, walaupun tiada lesen tidak akan mereka turunkan tetapi kalau banner milik gerakan rakyat seperti Roadshows anjuran bersama SMU, mereka telah turunkan.

Dimanakah keadilan untuk Rakyat Selangor yang ingin bebas dari fahaman politik extreme kepartian?

SMU melihat lonjakan kebangkitan Islam, Melayu dan Raja-raja (IMR) yang dibawa oleh Datuk Dr Hasan Ali kini semakin mengancam masadepan politik seks bebas yang diperjuangkan pakatan selangor sekarang.

Kami menuntut agar kesemua banner rakyat yang bernilai rm1500 itu dipulangkan kepada kami sebagai penganjur bersama Roadshow tersebut.IMR penyelamat rakyat.

Norman Toha
PengerusiSekretariat Mobilisasi Umat
27 Jan 2012

Edisi Jumaat : Angelina Jolie & Brad Pitt Ajar Anak Mereka Tentang Agama Islam....

Pasangan pelakon Hollywood Angelina Jolie (gambar) dan Brad Pitt mengaku memberikan pendidikan agama kepada anak-anak mereka.

Jolie tidak membataskan pendidikan itu pada satu atau dua agama sahaja, malahan enam anaknya mendapat pendedahan terhadap semua bentuk agama yang ada.

"Brad dan saya membesarkan anak-anak kami untuk menghargai sesama manusia," ujar ibu kepada Maddox, Pax, Zahara, Shiloh dan si kembar Vivienne dan Knox itu kepada majalah Parade.

Jolie dan Pitt memperkenalkan semua agama yang ada di dunia ini kepada enam anak mereka dengan menyediakan rak yang memuatkan pelbagai buku dan kitab agama di rumah mereka.

"Kami ada Injil, al-Quran dan semuanya. Kami juga mengajak anak kami ke gereja, kuil, menghadiri upacara ajaran Buddha, pergi masjid, mengajar mereka tentang semua kepercayaan," katanya pada Sabtu.

Menurut Jolie, walau apapun agama yang dipilih oleh anak-anaknya kelak, dia tidak akan membantah.

"Pilihannya (agama) terletak pada tangan mereka," ujarnya.

KISAH BENAR - Paku Dulang Paku Serpih....

Pepatah melayu yang berbunyi, "Paku Dulang Paku Serpih, Mengata Orang Dia Yang Lebih", sangat sesuai untuk menggambarkan sebuah parti politik yang kini sedang di dalam frasa mengembangkan sayap.....

Mereka mengatakan bahawa pemimpin dari Barisan Nasional atau nama manja yang mereka berikan, ‘BEnd’ bersikap mengutamakan kroni, mengamalkan budaya rasuah, tidak menunaikan janji dan menggunakan duit rakyat untuk kepentingan sendiri.

Sebenarnya segala yang mereka katakan itu turut menggambarkan mereka sendiri malahan bukan sahaja dari kalangan pemimpin malahan di peringkat bawahan termasuklah para pembanci yang ditugaskan untuk membuat kajian tentang penerimaan dan pandangan rakyat terhadap parti mereka.

Penulis mendapat cerita tentang dua orang pembanci dari parti yang menerajui kepimpinan Kerajaan Negeri Selangor yang telah ditugaskan untuk mengunjungi para penduduk yang tinggal di kawasan perumahan flat sekitar Klang.

KIAH BENAR yang diceritakan sendiri oleh ‘mangsa’ berlaku beberapa hari lepas apabila rumah mereka dikunjungi oleh dua orang pembanci wanita.

Baca seterusnya...., klik
sini

Mohon Liputan TV3, RTM, Utusan Malaysia Dan Lain Lain Lagi..! Hari Ini Khalid Gagap Baca Khutbah & Imamkan Solat Jumaat Di Ijok…


Sebagai Pengerusi Hal Ehwal Agama Islam Negeri Selangor yang baru, Khalid Gagap harus menjalankan tugas dan tanggungjawabnya dengan sempurna…

Hari ini adalah penghulu segala hari.., Hari Jumaat..!

Dalam seminggu kita berpeluang menunaikan solat Jumaat hanya sekali. Umat islam akan mendapat pahala juga apabila mendengar Khutbah Jumaat….

Khalid Gagap selaku Pengerusi Hal Ehwal Agama Islam diberitakan akan memulakan langkahnya sebagai khalifah dibumi bertuah Selangor ini…, mengikut maklumat yang diterima Khalid akan mengimamkan solat Jumaat di Masjid Nurul Iman Batu 8 Ijok iaitu kawasan beliau menjadi wakil rakyat yang membolehkannya menjadi Menteri Besar paling gagap dalam sejarah tanahair kita…

Namun begitu, ada kemungkinan rancangan untuk Khalid Gagap ini TIDAK diteruskan sekiranya maklumat ini menjadi pengetahuan media kerana pihak yang menganjurkan aturcara ini khuatir sekiranya dapat dirakam cacat cela dan banyak kesilapan sewaktu Khalid menyampaikan khutbah dan mengimamkan solat…. Maklumlah Khalid memang seorang yang gagap…!

Baca kisah selanjutnya….., klik
sini


Thursday, January 26, 2012

Ajk Wanita PKR Kena Cekup Beromen Dengan Mat Bangla....


Berperwatakan menarik, hidung pula mancung bak pelakon ternama Bollywood! Mungkin itulah persona dimiliki seorang lelaki warga Bangladesh sehingga membuatkan wanita tidak keruan.

Berbekalkan kelebihan yang ada, daya penarik itulah digunakan untuk memikat kaum hawa tanpa mengira status mangsa sama ada bujang atau isteri orang.

Malangnya, hubungan terlarang pastinya tidak berpanjangan dan itulah yang berlaku kepada pasangan kekasih di sebuah hotel bajet di sini, awal pagi semalam.

Hubungan intim seorang wanita warga Indonesia berstatus isteri orang dengan seorang warga Bangladesh sejak enam bulan lalu hingga terlanjur ke bilir tidur berakhir selepas dicekup penguat kuasa agama.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, wanita berusia 34 tahun dan teman lelakinya berusia 30 tahun itu hanya memakai tuala ketika penguat kuasa Jabatan Agama Islam (Jais) dan Pegawai Masjid Al-Azim Pandan Indah menyerbu bilik hotel berkenaan.

Pegawai Masjid Al-Azim, Ahmad Nawi Osman berkata, wanita yang bekerja sebagai pembantu rumah itu berkenalan dengan lelaki terbabit yang bekerja sebagai kontraktor mengubah suai rumah majikan wanita berkenaan.

“Difahamkan wanita yang mempunyai empat anak itu lari daripada majikannya, manakala suaminya tinggal di Indonesia bersama anak mereka,” katanya.

Besar SIAL Pakatan Pembangkang..! Kerja Mereka Hanya Mahu FITNAH Rosmah.....


Hairan juga kenapa Malaysiakini menyiarkan penafian berita dari Australia mengenai perbelanjaan sakan Datin Seri Rosmah Mansor dengan tajuk "Sydney Fashion Designer: Rosmah Did Make Purchases....".

Apa agenda Malaysiakini terhadap Rosmah dan kenapa portal pro Pakatan ini terlalu 'bencikan' Rosmah…?

Salahkah Rosmah membeli secara berkumpulan yang besar, dan bukannya beliau pergi berbelanja seorang diri..!

Malah, Malaysiakini menyiarkan perdebatan mengenai kolumnis, Andrew Hornery yang dianggap sebagai gay yang dikatakan lebih beretika.

Baca apa yang disiarkan di Malaysiakini.....: "One thing is certain - the worst journalist in Australia has more journalism ethics and standards than the best journalist in the Malaysian mainstream media."

Wah teruknya wartawan Malaysia, termasuk wartawan terkemuka di negara ini…..

Apapun, semalam pereka Australia menafikan beliau mendedahkan perbelanjaan Rosmah.

Pereka berkenaan Carl Kapp semalam (25 Januari 2012) membuat penjelasan mengenai dakwaan bahawa Rosmah membelanjakan A$100,000 (kira-kira RM325, 000) di Sydney semasa lawatannya ke sana baru-baru ini dengan 'kumpulan yang agak besar'.

Kapp menerusi kenyataannya menjelaskan, pembelian yang dibuat oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak itu dibuat bersama kumpulannya termasuk mereka yang terlibat dengan Festival Fesyen Islamik di mana beliau menjadi penaungnya.

"Saya ingin menjelaskan mengenai kenyataan saya berhubung kunjungan klien saya ini, saya tidak pernah nyatakan jumlah sebenar yang dibelanjakan di kedai saya.

"Pihak Datin Seri Rosmah datang ke kedai kami dalam kumpulan yang besar dan semasa kunjungannya, pihak beliau termasuk kenalannyan, pengerusi dan penganjur Festival Fesyen Islamik telah membuat pembelian berasingan dan pelbagai. Saya percaya Datin Seri Rosmah adalah penaung kepada festival fesyen itu," katanya menerusi kenyataan kepada Malaysiakini.

Penjelasan ini bagaimanapun tidak disiarkan secara penuh dalam edisi Bahasa Inggeris Malaysiakini dan tiada dalam edisi Bahasa Melayu akhbar elektronik itu...!!

Rosmah sebelum ini telah menafikan dakwaan bahawa beliau seorang yang boros malah menyifatkan menjadi mangsa kepada kepada tuduhan liar pihak-pihak tertentu.

Dalam pada itu Kapp turut menafikan dakwaan bahawa beliau telah diterbangkan ke Malaysia semata-mata untuk kepentingan Rosmah.

"Perkara ini juga tidak tepat. Lawatan ke beberapa bahagian di Asia termasuk Malaysia dibuat bagi tujuan pemasaran serta untuk mencari material bagi produk terbaru kami. Ia termasuk dalam jadual kerja saya dan ia adalah urusan perniagaan yang biasa.

"Pada pandangan kami adalah tidak adil sebuah artikel memberi gambaran bahawa Carl Kapp sebagai sebuah syarikat yang tidak berhemah malah sedia mendedahkan maklumat peribadi mengenai klien kami," katanya.



Yang cuba ditegakkan 'benang basah' oleh Malaysiakini ialah Rosmah membeli….! Malah ada satu banner di Malaysiakini yang bersifat 'merendahkan imej Rosmah' dengan tajuknya “Rosmah Shopping Spree Hits Aussie Paper…”

Apa tujuan Malaysiakini melakukan ini semua..?

Sumber

"Tak Salah Bercampur Lelaki Perempuan.." - Ulama Saudi. Jom Kita Minta Pandangan Khalid Gagap Pengerusi Hal Ehwal Agama Islam Selangor...!


Adakah anda bersetuju dengan pendapat di atas....?

Jika anda tidak bersetuju, Sheikh Ahmed Bin Qassem Al-Ghamdi, ulama yang mengeluarkan pendapat tersebut mencabar anda untuk berdebat dengannya secara ilmiah bagi membuktikan kesalahannya.

Ramai pihak di Arab Saudi yang mengkritik pendapat ulama tersebut dan ramai yang menyerang peribadinya melalui laman sosial seperti Facebook dan lain-lain.

Beliau sebaliknya mengajak mereka yang tak bersetuju untuk berbincang secala ilmiah dan bukannya menyerang peribadinya. Beliau juga menyeru ulama yang tidak sealiran dengannya berfikiran terbuka apabila berhadapan dengan mereka yang tidak sealiran dengan mereka.

Sheikh Ahmed juga mengeluarkan beberapa pendapat lain yang amat tidak sealiran dengan para ulama Saudi yang lain. Di antara pendapatnya adalah:

    • Tidak salah lelaki bercampur gaul dengan perempuan.


    • Tidak salah seorang muslim mendengar muzik


    • Solat berjemaah hanyalah perbuatan sunnah dan bukannya satu kemestian.
Segala pendapatnya itu dikeluarkan berdasarkan kajiannya yang mendalam terhadap segala pendapat ulama sebelum ini. Mengenai alat muzik, beliau menyatakan Nabi Muhammad (Selawat dan salam ke atasnya) pernah mendengar alat muzik tradisional berupa gendang. Ini bukti bahawa mendengar muzik bukanlah satu perkara yang dilarang.


Mengenai solat berjemaah, beliau mendapati pendapat yang mewajibkannya hanyalah daripada Imam Ahmad sedangkan pendapat lain seperti daripada Imam Syafie, Imam Abu hanifah serta Imam Malik tidak mewajibkannya.

Pendapat mewajibkannya diambil daripada riwayat Imam Ahmad yang dikuatkan oleh Ibnu Taymiyyah dan diikuti oleh kerajaan Saudi, katanya lagi.

Bagaimana pula jika kita bercampur gaul lelaki perempuan sambil mendengar muzik. Ulama tersebut tidak pula menyatakannya tetapi daripada apa yang dikatakannya kita boleh andaikan ianya tidak salah.

Bagaimana pula jika berhimpit-himpit lelaki perempuan mendengar konsert atau menaiki kenderaan awam. Dalam bab ini, tak ada orang yang waras yang akan menggemarinya terutamanya kaum wanita tak kira bangsa apapun kerana kebiasannya yang mengambil faedah daripada aktiviti berhimpit-himpit tersebut hanyalah kaum lelaki.

Baca laporannya di
sini.

Makhluk Yang Mahu Menghalalkan MURTAD Disanjung Oleh Muslimah PAS….!!


Anda kenal dengan wajah wanita yang tidak bertudung diatas ini..?

Buat juak juak murahan Muslimah PAS mereka menganggap wanita ini sebagai Hajjah Ustazah Ambiga yang perlu mereka sanjung walaupun pada hakikatnya wanita ini adalah pejuang tegar proses memurtadkan umat islam dalam negara ini….

Apakah wanita ini spesis PARASIT yang dimaksudkan oleh bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Dato Dr Hasan Ali..?

Polis Tahan 6 Remaja Kes Dewan Jalan Kebun…? Kenapa Tiada Tindakan Terhadap Dr Xavier Mengganas Dalam Dewan, Apa Sudah Jadi Dengan Laporan Polis…??

Polis menahan enam orang remaja untuk membantu siasatan berhubung kejadian gangguan terhadap majlis ceramah pergerakan Asalkan Bukan Umno (ABU) di Jalan Kebun, Shah Alam, Sabtu lalu.

Mereka termasuk seorang pelajar tingkatan empat, seorang pelajar tingkatan lima dan pelajar orang yang menunggu keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Manakala yang lainnya menganggur.

Tiga daripada mereka ditahan pada 24 Januari lalu, manakala tiga lagi ditahan awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Zahedi Ayob memberitahu satu sidang akhbar bahawa mereka berusia antara 16 hingga 19 tahun.

Apa sudah jadi dengan laporan polis terhadap Exco Selangor ADUN Sri Andalas, Dr Xavier Jeyakumar..?

Apakah disebabkan beliau seorang Exco bermakna beliau tidak boleh diambil tindakan terhadap kesalahan yang telah dilakukan..? Klik SINI.

Klik SINI untuk baca laporan polis terhadap Xavier

Saksikan semula video klip dibawah ini…! Bukti Dr Xavier terlibat dalam pergaduhan dalam Dewan sewaktu berlangsungnya Mesyuarat Agung PKR Kota Raja tahun lepas.

Wednesday, January 25, 2012

Akhirnyaa…., Ketua Audit Negara AKUI Pihak Audit KELIRU Diantara NFC National Feedlot Centre Dengan National Feedlot Corporation


Hampir 3 bulan lamanya kemelut perniagaan sebuah syarikat swasta milik suami Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Shahrizat iaitu Datuk Dr Mohd Salleh dan anak-anaknya dijadikan serangan politik dan peribadi oleh lembu lembu PKR….

Fitnah dan adu dumba bertujuan mahu merobek robek nama baik Shahrizat sebagai salah seorang pimpinan sayap UMNO dilakukan oleh juak juak murahan pencacai Anwar Ibrahim..!

Dalam serangan yang dilancarkan keatas Shahrizat, salah seorang pencacai PKR adalah Ketua Wanita mereka sendiri maka terpancarlah nawaitu busok dalam hatinya itu apatah lagi sebaik sahaja bermula isu ini mahu dipanaskan, Zuraidah Kamaruddin tak sabar sabar mahu mendesak Shahrizat letak jawatan…

Penyertaan Zuraidah dalam ‘team lembu lembu PKR’ bersama sama dengan Rafizi Ramli dan Saifuddin Nasution dilihat ada agenda peribadi dan mahu membuat perhitungan diantara Ketua Wanita PKR vs Ketua Wanita UMNO.

Menyedari rekod cemerlang serta kerja kuat Shahrizat menggerakkan jentera Wanita UMNO seluruh negara membuatkan Zuraidah menggigil ketakuktan..! Ditambah pula dengan desas desus Shahrizat tidak mustahil bertanding di Parlimen Ampang pada PRU ke 13 untuk mengkuburkan karier politik Zuraidah membuatkan wanita ‘berbadan tong drum’ PKR itu semakin gelisah seterusnya meroyan dan mahu menggunakan apa sahaja peluang yang ada untuk menyerang Shahrizat…

Hari ini dengan izin Allah swt, Ketua Pengarah Jabatan Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang memberitahu beliau akan memberikan penjelasan terperinci berkaitan dengan kemelut dalam Laporan Audit Negara 2010 dalam masa yang terdekat.

Beliau berkata demikian sebagai menjelaskan entiti perniagaan yang dimaksudkan dalam laporan tersebut sebenarnya merujuk kepada Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) dan bukannya NFCorp seperti yang didakwa.

"Saya akan memaklumkan penjelasan mengenai perkara ini dalam masa yang terdekat," kata Ambrin.

Ambrin turut mengakui pihak pengaudit keliru diantara NFCorp adalah sebuah syarikat Sendirian Berhad milik Datuk Dr Salleh. Manakala NFC National Feedlot Centre [Pusat Fidlot National] adalah syarikat kepunyaan Industri Asas Tani, sebuah entiti kepunyaan kerajaan secara keseluruhan…

Apakah Zuraidah akan turun berat badannya berpuluh puluh kilogram apabila mendepani saman RM100 Juta yang telah difailkan oleh Shahrizat…?

Sumber –
KL Pos

Khalid GAGAP Sebagai Pengerusi Hal Ehwal Agama Islam Selangor... MAMPUKAH Laksanakan Amal Makruf Nahi Mungkar..??

ADUN Sri Andalas, Dr Xavier Jeyakumar penganut agama Kristian tegar pernah diberikan peluang bertazkirah di bulan Ramadhan di Masjid Ar Rahimiah Klang.

Xavier berdiri pada saf paling depan dalam dewan solat utama masjid. Dirumahnya sendiri, tapak kakinya memijak lantai rumah yang membela beberapa ekor anjing, lalu dibenarkan oleh pimpinan PAS Kota Raja untuk beliau memijak tempat solat dan sujud qariah masjid.....

Ahli Parlimen Serdang, Puan Teo Nie Ching. Wanita DAP ini tidak perlu menutup aurat. Rakaman gambar diatas membuktikan wanita berbangsa cina ini bukan sahaja tidak memakai tudung, malah kain kebayanya juga belah ditengah membuatkan wakil surau di Kajang ini agak tekun merenung ke arah situ....

Teo Nie Ching juga berpeluang menyampaikan tazkirahnya dibulan Ramadhan dan diberikan penghormatan oleh juak juak murahan PAS untuk Yb Serdang ini berdiri disaf paling depan dewan solat surau yang terletak di Kajang...


Ahli Parlimen Selayang, Datuk William Leong juga mendapat penghormatan yang serupa seperti Dr Xavier dan Teo Nie Ching....

Untuk menyampaikan bantuan di bulan Ramadhan William diajak oleh juak juak murahan PAS masuk ke dewan utama solat masjid di Selayang. Apakah majlis sebegini tidak boleh disempurnakan diluar dewan solat tetapi masih dalam perkarangan masjid..??


Apa yang boleh kita harapkan daripada mahkluk gagap bernama Khalid Bin Ibrahim ini sebagai Pengerusi Hal Ehwal Agama Islam..?

Sedangkan sewaktu Dato Dr Hasan Ali mempengerusikan portfolio Hal Ehwal Agama Islam Selangor beliau pun sentiasa ditentang, disanggah tiap kali mahu laksanakan Amal Makruf Nahi Mungkar...

Lu Pikir La Sendiri...! Sendiri Mau Ingaaatt...!!