MARI SAMA SAMA KITA MEDOAKAN YANG TERBAIK

MARI SAMA SAMA KITA MEDOAKAN YANG TERBAIK

Monday, April 30, 2012

Penyanyi Aishah Menyesal Sertai BERSIH 3.0 Setelah Membaca Kisah Benar Ini....!

Sebagai salah sorang anak kepada anggota polis saya ingin bersuara bagi pihak rakan2 saya..

Memang negara ini negara demokrasi tapi tak bermakna sikap puak pembangkang especially Bersih berhak memaki hamun sehingga menjatohkn maruah serta harga diri pihak polis...anda menggelarkan anggota polis sebg ANJING kerajaan...jadi siapakah kami anak2 POLIS ini...adakah kami anak2 ANJING?

Tuduhan cacian yangg tak trbatas seolah2 semua anggota Polis kaki rasuah, tak bole di percayai dan sehingga tak sanggupp saya menulis disini...

Berlinangan airmata saya bila melihat ada diantara anggota polis di pukul , di terajang seolah mereka tak punya sanak saudara dan anak2 yg menanti kepulangan mereka dari bertugas...



Saban hari bila2 waktu yang kritikal seperti Bersih ini, saya sering terfikir apakah ini lambaian dan ciuman ayah utk kali terakhir kerana ayah akan berhadapan dengan makhlok2 yag begitu bencikan tugas ayah...

Apakah tugas anggota Polis itu terlalu hina dimata puak Pembangkang? Apakah selama ini rezeki yang ayah dan anggota polis dapat selama ini utk menyara hidup anak isteri mereka adalah rezeki yang tidak halal semata2 mereka bekerja untuk kerajaan yang dipilih oleh rakyat?

Apa yang saya tahu setiap kali sebelum ayah pergi bekerja ayah kami adik beradik bersama ibu akan bersalam dan mencium tangan ayah, dan setiap kali itu juga pesanan ayah akan diulangi...JANGAN LAWAN IBU, DENGAR CAKAP IBU, JANGAN BIADAP DENGAN ORANG LAIN, HORMATI HAK ORANG LAIN DAN YANG PALING2 TERGURIS DIHATI SAYA IALAH AYAH AKAN BRRKATA JANGAN SESEKALI TINGGAL SOLAT KERANA ITU ADALAH TIANG AGAMA KITA...

Sedangkn di luar sana , ayah dan rakan2 dicerca , dimaki , di ludah dan di pukul semata2 untuk menjaga keamanan negara...anda yang berkelakuan demikian fikirla,

Dengan penghinaan yang sedemikian tak kan kami anak2 anggota polis akan berdiam , membiarkan orang tersayang dalam hidup kami di perlakukn seperti haiwan, sedang tingkah laku saudara2 pendemo itu lah yg kelihatan AMAT KEJI, seolah2 negara kita tiada undang2....

Seolah2 anda semua tiada AGAMA, sehingga sangggup menghina, memukul, menerajang dengan niat kalaupolis itu mati adalah kejayaan anda...

Inikah yang di kataksn perjuangan menegakkan keadilan sedangkan keadilan dipihak kami, pihak ayah dan rakan2 nya , pihak orang2 yangg cintakn keamanan anda ketepikan?




Maaf...!Bersih 3.0 ini menutup pintu hati kebanyakkan kami terhadap perjuangan puak anda kerana kami telah melihat betapa rakus dan liarnya perbuatan pendemo2 itu...negara akan hancur seandainya jatoh ketangan puak YANG TAK PUNYA PERI KEMANUSIAAN ini...

Kepada ayah dan rakan2 polis ayah, saya amat berbangga dan kagum melihat kesabaran dan dedikasi anda semua dlm melaksanakn tugas menjaga keamanan negara...

InsyaAllah ayah, saya akan belajar rajin2 supaya menjadi insan yang berguna terhadap agama, bangsa dan negara , menyara hidup keluarga agar ayah tak perlu mengharungi lagi episod duka dan hina ini....

Saya tetap berbangga dengan tugas ayah sebagai anggota polis, yang sangggup menggadai nyawa demi keselamatan negara. AYAH KAU LA WIRA KU....!!

Amin...

Luahan Hati Seorang Anak Polis Yang Boleh Membuatkan Kita Menitis Air Mata - Blog Rbf Online

Video Klip BERSIH 3.0 Panas..! Pembantu Khas Elizabeth Wong Biadap Nak Halau Orang Melayu Keluar Malaysia.....



Sunday, April 29, 2012

Telor Chegu Bard Termasok Kedalaaamm....!!

Ampun Tok..., ampunkan saya tok...!

Iya.., mintak ampun kau ya..? Selepas kau cetuskan huru hara dalam negara ini, kucar kacirkan ibukota Kuala Lumpur, bila ditangkap menikus pula..!

Bila berceramah bukan main lagi.., berdekang-dekang macam tukang karut jual obat kuat seks. Kunuuunnya mahu berjuang sebut pasal setitis darah perjuangan kunun, piiraahhh Chegu kena pecat sekolah, sekarang mana mahu letak muka..?


Kenal Pasti..! Setiausaha Chegu Bard Kini Diburu Kerana Bertindak Liar Menendang Polis

Tak lama lagi budak lelaki yang menendang anggota Polis ini akan diheret kemuka pengadilan, selepas itu beliau akan merengkok dalam penjara...!

Bersiap sedialah..., tak lama lagi kau akan menjadi warga Penjara Kajang, sambutlah bulan Syawal 1433 Hijrah bersama ramai warga banduan, TAHNIAH..!

Berani buat berani tanggung, duduk dalm jel berak cangkung....

NAH..!! Ini BUKTI Anwar Beri Arahan Perusuh Perusuh GEMPUR Sekatan Polis Di Dataran Merdeka.... Teliti Video Klip Ini

Kantoi...!

Bapak PELIWAT Negara, makhluk paling bangsat dibumi ini, Anwar Ibrahim memberikan "isyarat tangan" setelah beliau selesai berucap sewaktu berlangsungnya Perhimpunan Haram BERSIH 3.0 petang semalam.

Isyarat tangan dibuat dua kali..., mengarahkan gurkha gurkha upahan Pakatan Pembangkang untuk merempuh sekatan pihak Polis. Sejurus selepas itu Polis tidak ada pilihan selain daripada bertindak, walaupun pihak PDRM hanya diam dan memerhatikan sahaja tingkah laku perusuh perusuh membuat "provokasi" sejak jam 10 pagi lagi...

Video klip dibawah ini sebagai BUKTI sahih..! Menurut sahabat media yang merakamkan peristiwa ini, beliau bersama sama teman lain sahkan bahawa sebaik sahaja Anwar selesai berucap dan turun dan bumbung kereta pacuan 4 roda, semua perusuh seolah-olah mendapat arahan dan tidak teragak-agak menuju kepada sekatan pihak Polis dan DBKL...!

Berikan tumpuan anda pada babak awal video klip dibawah ini..., malah dibuat beberapa kali 'replay' ulang tayang untuk anda lihat isyarat tangan Anwar yang ketika itu membelakangi pihak Polis, saksikanlah...!!


TERKINI BERSIH 3.0...! Ambabiga Bertegang Urat Dengan Anwar Kerana Mereka GAGAL....

GEMPAARR..!

Maklumat kami terima dari dalamm kain PKR, sehingga jam 3.30 pagi tadi dikalangan pimpinan Pakatan Haram berlaku tengking menengking pertikaman lidah diantara Ambabiga Imam Besar BERSIH 3.0 dengan Anwar...

Mereka mula menuding jari diantara satu sama lain apabila seluruh negara marah dengan insiden perusuh perusuh ganas yang menyertai BERSIH 3.0 menyerang kenderaan Polis dan membelasah separuh mati anggota PDRM.

Siapakah yang merancang 'pertumpahan darah' ini..?

Apakah sedutan video klip dibawah ini dapat memberikan gambaran bahawa memang ada dalam agenda juak juak murahan PKR mahukan berlaku pertumpahan darah sewaktu berlangsungnya BERSIH 3.0...? Saksikanlah...!




Kini, anggota Polis yang tidak berdosa itu sedang nazak dalam rawatan ICU, bertarung dengan nyawa antara hidup dan mati..! Demi keamanan negara, beliau menjalankan tugas tetapi perusuh perusuh upahan Anwar seperti hilang akal menjadikan mangsa keganasan sehingga boleh membawa maut.

Ambabiga berdegil masih mahu teruskan Perhimpunan Haram walaupun sudah ditegah. Pihak PDRM menawarkan beberapa Stadium untuk mereka berhimpun TETAPI Ibu Gejala MURTAD bernama Ambabiga masih menyatakan mereka akan mengadakan secara aman. Lihat sendirilah, apakah perhimpunan mereka itu aman dan tidak GANAS...?

Video klip dibawah ini BUKTI.., anda semua nilaikanlah sendiri


Saturday, April 28, 2012

Update 9 BERSIH 3.0 - Penyanyi Aishah Pun Sama Menjadi Tukang Basuh Berak Ambabiga....!!

PENYANYI 90-an yang terkenal dengan lagu Janji Manismu, Wan Aishah Wan Ariffin atau Aishah antara sebahagian penyokong yang hadir menyertai Perhimpunan ‘Duduk Bantah’ Bersih 3.0 yang diadakan di Dataran Merdeka, Sabtu.

Awal bulan ini, Aishah dilaporkan telah menyertai PAS.

Bukan itu sahaja, beliau telah berucap di atas pentas PAS bahkan berkongsi pengalamannya menerusi program “Artis Berubah, Rakyat Merobah, BN Rebah” di perkarangan Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM), Taman Melewar, Gombak pada 4 April lalu.

Aishah yang dipetik Harakahdaily sebagai berkata, beliau mula serius mendekati PAS apabila mendapat layanan kurang baik daripada seorang menteri wanita untuk mendapatkan pertolongan dan nasihat ekoran masalah penjagaan anak-anaknya selepas berpisah dengan suaminya yang bukan Melayu.

Selain Aishah, beberapa selebriti lain turut menyertai PAS antaranya Bob Lokman dan Dayangku Intan.

- mStar Online

Update 8 BERSIH 3.0 - Muslimah & Pak Lebai Yang Sanggup Menjadi Tukang Basuh Berak Ambabiga IBU Gejala MURTAD Malaysia...!!

Update 7 BERSIH 3.0 - Dua Janda Kota Raja Memperagakan Baju Bersih 3.0

Update 6 BERSIH 3.0 - WAJIB Tonton Video Klip Perusuh Demo BELASAH Polis Dan Terbalikkan Kereta Polis....!!



Update 5 BERSIH 3.0 - Perusuh Upahan Anwar Semakin GANAS..! Pistol Seorang Anggota Polis Dirampas.. Sangat MERBAHAYA

Breaking News..!

Semakin ganaass..! Juak juak murahan gurkha upahan BERSIH 3.0 diberitakan telah terbalikan sebuah kenderaan pihak Polis.

Senjata api pistol salah seorang polis juga telah dicuri dan dirampas oleh perusuh yang tidak bertanggungjawab, keadaan ini sangat sangat MERBAHAYA..!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

p/s; Pada jam 6.00 petang disahkan pistol itu telah ditemui semula....,

Update 4 BERSIH 3.0 - Anwar Memang Mahu KLumpur Hura Hara.....?


Pendemo upahan yang sanggup menjadi barua penjilat kepada Ambiga masih belum mahu bersurai...!

Update 3 BERSIH 3.0 - Gempaar..! Anwar Arahkan Gurkha Gurkhanya REMPUH Polis Di KLCC



Update 2 BERSIH 3.0 - Gambar DYMM SPBYD Agong Dihina Sebagai Lambang BERSIH 3.0 Yang Berimamkan Ambiga....!

Update 1 BERSIH 3.0 - 80% Turun Berdemo Adalah Kaum Cina....!!

LIVE BERSIH 3.0 Blog MIK...


Insya allah Blog MIK akan bersiaran secara LIVE dari Kuala Lumpur hari ini, dari beberapa lokasi...

BERSIH 3.0 - Malam Tadi Pendemo Menjerit "REVOLUSI....!!" Bukannya Reformasi.... Apakah Ada Pertumpahan Darah Di KL Hari Ini..?



BERSIH 3.0 Hasut Media Asing Burukkan Malaysia

Persiapan hebat sedang dilakukan oleh pihak pembangkang untuk mengganas dan menghuru-harakan negara dalam ‘Demonstrasi Duduk Bantah’ BERSIH 3.0 atau lebih tepat dipanggil ‘Demonstrasi Berarak Ganas’ kerana mereka dikhabarkan akan berarak, berlari, mengganas dan mencabar pihak berkuasa dari beberapa penjuru KL sebelum duduk.

Antara persiapan penting puak-puak pengkhianat dan balaci CIA ini ialah memberi taklimat awal kepada wartawan-wartawan asing agar bersedia mengambil gambar mereka dalam keadaan paling teruk untuk menggambarkan penganiayaan polis terhadap mereka.

Ini penting bagi mereka kerana dalam setiap demonstrasi yang dilakukan oleh pihak mereka sama ada atas nama BERSIH, PTPTN, 901, Reformasi, Himpunan Hijau atau apa saja sukar sekali mendapat gambar sehebat demonstrasi-demonstrasi di negara lain di mana polis betul-betul membantai dan membelasah para peserta. Ini kerana di Malaysia, polis tidak akan berkeras selagi tidak dalam keadaan terpaksa atau terdesak.

Bersih 2.0 telah membuktikan bagaimana pendemonstrasi dilayan dengan lembut di mana mereka yang ditangkap diberi makan dan ‘tempat berehat’ yang selesa siap dengan kemudahan untuk bersolat.

Malah, kerana tiada keganasan polislah maka salah seorang peserta demonstrasi BERSIH 2.0 terpaksa berlakon mati dengan kamera sedia merakam lalu disebarkan di internet sebagai usaha memburukkan kerajaan.

Khabarnya, kali ini, pemimpin-pemimpin BERSIH 3.0 akan memastikan keadaan menjadi benar-benar genting. Malah mereka bersedia mengorbankan peserta iaitu penyokong mereka sendiri dalam demonstrasi ini demi mencapai matlamat untuk menghuru-harakan negara kerana pilihanraya semakin hampir.

Mereka mengharapkan momentum kemarahan rakyat akan terus meningkat selepas itu sehingga pilihanraya menjadi benar-benar panas.

Antara perancangan mereka ialah menyamar sebagai polis untuk membelasah peserta yang sudah tentunya tidak diberitahu tentang perancangan sebenarnya. Siapa yang bakal dikorbankan atau terkorban tidaklah diketahui.

Yang pastinya, mereka akan memastikan sudut terbaik bagi para wartawan asing untuk merakamkan setiap adegan ganas tersebut lalu menyebarkannya kepada dunia. Apabila ini berlaku, dunia akan mengutuk Malaysia dan membuka ruang bagi barat untuk masuk campur dalam urusan negara atas nama hak asasi manusia.

Ini adalah taktik biasa CIA di bawah pertubuhan NED yang menjadi dalang menjatuhkan kerajaan yang sah di seluruh dunia. Buku ‘Inside the Company: CIA Diary’ yang ditulis oleh bekas pegawai CIA Phil Agee menghuraikan modus operandi CIA dalam usaha meletakkan pemimpin boneka di negara-negara di mana Amerika ingin menguasai.

Cara mereka tidak pernah berubah iaitu mewujudkan organisasi-organisasi untuk kononnya memantau pilihanraya negara-negara tersebut di mana di masa yang sama membangkitkan kecurigaan rakyat terhadap sistem pilihanraya dan kerajaan.

Seterusnya, mereka juga meletakkan ‘warna-warna’ tertentu seperti merah di Thailand, dan kuning di Mlayasia sebagai melambangkan sokongan atau tentangan terhadap kerajaan bagi mewujudkan ‘volume’. Kesemua usaha ini kemudiannya diarahkan kepada satu tujuan semata-mata iaitu demonstrasi jalanan yang membawa kepada huru-hara dan keganasan sehingga akhirnya kerajaan digulingkan.

Phil Agee mengakui mereka melakukan yang sama di Filipina melalui satu badan yang dipanggil National Association for Free Election (NAMFREL) (menyerupai BERSIH) dengan menggunapakai slogan kuasa rakyat (menyerupai Pakatan Rakyat).

Mereka juga membuat banyak percubaan untuk mengambil alih Panama melalui Civic Crusade tetapi tidak begitu berjaya. Namun mereka berjaya di semua negara lain antaranya, Bulgaria yang mana juga menggunakan para pelajar universiti agar turun ke jalanan berdemonstrasi, dan Albania, Chile, Brazil serta banyak lagi.

Kita juga tahu bahawa mereka juga berada di belakang kejatuhan Mesir, Libya, Iraq, Tunisia dan lain-lain.

Kesemua ini tidak mungkin dapat dilakukan tanpa bantuan media. Dan tidak hairanlah BERSIH di Malaysia ini juga berusaha memastikan media asing memainkan peranan yang sama untuk membantu memusnahkan negara ini.

Kini terpulanglah kepada rakyat untuk menilai maklumat yang terbentang di hadapan mata. Rakyat boleh membantu kerajaan untuk mempertahankan kedaulatan negara dengan menjauhkan diri dari BERSIH.

Kuasa rakyat itu benar, kerana itu gunakanlah kuasa minda kita untuk memilih yang terbaik untuk diri, bangsa, agama dan negara. Jangan sekali-kali terpengaruh dengan mainan politik musuh-musuh Islam.

Hasil Penulisan Beruang Biru

Friday, April 27, 2012

Perjuangan Ambiga "Ibu Gejala MURTAD" Telah Dibawa Sehingga Ke Dalam Masjid Nabi Di Madinah

Kredit Rbf Online

Masjid Nabawi atau dikenali juga sebagai sebagai Nabi di Kota Madinah yang mana juga disitu terletaknya Makam Rasulullah SAW telah digunakan sebagai tempat untuk melancarkan perjuangan Ambiga. Gambar diatas dirakam dalam perkarangan Masjid Nabawi (Tanah Haram) Madinah.

Semua orang telah tahu siapa Ambiga. Dengan LGBTnya dengan kes murtad dan sebagainya. Amat malang sekali apabila masih ada keldai-keldai yang berugama islam yang bodoh yang membawa perjuangan yang dibawa Ambiga sehingga ke dalam Masjid Nabi.

Soal kamu orang nak sokong, kamu sokonglah. Tapi jangan sampai jadi bangang bawa sampai ke dalam Masjid Nabi.

Inilah kebodohan dan kebebalan Pas yang tiada tolok bandingnya. Sanggup lakukan apa sahaja demi untuk mencapai nafsu mereka. Musuh-musuh islam sedang gelak ketawa melihat bagaimana keldai-keldai mereka sanggup membawa perjuangan mereka sehingga ke dalam Masjid Junjungan Mulia umat islam.

Walaupun mereka (musuh islam) dilarang menjejaki kaki di Tanah Haram , tetapi perjuangan mereka boleh sampai hingga ke dalam masjid di Tanah Haram.

SYABAS PAS....!

Panaas..! Naib Presiden DAP Tak Setuju BERSIH 3.0

Senator Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim has become the first Pakatan Rakyat leader to oppose holding the Bersih 3.0 rally at Dataran Merdeka.

Tunku Abdul Aziz, who is also DAP vice-chairperson, said he opposed street demonstrations and warned that the event slated for Saturday would cause chaos.

"They all start with peaceful intentions. No one wants to cause chaos... But it can turn out to be violent and when that happens, who will be responsible?" he said.

Speaking to reporters at the Parliament lobby, Tunku Abdul Aziz said it was "irresponsible" of opposition lawmakers to support the holding of the rally at Dataran Merdeka because he believes the act would violate the law.

Bersih should instead take up the authorities' offer for an alternative venue as they are better at deciding security concerns.

"The whole idea is to protest. Why does it matter where? DBKL is the owner of (Dataran Merdeka)," he said.

Asked if his view went against the constitutional right to peaceful assembly, Tunku Abdul Aziz said he had "all (his) adult life" been a defender of individual freedom and human rights.

"I am not opposed to assembly, the law provides for us to assemble but what I'm saying is: Who is responsible for security in our country? The police.

"Whatever we do, we have to consult the police. If they advise us (to) change our route (or) should do it somewhere else, that's what we should do because (they) are an established legal authority," he said.

He also admitted that not all laws were good laws, but leaders and lawmakers should push for changes in Parliament and not on the streets.

However, the 78-year-old pointed out that this was his personal opinion which he had raised with his DAP colleagues.

He could not say if others in Pakatan Rakyat shared his views.

"We may be part of any party or organisation, but that does not mean we abandon our conscience," he said.

In the wake of his controversial remarks, Tunku Abdul Aziz later issued a written statement to the press late this afternoon saying that he had spoken to DAP secretary-general Lim Guan Eng and DAP parliamentary leader Lim Kit Siang on the matter.

"I wish to reiterate, even though I do not agree with the approach taken by Bersih, that is my personal view.

Video Klip "Ayam Pencen" Bukit Bintang Jadi Ikon BERSIH 3.0



Video Penuh Bersih 3.0 Debat Ambiga Vs Khairy Jamaluddin



Tazkirah JUMAAT..... Undilah PAS Anda Akan Mahsyuuks Syurga



Thursday, April 26, 2012

Ambiga Sudah Panaaassss....!



Azmin Ali Semakin Rimas Dan Panaas Apabila KadiaQ Mamak Tongkang Dah Mula......

Dalam pada Kadir Sheikh Fadzir menjadi ‘Most Valuable Person’ di dalam PKR pada ketika ini – rupa-rupanya sudah ada angin-angin cemburu, dendam, kesumat yang ENGGAN menerima Kadir di dalam pelukan PKR....

Kita semua ingat, kehadiran Kadir sebagai bekas Menteri, Ketua UMNO Bahagian yang berpengalaman, seorang yang sangat rapat dengan Ku Li, akan menjadikan PKR lebih kuat dan mantap. Rupa-rupanya, ada yang samakan kehadiran Kadir sebagai PEMUSNAH kepada impian PKR untuk mendapat pengaruh yang lebih besar.

Menurut rakan-rakan dalam HQ PKR, ada beberapa individu sudahpun menghantar kononnya GENERAL OBSERVATION mengenai kehadiran Kadir dan kesannya kepada politik PKR. Semua report dan laporan yang dikemukakan kepada Kak Wan dan Anwar; semuanya menjurus kepada satu konklusi – KADIR adalah has been politician, dan tidak mampu mendatangkan manfaat kepada parti.

Menurut rakan-rakan juga, kesemua laporan ini sudahpun terlebih dahulu dibaca oleh Azmin Ali (Azmin siap tandatangan sebagai tanda setuju).

Rupa-rupanya kehadiran Kadir menakutkan Azmin. Kekerapan Kadir dipanggil ke Segambut (rumah Anwar) sudah mendatangkan cuak kepada kumpulan tertentu. Antara yang paling risau adalah Azmin Ali, Shamsul Iskandar, Saifuddin Nasution dan beberapa orang anggota pimpinan PKR yang lain.

Mereka gagal memahami strategi Anwar untuk menjadikan Kadir sebagai ‘mentor’ kepada Izzah dalam berdepan dengan budaya politik wang PKR yang selama ini dipelopori oleh Azmin & Gang. Raja Petra sendiri pernah menulis bagaimana ‘Izzah’ adalah ancaman besar kepada beberapa orang tokoh ‘tepian’ yang ambitious dan bercita-cita tinggi.

Kalangan mereka yang rapat dengan Azmin cukup yakin, Kadir tidak akan hidup lama di dalam PKR. Jika seorang yang kaya seperti Zaid Ibrahim mampu Azmin KAYAPKAN – apatah lagi mamak seorang ini. Pada Azmin, tidak ada tempat untuk makhluk bernama Kadir. Wasted.

Anwar sebenarnya sudah nampak ketidakselesaan Azmin dengan kehadiran Kadir. Azmin tidak tahu permainan Anwar yang lebih tinggi dan matang. Azmin gagal memahami tujuan sebenar Anwar membawa masuk Kadir. Balance of power di kalangan pimpinan PKR mesti diperbetulkan sebelum Azmin jadi besar kepala dan menganggap dia adalah indispensable di dalam PKR.

Sebenarnya, Anwar memerlukan Kadir untuk tujuan yang pelbagai. Undi Melayu di Pulau Pinang, seperti yang dimaklumkan oleh Guan Eng kepada Anwar, berada dalam keadaan yang sangat genting....!

LGE mencadangkan keperluan PKR bergerak menggunakan ikon mamak, dan seterusnya cuba untuk mengimbangi semula undi Melayu di PP dan Kedah. Kadir dirasakan mampu memainkan peranan ini.

Azmin tak pernah ambil tahu isu ini. Pada dia, isu yang lebih besar adalah bila dia akan diletakkan sebagai Timbalan Perdana Menteri. Itu lebih utama....!

UMNO pula jangan underestimate peranan Kadir dalam PKR. Khabarnya, masih ada kalangan Ketua Bahagian, Timbalan Ketua Bahagian dan AJK Bahagian yang terhutang budi dan tergadai body dengan Kadir.

Tak ramai...., tetapi ada....! Jentera lama Kadir di Kulim, Baling, Sungai Petani, Jerai, Jerlun masih lagi aktif dan siap memainkan peranan. Kadir ini, kalau diberikan kepercayaan oleh PKR sepenuhnya, boleh mendatangkan masalah kepada beberapa Bahagian di Kedah.

Nasib baik Azmin tidak merelakan kehadiran Kadir. Wujudlah sedikit kemungkinan PKR berpecah kerana kehadiran Kadir.

Blog Gelagat Anwar....

Pernikahan (Nikah Kahwin) Zaman Anwar Pemimpin UMNO Semuanya Tidak SAH....?



TERBAEEKK..! Zahid Hamidi Tawan Hati Pengundi Cina Membuatkan DAP Perak Fenin....

Zahid Hamidi menurunkan tandatangannya pada baju seorang Wanita Cina di sebuah kampung Nelayan ketika beliau mengadakan Lawatan Seharian di Bagan Datoh, Perak pada 14 April lalu. - Utusan Online

Jarang kita dapat melihat pemimpin politik diangkat oleh masyarakat setempat seperti artis pujaan sehingga mereka sanggup meminta tandatangan pemimpin berkenaan pada baju yang dipakai apabila berpeluang bersua muka.

Lebih-lebih lagi jika yang meminta tandatangan tersebut adalah kaum Cina. Manakala pemimpinnya pula dari Barisan Nasional (BN) kerana selepas tsunami politik, masyarakat Tionghua dikatakan dingin terhadap kerajaan.

Namun Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi membuktikan sebaliknya. Ketika pemimpin BN lain mengeluh dengan sikap dingin kaum Cina, beliau disambut mesra setiap kali Ahli Parlimen Bagan Datoh itu turun padang menemui rakyat.

Malah penulis yang mengikuti lawatan sehari bersama beliau ke Bagan Datoh, Sabtu lalu, teruja menyaksikan tindakan spontan seorang wanita Cina berusia lewat 40-an meminta tandatangan Menteri Pertahanan berkenaan.

Wanita Cina tersebut yang gembira dapat bersarapan bersama Ahmad Zahid secara berterus-terang meminta Naib Presiden UMNO itu menurunkan tandatangan pada baju yang dipakainya untuk dibuat kenangan.

Kisah penerimaan orang Cina terhadap Menteri Pertahanan itu tidak terhenti setakat itu. Seorang nelayan yang baru selesai memunggah hasil bergegas untuk bersalam apabila menyedari kehadiran Ahmad Zahid.

Menariknya segala kemesraan itu berlaku secara semula jadi. Malah terpancar keikhlasan disetiap tingkah laku yang ditunjukkan masyarakat Cina di Bagan Datoh. Ia memperlihat bagaimana eratnya hubungan antara Ahmad Zahid dengan mereka.

Ditanya apa rahsia sehingga beliau boleh memikat hati dan minda orang Cina apatah lagi dalam suasana politik kaum itu yang dikatakan masih tidak berpihak kepada BN, Ahmad Zahid menjawab, khidmat sepanjang masa.

"Saya tiada sebarang ramuan khas, pegangan politik saya mudah iaitu berkhidmat sepanjang masa dan ia tidak hanya terhad kepada satu-satu kaum sahaja. Khidmat saya menyeluruh merangkumi semua masyarakat.

"Cuma dalam hal yang berkaitan dengan rakyat, seboleh mungkin saya akan cuba selesaikan sendiri masalah mereka. Semua itu dilihat dan dinilai oleh rakyat. Pada 2008 saya turut menerima kesan daripada tsunami politik.

"Tapi Alhamdullillah, kini pengundi-pengundi Cina di Bagan Datoh kembali kepada BN. Ini bukan kerja saya seorang tapi hasil transformasi politik secara keseluruhan yang dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya.

Namun, di sebalik sambutan mesra yang diterima dari masyarakat Cina, Ahmad Zahid turut berdepan cabaran besar selaku jeneral di Bagan Datoh untuk merampas semula kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Hutan Melintang.

DUN Hutan Melintang yang sebelum ini menjadi milik MIC kini dikuasai S. Kesavan dari Parti Keadilan Rakyat (PKR). Beliau mengalahkan S. Thangasvari (BN) dengan majoriti 1,721 undi pada Pilihan Raya Umum Ke-12 yang lalu.

Malah, perhatian mendalam juga perlu diberi kepada kawasan Rungkup kerana pada 2008, Datuk Shaarani Mohamed hanya memperolehi majoriti 454 undi mengalahkan calon Pas, Mohd. Misbahul Munir Masduki.

Bagaimanapun, Ahmad Zahid ketika diajukan soalan mengenai perkara itu yakin tahap sokongan orang Melayu, India dan Cina kepada BN kini sudah jauh lebih baik berbanding semasa pilihan raya tahun 2008.

Jelasnya, peralihan sokongan khususnya orang Melayu dan India kepada BN berlaku di seluruh negara. Keadaan itu memberi kelebihan untuk BN merampas semula Hutan Melintang dan mengekalkan Rungkup dengan majoriti lebih besar.

"Sebagai contoh, dahulu kawasan Ladang Flemington, Batu 16, merupakan kubu kuat pembangkang kerana hasutan Hindraf. Pengundi India di kawasan ini menolak BN tetapi hari ini kita berjaya tembusi kawasan ini.

"Suasana sebegini tidak pernah berlaku pada 2008," kata Ahmad Zahid yang bergerak lebih 12 jam tanpa henti bagi menghadiri program-program yang diatur pada hari berkenaan, bermula pukul 9 pagi dan berakhir pukul 11.30 malam.

Menurutnya, sebagai pemimpin apa yang penting kemesraan, keprihatinan serta kesungguhan untuk membela nasib rakyat perlu dibuktikan dengan hasil dan itulah yang sedang dilakukan di Bagan Datoh.

Sehubungan itu, bagi menjayakan perkata itu, beliau bersama-sama dengan pemimpin BN tempatan akan memastikan setiap janji yang dibuat kepada rakyat perlu ditunaikan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 bermula.

Ini kerana tegas beliau, pilihan umum akan datang tidak boleh lagi dihadapi dengan minda, persepsi, persiapan, pendekatan serta strategi yang sama jika BN mahu terus kekal diterima oleh rakyat.

Dalam pada itu, ditanya mengenai perancangannya untuk membangunkan Parlimen Bagan Datoh, Ahmad Zahid berkata, kawasan itu akan dijadikan pusat industri dengan pembinaan kapal menjadi keutamaan.

Jelasnya, Bagan Datoh mempunyai kawasan perairan yang strategik dan sebagai permulaan sebuah kilang pembinaan kapal moden untuk kegunaan awam dan tentera akan dibina selewat-lewatnya menjelang 2015.

"Segala usaha ke arah itu sedang berjalan lancar dan insyallah ia akan dapat direalisasikan menjelang 2015. Industri ini bakal memberi limpahan ekonomi yang tidak sedikit kepada Bagan Datoh," katanya.

Nyata perkembangan positif yang berlaku di Bagan Datoh seharusnya dijadikan contoh kepada kawasan-kawasan lain yang dikuasai BN. Sebenarnya untuk mempertahan dan merampas sesuatu kawasan bukanlah sukar sangat.

Apa yang penting setiap wakil rakyat harus mengambil berat kawasan masing-masing dan mereka mesti menampilkan prestasi terbaik secara berterusan tanpa mengenal erti jemu, penat atau keletihan.

Malah tidak mustahil pendekatan beliau sehingga berjaya menambat hati serta minda pengundi Cina di Bagan Datoh boleh diaplikasikan di peringkat persekutuan dan juga di negeri-negeri yang mempunyai ramai pengundi Cina.

Ini kerana komposisi kaum di Bagan Datoh iaitu Melayu (57 peratus), Cina (20 peratus) dan India (23 peratus) tidak jauh berbeza dengan komposisi kaum di Malaysia.

Cuma usaha untuk menarik semula kaum Cina kepada BN memerlukan kemahiran dan kesesuaian setempat kerana keperluan masyarakat Tionghua di sana mungkin tidak sama dengan penduduk Cina di negeri lain.

Jika itu dapat dilaksanakan dan parti komponen BN sendiri yang mewakili kaum Cina juga bergerak lebih proaktif daripada sekarang, tidak mustahil sokongan masyarakat Tionghua akan kembali terarah kepada BN.

Bersih 3.0 : 28hb Satu Malapetaka...!!

MAKLUMAT dari sumber yang sahih mengatakan bahawa demonstrasi Bersih 3.0 yang dirancang pada 28 hb April (Sabtu) ini akan menjadi satu malapetaka besar kepada Pakatan Rakyat.....

Menurut sumber tersebut lagi, petunjuk yang mengatakan perhimpunan itu akan gagal mencapai matlamat ‘terunggul’ mereka iaitu mengumpulkan seramai 500 ribu orang pendemo, begitu kuat sekali.

Antaranya ialah dilihat dari kegagalan himpunan pra Bersih di Kelab Sultan Sulaiman pada 17 April, yang hanya menyaksikan seramai 10 ribu orang hadir (angka dari sumber pembangkang), yang mana jauh dari sasaran awal 100,000 orang.

Beberapa siri jelajah pra Himpunan Bersih 3.0 yang diadakan selepas itu juga, sekadar dihadiri beberapa puluh dan ratus orang sahaja, contohnya di Dataran Shah Alam pada minggu sudah yang hanya dihadiri sekitar 200 orang.

Perlu diingatkan bahawa semua angka yang penulis nyatakan di atas adalah mengambil bulat-bulat dari yang dinyatakan dalam blog pro Pembangkang, dan seperti mana yang kita sedia maklum, angka tersebut amat diragui kebenarannya.

Sudah menjadi pengetahuan umum bahawa Pembangkang cukup suka membesar-besarkan jumlah kehadiran peserta himpunan, kerana itu akan menunjukkan konon-kononnya acara tajaan mereka mendapat sokongan rakyat.

Mengambil contoh himpinan Mansuh PTPTN pada 14 April yang dihadiri sekitar 250 – 300 orang peserta pada, ‘dinaikkan tarafnya’ kepada beribu-ribu orang oleh hampir kesemua blog pro Pembangkang, kecuali portal berita yang mencari makan dengan sumber dari langganan berita separuh tepat seperti Malaysiakini.

Malaysiakini melapurkan himpunan itu dihadiri sekitar 300 orang sahaja, jauh dari sasaran 5,000 orang yang dijaja penganjurnya.

Kalau nak didebatkan dari segi kelayakan peserta yang hadir (mahasiswa dan peminjam PTPTN), nescaya jumlah itu akan menjadi jauh lebih kecil dari yang dinyatakan Malaysiakini.

Itu dari segi kehadiran.....

Dari segi agenda juga, perhimpunan Bersih 3.0 ini sudah menunjukkan masalah. Dikhabarkan bahawa Pengerusi Bersama Bersih 3.0, Datuk Ambiga Sreevanasan, yang juga Pengerusi program Seksualiti Merdeka, akan menggabungkan perhimpunan Bersih dengan himpunan LGBT yang terganggu oleh larangan pihak berkuasa ke atas penganjuran program Seksualiti Merdeka pada November tahun lepas.

Ambiga dikatakan melihat himpunan kali ini adalah kesempatan terbaik untuk memperjuangkan hak golongan LGBT, dalam masa yang sama mempromosikan Pakatan Rakyat sebagai organisasi yang menjuarai isu-isu berkaitan hak asasi manusia di Malaysia.

Malah, beberapa blog pro pembangkang juga sudah mewar-warkan tentang penggabungan kedua himpunan tersebut (Bersih 3.0 dan LGBT), walaupun disebut-sebut yang idea itu dibantah sepenuhnya oleh PAS.

Tapi dalam masa yang sama, siapalah PAS jika nak dibandingkan dengan DAP yang terang-terang menyokong program Seksualiti Merdeka ketika ia dilangsungkan pada November.

Agenda LGBT ini walaupun menerima respon positif dari parti-parti komponen Pakatan Rakyat seperti PKR dan DAP, tapi pasti akan ditolak sepenuhnya oleh penyokong PAS dan golongan atas pagar yang rata-rata tidak bersetuju dengan keputusan Ambiga tersebut, dan ini dikatakan akan menjadi punca kepada kurangnya sambutan rakyat kepada perhimpunan ini.

Ketiadaan ‘publisiti percuma’ dari media-media arus perdana dan pihak polis sendiri, juga akan menyumbangkan kepada kehadiran yang kurang. Tindakan semua media arus Perdana yang tidak memberi liputan besar-besaran kepada penganjuran Bersih 3.0 (tidak seperti Bersih 2.0 Julai tahun lepas), dijangka akan menghilangkan ‘tarikan’ untuk rakyat hadir ke perhimpunan seumpama itu lagi.

Semua inilah petunjuk yang memberi gambaran tepat bahawa Himpunan Bersih 3.0 ini akan menemui gagal sepenuhnya. Sumber penulis menganggarkan hanya sekitar 15,000 orang sahaja yang akan hadir ke himpunan tersebut.

Hasil Penulisan Beruang Biru...

Wednesday, April 25, 2012

AMK PKR Tak Boleh Tahaaannn Tonton Video Klip Ini.....



Kerja Sia Sia Untuk Anwar Ibrahim....!!!

Melalui Dataran Merdeka Jumaat lepas, kami tiba-tiba tertarik melihat beberapa khemah yang didirikan di hujung dataran berdekatan bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Teringin menyelami rintihan pembantah-pembantah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) ini, lantas menarik kami meletakkan kereta di bangunan Daya Bumi menuju ke sana.

Tidak ramai kalangan para pembantah ini. Cuma kira-kira 20 orang. Tambah memeranjatkan kami, pelajar cuma beberapa kerat. Yang banyaknya adalah kumpulan dewasa termasuklah beberapa individu yang berusia sekitar 60 tahun - lebih layak digelar warga emas.

Apa yang dibuat mereka di sini? Meninjau-ninjau sebentar, ternampaklah kelibat Adam Adli Abdul Halim, 'hero kampus' kononnya. Mukanya sembab, mata merah... tidak cukup tidur barangkali. Apabila ditujah soalan oleh salah seorang daripada kami tentang hasil yang mereka boleh dapat daripada pemansuhan PTPTN ini, Adam yang telah digantung pengajian dari UPSI ini enggan bersuara.

Dia seakan-akan cuak dengan kami. Dia memberi alasan 'banyak kerja' dengan sibuk menyusun botol-botol minuman yang sebenarnya telah pun tersusun dengan elok di tepi sebuah khemah.

Memerhatikan sekeliling, keadaannya kotor sekali. Bekas-bekas bungkusan polistren makanan berselerakan. Kata mereka, bila waktu mandi, turunlah ke tandas di bawah Dataran Merdeka.

Hampir sejam di situ, kami mula berasa tidak selesa. Cuaca pula panas terik.

Kelihatan di situ, beberapa pelajar bebas bergaul bebas antara lelaki dan perempuan. Seorang gadis pula tanpa segan silu merokok menjadikan keadaan lebih 'memualkan'.

Jumlah anggota kumpulan dari kalangan kaum Cina ketika itu lebih ramai berbanding Melayu. Tidak kelihatan pun pelajar atau orang dewasa kaum India.

Tertanya-tanya kami siapa agaknya dalang di sebalik khemah-khemah itu sehingga ada mahasiswa yang sanggup berpanas dan berhujan sedangkan rakan-rakan sebaya mereka sedang bertungkus lumus mengulang kaji pelajaran bagi menghabiskan pengajian.

Sudah tentu tidak menghairankan kebanyakan mereka di situ merupakan mahasiswa yang mendapat keputusan rendah atau corot.

Sedang memerhatikan lagi gelagat mereka, salah seorang pelajar memperkenalkan diri sebagai Din dari UPSI memberitahu, mereka sendiri tidak tahu sampai bila akan berada di Dataran Merdeka.

''Kita akan berada di sini sampai sudah bosan. Bila dah bosan kita balik. Duduk lama-lama pun tak guna dan memenatkan sebab panas, lebih-lebih lagi kalau duduk di dalam khemah waktu tengah hari," katanya.

Seorang lelaki dalam usia 60-an yang katanya dari Melaka memberitahu kami: ''Ah, hapuskan sahaja PTPTN, duit Petronas kan ada."

Lelaki ini dalam aksinya berjubah hijau seolah-olah menjadi pengawal di situ yang turut menimbulkan tanda tanya daripada orang ramai yang lalu lalang kerana dia bukannya muda lagi.

Kami kemudian meninggalkan Dataran Merdeka menuju ke masjid berdekatan. Dan kelmarin, kami dikhabarkan Dataran Merdeka tidak ada lagi kelibat kumpulan terbabit.

Syabas diucapkan kepada pasukan penguat kuasa DBKL yang begitu tegas menanggalkan khemah-khemah pelajar dan kumpulan terbabit.

Sebenarnya, kalau daripada pengamatan mata kasar, manfaat PTPTN banyak menguntungkan pelajar Melayu. Namun jika dikaji secara berfakta, faedahnya begitu mencurah- curah kepada pelajar bukan Melayu.

Ini kerana sehingga 29 Februari lalu, seramai 11,764 peminjam/penerima biaya PTPTN telah diluluskan pengecualian bayaran balik pinjaman/pembiayaan pendidikan kerana mendapat Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama atau setaraf dengannya. Ia melibatkan jumlah pelupusan pembiayaan pendidikan sebanyak RM339.07 juta.

Kalau dilihat rekod peminjam yang diluluskan pengecualian bayaran balik mengikut kaum setakat ini, sejumlah 2,347 orang adalah pelajar Melayu dengan amaun RM47. 2 juta.

Tetapi pelajar Cina, bilangannya ialah 8,818 orang dengan amaun pengecualian bayar balik PTPTN RM274.2 juta. Inilah hakikatnya.

Rekod pelajar Cina di universiti ialah mereka fokus kepada pembelajaran. Mereka sedar harapan menggunung ibu bapa. Mereka tahu jika tak memperoleh CGPA yang baik, sukarlah untuk mencari kerja yang baik dan lumayan gajinya.

Pada awal 1990-an, pendidikan merupakan sesuatu yang 'mahal' kerana pada era itu tidak ramai yang mampu untuk melanjutkan pengajian ke tahap tertinggi.

Jika tidak ada biasiswa atau tajaan, harapan seseorang khususnya orang Melayu dan bumiputera untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi amat tipis sekali.

Kemudian apabila PTPTN ditubuhkan bagi memberikan pinjaman kepada semua kaum di negara ini, berduyun-duyunlah anak Malaysia tanpa mengira keturunan dapat melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda.

Bagi Pensyarah Perhubungan Antarabangsa Sekolah Sains Sosial Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof. Madya. Dr. Mohd. Noor Yazid, Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan telah menjelaskan bagaimana Kerajaan Pusat perlu melindungi kepentingan kedudukan keistimewaan orang Melayu dan penduduk asal Malaysia yang secara kumpulannya dirujuk sebagai bumiputera.

''Itu termasuklah kuota kemasukan ke dalam perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam yang dalam hal biasiswa kepada bumiputera seperti sudah diliberalkan," tegasnya.

Jelasnya, jika mahu memansuhkan PTPTN, ia bermakna setiap bumiputera perlu diberikan biasiswa sebagaimana yang telah diperuntukkan dalam Perlembagaan.

"Pada era Allahyarham (Perdana Menteri kedua) Tun Abdul Razak Hussein dulu perkara itu telah dilaksanakan dan mungkin bagi memberi keadilan saksama kepada kaum- kaum lain, PTPTN diperkenalkan bagi memberi kemudahan pinjaman pengajian di peringkat universiti. "Tapi malangnya, ada pihak cuba mempolitikkan isu ini," katanya.

Meninggalkan Dataran Merdeka Jumaat lalu, kami berkongsi pengalaman memikirkan apa sebenarnya matlamat segelintir pelajar terbabit menyuarakan bantahan terhadap PTPTN.

Kami pernah berada di universiti sekitar era 90-an. Dan ketika itu kami memang 'dahagakan' PTPTN - di sebalik kesedaran tinggi akan harapan menggunung ibu bapa yang hidupnya susah untuk melihat anaknya meraih segulung ijazah.

Utusan Online

SERBU..! Pelacur Dalam Akuarium HANYA Di Kawasan Parlimen Teresa Kok....