Thursday, May 31, 2012

Video Klip 1;32 Minit Aksi Dalam Tivolli Villas Tahun 1997 Anwar Shamsidar....


Jom tengok video klip kat bawah nie...!

Datuk S.Nallakaruppan mendedahkan bahawa rakaman yang dilakukan di Tivolli Villa adalah untuk keselamatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan yang dibawah 'jagaan' beliau ketika itu.

Ketika ditanya lebih lanjut selepas sidang media beliau menyatakan bahawa apa apa saja berkemungkinan akan berlaku didalam bilik yang akan menyebabkan kedudukan TPM dalam bahaya dan tergugat.

Bahaya yang dimaksudkan ialah tuduhan rogol, pukul dan sebagainya yang mungkin dibuat oleh pasangan TPM pada masa itu. Rakaman audio visual dibuat untuk simpanan dan bukan untuk tayangan kepada mana mana pihak.

Nalla berpeluang untuk menggunakan video video tersebut untuk kepentingan diri sendiri pada masa beliau ditangkap dan dimasukkan kepenjara pada tahun 1998. Tapi memandangkan setianya beliau kepada Anwar, beliau sanggup merengkok didalam penjara dan menyepikan hal video video tersebut.

Kini Nalla bertegas akan menggunakan video vidoe tersebut sebagai senjata ampuh untuk menghalang Anwar dari mencapai cita cita beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia. Nalla juga membayangkan yang beliau sedia 'melepaskan' Anwar sekiranya Anwar meninggalkan terus arena politik.

Masa Kelas Bahasa Malaysia Di Sekolah Patut Dipendekkan...? Sikap Rasis Dong Zong..!

Antara perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat agung tahunan Persatuan Jawatankuasa Sekolah Cina Bersatu Malaysia (Dong Zong) yang ke-61 sekali lagi menunjukkan sikap kiasu mereka.

Selama ini, organisasi ini telah menuntut segala permintaan yang tidak munasabah, tidak praktikal dan juga perkara yang tidak mungkin boleh dilakukan oleh kerajaan semata-mata untuk memenuhi semangat perkauman mereka.

Mereka menjelaskan bahawa mereka tidak akan berhenti sehingga tuntutan mereka dipenuhi sepenuhnya. Toleransi dan persefahaman, ataupun rasa hormat seakan-akan tidak wujud dalam kamus mereka. Patriotik, pembinaan negara, praktikal dan juga jawapan yang diberikan oleh kerajaan tidak akan didengari oleh mereka.

Dan kita hanya boleh menggelengkan kepala apabila mereka kini tidak puas hati tentang tempoh kelas pelajaran Bahasa Malaysia (BM) bagi pelajar darjah 4-6 di sekolah-sekolah rendah Cina. Pada masa ini, mata pelajaran BM mengambil masa 6 slot bagi jadual waktu dan akan ditingkatkan kepada 9 slot pada tahun 2014.

Dong Zong sudah tentu akan menentang cadangan ini, dan mendakwa bahawa ianya terlalu banyak. Terlalu banyak daripada apa? Terlalu banyak Malaysia? Adakah mereka takut bahawa anak-anak mereka akan menjadi rakyat Malaysia sejati?

Pihak Kementerian semestinya mempunyai sebab-sebab tertentu dalam membuat cadangan untuk peningkatan slot BM di sekolah-sekolah Cina, dan ia tidak sukar bagi kita untuk mencari sebab-sebabnya.

Cuba anda bertanya kepada orang ramai tentang soalan-soalan seperti berapa kali mereka perlu ulang soalan mereka setiap kali mereka kepada pekerja Cina di salun rambut, hanya kerana pekerja tersebut tidak mahir berbahasa melayu, dan juga Bahasa Inggeris.

Penulis masih ingat akan pengalaman penulis menemani rakan ke showroom kereta dan jurujual Cina tersebut tidak dapat memberikan kami maklumat yang cukup terhadap kereta tersebut dan juga prosedur pembelian hanya kerana dia tidak menguasai BM dan Inggeris!

Itulah gambaran yang penulis ingin sampaikan tentang orang Cina di Malaysia. Berani mereka mengangkat diri mereka sebagai rakyat Malaysia dan juga mahu mendapat hak Bumiputera…!

Dong Zong masih lagi berdegil dan tidak mahu ada sebarang pertalian dengan Malaysia. Guru Cina.., Sekolah Cina..., Bahasa Cina...., Cina sini..., Cina sana.... Rasis hardcore....!!

Negara China pun sedar bahawa mereka perlu bekerjasama dengan negara-negara dan bangsa-bangsa lain untuk memperluaskan perniagaan mereka. Walaupun negara tersebut telah berjaya 'menawan' dunia, mereka kini masih lagi bermasalah.

Percaya atau tidak, syarikat-syarikat di China mungkin berjaya meraih keuntungan yang banyak daripada perniagaan di seluruh dunia. Namun, mereka mungkin boleh mendapatkan lebih jika mereka mengamalkan sikap keterbukaan dalam pembelajaran bahasa-bahasa lain dan budaya luar.

Orang-orang Cina tidak boleh menerima perkara ini, tetapi terdapat hebat tawaran banyak yang hilang kerana masalah bahasa. Penghantaran yang salah, arahan salah, terjemahan salah, tafsiran yang salah adalah sesuatu yang agak besar.

Sebagai rakyat Malaysia, kita mempunyai peluang untuk menyaksikan sendiri sikap kiasu orang Cina. Masalah yang timbul dari sikap 'kiasu' atau sombong adalah anda lebih cenderung untuk hilang dari dunia realiti dan akhirnya akan menjadi rugi.

Dong Zong mungkin rasakan bahawa orang Cina kini cukup kuat dan tidak perlu orang lain untuk membuat keuntungan, tetapi mereka lupa bahawa mereka tidak akan kehilangan apa-apa tetapi boleh mendapatkan lebih banyak keuntungan jika mereka bercampur dengan masyarakat.

Sebagai contoh, rakan penulis yang ingin membeli kereta sebentar tadi akhirnya membeli kereta di syarikat Bumiputera kerana kecewa dengan sikap jurual Cina dari syarikat yang sebelumnya.

Kesimpulannya, Dong Zong perlu memilih samada mereka mahu kekal dengan kepercayaan mereka terhadap China atau mula bercampur dengan budaya Malaysia. Dalam erti kata lain, Dong Zong tidak mempunyai pilihan tetapi untuk menjadi kurang Cina dan lebih Malaysia, atau berhenti berjuang untuk mendapatkan hak sama rata, atau lebih baik lagi, melepaskan kerakyatan mereka…

MB Tan Sri Khalid Kalau Bercakap TAK Guna Otak...!! Pendedahan EKSKLUSIF

RAMAI yang ketawa tidak ingat dunia bila membaca cadangan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang bercadang untuk mengalirkan air dari Tasik Kenyir, Terengganu ke Selangor bagi mengatasi krisis air yang dijangka melanda negeri tersebut pada 2014.

Kononnya mengikut Khalid, paip air baru itu nanti akan dibina mengikut paip gas sedia ada di Banjaran Titiwangsa yang menghubungkan Terengganu dan Selangor bagi tujuan tersebut.

Tapi si pandir ini telah dimaklumkan atau tidak bahawa air dan gas tidak mempunyai berat yang sama, dengan air adalah jauh lebih berat dari gas. Ujikaji mudah, cuba tuangkan air berkabonat ke dalam gelas, apa yang ‘meletus-meletus’ di atas, dan apa yang tertinggal dibawah..? Sudah tentulah gas yang akan meletus-letus di atas dan air yang akan tinggal dibawa...!

Justeru untuk merealisasikan cadangan Khalid itu maka akan menjadi satu kerja pulak lagi untuk membina sistem pam air tekanan tinggi yang mampu menolak air dari Tasik Kenyir melalui Banjaran Titiwangsa untuk menyalurkan air ke Selangor.

Berapa kos dan tenaga manusia yang diperlukan, itu satu perkara yang Khalid tidak terfikir hingga sekarang. Sudah tentu pam ini tidak boleh gagal atau rakyat Selangor akan dilanda ‘kemarau air terawat’, waima dimusim hujan....

Kenapa Khalid memilih jalan susah sedangkan jalan mudah sudah ada, itu sedikit mengelirukan.

Yang perlu dilakukan Khalid sekarang ialah meneruskan projek penyaliran air dari Sungai Pahang ke Selangor (Loji Langat 2) seperti yang telah dimulakan kerajaan BN terdahulu, itu saja.

Projek itu pun sudah separuh jalan dan hampir siap kalau bukan kerana pelbagai masalah dan tekanan yang diberikan kerajaan pimpinan Khalid Ibrahim sehingga menyebabkan projek tersebut terhenti.

Ini menunjukkan tahap kepimpinan Khalid yang sebenarnya... Berlawanan dengan pendapat ramai penyokong Pakatan Rakyat, Khalid terbukti tidak sebijak mana dan hanya layak menguruskan estet, bukan sebuah negeri yang ada banyak masalahnya sendiri.

Memang kalau dilihat kebelakang, sejak 4 tahun lepas Khalid mengutarakan banyak cadangan, tapi dalam banyak-banyak cadangan itu, hampir tidak ada satu pun yang dilaksanakan hingga kini. Ambil contoh cadangan menggunakan air lombong sebagai sumber alternative bekalan air di Selangor.

Setakat hari ini, sudah berapa banyak lombong yang dikenal pasti mampu menjadi sumber alternatif air seperti yang dicadangkan Khalid..?

Satu hal yang lain.., sudahkah Khalid menjumpai jalan terbaik merawat air lombong yang dicemari dengan sisa logam berat (heavy metal contamination) yang biasa dikaitkan dengan kegiatan perlombongan seperti Boron dan sebagainya bagi membolehkan air tersebut selamat diminum...?

Adalah sebab kenapa tidak ada negeri-negeri di Malaysia yang menggunakan air lombong sebagai sumber minuman, kerana ia tidak selamat.

Yang sebetulnya bukan air lombong sahaja yang tidak selamat di Selangor, air sungai di Selangor juga dikenalpasti sudah tidak boleh dirawat untuk dijadikan air minuman kerana teruk tercemar oleh sisa industri yang tidak terkawal di negeri tersebut sejak Pakatan Rakyat mengambil alih.

Pendek kata, ada banyak masalah berkaitan dengan air ini di Selangor kalau nak dikisahkan. Kalau dibiarkan tanpa tindakan segera, rakyat Selangor hanya tinggal 2 pilihan – tukar kerajaan sedia ada kepada kerajaan BN semula atau menghadapi risiko penyakit yang disebabkan oleh minum air dari sumber tercemar....

Nizar Mahluk Bangsat Taraf Yang Paling BANGSAATTT....!!

Nizar Memang Kurang Ajar, Hanya Mohon Maaf Melalui Twitter...!

Pemimpin PAS yang juga bekas MB Perak, Nizar Jamaluddin telahpun meminta maaf di atas keterlanjurannya mempertikaikan keputusan Sultan Johor, Sultan Ibrahim yang membida nombor pendaftaran kenderaaan WWW1 pada harga RM520,000.00.

Namun masyarakat umum masih sukar untuk melupakan begitu sahaja sikap Nizar yang agak kurang ajar dan tidak beradab kerana dari komennya dalam twitter sebelum ini jelas kelihatan seperti satu cubaan yang secara tersiratnya bermaksud untuk menyemai kebencian terhadap Institusi Raja.

Selepas tidak tahan menerima kecaman ramai, barulah Nizar mahu meminta maaf tapi apa gunanya lagi sedangkan imej Sultan Johor telah tercalar dan ramai juak-juak PAS masih memandang sinis bidaan tersebut dengan mengaitkannya sebagai pembaziran wang rakyat.

Ini bukan pertama kali berlaku kontroversi membabitkan Nizar dan pihak istana. Tiga tahun lepas, Nizar yang ketika itu sedang meroyan kekecewaan pernah memohon sembah derhaka kepada Sultan Perak hanya semata-mata gagal mempertahankan kerajaan pimpinannya.

Hasilnya, hingga kini masih kedapatan ramai penyokong pembangkang cuba memperlekehkan kewibawaan Sultan Perak walaupun keptusan Sultan Perak jelas sah, betul dan sahih baik secara perundangan, perlembagaan mahupun dalam konteks demokrasi.

Satu perkara yang Nizar gagal fahami dalam isu bidaan nombor pendaftaran JPJ ialah walau berapa tinggi sekalipun harga bidaannya, pulangannya tetap masuk ke kantung kerajaan sepenuhnya. Lagi besar kutipan dapat dibuat, lagi bagus untuk ekonomi negara kerana pulangan kemudiannya pergi kepada rakyat juga.

Ia jauh berbeza dengan proses jual beli kenderaan baru Toyata Camry yang pernah dipelopori oleh kerajaan negeri Perak semasa Nizar memerintah Perak sebelum ini yang mana wang dibelanjakan untuk pembelian tersebut masuk ke kantung pihak pembekal dan hanya 27% sahaja keuntungan bersih yang kembali ke kantung kerajaan dalam bentuk cukai.

Jika pembelian nombor pendaftaran oleh Sultan Johor itu merupakan satu pembaziran, apa pula alasan yang mahu Nizar gunakan bagi menghalalkannya menggunakan nombor pendaftaran AGS 10 yang hingga kini masih menempel pada Toyota Camry milik Nizar...?

Malah Nik Aziz selaku Mursyidul AM PAS yang juga MB Kelantan selama 22 tahun merangkap pemimpin utama kepada Nizar sendiri pun hingga saat ini masih menggunakan nombor pendaftaran istimewa DAT 55, kenapa tidak dipertikaikannya...?

Walhal logiknya tentu sahaja plet DAT 55 tersebut diperolehi hasil penggunaan wang rakyat kerana mercedes tersebut dibeli oleh kerajaan negeri untuk kegunaan Nik Aziz sebagai MB Kelantan.

Paling penting, apa yang susah sangat untuk Nizar bertemu muka sendiri dengan pihak Istana Johor untuk memohon ampun maaf diatas keterlanjurannya?

Bukankah terlampau biadap bila hanya sekadar memohon maaf melalui twitter sedangkan selaku bekas MB sepatutnya adat dan protokol sepatutnya sudah lama lekat dalam kepala..?

Wednesday, May 30, 2012

Wan Azizah Dengan Kisah Lagu "Janji Manismu.." Yang Pernah Dipopularkan Oleh Aisyah Tahun 1990

Tersangat menarik kupasan ini..., klik SINI

Amy Search TAK Percaya Janji "Syurga" PAS...! Kesian Aisyah & Bob Lokman.....

Legenda rock tanah air, Amy Search atau nama sebenarnya Suhaimi Abd Rahman, menyertai UMNO kerana yakin perpaduan orang Melayu hanya mampu dikekalkan jika parti itu terus mentadbir negara.

"Hanya UMNO sahaja yang mampu membuat rakyat kembali bersatu. Saya lihat Umno merupakan sebuah parti yang mampu menjamin masa depan negara dan rakyat melalui segala usaha yang dilakukan pemimpin-pemimpinnya," kata Amy, 54, kepada pemberita selepas menyerahkan borang keanggotaan menyertai Umno bersama Mus May atau Mustaffa Din dan Ibnor Riza Ibrahim di ibu pejabat Umno di ibu negara hari ini.

Ditanya tindakan sesetengah artis menyertai PAS atas alasan agama, beliau berkata UMNO juga memperjuangkan agama dengan cara lebih baik dan tidak terlalu ekstrem.

"Bagi saya, jika nak perjuangkan agama tidak semestinya menyertai PAS. Umno juga memperjuangkan agama, dan dalam pentadbiran, UMNO juga tidak mengetepikan golongan ulamak. Jika nak perjuangkan agama, bagi saya tidak semestinya sokong parti yang ahlinya berjubah sahaja," katanya.

Borang mereka diterima Setiausaha Kerja UMNO Datuk Ab Rauf Yusoh, dan ketiga-tiga artis akan menjadi anggota UMNO Cawangan Dataran Merdeka dalam Bahagian Bukit Bintang.

Bapak Kongsi Gelap "Kawtim" Dengan Menteri & Pihak PDRM Apabila Pak Lah Tidor Lenaaaa......

WAWANCARA Mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mengesahkan wujud pakatan sulit di antara rangkaian kongsi gelap dan pasukan Polis Di Raja Malaysia.

Dalam temubual eksklusif dengan Malaysiakini, Musa turut mengakui rangkaian sama wujud antara kongsi gelap dan ahli politik tanah air yang disifatkannya berada pada tahap "serius."

Katanya, beliau mula mengambil langkah serius untuk membanteras aktiviti haram seperti judi, pelacuran dan sindiket peminjam wang ketika mula memegang jawatan Ketua Polis Johor.

Ini kerana beliau tidak percaya kepada konsep "menggunakan penjenayah untuk mengawal penjenayah lain," seperti digambarkan dalam filem Godfather yang menceritakan hubungan kongsi gelap dan pasukan polis.

"Mereka sendiri (di Amerika Syarikat) mengambil masa bertahun-tahun untuk menghapuskan perkara ini," katanya.

Menurutnya, rangkaian kongsi gelap yang memperolehi banyak wang melalui aktiviti haram tidak boleh dibiarkan "mengawal" ahli politik.

"Mereka ini banyak dana. Jadi apabila dana luas mereka boleh kawal orang. Kalau ahli politik terlibat, mereka boleh kawal ahli politik," katanya.

Usaha tersebut katanya diperhebatkan lagi apabila beliau mengetuai Jabatan Siasatan Jenayah.

Namun, tindakan tegasnya kurang disenangi ahli politik tertentu dan sebahagian daripada pegawai di dalam pasukan polis.

"Apabila saya ambil tindakan, orang politik datang pejabat saya tanya 'Kenapa you ambil tindakan sebegini?' dan mengatakan ini (mereka yang dikenakan tindakan adalah) kawan-kawan mereka.

"Jadi apabila kita hendak banteras, mereka marahlah kita sekat rezeki mereka," katanya.

Maklum Kepada Pak Lah

Menurutnya, beliau sendiri pernah bertemu secara peribadi dengan ahli politik yang mempunyai hubungan dengan kongsi gelap agar mereka menghentikan hubungan itu.

"Saya dah tegur Menteri berkenaan perkara ini. Tugas saya menyampaikan sahaja. Nak berubah awak kena arahkan sayalah dan saya akan buat cara saya (untuk banteras)," katanya.

Malah, beliau mendakwa turut memanjangkan perkara itu kepada Perdana Menteri pada masa itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

"Perdana Menteri (Abdullah) pun saya beritahu," katanya.

Menurut Musa, beliau tidak mahu peminjam wang tidak berlesen (Along) terus mewujudkan masalah kepada orang ramai sehingga mengakibatkan kanak-kanak takut pulang ke rumah kerana serangan Along.

Menurutnya, orang ramai tidak sepatutnya menyalahkan peminjam sahaja dalam situasi ini, kerana tindakan perlu diambil terhadap sindiket itu yang mengenakan faedah melebihi 18 peratus setahun.

"Jika mereka bebas mengenakan kadar faedah melebihi 18 peratus, ini bermakna tiada penguatkuasaan," katanya.

"Malah, siapa yang memberikan peminjam wang ini lesen? Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Ada anggota polis bertugas di kementerian itu tetapi masih ada orang menjadi mangsa hari ini," katanya.

Ketegasan beliau, menurutnya, menimbulkan "reaksi balas" dari mereka yang mempunyai hubungan dengan kongsi gelap terbabit.

Menurutnya, individu berkenaan cuba memburukkan namanya dengan menuduhnya mengatur pelantikan pegawai kanan polis dengan "restu" kumpulan kongsi gelap terbabit.

"Saya terima backlash kerana satu saya cuba banteras aktiviti haram dan kerana saya hendak bersihkan (pasukan polis).

"Kalau saya sertai mereka (kongsi gelap) sayalah IGP terbaik," katanya.

Dalam temubual sama, Musa turut mengiyakan bahawa rangkaian ahli politik-kongsi gelap-polis itu adalah "kuasa ketiga" yang sebelum ini didakwanya membantutkan usaha-usaha reformasi dalam pasukan polis yang cuba dibawa beliau.

"Campur tangan datang dari banyak pihak termasuk ahli politik," katanya.

TERBAEEKK..! Latest Video Klip "Bersih Itu KOTOR" Bikin Mat Sabu Panaass....



Tuesday, May 29, 2012

Cepat BACA...!! Skandal Seks Anak Luar Nikah Pemimpin Pakatan Rakyat Di Selangor......

BACA DAN SEBAAARKAN...!! KLIK SINI

Bangkang Dari Longkang..... "Melayu Owh Melayu..."



Anwar Ibrahim Haramkan Ahli Ahli PKR Menonton Video Klip Ini.....!!

KENA TONTON VIDEO KLIP DIBAWAH INI...!!

Komisyen Scorpene : Pembangkang Bermaharajalela Menipu Rakyat...!

Isu Scorpene ditimbulkan oleh pembangkang ‘di saat-saat akhir’ sebelum pengunduran Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai senjata terakhir untuk memastikan Dato’ Seri Najib tidak akan ditabalkan sebagai pengganti beliau.

Setelah gagal mengubah takdir di mana Dato’ Seri Najib telah dilantik sebagai Perdana Menteri, isu ini diteruskan oleh pembangkang dengan harapan dapat memendekkan tempoh pemerintahan beliau.

Seperti yang diketahui, pembangkang menggunakan berbagai-bagai jenis penyamaran untuk menyerang BN, antaranya Majlis Peguam, Suhakam, Himpunan Hijau, Suaram dan macam-macam lagi yang semuanya bersikap memusuhi kerajaan.

Dalam kes scorpene ini, pembangkang telah menggunakan Suaram untuk melancarkan serangan awal bagi pihak mereka. Sebagai permulaan, Suaram telah memfailkan aduan terhadap DCNS, syarikat yang membina dan menjual kapal selam kepada negara ketiga termasuk Malaysia di mahkamah Perancis kerana ‘mengesyaki’ kegiatan rasuah dalam urusan pembelian kapal selam tersebut.

Isu ini dikatakan berkait rapat dengan pembunuhan Altantuya Sharibuu, seorang model Mongolia yang kemudiannya cuba digambarkan sebagai mempunyai hubungan sulit dengan Perdana Menteri.

Penyelaras Suaram, Cynthia Gabriel dilaporkan berkata, “kes ini spesifik kepada pemberian komisen 114 juta Euro yang diberikan kepada syarikat Perimekar.”

Seperti yang disebut tadi, kita cukup maklum bahawa Suaram sebenarnya bertindak bagi pihak pembangkang yang ingin menjatuhkan Dato’ Seri Najib dengan apa jua cara.

Tetapi, apa yang dilakukan oleh mereka kali ini adalah tersangat keterlaluan iaitu memfitnah Perdana Menteri terlibat dalam pembunuhan dan membawa perbincangan berkenaan kos pertahanan negara kepada dunia.

Kos pertahanan negara adalah sesuatu yang sulit di mana segala butirannya tidak boleh dibentangkan secara terperinci. Setiap kerajaan di dunia perlu menyembunyikan beberapa fakta sebagai strategi keselamatan dan pertahanan negara masing-masing. Jika soal pertahanan dibentangkan secara terbuka, ia mampu mendedahkan negara kepada bahaya.

Apa yang tidak pernah disembunyikan oleh kerajaan ialah, kontrak perolehan kapal selam scorpene secara keseluruhannya adalah bernilai EURO 1.084 billion.

Dari jumlah itu, EURO 969.15 juta dibayar kepada DCNS (Perancis) dan NAVANTIA (Sepanyol) sebagai kos perolehan dua kapal selam Scorpene, pakej Integrated Logistics Suppport (ILS) dan latihan untuk warga kapal selam.

Bakinya, iaitu EURO 114.96 juta dibayar secara berperingkat dalam tempoh enam tahun kepada Perimekar Sdn Bhd sebagai kos perkhidmatan koordinasi dan sokongan kepada Pasukan projek Kapal Selam TLDM di Cherbourg, Perancis dan Cartagena, Sepanyol serta pelatih-pelatih kapal selam di Brest, Perancis.

Semua ini tertulis secara terperinci dalam kontrak yang ditandatangani pada 5 Jun 2002.

Merujuk kembali kepada aduan yang dibuat oleh Suaram seperti yang dipetik di atas, iaitu “kes ini spesifik kepada pemberian komisyen EURO 114 juta yang diberikan kepada syarikat Perimekar”; justeru, berdasarkan fakta ini, persoalan yang timbul ialah, jika EURO 114 juta itu adalah komisyen, maka apakah ini bermakna Perimekar telah memberi perkhidmatan koordinasi dan sokongan secara percuma?

Ini kerana, dokumentasi transaksi jelas menunjukkan bayaran yang terlibat kepada Perimekar hanyalah EURO 114.96 juta sahaja dan tiada lebihan.

Secara dasarnya, Perimekar bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan berikut:

- menyediakan kediaman lengkap bagi 27 keluarga pegawai di Perancis dan Sepanyol untuk tempoh 6 tahun.

- menyediakan pejabat urusan dan kediaman lengkap bagi krew kapaal TLDM seramai 156 orang dan 30 staf penyelenggara pengkalan di Perancis dan Sepanyol untuk tempoh 6 tahun.

- membayar elaun harian dan elaun krew kapal selam sebanyak EURO50 sehari setiap seorang untuk tiga tahun pertama dan EURO60 sehari seorang untuk tiga tahun kedua.

- membiayai kos penerbangan pergi-balik setiap krew kapal selam untuk balik bercuti ke Malaysia setiap empat bulan sekali.

- Syarikat ini juga bertanggungjawab memastikan penyertaan syarikat Malaysia dalam pembinaan dan membantu syarikat yang berpotensi untuk menyertai program offset.

- membantu kontraktor utama berhubung prosedur kerajaan dalam perlaksaan kontrak.

- menyelaras latihan antara krew, kontraktor dan kerajaan.

- menyediakan laporan koordinasi dan lain-lain lagi.

Maka, sekali lagi kita ingin bertanya, jika benar EURO 114 juta tersebut adalah komisyen semata-mata, bagaimana Perimekar menanggung semua kos perkhidmatan di atas...?

Hakikatnya, bayaran EURO 114 juta itu bukanlah komisyen tetapi bayaran untuk perkhidmatan yang disediakan oleh Perimekar. Ia adalah bayaran yang telus, nyata dan wajar dan tiada apa yang pelik dalam urusniaga ini.

Yang pelik hanyalah tuduhan Suaram dan pembangkang yang tidak berasas sama sekali.

Kesungguhan pihak ini untuk menjatuhkan Dato’ Seri Najib sehingga sanggup mengupah penulis yang punya sejarah sakit mental, iaitu Raja Petra Kamaruddin (RPK) untuk mereka-reka cerita mengenai penglibatan Perdana Menteri dalam pembunuhan Altantuya yang konon berkait rapat dengan pembelian kapal selam untuk negara, mula menimbulkan persoalan.

Dari cakap-cakap kedai kopi kini terbau syak wasangka mengenai apakah pembangkang ada kena-mengena dengan pembunuhan tersebut?

Dengan RPK sudah pun mengakui yang dia hanya mereka-reka cerita sepatutnya sudah cukup untuk membuktikan bahawa bahagian lain dalam ceritanya, seperti isu scorpene ini juga adalah rekaan juga.

Oleh itu, kita mengalu-alukan siasatan pihak Perancis atau mana-mana pihak juga untuk terus membongkar isu scorpene ini. Tidak mustahil kita akan menemui sesuatu yang lebih lagi dari sekadar cerita rekaan Pembangkang…

Fadiah Nadwa Fikri "Sanggup" Pergi Ke Mahkamah Perancis Nak Pastikan Najib Disabitkan Dengan Perbicaraan Scorpene... [KLIK SINI]

Jom Tengok Noh Omar Belasah Khalid Gagap & Ronnie Liu Kaw Kaawww....!!





Bagi Timbalan Ketua Perhubungan UMNO Selangor Dato Seri Noh Omar, Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor pimpinan Khalid GAGAP tidak melakukan apa-apa. Beliau mengibaratkan kerajaan Pakatan hanyalah papan tanda sahaja...

Dengan mengambil contoh dua papan tanda yang terdiri di Kuala Selangor, mereka (kerajaan PR) bermegah dengan slogan "SELAMAT DATANG KE PEKAN IKAN SEGAR", walhal tiada peranan pun dalam membantu nelayan di kawasan berkenaan.

Sebaliknya, PR menekan nelayan-nelayan seperti yang berlaku di Pasir Penambang.

Kredit to Blog Akar Umbi

Monday, May 28, 2012

Anwar Ibrahim Haramkan Ahli Ahli PKR Menonton Video Klip Ini.....!!

KENA TONTON VIDEO KLIP DIBAWAH INI...!!

Video Klip Panaass...! Ustaz Fathull Bari CABAR Haji Hadi....



Pemimpin PAS DiSahkan Sesat...!!

Jika UMNO yang menyatakan bahawa fatwa yang disebarkan PAS bahawa ‘undi PAS masuk syurga’ adalah sesat, maka PAS akan menuduh UMNO cemburu, jahil, sesat hatta kafir.

Justeru, kita ingin bertanya ahli-ahli PAS, apakah Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram, Sheikh Dr. Sulaiman Saloomi juga cemburu, jahil, sesat atau kafir juga kerana menyatakan fatwa yang digunapakai PAS itu adalah bodoh, jahil dan sesat?

Kenyataan ini dibuat beliau dalam wawancara dengan Mingguan Malaysia semalam.

Jawapan pemimpin-pemimpin PAS mengenai kenyataan Dr. Sulaiman ini sudah boleh dijangka iaitu “bahawa UMNO telah memberi penerangan yang tidak benar mengenai PAS kepada Sheikh Dr. Sulaiman sehingga menyebabkan beliau salah faham mengenai fatwa tersebut”.

Ahli-ahli PAS totok pun akan turut berkata yang sama sebagai mempertahankan diri mereka. Sebahagian ahli PAS yang lain pula iaitu yang mampu menggunakan sedikit akal fikiran, akan menafikan bahawa pemimpin mereka pernah berfatwa demikian sebaliknya UMNO yang sengaja mengada-ngadakannya....

Apa yang pasti, pemimpin dan ahli PAS akan melakukan apa sahaja untuk menyedapkan hati sendiri setelah menyedari yang mereka telah tersesat. Ego dan takbur akan menghalang mereka-mereka dari mengakui kesalahan, jauh sekali untuk kembali ke pangkal jalan.

Kenyataan Sheikh Dr. Sulaiman ini amatlah dialu-alukan di ketika umat Islam di Malaysia berpecah-belah dan keliru akibat dari hasutan Ulama-ulama jahat akhir zaman. Namun, usaha untuk memperbetulkan kembali pemikiran umat yang telah dicelarukan ulama-ulama ini bukanlah mudah.

Rata-rata umat Islam yang celaru itu enggan mengakui kecelaruan mereka kerana terpesong jauh oleh emosi benci dan dendam yang tidak berasas terhadap kerajaan.

Jika dulu, umat Islam di Malaysia dihasut oleh PAS untuk membenci kerajaan kerana tidak menggunapakai undang-undang Islam dan dianggap kafir, tetapi kini PAS masih terus membenci kerajaan walaupun mereka sendiri telah pun membuang negara Islam dari perjuangannya apabila bekerjasama dengan kafir harbi DAP dan pluralis PKR.

Lebih menyedihkan ialah apabila PAS bukanlah dominan dalam Pakatan Rakyat tetapi menjadi pak turut kepada DAP dan PKR. Maka, sedar tak sedar, PAS kini sebenarnya sedang membantu perjuangan pluralis PKR dan Kristian Evangelist DAP untuk bertapak di Malaysia secara mutlak melalui penguasaan politik.

Hakikat yang sukar untuk ditelan ialah kesesatan PAS bukan sedikit, tetapi sudah terlalu jauh dan terlalu dalam, berakar umbi sejak tahun 70an, menjadi barah yang semakin parah kepada ummah. Dalam hal ini, mungkin kerajaan juga berkongsi sedikit kesalahan kerana tidak mengharamkan saja PAS sejak dahulu.

Jika dulu, kesesatan PAS terlindung oleh imej ekstrem dan fanatik Islam, tetapi kini kesesatan PAS terserlah dengan duduk di belakang golongan liberal yang meletakkan hak asasi kebebasan mengatasi tuntutan agama....

Bertitik-tolak dari itu, pemimpin-pemimpin mereka terpaksa mengeluarkan kenyataan bercanggah dan merapu semata-mata untuk menjustifikasikan kesepakatan mereka dengan golongan ini.

Walaupun kesesatan mereka kini jelas dan nyata, tetapi kerana fatwa ‘undi PAS masuk syurga’ telah berakar umbi sekian lama, maka ramai umat Melayu yang tetap kekal di dalam PAS semata-mata mengharapkan syurga mudah.

Syurga adalah nikmat, rahmat yang diberi kepada manusia yang berbuat kebaikan, yang berbudi kepada manusia lain dan alam semulajadi, yang suci hatinya serta ikhlas perbuatannya. Syurga adalah untuk manusia yang tahu bersyukur akan nikmat Allah kepadanya, yang menggunakan sebaiknya anggota, pancaindera dan akal kurniaan Allah untuk kebaikan diri sendiri, saudara-saudaranya, manusia sejagat dan alam sekitar.


Syurga adalah untuk manusia yang mengamalkan ayat-ayat Allah untuk meneroka dan mencari ilmu dari seluruh kejadian alam dan cakerawala iaitu matlamat utama mereka dicipta.

Syurga bukan ditentukan oleh manusia, parti, undang-undang atau kerajaan. Syurga neraka adalah hak Allah S.W.T. Kerana itu, kita diberitahu tentang kisah bagaimana seorang pelacur boleh masuk syurga hanya kerana memberi makan seekor anjing serta bagaimana seorang Ulama boleh tergelincir ke neraka kerana riak.

Kita tidak faham bagaimana ahli-ahli PAS yang kononnya amat mementingkan agama tidak mampu memahami perkara asas dalam agama Islam iaitu tentang syurga neraka yang tidak boleh ditentukan oleh manusia.

Kita tidak faham bagaimana begitu mudah sekali sebahagian dari kita untuk terpesong, terpedaya dan tertipu oleh serban, jubah dan kata-kata yang tidak masuk akal.

Inilah akibatnya jika gemar menolak penggunaan ‘akal’ dalam membincangkan soal agama. Sedangkan Allah S.W.T telah menegaskan bahawa ‘akal’ adalah kurniaan tertinggi yang diberikan kepada makhlukNya. Apa guna diberikan akal jika bukan untuk digunakan terutama dalam menghayati ajarannya...?

Sheikh Dr. Sulaiman bukan orang UMNO, bukan orang politik dan bukan mewakili kerajaan Mesir atau mana-mana negara Arab. Beliau bercakap atas kapasiti seorang Ulama yang bertanggungjawab menyatakan kebenaran demi kebaikan ummah.

Maka, terpulanglah kepada ahli-ahli PAS untuk terjun bersama serban pemimpin mereka atau mendengar nasihat Sheikh Dr. Sulaiman dan kembali ke pangkal jalan...!!

Jangan TERKEJUT Sekiranya Protes Kakitangan Di Putrajaya Menyaksikan Kerusi Parlimen PUTRAJAYA Tewas PRU Ke 13

Mungkin dikalangan penggemar Blog MIK agak kaget dengan tajuk penulisan kali ini…

Disebalik kejayaan menyaksikan Himpunan Jutaan Belia Negara 2012 yang baru berakhir, kenapa harus persoalan seperti ini pula mahu dibawa kepada perbincangan..?

Sebenarnya kita seharusnya ada keupayaan dan sedikit keberanian melihat perkara yang tersirat disebalik apa yang tersurat. Insiden dan beberapa peristiwa yang berlaku memberikan sedikit “tempias” kepada kepimpinan YAB Datuk Seri Najib menjelang Pilihanraya Umum ke 13 [PRU 13], dalam bahasa Inggeris disebut ‘read between the line’.

Dimulakan dengan berita menyaksikan bekas Pengarah CID Datuk Fauzi Shaari menyertai PAS seolah olah beliau tidak marah dan sedikit pun tidak sensitif dengan bukti bukti keganasan yang ditunjukkan oleh demonstrator Bersih 3.0 yang membelasah teruk beberapa anggota PDRM…

Apakah Datuk Fauzi tidak peka dengan peristiwa keganasan tersebut..? Apakah Fauzi menyokong tindakan ganas barua barua Ambiga yang bertindak luar batasan malah tidak keterlaluan kita katakan peristiwa ganas 28 April itu ada usaha mahu menjadikan Dataran Merdeka menjadi Dataran Tahir yang bertujuan menggulingkan kerajaan secara revolusi…!

Marilah kita melihat dari sudut yang lain…, tidakkah kita mahu melontarkan persoalan kenapa Datuk Fauzi ‘tergamak’ mahu menyertai juak juak murahan yang menjulang Ambiga sebagai Imam Bersih 3.0 dan juga barua barua Anwar yang menurut perintah membuka halangan polis menyerbu masuk bertempur dengan anggota FRU, sebuah pasukan secara tidak langsung yang pernah berada dibawah struktur kepimpinan Fauzi sendiri…

Dimanakah letaknya asas keputusan Datuk Fauzi..? Kita harus perhalusi keputusan beliau yang meneruskan agendanya menyertai sebuah parti Pembangkang yang menjadi musuh kepada kerajaan Barisan Nasional.. Ayuh..! Carilah dimana persoalan dan apakah jawapannya…

Apakah ada sekelumit atau sebakul rasa “tidak puas hati” berbuku dalam hati bekas orang nombor satu CID Bukit Aman ini..? Pernahkah Fauzi menyuarakan rasa tidak puas hatinya itu TETAPI langsung tidak diendahkan oleh peringkat atasan..??

Iya.., mungkin dikalangan kita mahu merumuskan dan menyatakan bahawa Fauzi sudah tergolong dalam kumpulan yang kecewa maka itulah keputusannya, sertai parti Pembangkang.

TETAPI kita juga harus mencungkil dan mencari persoalan serta jawapannya… Apakah perkara yang menjadi ‘tidak puas hati’ itu benar benar sesuatu yang sangat berasas [legitimate issue] dimana pihak atasan hanya berdiam diri dan mengambil sikap tidak peduli…?

Mahukah kita menyaksikan lebih ramai lagi bekas bekas Pengarah kerajaan membuat pengumuman menyertai parti Pembangkang..? Apakah akan ada lagi.., hanya menantikan waktu yang sesuai memecah muka depan persada berita tanahair…?

Kini timbul pula kisah Ketua Setiausaha Negara [KSN] mahu diteruskan khidmatnya…

Mengikut rekod, KSN Tan Sri Mohd. Sidek Hj. Hassan mula diberikan jawatan ini semenjak 3 September 2006 sewaktu beliau berusia 55 tahun.

Sehingga ke hari ini, sudah hampir 6 tahun Tan Sri Sidek menjawat jawatan tersebut dan sudah tiga [3] kali kontraknya disambung…, apakah tidak ada ruang harus diberikan untuk mana mana individu lain menjawat jawatan tersebut..?

Bila sebut nama Tan Sri KSN sudah pasti kita tidak lupa “dosa kecil” beliau memalukan YAB Datuk Seri Najib dalam isu SBPA lwn SSM. Isu yang menjadikan Najib bahan serangan dimana akhirnya jelas terbukti “kesilapan” yang dilaksanakan oleh Tan Sri KSN ‘terpaksa’ ditelan oleh Najib sendiri.

Video klip dibawah ini sebagai bukti…, kesian sungguh melihatkan seorang Perdana Menteri yang kuat bekerja terpaksa pula berdepan dengan serangan keatas suatu kesilapan yang dibuat oleh orang lain berpangkat besar dan bergaji mewah…, saksikan..!!



Setelah menyaksikan video klip diatas, kita jangan hanya melihat kelakuan pihak Ahli Parlimen Pembangkang sahaja TETAPI harus melihat dari sudut ruang yang digunakan oleh mereka menyerang YAB PM, yang pentingnya ruang dan peluang itu disediakan seluas luasnya oleh Tan Sri KSN..!!

Kalau tidak kerana “stupid mistake” beliau itu, tidak mungkin Najib diserang sedemikian rupa..! Malah ‘kesilapan’ dalam isu SBPA ini turut mendapat kritikan hebat dari ramai kakitangan kerajaan sendiri…

Alangkah baiknya jika Tan Sri Sidek Hassan bertanggungjawab dan melepaskan jawatannya kerana GAGAL dalam melaksanakan isu SBPA dan menyaksikan seolah olah ianya menjadi bahan lawak setaraf Karoot KOMEDIA di siaran Astro Warna…!

Itulah sebabnya desas desus bahawa kontrak KSN akan terus disambung kini menjadi tempelak dan menerima suara suara sumbang dikalangan ramai kakitangan Putrajaya dan juga dikalangan ramai PTD yang tidak puas hati.


Keputusan mahu meneruskan khidmat KSN ini sudah pasti akan menutup ruang dan peluang buat lebih ramai TKSU untuk mendapat kenaikan pangkat dan hanya akan mengakhiri khdimat mereka ditakuk yang sama…

Hanya kerana mahu menenuhi kehendak dan tembolok ‘seorang’ insan bernama Mohd. Sidek Hj. Hassan.

Menurut sumber yang sangat sangat boleh dipercayai…, diberitakan bahawa baru baru ini Tan Sri KSN ‘sanggup’ mengambil cuti dan terbang ke London untuk merayu kepada YAB Datuk Sri Najib, minta agar khidmat dan kontraknya sebagai KSN dapat diteruskan…!

Pada PRU ke 11 tahun 2004, calon BN menang sangat selesa di kerusi Parlimen Putrajaya ketika itu. Pertembungan calon UMNO BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dengan calon PKR Haji Abdul Rahman Osman menyaksikan calon PKR ‘hilang deposit’ kerana hanya berjaya mengutip sebanyak 540 undi daripada jumlah 4,662 pengundi di Putrajaya.

Keputusan berpihak kepada Tengku Adnan meraih 3,546 majoriti.

TETAPI pada tahun 2008 undi di Parlimen Putrajaya turut sama terkesan dan mendapat secebis tempias Tsunami PRU 12 dimana calon PAS iaitu Mohamad Noor Mohamad berjaya meningkatkan bilangan undi calon Pakatan pembangkang lebih sekali ganda iaitu sebanyak 1,304 undi.

Datuk Seri Tengku Adnan berjaya mengekalkan kemenangan BN tetapi jumlah majoriti undi telah berkurangan…!

PERSOALANNYA…, bagaimanakah majority undi di Parlimen Putrajaya boleh berkurangan..? Bukankah pengundi pengundi di Putrajaya adalah kakitangan kerajaan pusat..?

Kenapakah boleh berlaku keadaan dimana kakitangan kerajaan yang mendapat gaji dan kemudahan kerajaan mengundi calon Pembangkang..?

Bagaimana pula kisahnya untuk pertembungan PRU ke 13 di Parlimen Putrajaya…? Apakah tidak ada agen agen PAS dan Anwar Ibrahim dikalangan kakitangan kerajaan Putrajaya..??

Apakah BN yakin dan sangat yakin bahawa tidak ada dalang dalang Pakatan yang sudah berjaya mempastikan berlaku kejutan keputusan Parlimen Putrajaya untuk PRU ke 13 ini…??

Sekiranya tahun 2008 boleh menyaksikan peningkatan undi sekali ganda untuk calon Pakatan Pembangkang, apakah mustahil peningkatan itu diteruskan sekiranya ramai kakitangan kerajaan dan ramai PTD di Putrajaya mahu melunaskan kemarahan mereka terhadap Tan Sri KSN melalui pembuangan undi hari pilihanraya..?

Kita semua sayangkan BN dan mahu kecemerlangan YAB Datuk Seri Najib menjadi tunggak kejayaan secara total sekaligus meraih kemenangan besar besaran buat BN.

Kerusi Parlimen Putrajaya sangat besar ertinya sebagai lambang kejayaan pentadbiran negara kita… Janganlah disebabkan nila setitik maka rosaklah susu sebelanga…!

Kembali sejenak kepada awal penulisan tadi…, sekiranya ada lagi beberapa pegawai kanan PDRM akan mengikut jejak langkah Datuk Fauzi Shaari, apakah ianya tidak akan memberikan sumbangan kepada faktor mempengaruhi undi kakitangan kerajaan Putrajaya…?


Malang buat YAB Datuk Seri Najib dan kerajaan BN kekal memerintah di Putrajaya TETAPI kerusi Parlimennya milik Pembangkang…!

Penulisan dibuat setelah Blogger MIK duduk semeja hujung minggu yang lalu dengan beberapa orang orang penting dan PTD dari Putrajaya meluahkan isi hati mereka, paling penting ialah kerisauan mereka seandainya akan berlaku protes dari kalangan kakitangan Putrajaya dan dilunaskan menerusi peti peti undi sewaktu PRU ke 13….

Aci Aci Buka Pintu.... Anwar Ibrahim Bikin WAYANG Pada Perhimpunan HINDRAF

Dengar janji Anwar di minit 15:13 video di bawah.

Janji Anwar semakin mengarut terhadap kaum India, bila kehadiran cuma 1,000 orang berbanding dengan rally 2007 ketika Hindraf menyokong Anwar.

Hindraf, minggu lepas telah mengisytiharkan tidak menyokong Pakatan Rakyat.


Sunday, May 27, 2012

Bertuahnya Badan Menjadi Pembantu Rumah Yb Azmin Ali…!!

Bila masuk musim cuti persekolahan, sudah pasti menjadi tanggungjawab ibubapa membawa anak anak mereka pergi bercuti, bersantai merehatkan minda dari beban aktivti persekolahan….

Tiba masanya untuk rehat seketika, “take a break” dengan cara pergi bercuti di tempat percutian yang boleh menggembirakan anak anak mereka disamping itu, hubungan kekeluargaan bertambah erat dengan menikmati percutian bersama yang tersayang!

Teringat kisah yang pernah disaksikan oleh seseorang yang akrab dengan Yb Azmin Ali…. Pernah diceritakan apabila Azmin membawa seluruh keluarganya pergi bercuti, destinasinya adalah luar negara [overseas vacation].

Malah penerbangan yang akan ditempah adalah tempat duduk istimewa dalam pesawat iaitu Business Class, termasuklah kedua dua Pembantu Rumah yang dibawa bersama..! Bertuah sungguh menjadi Pembantu Rumah kepada Azmin ini.., sangat bertuah..!!

Sekadar Mukadimah kisah Azmin Ali…, kisah lebih panaaass dibawah ini;

Azmin nampaknya tidak dapat menyembunyikan perasaan risau dan takutnya dengan gandingan baru yang muncul tiba-tiba dalam mengatur politik Sabah. Azmin memang sedar, sebagai Pengarah Pilihanraya PKR, dia tidak mampu berbuat silap atau angan-angan untuk ke Putrajaya akan tinggal angan-angan.

Anwar memang banyak harapkan Azmin.., khususnya dalam mengatur pelan politik yang boleh menyebabkan Sabah menjadi medan baru sokongan dan pengaruh PKR.


Azmin sudah buat kerja lama. Tetapi gagal. Ini bukan benda baru. Kalangan rakan dalam PKR sendiri sedar, bahawa Azmin adalah antara punca wujudnya perpecahan besar di dalam PKR Sabah.

Kerana ingin memastikan undi dan kuasa, politik PKR Sabah ibarat segan mati tak mahu. Peruntukan jarang diterima. Kalaupun diberi kepada kepimpinan, kalangan ahli dan penggerak di bawah tidak merasainya. Banyak isu integriti dalam PKR Sabah.


Azmin naik angin apabila dimaklumkan bahawa Kadir Sheikh Fadzir turut membuat kerja sendiri tanpa ada arahan parti. Sebagai Pengarah Pilihanraya, Azmin tidak mahu ada pihak tertentu yang kacau daun dengan perancangannya. Jangan ada gangguan.

Sebab itu blog ini pernah mendedahkan, Azmin tidak gembira dan tidak gemar dengan kehadiran Kadir. Azmin tahu, Kadir ini adalah seorang pemain politik yang licik dan mungkin bergerak dari dalam bagi menjatuhkan PKR.

Paling mengerikan kepada Azmin adalah adanya penglibatan Tun Daim dalam ‘permainan politik’ Sabah. Azmin tidak takut dengan Tun Daim secara individu. Tetapi Azmin risau dengan ‘poket’ Daim yang boleh meruntuh banyak perkara dalam PKR.

Azmin tahu, ‘kuasa poket’ Tun Daim akan mengubah banyak perkara. Apatah lagi dengan sikap pemain politik PKR di Sabah yang gilakan duit. Semuanya berasaskan duit. Ada duit, ‘boleh bah’….!!

Tahap kebencian Azmin terhadap Kadir semakin meluap. Azmin sudah bisik kepada Anwar mengenai keadaan ini....

Dipetik dari Blog Gelagat Anwar...

Wahai Tengku Adnan.... Tolong PECAT Babi Ini Dari UMNO Segera....!!


TOLONG SAKSIKAN KETIGA TIGA [KESEMUA] VIDEO KLIP DIBAWAH INI, KRONOLOGI SAWAN BABI SEEKOR BABI YANG MENJADI PELAHAP DALAM UMNO YANG BOLEH MEMBUSUKKKAN NAMA UMNO...!!





VIDEO KLIP BAWAH NIE PALING LAWAAAKKK, LEBIH LAWAK DARI MAHARAJA LAWAK MEGA..!!

BENARKAH... Nik Aziz Pernah Terlibat Dengan Skandal SEKS..??

Suatu ketika dulu dalam tahun 1990, pemimpin utama DAP, Karpal Singh pernah mencabar PAS supaya melangkah mayatnya dahulu sekiranya PAS masih berkeras untuk meneruskan hasratnya untuk menubuhkan negara Islam.

Kira-kira 20 tahun berlalu, akhirnya PAS membatalkan hasrat untuk mendirikan negara Islam dengan alasan dalam Al-Quran tiada disebut negara Islam. Tanpa perlu melangkah mayat Karpal Singh akhirnya PAS tewas dan DAP bertepuk tangan gembira teruja.

Sepanjang awal tahun 1990-an, PAS gah bercakap perihal hukum hudud yang mahu diaplikasikan dalam pemerintahan negeri dan negara, namun selepas lebih 20 tahun berlalu Karpal Singh dan DAP membuktikan kemampuan mereka mengawal selia halatuju PAS.

Sekali lagi PAS tunduk pada kuasa politik DAP apabila hukum hudud kemudiannya ditongsampahkan oleh pembangkang kerana mengutamakan Buku Jingga.

Beberapa ketika yang lalu, kalimah Allah s.w.t menjadi isu kontroversi apabila pihak gereja Kristian menuntut hak penggunaan kalimah tersebut, sebagaimana biasa respon PAS ialah tunduk pada tuntutan tersebut semata-mata mahu menjaga kerjasamanya dengan DAP.

Untuk entah kali ke berapa, PAS mengalah lagi dek kerana takutkan kekuatan yang dimiliki oleh DAP disamping kelemahan PAS itu sendiri yang sudah tenggelam dalam angan-angan untuk ke puncak kuasa dengan bantuan non muslim pro DAP.

Beberapa hari yang lepas, Karpal Singh menganggap pelan transformasi yang dirintis oleh Perdana Menteri datuk Seri Najib Tun Razak sebagai tidak meluas dan hanya berada di pinggiran sahaja. Alasannya kerana status Bumiputera kini sepatutnya turut meliputi kaum lain yang lahir pada atau selepas negara merdeka.

Seperti biasa penyokong dan pemimpin PAS tampil mengangguk dan mengiakan tuntutan DAP itu atas nama samarata dan keadilan.

Kini, Karpal Singh sekali lagi buka mulut meluahkan hasratnya yang mahu mengangkat seorang Bukan Melayu sebagai Perdana Menteri Malaysia. Kata Karpal Singh, "Saya tidak pasti sama ada hasrat untuk melihat bukan Melayu menjadi Perdana Menteri termakbul dalam era saya, namun saya tetap akan memperjuangkan impian ini".

Respon awal dari PAS khususnya Nik Aziz, agak mengecewakan. Tiada bantahan keras ataupun persoalan yang dibangkitkan melainkan sekadar menyatakan kenyataan Karpal Singh itu hanyalah kata-kata dari seorang yang sudah tua. Dengan kata lain, bagi Nik Aziz kenyataan berbaur provokasi oleh Karpal Singh itu boleh diremehkan begitu sahaja.

Sedangkan sejarah menunjukkan tiap bait kata yang keluar dari mulut Karpal Singh seringkali melambangkan prinsip dan dasar DAP sebagaimana dibuktikan dalam bantahan keras DAP terhadap isu negara Islam, hukum hudud, isu kalimah Allah s.w.t, hak keistimewaan Melayu & Bumiputera dan lain-lain.

Justeru itu, melihat pada respon Nik Aziz yang seumpama melepaskan batuk di tangga, rasanya tidak salah untuk kita beranggapan yang Nik Aziz sebenarnya seperti merestui kenyataan Karpal Singh yang mahu jawatan Perdana Menteri dikuasai oleh bukan Melayu.

Untuk menguasai pemerintahan negara secara majoriti mudah, pembangkang hanya memerlukan 112 kerusi daripada keseluruhan 222 jumlah kerusi parlimen. Sekiranya 40 kerusi parlimen pembangkang itu milik DAP dibantu dengan sokongan 20 lagi ahli parlimen PKR bukan Melayu, tentu saja impian DAP mudah tercapai.

Bayangkan jika benar tampuk pemerintahan negara ini jatuh ke tangan pembangkang, tika itu mahukah Nik Aziz berdolak dalik mengatakan kenyataan Karpal Singh itu hanyalah ucapkata dan angan-angan orang tua sahaja...?

Video Klip AJK Masjid Tmn. Sri Pulai Perdana Berjaya Halang Anwar & Din Puduraya Guna Masjid Untuk Ceramah Politik...!


Tahniah diucapkan kepada AJK Masjid Taman Sri Pulai Perdana dalam Parlimen Pulai yang tegas dengan peraturan! Anwar dan Din Puduraya perlu diberitahu untuk patuh kepada syarat dan undang undang!

Rumah Allah bukan tempat berpolitik! Kalau nak berpolitik UMNO lebih layak dan berhak kerana masjid tu Kerajaan UMNO yang bina! Jenis perosak ni datang masjid orang hanya untuk membawa perpecahan! Apa punya bangsat ni!

Blog Putra Merdeka

Kemuncak HJBN 2012 - Majoriti Belia Cintakan Keamanan, Bukan 'Demo Crazy' [Video Inside Ucapan Najib]

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan majoriti belia yang hadir di perhimpunan semalam sebagai mereka yang cintakan keamanan serta tahu menghormati dan menyanjung amalan prinsip berparlimen.

Najib ketika berucap merasmikan himpunan berkenaan berkata, negara tidak mampu bergantung harap kepada belia yang 'demo crazy' (gila demonstrasi).

"Kalau kita melakarkan imej seorang yang liar yang menendang anggota polis, terbaring atas jalan maka ini bukan gambaran belia yang boleh menjamin masa depan kita.

"Begitu juga dengan mereka yang sedang melonjak-lonjak atas kereta polis, bukan gambaran belia yang bersopan santun yang boleh rakyat bergantung harap untuk masa depan negara," katanya.

Perdana Menteri turut menggariskan lima ciri belia bagi negara untuk bergantung harapan, iaitu, mereka yang cintakan keamanan, beradab, berhemah mulia, tertib dan menghormati undang-undang.

"Yang boleh jadi contoh adalah saudara saudari yang berhimpun di himpunan belia di sini. Majoriti adalah belia macam saudara saudari, jangan biarkan segelintir belia hijack agenda dan imej negara kita," kata Najib.

"Saya nak tunjuk imej himpunan kita ini, bagaimana kita duduk dalam keadaan aman, tak ada ketakutan, tak ramai pun anggota polis.

"Polis pun agak lega, polis pun tak rasa cemas, orang ramai pun tak rasa cemas, inilah gambaran belia yang boleh menjamin hari esok lebih baik dari hari ini.

"Belia bukan 'demo crazy' tetapi mereka menghormati dan menyanjung amalan prinsip berparlimen, belia ada kuasa untuk menggunakan kuasa itu dengan penuh kematangan, menggunakan kuasa dengan penuh bijaksana," kata Perdana Menteri.

Saturday, May 26, 2012

GEMPAARR..! Nurul Izzah Mengaku, ".. ..Saya NAK Makan Aiskrim Azmin"

KISAH BENAR....! KLIK SINI

Sumpah Demi Allah..! Video Ini Terbaeekk.., Penjilat Anwar Akan Bertaubat Selepas Menonton Nie...



Maafkanlah Ambiga...! Please...

Setelah mengetuai 25,000 orang untuk membuat provokasi terhadap pihak polis di jalanan yang akhirnya berakhir dengan huru-hara, kecederaan, kerosakan terhadap harta awam dan mengotorkan kawasan tersebut dengan sampah-sarap…!

Ambiga dengan tidak malunya tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang terjadi. Dia mendakwa bahawa dia tidak mengarahkan penyokong-penyokongnya supaya mengganas. Ambiga langsung tidak menyesal terhadap tindakannya yang enggan menerima Stadium Merdeka untuk menjalankan perhimpunan aman 'Duduk Dan Bantahnya'.

Apa yang Ambiga mahu adalah publisiti dan sokongan dari parti-parti tententu terhadap bantahan yang dilakukan. Dia berharap agar BERSIH mampu membantu gologan liberal dalam meraih kuasa. Namun, dia tetap gagal untuk membawa pendekatan ini di jalanan.

Sekurang-kurangnya, rakyat sedar bahawa BERSIH seakan-akan menunjukkan bahawa Pilihan Raya Umum (PRU) tidak akan bersih dan mereka akan menjalankan lebih banyak protes dan mereka juga akan membawa lebih ramai media asing yang akan membantu dalam menjatuhkan kerajaan.

Ambiga pasti menjangkakan bahawa dia akan dikutuk oleh penyokong kerajaan. Namun, dia pasti mempunyai 'kekuatan dan semangat' yang kental. Jadi, apabila semuanya berakhir, dia pasti menjangkakan bahawa rakyat pasti akan sentiasa menyebut-nyebut tentang semangat 'keheroan-nya'

Dia pasti tidak menjangka bahawa orang-orang biasa atau 'nobodies', akan membantah dan mengamuk akibat daripada kesan BERSIH 3.0. Sebenarnya, mereka tidak berbuat banyak, mereka hanya memasang gerai-gerai dan menari sedikit di hadapan rumahnya, tetapi itu sudah cukup untuk menakutkan Ambiga.

Dalam keadaan panik, dia menyifatkan mereka sebagai bodoh, tidak matang, dan penganggur yang tidak mempunyai apa-apa yang lebih baik untuk dilakukan. Ambiga marah kerana mereka telah mengganggu jiran-jirannya, melanggar hak privasinya dan mengotorkan kawasan rumahnya dengan sampah-sarap di sepanjang jalan di rumahnya.

Apa yang dia tidak sedar adalah dia telah lakukan perkara yang sama terhadap peniaga-peniaga tersebut, lebih teruk lagi, kerana dia telah menganggu pendapatan harian mereka. Dia tidak sedar bahawa terdapat banyak perumahan di Kuala Lumpur dan juga di sepanjang jalan yang dikotori oleh BERSIH pada 28hb April 2012.

Penduduk di pangsapuri, tetamu di hotel-hotel yang pasti mempunyai rancangan hari itu bnagaimanapun terkandas, takut dan tertanya-tanya mengapa Ambiga hancurkan rancangan mereka pada hari tersebut.

Semestinya, Ambiga akan memberi alasan bahawa ianya hanya dijalankan selama 'satu' hari. Tetapi, BERSIH 2.0 pada 9 Julai 2011 juga dijalankan selama 'satu' hari. Dan kini terdapat khabar angin yang mengatakan bahawa satu lagi protes akan dijalankan kerana PAS sudah mula meroyan untuk menjalankan 'satu' lagi demonstrasi. Jadi, tiada siapa yang tahu berapa 'satu' hari lagi Ambiga akan jalankan.

Ada yang boleh mengatakan bahawa perbuatan membalas dendam adalah kebudak-budakan. Walau bagaimanapun, kita mehu mengucapkan tahniah kepada yang para peniaga dan yang rakyat yang datang untuk memperjuangkan hak-hak mereka menyatakan bantahan mereka terhadap BERSIH dan melakukannya di tempat yang betul - di hadapan rumah Ambiga.

Ambiga mendakwa bahawa dia mewakili suara majoriti rakyat.Namun, para meniaga tersebut adalah antara mereka yang tidak pernah menyokong Ambiga. Terdapat beberapa laporan polis dan panggilan yang telah dibuat bagi membatalkan perhimpunan BERSIH, dan ianya dibuat oleh rakyat.

Adakah Ambiga dengar akan rintihan rakyat..?

Dan bilakah rakyat pernah mengundi Ambiga untuk mewakili kita..? Dia semestinya tidak mewakili penulis, keluarga, rakan sekerja dan rakan-rakan penulis yang kini tidak tahan melayan kerenah dari Ambiga.

Apapun, rakyat perlu bersyukur kerana Ambiga akhirnya belajar dari kesilapan setelah dua lagi kumpulan telah datang ke rumahnya untuk membantah BERSIH. Jadi, setelah menerima segala memo, gangguan dan 'pasar malam aman' di hadapan rumahnya. Ratu LGBT ini tidak mampu bertahan lagi.

Akhirnya, dia meminta maaf…!

Kita tidak perlu mempersoalkan seikhlas mana Ambiga dalam memohon maaf.

Dengan ini, kita percaya bahawa Ambiga tidak akan menggangu kita, rakyat Malaysia. Dan jika dia masih berbuat demikian, pasti jiran-jiran Ambiga akan menghalau ratu LGBT ini keluar dari kawasan perumahan mereka.

Hasil Nukilan – Beruang Biru

Sham Kamikaze MERIAHKAN Himpunan Jutaan BELIA 2012, Pemuda PAS Garu Kepala....!!

Hiburan boleh dijadikan sebagai medium dalam menyebarkan dakwah dan nilai-nilai keagamaan kepada golongan belia masa kini.

Isu tersebut telah dibincangkan pada program Borak- borak Kopi O Biskut Kering malam tadi sempena Himpunan Jutaan Belia 2012 yang bermula pada 23 hingga 27 Mei, di sini.

Sham Kamikaze yang juga dikenali sebagai pemain gitar kumpulan tersebut dijemput sebagai salah seorang ahli panel bagi program berbentuk bual bicara ini.

“ Saya pernah menyertai bengkel yang dianjurkan oleh ahli jawatankuasa masjid dimana saya perlu mengajar golongan belia bermain gitar. Tetapi, bengkel tersebut bukan sahaja berkaitan dengan bermain gitar tetapi secara tidak langsung, belia yang menyertainya juga akan diajak untuk menunaikan solat berjemaah,” katanya.

Menurut Sham lagi, kita tidak seharusnya mendakwa bahawa bermain gitar itu adalah haram kerana secara tidak langsung terdapat dakwah yang boleh disampaikan kepada golongan belia melalui pendekatan tersebut.

"PAKAR" BN Selangor Selesai Aduan Rakyat.... Khalid Gagap Tambah Masalah Rakyat

Sehingga kini, Pusat Khidmat Rakyat (PAKAR) Barisan Nasional Selangor telah menerima sehingga 3,269 panggilan. Ianya merupakan peningkatan sehingga 37% sejak dilancarkan oleh Perdana Menteri pada 10 Mei 2012.

PAKAR telah menerima 1,306 panggilan dalam tempoh seminggu sejak pelancaran oleh Perdana Menteri berbanding 1,963 panggilan sejak sebulan beroperasi iaitu dari 9 April 2012 hingga 9 Mei 2012.

Dari 1,306 panggilan yang diterima, 938 (72%) aduan dan masalah telah diselesaikan sementara lagi 368 (28%) masih diperingkat siasatan.

Antara masalah yang telah diselesaikan ialah melibatkan Bantuan Rakyat 1Malaysia, maklumat pengundi dan masalah kebajikan dengan menyalurkannya kepada agensi-agensi yang berkaitan. Masalah yang masih belum diselesaikan pula adalah melibatkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Tiga parlimen yang paling banyak membuat aduan ialah dari Kota Raja 42 kes, Kapar 32 kes dan Shah Alam 20 kes. Kebanyakan aduan yang melibatkan PBT adalah seperti masalah rumput yang tidak dipotong, longkang tersumbat dan sampah yang masih tidak dikutip.

Selain itu, PAKAR juga menerima panggilan bagi meminta bantuan kebajikan terutamanya dari golongan warga emas, OKU, ibu tunggal dan pesara yang kesemuanya telah disalurkan kepada pihak-pihak yang berkaitan.

Ini jelas menunjukkan bahawa PAKAR adalah sangat relevan dan menjadi tempat mengadu rakyat Selangor yang tidak lagi mempercayai Kerajaan Negeri Selangor. Ini juga secara tidak langsung membuktikan bahawa Kerajaan Pakatan Negeri Selangor tidak menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka dengan baik.

Sayangi Selangor, Yakini BN

Dato’ Sri Ir Mohd Zin Mohamed
Koordinator BN Selangor

Himpunan Jutaan Belia 2012 - Sempoi Shabery Cheek Bersantai....

Kemeriahan Himpunan Jutaan BELIA 2012 di Putrajaya semakin hangat dirasai...

Bermacam macam program, pelbagai aturcara menantikan pengunjung terutamanya golongan anak anak muda untuk menghabiskan masa hujung minggu dengan lebih berfaedah daripada menjadi juak juak murahan pencacai Pembangkang yang hanya tahu berhimpun secara haram dan mencederakan anggota polis...

Tahniah buat Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Shabery Cheek...!!

Friday, May 25, 2012

Bocor Dari Pejabat MB Selangor...! Faekah Akui Kenyataan Zin Mohamed Sangat Bernas Dan Tepat

Seperti yang semua maklum, Negeri Selangor kini mengalami masalah air yang genting disebabkan kadar rizab air di negeri ini hanya tinggal 2.4 peratus sahaja berbanding kadar yang sepatutnya iaitu 20 peratus.

Masalah ini dikhuatiri akan berpanjangan sekiranya Kerajaan Negeri pimpinan Khalid Ibrahim masih enggan memberi kebenaran supaya Projek Loji Rawatan Air Langat 2 diteruskan seperti yang dirancang.

Kajian menunjukkan Lembah Klang akan mengalami krisis air yang serius pada 2014 jika tiada usaha bersepadu mendapatkan bekalan air mentah dari luar Lembah Klang.

Pelbagai kajian dilakukan bagi menangani perkara ini dan akhirnya keputusan untuk menyalurkan air mentah dari Pahang diputuskan memandangkan ianya melibatkan kos yang paling kompetetif.

Isu bekalan air di negeri ini sangat serius hingga akan menyebabkan 129 kilang dengan nilai pelaburan RM3.8 bilion dan menjana 12,300 peluang pekerjaan tidak dapat dijalankan. Sejumlah projek perumahan juga tidak dapat dilaksanakan kerana dikhuatiri tidak dapat menyediakan bekalan air yang mencukupi.

Masalah melibatkan air merupakan sesuatu yang serius. Sebagai contoh, negara jiran kita Singapura langsung tidak mempolitikkan masalah air mereka kerana mereka menganggap sumber air adalah satu keperluan asas yang penting sehingga melibatkan ‘national security’.

Sebaliknya Kerajaan Negeri Selangor sanggup berdolak dalih malah tergamak menahan kelulusan yang telah diperolehi sebelum ini semata-mata kerana kepentingan politik sempit mereka. Menteri Besar Selangor bukan sahaja sanggup membawa perkara ini ke peringkat antarabangsa bagi meraih simpati malah menabur fitnah apabila menuduh Syarikat yang mengendalikan operasi Air di Selangor sebagai tidak berkeupayaan.

Isu ini juga telah mendapat teguran Tuanku Sultan Selangor. Baginda sendiri bertitah agar isu air tidak dipolitikkan demi kepentingan rakyat Selangor. Masalah ini akan mengancam masa depan Selangor jika tidak ditangani dengan baik. Ini bukan masanya kita hendak bermain politik.

Kesanggupan Kerajaan Selangor membatalkan kelulusan yang telah diperolehi sejurus selepas menang PRU 2008 yang lalu menunjukkan sikap hipokrit Kerajaan Pakatan PKR-DAP dan PAS.

Projek Loji Rawatan Air Langat 2 yang hampir siap tidak dapat dinikmati hasilnya oleh Rakyat Selangor kerana kerajaan Pakatan di Selangor mementingkan diri sendiri. Padahal ianya merupakan perkara penting dan air sendiri merupakan sumber utama yang diperlukan oleh Rakyat Selangor.

Kerajaan Pakatan lebih suka berpolitik dari memikirkan soal kebajikan rakyat. Mereka lebih takut jika BN mendapat ‘milage’ hasil Loji Air ini sehinggakan Khalid Ibrahim sendiri mengakui bahawa mereka sanggup menggunakan air lombong jika masalah air di Selangor berterusan.

Soalnya, bukankah untuk merawat air lombong juga memerlukan kos yang tinggi? Dan, sanggupkah kita menggunakan air lombong yang langsung tidak disalirkan dengan baik?

Tindakan kerajaan negeri bermain politik dalam isu air ini sangat tidak munasabah. Penstrukuturan air, kenaikan harga air dan pembinaan loji pembersihan air di Hulu Langat adalah isu yang berasingan.

Khalid Ibrahim memperjudikan nasib penduduk Lembah Klang hanya untuk menunjukkan beliau kononnya prihatin masalah rakyat tetapi sebenarnya menafikan hak rakyat untuk mendapat bekalan air bersih.

Soalnya kenapa projek penyaluran air untuk rakyat Selangor di politikan oleh kerajaan Pakatan? Bukan kah rakyat Selangor baik yang menyokong BN atau penyokong PR sama-sama mendapat menfaat dari projek itu?

Pada saya, sebab utama ialah kerana projek ini merupakan Projek Barisan Nasional. Jadi, kerajaan Selangor tidak mahu meneruskan projek ini. Hasilnya, kerugian adalah kepada Rakyat Selangor.

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini meminta kepada pihak media supaya membuat penyelidikan dan temuramah dengan pihak Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) bagi mengetahui betapa seriusnya masalah air ini dan ianya bukan isu politik yang sengaja dimainkan oleh pihak Barisan Nasional.

Ini melibatkan kepentingan orang awam dan Barisan Nasional Selangor bersedia untuk memastikan masalah ini selesai jika kami kembali memerintah Selangor selepas Pilihanraya Umum ke 13 nanti.

Sayangi Selangor, Yakini BN

Dato’ Sri Ir Mohd Zin Mohamed
Koordinator BN Selangor.