MARI SAMA SAMA KITA MEDOAKAN YANG TERBAIK

MARI SAMA SAMA KITA MEDOAKAN YANG TERBAIK

Tuesday, July 31, 2012

KISAH BENAR - Baca Dan Sebaaarrkaannn.....

Sumber-sumber dalaman mengesahkan bahawa PKR berada dalam keadaan yang agak ‘kecut’ untuk menghadapi Pilihanraya ke-13 kali ini.

PKR pada ketika ini mempunyai 31 kerusi dan mensasarkan tambahan 9 kerusi melalui PRU ini, menjadikan semuanya 40 kerusi. Walaubagaimanapun, analisis yang dibentangkan dalam Temurapat Pilihanraya parti tersebut memaksa PKR menerima realiti keadaan semasa yang menunjukkan jangkaan kehilangan 16 dari 31 kerusi sedia ada, dan hanya memenangi dua kerusi baru menjadikan jumlah kemenangan hanya 17 kerusi sahaja.

Kerusi-kerusi sedia ada yang dijangka jatuh ke tangan BN ialah Gombak, Indera Mahkota, Ketereh, PJS, Bagan Serai, Wangsa Maju, Ampang, Nibong Tebal, Selayang, Kelana Jaya, Merbok, Lembah Pantai, Telok Kemang, Kuala Langat, Sg. Siput dan Hulu Selangor.

Kerusi baru yang dijangka dapat ditawan ialah Bukit Katil dan Pandan.

Sebenarnya, ketidakyakinan PKR untuk menghadapi PRU adalah berasas. Ini berdasarkan hasil kajiselidik yang diadakan oleh beberapa pihak antaranya, Majlis Professor, universiti-universiti tempatan serta Merdeka Center yang menunjukkan bahawa populariti parti pembangkang semakin merosot akhir-akhir ini.

Malah, dalam semua kajian menunjukkan yang undi masyarakat Cina yang sebelum ini dikatakan amat kritikal bagi BN, juga semakin positif di pihak BN. Merdeka Center, contohnya, mendapati bahawa kaum Cina merasa gembira apabila Perdana Menteri mengiktiraf sijil Koleh TAR dan menghapuskan Akta Hasutan.

Dengan itu, PKR hanya mampu mensasarkan maksima 70% undi Cina bagi PRU kali ini walaupun sebelum ini begitu gah mengumumkan mendapat sokongan lebih 90% dari kaum itu.

PKR juga menyedari yang undi Melayu kini berbalik kepada BN dengan pantas sekali...!

Oleh yang demikian, antara strategi yang digariskan untuk menghadapi pilihanraya kali ini ialah agar Ketua Umum membuat kenyataan berani dan besar mengenai pembelaan kaum Melayu termasuk menjuarai beberapa kes kontroversi yang melibatkan nasib orang Melayu.

Nampaknya, PKR sekali lagi akan membuat ‘U Turn’ dengan kembali mengangkat perjuangan Melayu. Sebelum ini, PKR seperti juga PAS, telah ‘mempersetankan’ sahaja perjuangan demi bangsa Melayu.

Siapa yang boleh lupa bagaimana beberapa pemimpin mereka mengungkap kata-kata ‘malu menjadi Melayu...’. Malah, Anwar sendiri menghina ketuanan Melayu.

Kononnya, bangsa tidak membawa apa-apa makna dan perlu dilupakan jika kita ingin hidup dalam suasana harmoni dan bersatu padu.

Sedangkan, kaum Cina dan India diberi ruang sebesar-besarnya untuk membela bangsa dan mempertahankan budaya dan bahasa bagi menyatakan kewujudan mereka yang kukuh di negara ini.

Kita pasti tidak semua kaum Melayu itu mudah lupa dan akan melupakan sahaja kata-kata dan layanan PKR terhadap mereka.

Oleh itu, jika PKR serius ingin mengangkat strategi ‘membela Melayu’ ini sebagai peluru untuk menyerang BN dalam pilihanraya, maka rasanya PKR terpaksa menambahkan lagi bilangan jangkaan kerusi yang mereka akan kalah.

Walaubagaimanapun, kita percaya, PKR cukup sedar akan kesilapan mereka dalam menangani soal ‘Melayu’ sebelum ini. Oleh yang demikian, mereka tidak meletakkan kaum Melayu sebagai satu faktor khas dalam Sasaran Pengundi.

Secara keseluruhannya, pembentangan di dalam Temurapat Pilihanraya PKR tersebut meletakkan hanya tiga golongan sebagai sasaran pengundi iaitu:
  1. 'working class’ yang mengundi mengikut isu dan berumur antara 26 – 45 tahun,
  2. ‘golongan muda’ yang mengundi mengikut sentimen ahli politik muda dan berumur antara 22 – 25 tahun serta
  3. 'pengundi India’ yang menjadi kumpulan penentu dan cenderung untuk beralih undi secara besar-besaran.
Secara dasarnya, nampak jelas bahawa PKR sendiri masih mencari-cari kekuatan diri untuk menghadapi PRU kali ini.

Masalah yang dihadapi PKR ialah sama seperti semua parti-parti sekutu dalam Pakatan Rakyat, iaitu walaupun mereka berada dalam satu pakatan tetapi mereka perlu menerima hakikat bahawa mereka sebenarnya adalah bersendirian.

Dengan itu, mereka bukan sahaja beradu kekuatan dengan BN tetapi secara tidak langsung mereka juga terpaksa membuktikan kekuatan sesama sendiri bagi memastikan parti dan pemimpin mereka tetap ‘diberi muka’ sekiranya PR menang dalam PRU ini.

Lebih malang lagi bagi PKR ialah apabila terdapat beberapa pihak di dalam kepimpinan atasan parti itu sendiri yang juga beradu kekuatan sesama mereka.

Kewujudan beberapa ‘kem’ dan peningkatan rasa curiga serta ‘dingin’ di antara pemimpin-pemimpin PKR ini juga secara tidak langsung menyumbang kepada ketidakyakinan mereka untuk menang dalam Pilihanraya.

Part 7 - Siapa Tunggang Siapa..? Siapa Yang Kaut Untung, Siapa Jadi Balaci…?

Kalau sudah dasar PENIPU yang bijak membelit, maka tidak hairanlah Kamal Hisham boleh mempersendakan kaedah hukum agama untuk menangguk di air yang keroh…

Sepertimana yang telah dijelaskan pada episod episod yang lepas, keseluruhannya cerita benar mengenai Kamal Hisham ini bertaut kepada asasnya menipu rakyat Johor dengan menjual nama Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor [boleh baca semula pada akhir penulisan kali ini]

Episod kali ini agak menarik…. Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, disamping kita berpuasa, bersolat tarawih, memperbanyakkan amal ibadah kita juga sudah pasti akan menunaikan tanggungjawab kita membayar Zakat Fitrah.

Zakat ini adalah ibadah yang amat erat perkaitannya dengan urusan pemerintahan. Jika dibandingkan dengan ibadah wajib dan rukun yang lain, solat, puasa dan haji misalnya, maka zakat adalah ibadah yang melibatkan kepentingan umum (maslahah ‘ammah).

Dalam istilah lain disebut ‘amalan ijtimaiyyah’, yang mana jika ia tidak dilakukan dengan sempurna, maka kesan buruknya akan menimpa orang lain, yakni asnaf yang lapan.

Berbeza dengan solat, puasa dan haji, ia adalah ‘amalan fardhiyyah’, yang perlaksanaannya tidak melibatkan kepentingan umum umat Islam. Orang yang enggan bersolat dikira berdosa; namun jirannya yang kelaparan kerana tiada makanan tidak menanggung kesannya.

Tetapi jika dia kaya dan enggan berzakat, maka ramai fakir miskin akan terus hidup melarat.

Begitu cekapnya dan bijaknya kepala otak si Kamal Hisham berbelit…! Anak muda yang mengaku “orang kanan” Istana Johor ini telah melancarkan kutipan Zakat dikalangan beberapa syarikat korperat dinegeri Johor secara besar-besaran.

Modus Operandinya tetap sama…! Ini titah Sultan, maka formulanya itu telah berjaya membelit beberapa syarikat korperat dan juga beberapa syarikat gergasi yang berurusan dengan kerajaan negeri Johor.

Tambah berperisa kisah unik ini apabila Kamal menyatakan bahawa beliau dilantik sebagai AMIL untuk mengutip zakat zakat ini dan sekaligus mengenakan yuran khidmatnya sebagai AMIL Korperat…!

Demikianlah kisahnya si penipu yang berjaya menyamun untuk menambah kekayaan buat dirinya…

Part 6 - Siapa Tunggang Siapa..? Siapa Yang Kaut Untung, Siapa Jadi Balaci…?
Part 5 - Siapa Tunggang Siapa..? Siapa Yang Kaut Untung, Siapa Jadi Balaci…?
Part 4 - Siapa Tunggang Siapa..? Siapa Yang Kaut Untung, Siapa Jadi Balaci…?
Part 3 - Siapa Tunggang Siapa..? Siapa Yang Kaut Untung, Siapa Jadi Balaci…?
Part 2 - Siapa Tunggang Siapa..? Siapa Yang Kaut Untung, Siapa Jadi Balaci…?
Part 1 - Siapa Tunggang Siapa..? Siapa Yang Kaut Untung, Siapa Jadi Balaci…?
Introduction - Panasnya Kisah Putar Alam

Full Version Kisah Sedih Isteri Ahli Parlimen Kuala Langat ...! Yb Zuraidah Ampang Jadi DALANG

Halimah Mohd Sahat 48, telah mendirikan rumahtangga dengan Abdullah Sani Abdul Hamid , dimana suaminya kini merupakan Ahli Parlimen PKR Kuala Langat Selangor.

Mereka dikurniakan enam orang anak. Seorang menantu dan seorang cucu. Sebelum ini Halimah hidup aman bahagia bersama suami dan anak-anaknya.

Bagaimanapun suasana telah berubah selepas suami bergelar YB apabila memenangi pertandingan dalam Pilihanraya umum ke 12 untuk kerusi Kuala Langat (Banting) atas tiket PKR.

Pada peringkat awal bergelar YB tidak ada masalah yang timbul. Suasana berubah tidak berapa lama kemudian apabila YB PKR itu berkenalan dengan seorang Wanita PKR Hulu Selangor yang dikenali sebagai Faizah Ariffin, yang juga merupakan seorang Mak Andam.

Sikap suaminya mula berubah dan berlaku penderaan secara mental terhadap Halimah. Faizah juga sering mengganggu hidup Halimah termasuk mencabar Halimah menerima dirinya sebagai madu....!

Halimah hidup dalam keadaan tertekan kerana tidak dipedulikan suami, ditengking dan dimarahi dalam tempoh yang agak lama. Halimah mengadu kepada kepimpinan PKR peringkat pusat.

Ketua Wanita PKR, Zuraidah Kamaruddin diberi tanggungjawab oleh PKR Pusat untuk menyelesaikan kes rumah tangga Ahli Parlimen mereka. Zuraida pernah berkunjung ke rumah Halimah di Banting pada 2011. Namun sekadar hanya meminta supaya Halimah bersabar.

Faizah Ariffin juga mempunyai hubungan yang baik dengan Zuraidah....

Dalam kes ini Zuraidah telah menjadi kapak dua mata. Dengan Halimah dia minta supaya bersabar dan berjanji akan menolong. Manakala dengan Faizah pula, dia galakkan supaya bernikah dengan Abdullah Sani atau yang dia panggil Dollah.

Akhirnya Abdullah Sani telah bernikah dengan Faizah Ariffin pada 18.03.2011 di Songhkla Thailand. Pernikahan mereka disahkan oleh Konsulat Malaysia di Songhkla melalui satu surat yang dikeluarkan oleh Konsul berkenaan.

Selepas bernikah Faizah dengan penuh lagak dan sombong pergi ke rumah Halimah bersama-sama surat nikah untuk memaklumkan dia telah bernikah dengan suami Halimah.

Halimah hidup dengan penuh sabar kerana mengenangkan anak-anak walaupun suaminya telah melakukan beliau seperti anjing kurap.

Kemuncak kepada krisis Halimah bersama suaminya adalah pada seminggu sebelum Ramadhan 1433H yang kita sedang lalui sekarang. Seminggu sebelum Ramadhan Halimah mendapat perkhabaran dari adik beradiknya tentang kesihatan bapanya di kampung yang agak tidak berapa baik.

Halimah megambil keputusan untuk melawat bapanya memandangkan ibunya telah meninggal dunia. Suami Halimah yang juga Ahli Parlimen PKR enggan turut sama pulang melawat bapa Halimah. Lalu Halimah mengambil keputusan untuk pulang berseorangan ke kampung dengan menaiki bas ekspress.

Selama seminggu berada di kampung dan pada hari pertama Ramadhan, Halimah mengambil keputusan untuk pulang ke rumahnya di Banting. Maklumlah tanggungjawab sebagai isteri dan ibu akan meningkat di bulan puasa...

Halimah memikirkan tanggungjawabnya terhadap suami dan anak-anak, sebab itu beliau tinggalkan bapanya yang sedang uzur untuk pulang menunaikan tugas tugasnya.

Dari kampungnya di Changkat Jering Perak, Halimah pulang dengan menaiki bas ekspress menuju ke Klang. Sebaik tiba di Klang Sentral lebih kurang jam 2 petang, Halimah telah menghubungi suaminya untuk meminta mengambilnya di Klang Sentral dan pulang ke rumah mereka di Banting.

Namun jawapan suaminya sungguh mengejutkan dan perkara tersebut tidak patut berlaku di bulan Ramadhan, apatah lagi di hari pertama Ramadhan dan dilakukan oleh seseorang yang bertaraf pemimpin...!

Dalam perbualan telefon tersebut, Ahli Parlimen PKR berkenaan telah menengking Halimah dengan berkata " AKU DAH HALAU HANG, PASAI APA HANG NAK BALIK SINI LAGI, EHHH AKU DAH TAK SUKA KAU LA...."

Apa yang diungkapkan oleh Ahli Parlimen PKR itu dinyatakan oleh Halimah dalam laporan polis yang dilakukannya. Halimah melakukan laporan itu bagi melindungi keselamatan dirinya.

Selepas suaminya enggan menjemputnya di Klang Sentral , Halimah menghubungi pula beberapa orang anaknya. Malang sekali, mereka juga enggan!

Akhirnya anak sulung Halimah datang juga menjemputnya. Namun apa yang memelikkan Halimah apabila anak-anaknya menghubunginya dan mengahalang dia dari pulang ke rumahnya di Banting.

Halimah tetap berkeras untuk pulang juga ke rumahnya...!

Dalam keseluruhan cerita Halimah, disinilah saat yang amat-amat menyedihkan....

Satu perkara yang tak terfikir dek akal dilakukan oleh seorang suami yang juga seorang wakil rakyat. Sesiapa sahaja yang mendengarnya pasti akan meremang bulu roma.... Inilah kecelakaan dan haram jadah seorang pemimpin PKR...!!

Setibanya di rumahnya Halimah terkejut apabila melihat beberapa barang-barangannya berada di luar rumah. Beliau masih mampu bersabar....

Beliau melangkah masuk ke dalam rumah dan melihat ada beberapa perubahan dalam rumahnya. Beliau masih mampu bersabar.....

Namun apabila beliau naik ke tingkat atas dan melangkah masuk ke dalam kamar tidurnya, disinilah bermula peristiwa yang tidak terfikir dek akal.

Halimah terasa bagaikan dipanah halilintar apabila melihat cadar tempat tidurnya telah ditukar dengan cadar milik orang lain....!

Kemudian apabila dibuka almari pakaiannya, bertambah mengejutkan..!!

Halimah mendapati pakaiannya yang disimpan dalam almari berkenaan telah dikeluarkan dan digantikan dengan pakaian betina lain.... Apa yang lebih memilukan Halimah apabila melihat pakaiannya yang dikeluarkan dari almari dan diisi dalam plastik sampah.

Kegembiraan yang dirancang untuk berbuka puasa bersama keluarga pada 1 Ramadhan hancur luluh buat Halimah....

Beliau turun ke bawah dan menuju kebahagian dapur. Sekali lagi beliau terkejut kerana melihat terdapat seorang 'pembantu rumah' didapurnya. Sedangkan sepanjang hidupnya berumah tangga bersama Abdullah Sani 27 tahun tidak pernah sesekali pun mereka ada pembantu rumah.

Di dapur juga Halimah melihat pinggan mangkuknya telah ditukar dan pinggan mangkuk miliknya telah diletakkan di luar rumah.

Dengan hati yang hancur remuk Halimah melangkah keluar dari rumah tersebut untuk menumpang di rumah saudaranya.

Tidak terfikir dek akal yang waras bagaimana mungkin seorang suami boleh bawa masuk isteri muda ke dalam rumah dan ke dalam bilik tidur isteri tuanya disaat beliau masih hidup dan mereka belum bercerai....!!

Mengikut maklumat yang kami dapat, sikap anak-anak Halimah juga turut dikesali. Kebanyakan mereka telah dewasa dan dapat berfikir dengan waras. Tetapi oleh kerana sikap pentingkan diri dan bernafsukan wang, mereka tinggalkan ibu mereka berjuang terkontang-kanting seorangan.

Mereka selalu berpesan kepada ibu mereka jangan lakukan itu atau ini kerana nanti abah tak bagi duit.

Kepada anak-anak Halimah, kalian semua tolong ingat, syurga di bawah tapak kaki ibu. Duit bapa kamu tidak akan membawa kamu ke syurga.

Puan Halimah sekarang sedang berjuang di Mahkamah Syariah bagi menuntut haknya. Namun beliau tidak ada wang untuk mendapatkan khidmat peguam. Beliau kini hidup dalam keadaan tertekan. Sudilah sekiranya ada pihak-pihak pertubuhan wanita atau mana-mana NGO boleh membantunya.

Sumber - Sel-13.com

Kurang Ajaaarr..!! Dayangku Intan HINA Rakyat Negeri Johor


“Saya tak sangka negeri yang terkenal sebagai sebuah negeri yang kaya-raya, pesat membangun rupa-rupanya indah khabar dari rupa,” ujar artis Dayangku Intan (gambar) ketika dihubungi.

Dayangku Intan kini berada di Johor sejak tiga minggu lalu bersama PKR negeri itu untuk turun ke bawah termasuk menyampaikan sumbangan kepada golongan miskin di negeri itu.

Katanya, rakyat negeri itu walaupun kawasan bandar hidup mereka begitu dhaif, lebih miskin dari masyarakat Kelantan.

“Saya heran media dan pemimpin BN dok kutuk Kelantan kononnya negeri itu dikatakan miskin, rakyat susah, tetapi sepanjang tiga minggu Intan di beberapa kawasan di negeri ini, sebenarnya indah khabar dari rupa.

“Negeri kaya, kaya dengan rasuah nak buat apa, tentu tak berkat,”ujarnya.

Menurutnya, dengan pendapatan RM150 sebulan sumbangan kerajaan negeri, mana mencukupi untuk mereka menyara hidup sebulan, apa lagi dengan harga barangan keperluan semakin tinggi.

Sambungnya, berlainan Kelantan negeri miskin tetapi rakyatnya kaya raya kerana keberkatan pemimpinnya yang berlandaskan Islam disamping menjaga harta rakyat.

SPRM Perlu SIASAT Berapa Juta Ringgit Yang Anwar Bayar Untuk Wilfred Bumburing & Lajim Ukin Keluar BN…?

Hujung minggu yang lepas adalah antara yang paling seronok dalam hidup Anwar....

Dah lama plan, tak menjadi. Tapi kali ni menjadi kenyataan. Anwar sangat gembira kerana keluarnya Lajim dan Wilfred Bumburing akan memberikan impak kepada politik Sabah.

Anwar cukup yakin, dengan kemasukan Lajim dan Bumburing, PKR akan mendapat tapak politik baru di Sabah.

Khabarnya, Anwar siap untuk menjanjikan ROTATION SYSTEM dihidupkan semula di Sabah. Ketua Menteri pertama yang bakal dilantik (jika Sabah jatuh kepada PKR) adalah Jefrrey Kitingan.

Anwar mahukan Sabah diletakkan di bawah kendalian Jefrrey buat sementara waktu. Memang ramai yang protes....! Azmin antara orang yang paling tak bersetuju.

Argument Azmin sangat mudah – Jeffrey tidak bergerak di atas semangat yang sama dengan PKR dan Pakatan Rakyat.

Sabah is meant for good Sabahan leader, kata Anwar di Tuaran. Soalnya siapa...? Jeffrey...? Anwar lupa bagaimana Jeffrey tinggal dan lubangkan kapal PKR di Sabah, sehingga Azmin terpaksa pergi tutup semula lubang....!

Anwar jelaskan kepada Azmin, "New politics is about wisdom. Forgive and forget. Kita nak menang PUTRAJAYA...!". Frasa kita nak menang Putrajaya ini yang jadi kacau bilau.

Lebih merosakkan lagi, apabila Lajim sibuk menjual kepada orang kampung – bahawa dia bakal KETUA MENTERI PR selepas Pilihanraya.

Mana satu betul ni...? Jefrrey atau Lajim....?? Rotation atau kekal...??? Banyak benda yang Anwar kena fikirkan.

Anwar kenal Lajim lama. Lajim ini memang pemain solo... Dia Primadona...!

Anwar tahu sangat perangai Lajim. Kalau boleh semua jawatan dia nak pegang. Malahan, pada satu ketika, Lajim pernah bergaduh dengan Pak Lah – sebab nakkan jawatan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS). Itulah Lajim Ukin....

Di kalangan orang PKR, ramai juga yang beranggapan Lajim bukan ASET. Tapi liabiliti kepada PKR...!

Ramai juga yang ingatkan Anwar – fail SPRM terhadap Lajim juga boleh tahan tebal. Mahukah PKR terpalit dengan orang yang begini...?

Ramai Ketua Cabang di Sabah masih sangsi dengan game Anwar kali ini. Ke mana arahnya..?

Blog Gelagat Anwar

Monday, July 30, 2012

TERKINI..! Khalid Gagap Arahkan Ahli Parlimen Kuala Langat Mohon Maaf Kepada Isterinya


Kita tangguhkan dahulu berita pada tajuk diatas sebab ada perkara yang lebih PENTING untuk rakyat baca dan faham dibawah ini. Silakan baca;

Seawal Ogos 2011 kerajaan pusat telah memberi amaran mengenai krisis bekalan air yang akan bakal melanda menjelang tahun 2014.

Bukan sahaja Selangor, malah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan juga Putrajaya akan turut merana dengan melibatkan lebih 1.8 juta pengguna.

Ini bermakna Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (TTHA) sudah menyalakan lampu amaran merah sejak setahun lalu supaya kerajaan Pakatan Rakyat Selangor bersikap rasional dan pro-rakyat untuk bekerjasama dalam menjayakan Skim Bekalan Air Mentah dari Pahang ke Selangor.

Skim mega ini melibatkan projek pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 dan pembinaan sistem-sistem bekalan air yang berkaitan dengannya.

Projek ini amat diperlukan kerana ia akan memastikan pemintaan bekalan air akan mampu ditampung secara stabil sehingga tahun 2029.

Apa yang Pakatan Rakyat lakukan setakat ini?

Mereka memilih untuk berpeluk tubuh dan tidak berbuat apa-apa dengan bermain politik kepartian sempit yang membahayakan kebajikan rakyat.

Pakatan Rakyat menunjukkan sikap keras kepala dan masih dengan alam fantasinya dengan mengatakan bekalan air terawat mencukupi sehingga tahun 2019.

Hasilnya, kini beberapa kawasan Kuala Lumpur,Hulu Langat dan Klang sering mengalami gangguan bekalan air akibat krisis air yang semakin serius di Lembah Klang.

Sebelum keadaan menjadi lebih parah, kerajaan pusat terpaksa mengambil langkah drastik untuk melaksanakan Projek Loji Rawatan Air Langat 2, samada dengan kerjasama kerajaan Pakatan Rakyat Selangor atau tidak.

Bagi kerajaan Barisan Nasional, kebajikan dan jaminan bekalan air bersih kepada rakyat wajib diutamakan, apa pun aral yang melintang atau halangan yang bakal di hadapinya dari Pakatan Rakyat.

Biarlah pembangkang bermain politik dengan menggadaikan hak rakyat namun BN sesekali tidak akan menghukum rakyat hanya kerana perbezaan fahaman politik.

Apabila ditekan oleh kerajaan pusat mengapa Pakatan Rakyat masih mahu menangguhkan Projek Loji Rawatan Air Langat 2, bermacam-macam alasan yang tidak logik dan masuk akal diberikan oleh Menteri Besar dan pemimpin-pemimpin pembangkang.

Pakatan Rakyat bukan sahaja mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan malah memutar belit fakta kerana takut rakyat menolak mereka apabila tahu kedudukan isu yang sebenar.

Pada 23 Julai lalu, Exco Kesihatan,Pekerja Ladang,Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Selangor, Dr Xavier Jayakumar mendakwa kerajaan negeri memohon RM225 juta dari kerajaan pusat bagi meningkatkan penjanaan air terawat di Loji Rawatan Air Sungai Selangor 1 (SSP1) dan Sungai Selangor 3 (SSP3).

Pakatan Rakyat cuba mengalih kesalahan ke atas bahu kerajaan pusat sekiranya permohonan peruntukan itu tidak diluluskan.

Sebenarnya sudah lama kerajaan pusat mengambil inisiatif untuk melaksanakan projek-projek mitigasi bagi mengelakkan krisis air berlaku di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya walaupun mendapat tentangan daripada Pakatan Rakyat Selangor.
Walaupun kerajaan negeri bertanggungjawab untuk memastikan semua loji rawatan air di Selangor membekalkan air terawat yang mencukupi untuk diagihkan kepada pengguna, namun kerajaan pusat prihatin dengan meluluskan peruntukan RM606 juta bagi pelaksanaan lapan projek mitigasi bagi mengelak krisis air pada tahun 2014.

Dengan kelulusan dana tersebut, kerajaan negeri Selangor kemudian bersetuju pula untuk melaksanakan 5 daripada 8 projek tersebut bernilai RM301 juta.

Bukankah dengan bersetuju melaksanakan lima projek mitigasi dengan bantuan kewangan dari kerajaan pusat, Selangor sebenarnya akur kebenaran bahawa krisis air akan berlaku dua tahun dari sekarang?

Maka hujah Pakatan Rakyat mengatakan bekalan air terawat mencukupi sehingga 2019 adalah palsu dan tidak disokong oleh fakta yang jelas.

Pada hari yang sama juga di dalam lama sesawang Selangorku, Dr Xavier membuat satu lagi pembohongan bahawa tanggungjawab menyelenggara dan meningkatkan kemampuan aset air di Selangor seperti loji adalah di bawah kerajaan pusat dan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).

Beliau memberi alasan palsu dengan mengatakan aset-aset air tersebut telah dipajak kepada kerajaan pusat dan Syabas.

Hakikatnya, Selangor sebagai pemilik semua aset air di negeri itu, tidak pernah memajak mana-mana aset airnya kepada kerajaan pusat apa lagi Syabas.

Kedudukan sebenarnya adalah begini - kerajaan negeri Selangor memiliki aset air sebagaimana peruntukan perundangan di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) khususnya di bawah Seksyen 188 Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655).

Akta ini bertanggungjawab bagi memastikan ketersediaan bekalan air terawat atau 'water supply availability' di loji-loji rawatan air di negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Fungsi utama Syabas hanyalah
sebagai operator pengagihan air di negeri Selangor iaitu untuk membekal dan mengagihkan bekalan air terawat.

Tugas teras Syabas ini telah termaktub di bawah Seksyen 191 Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) oleh SPAN.

Jadi bukan menjadi bidang tugas Syabas untuk memastikan ketersediaan bekalan air terawat.

Kemudian pembohongan berterusan Pakatan Rakyat berhubung isu air di Selangor di sambung pula oleh Ahli Parlimen Klang dari DAP, Charles Santiago.

Beliau berkata kenyataan Timbalan Perdana Menteri bahawa catuan air tidak perlu dalam masa terdekat menunjukkan Selangor tidak mengalami krisis bekalan air sekaligus menafikan keperluan pembinaan Projek Loji Rawatan Air Langat 2.

Kenyataan Tan Sri Muyiddin Yasin sama sekali tidak bercanggah dengan kenyataan Menteri TTHA, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui sebelumna yang mengatakan krisis air akan berlaku pada tahun 2014.

Perlu diketahui bahawa kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang sehingga kini enggan memberi kelulusan 'development order' bagi Projek Loji Rawatan Air Langat 2 supaya projek itu dapat disiapkan pada tahun 2014.

Untuk menyelamatkan keadaan,
kerajaan pusat meluluskan peruntukan RM606 seperti yang telah diterangkan di atas.

Mungkin wakil rakyat DAP itu tidak membaca atau cuba menafikan kenyataan SPAN bahawa walaupun bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya keseluruhannya masih terkawal, terdapat beberapa kawasan dikenal pasti sering mengalami gangguan bekalan air.

Ini kerana rizab simpanan air yang sangat rendah iaitu purata 2.5 peratus sahaja berbanding paras optimum sebanyak 10 peratus.

Atas pandangan ini, maka Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Isu-Isu Bekalan Air Selangor telah memutuskan catuan air tidak perlu buat masa ini kerana bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya adalah mencukupi.

Bagaimanapun kerajaan meminta SPAN mengenal pasti kawasan yang kerap menghadapi gangguan bekalan air dan menyediakan pelan kontingensi sebagai persediaan menghadapi catuan.

Jika perlu, SPAN harus berbincang dengan Syabas dan kerajaan negeri Selangor bagimemastikan pengguna di kawasan terbabit mendapat maklumat yang jelas mengenai sebarang catuan air di masa hadapan.

Tidak cukup dengan dakwaan menyeleweng itu, Charles bermain dengan kata-kata bahawa jika tidak perlu catuan air, maka tidak adalah masalah air.

Jika tidak ada masalah air, mengapa pula kerajaan pusat mahu membina Loji Rawatan Air Langat 2?

Ini yang dikatakan logik songsang puak pembangkang.

Tidak mengenakan catuan air buat masa sekarang tidak bermakna masalah air tidak akan wujud pada masa akan datang.

Berlainan dengan mentaliti pembangkang yang mempunyai akal pendek dan fikiran cetek, kerajaan pusat telah melakukan kajian terperinci sejak tahun 2000 lagi mengenai Projek Loji Rawatan Air Langat 2 yang dirancang untuk memenuhi permintaan bekalan air pada tahun 2014.

Hasil kajian ini telah diperakui oleh SPAN yang juga menjangka jumlah bekalan air dalam sistem bekalan air sedia ada tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan pada tahun 2014.

Malah SPAN juga mengunjurkan bekalan air yang dikeluarkan oleh 34 loji rawatan air di Selangor hanya dapat memenuhi permintaan air sehingga penghujung tahun 2012 sahaja!

Oleh itu, amat penting Loji Rawatan Air Langat 2 dibina sekarang bagi mengelakkan sebarabg krisis air menjelang, bak kata pepatah sediakan payung sebelum hujan.

Charles juga menunjukkan kebodohannya dengan mendakwa desakan membina Loji Rawatan Air Langat 2 adalah untuk memberi kontrak pembinaan lumayan kepada kroni Umno-BN.
Telah diumum serta ditegaskan oleh kerajaan pusat Projek Loji Rawatan Air Langat 2 akan cdilaksanakan secara tender terbuka kepada semua syarikat yang berkelayakan, malah anak syarikat kerajaan negeri Selangor juga dijemput menyertai proses tender.

Jadi jelas wakil rakyat DAP itu mereka-reka cerita untuk menutup kegagalan pembangkang menyelesaikan masalah bekalan air di Selangor.

Selepas Dr Xavier, Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains Teknologi dan Inovasi
Selangor, Rodziah Ismail pula bercakap tanpa mengguna otak.

Beliau mendakwa kerajaan negeri mahu ambil alih operasi Syabas kerana ia tidak mampu urus bekalan air tetapi usaha ini dihalang oleh kerajaan pusat.

Pembangkang cakap sembrono tanpa berlapikkan fakta yang tepat.

Ini kerana kerajaan pusat meluluskan permohonan kerajaan negeri Selangor atas tiga sebab:

1. kes yang difailkan oleh Syabas sejak tahun 2009 untuk menuntut pampasan berhubung keengganan kerajaan negeri menaikkan tarif air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya masih belum selesai di mahkamah.

2. Syabas dan kerajaan negeri Selangor didapati melakukan keingkaran manakala tuduhan kerajaan negeri atas keingkaran yang dilakukan oleh Syabas tidak cukup kukuh sebagai alasan untuk mengambil alih operasi syarikat itu di bawah Klausa 32 Perjanjian Konsesi.

Mutakhir, Menteri Besar, Abdul Khalid Ibrahim membuat kenyataan pada 26 Julai lalu yang dilapor oleh akhbar The Star bahawa kapasiti pengeluaran air di 34 loji rawatan air di Selangor pada masa ini adalah 4,807 juta liter sehari berbanding kemampuan agihan Syabas sebanyak 4,371 juta liter sehari.

Ini pun satu penipuan oleh Bapak Penipu di Selangor.

Berdasarkan maklumat SPAN, 34 buah loji rawatan air di Selangor direka bentuk untuk menghasilkan 4,581 juta liter sehari.

Oleh sebab kekangan dalam sistem pengeluaran beberapa loji dan sistem pengagihan pada masa ini, kapasiti air yang dapat diagihkan kepada pengguna hanya sebanyak 4,371 juta lkiter sehari sahaja.
Apabila projek Mitigasi 1 dan 2 berharga RM606 juta yang dilaksanakan oleh kerajaan pusat siap kelak, barulah pengeluaran air dapat ditingkatkan kepada paras optima 4,581 juta liter sehari.

Jumlah kapasiti pengeluaran yang disebut oleh Khalid sebanyak 4,807 juta liter sehari sebenarnya adalah jumlah kapasiti reka bentuk loji serta mengambil kira kapasiti lebihan yang dihasilkan oleh 5 loji yang sedang dioperasikan melebihi tahap reka bentuk iaitu Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor 2, LRA Sungai Semenyih, LRA Sungai Langat, LRA Sungai Batu dan LRA Bukit Tampoi.

Buat masa ini kapasiti yang relevan dalam pengagihan bekalan air kepada pengguna ialah 4,371 juta liter sehari. Inilah keperluan sebenar pengguna.

Angka kapasiti reka bentuk iaitu 4,581 juta liter sehari atau kapasiti pengeluaran loji sebanyak 4,807 juta liter sehari yang dipetik oleh Menteri Besar, tidak mencerminkan jumlah bekalan air sebenar yang boleh diagihkan kepada pengguna.

Ia juga memberi gambaran salah tentang kadar rizab simpanan bekalan air di Selangor pada ketika ini.

Menyelewengkan fakta untuk mengaburi mata rakyat akan menyebabkan perancangan bekalan air menjadi pincang dan seterusnya menyebabkan pengguna air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya menghadapi risiko krisis air pada masa hadapan.

Tidak pernah terlintas di fikiran Pakatan Rakyat Selangor untuk melaksanakan sebarang projek mitigasi untuk meningkatkan kapasiti loji rawatan air sedia ada seperti yang didakwa oleh Khalid dan barisan Exconya.

Walaupun hakikatnya 33 daripada 34 buah loji tersebut adalah aset milik kerajaan negeri, Pakatan Rakyat Selangor lebih banyak menggunakan masa mereka untuk berbohong kepada rakyat sementara masa depan bekalan air negeri itu berada di hujung tanduk.

Nah..! Laporan MAGERAN 13 Mei 1969 TERBUKTI Lim Kit Siang Ketuai Kumpulan Halau Melayu...!

Di bawah ini saya perturunkan inti perbahasan Yb Zulkfli Noordin di Dewan Rakyat baru-baru ini....;

Saya mahu baca semula Yang Berhormat sebab ada di kalangan kita di sini lupa atau buat-buat lupa setelah bersekongkol sekati dengan DAP parti racist dan cauvinis ini, dia lupa apa yang berlaku.

Saya mahu baca semula daripada Laporan MAGERAN, laporan rasmi yang dibentangkan menceritakan tentang Peristiwa 13 Mei membawa kepada perisytiharan darurat tersebut adalah kerana kebebasan bersuara yang sudah di luar kawalan.

Tindakan racist yang melampau dan ini antara tindakan yang didalangi oleh Yang Berhormat Ipoh Timur [Lim Kit Siang] dan parti beliau pada masa itu.

Saya mahu baca, biar rakyat dengar semula apa yang mereka kata pada tahun 1969 membawa kepada peristiwa 13 Mei. Slogan yang dibawa pada masa itu ialah ‘Malai Si’. ‘Malai Si’ ini maknanya “Mati Melayu”.

Kemudian kita lihat dalam himpunan-himpunan dan perarakan-perarakan yang mereka buat. Ini antara kenyataan yang mereka keluar pada 11 Mei, “Apa polis boleh buat, kita Raja. Buang sama polis Melayu” .

Pada 11 Mei di Jalan Bukit Bintang, “Mati Melayu, kemudian kita lihat dalam himpunan-himpunan dan perarakan-perarakan yang mereka buat. Ini antara kenyataan yang mereka keluar pada 11 Mei, “Apa polis boleh buat, kita Raja. Buang sama polis melayu”

Pada 11 Mei di Jalan Bukit Bintang, “Mati Melayu, sakai pergi masuk hutan”.

Pada 11 Mei Jalan Changkat Dollah, “KL sekarang Cina punya”.

Pada 12 Mei Jalan Ipoh, Jalan Tunku Abdul Rahman, “Melayu balik kampung, melayu sekarang tiada kuasa. Sekarang kita Cina sudah control.”

Di Jalan Khir Kampung Baru, depan orang Melayu ini kenyataan parti Yang Berhormat Ipoh Timur, “Melayu keluar…! Apa lagi duduk sini, kita hentam lu.., sekarang kita sudah ada kuasa…”.

Pada 12 Mei depan Balai Polis Jalan Pudu… “…..semua Melayu kasi habis, kasi halau semua polis.”

Pada 12 Mei. Okey nanti kejap lagi. Saya hendak habiskan. Biar dia faham. “Apa ini Melayu, kita sudah perintah dia negeri, ini negeri bukan melayu punya, mata-mata lancau….!”

Pada 12 Mei Jalan Canvel, “Butuh Melayu, Malai si, pergi mati Melayu…”

Pada 12 Mei Jalan Bukit Bintang, “Ini negeri bukan Melayu punya, kita mahu kasi halau semua Melayu.”


Saya mohon bertanya Yang Berhormat setuju atau tidak dengan cadangan saya supaya Yang Berhormat Ipoh Timur [LKS] dan parti dia berani melakukan transformasi demokrasi yang matang ini.

Saya cabar Yang Berhormat Ipoh Timur antara dalang pencetus 13 Mei supaya ‘walk the talk’ menjadi anak jantan pertama minta maaf kepada rakyat Malaysia atas politik racist dan politik sempit yang dimainkan pada 1969.’

Ini adalah sebahagian sedutan ucapan Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu Yb Zulkifli Noordin di Dewan Rakyat.

Sekarang ini terpulang kepada kita…! Adakah kita bersedia untuk menjadi baru-barua Cina-Cina DAP yang sedang mahu menjadikan Malaysia ini seperti Singapura?

Bacalah bahasa yang mereka gunakan kepada orang-orang Melayu satu ketika dulu….!

Adakah kita sanggup telan dan lupakan segala apa yang Cina DAP lakukan terhadap kita..? Terpulang kepada kita..[The Kuala Lumpur Chronicle]

PENTING...!! Penjelasan Kenapa Penjilat Penjilat TEGAR Fahaman DAP Panas Dan Benci Filem TANDA PUTERA

Perrghhh...!! Cantik Cara Yb Zul Noordin BALUN Wartawan Malaysiakini



Isteri Muda Punca Isteri Tua Kena Halau Oleh Yb PKR Ahli Parlimen Kuala Langat…!!

Bidalan dan pepatah melayu yang kita pelajari ada menyebut “Habis Madu Sepah Dibuang…” yang membawa maksud apabila mendapat sesuatu yang baru, yang lama tidak berguna lagi…

Apakah benar kisah ini ada kaitan dengan nasib yang melanda wanita 48 tahun isteri kepada Ahli Parlimen Kuala Langat ini.,,,? Nantikan kisah selanjutnya secara eksklusif sedikit masa lagi. Tungguuuu….!!

Sunday, July 29, 2012

Isteri Ahli Parlimen Kuala Langat Yb PKR Terpaksa Diiringi Polis Untuk Pulang Ke Rumah Takut Suaminya Belasah....

Semua orang tahu kisah bagaimana Ahli Parlimen PKR menghalau isterinya keluar dari rumah mereka di Banting hingga memaksa isterinya buat report polis. Lihat kat sini.

Tetapi ramai orang yang tak tahu pada 21.7.2012 isterinya tetap berkeras nak pulang ke rumah untuk ambil barang-barangnya walaupun suaminya tidak benarkan dia pulang.

Sebelum pulang isterinya terlebih dahulu ke Balai Polis Banting untuk meminta anggota polis mengiringinya pulang ke rumah kerana bimbang dipukul suami apabila melihat keadaan suaminya yang menengking-nengking dia dalam telefon.

Dasyat betul orang PKR ya ? Sampai isteri terpaksa minta bantuan polis untuk pulang ke rumah kerana takutkan suami.

Sumber - The Unspinners

Duit Raya RM10,000 Menanti Anda...!!!

Kem Azmin Ali Sokong Bloggers Sebarkan Video Klip Ini....



Telor Pimpinan PAS Dalam Genggaman Karpal Singh



Anwar, Kit Siang, Haji Hadi Akan Saman Penerbit Video Klip Ini....!!



Saturday, July 28, 2012

Anwar Ibrahim Semakin KECEWA...!!

Sewaktu Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak baru mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada April 2009, tika itu suasana politik negara masih lagi hangat manakala sokongan masyarakat kepada parti memerintah masih berada ditahap rendah.

Dengan kekuatan sokongan masyarakat Melayu masih terbahagi tiga manakala sokongan dari kaum Cina dan India semakin jatuh merudum, kedudukan Barisan Nasional (BN) seolah-olah berada di persimpangan dilema yang agak sukar untuk dirungkai permasalahannya.

Dilihat seimbas lalu, situasi tersebut hampir sama dengan sejarah awal tampuk pemerintahan negara waktu diambil alih oleh ayahanda beliau pada awal 1970-an dulu.

Saat itu juga, kerajaan yang memerintah baru sahaja mengalami kejutan dalam pilihanraya 1969 manakala beberapa hari selepas itu ketenteraman dalam negara pula tergugat dengan peristiwa rusuhan kaum 13 Mei.

Dengan hubungan kaum yang agak tegang dan kekuatan kerajaan yang memerintah agak rapuh waktu itu, sekiranya sedikit tersilap langkah dan salah percaturannya ada kebarangkalian masa depan negara juga boleh tergugat sama sekali.

Namun, syukurlah berkat kesungguhan Tun Abdul Razak yang cukup sabar, tabah dan gigih berusaha menyelesaikan satu persatu masalah yang timbul akhirnya bahtera negara kembali ke landasan yang betul dan terus memacu ke hadapan dengan jayanya.

Seperti mengulangi sejarah lampau, Najib juga tidak kekok dalam menghadapi bebanan masalah dan tidak sesekali cuba menghindarinya. Beliau seperti meneladani kesungguhan dan kegigihan usaha seperti ayahandanya dalam mendepani cabaran semasa.

Hasil kesabaran dan usaha berterusan tanpa mengira penat lelah akhirnya membawa kepada peningkatan sokongan rakyat kepada dirinya dan juga BN selaku parti pemerintah.

Sesungguhnya Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak sudah berada di landasan yang betul dalam memacu negara terus maju ke hadapan. Dengan sokongan rakyat yang semakin utuh kepadanya sebagai mana di dibuktikan oleh beberapa kajian akademik oleh pihak UUM dan MPN.

Malah kajian terbaru dari Merdeka Center yang menunjukkan peningkatan sokongan masyarakat Cina kepada PM mencapai angka 42% juga merupakan satu petanda baik yang kesemuanya ini adalah hasil usaha transformasi berterusan yang dilaksanakan oleh kerajaan BN.

Walaupun mungkin ada sedikit sebanyak khilaf dari segi ketepatannya, setiap kajian ini menggunakan sampel dan kaedah kajian yang berbeza namun kesemuanya berkongsi satu keputusan yang sama - rakyat semakin selesa dengan corak pentadbiran PM dan semakin yakin dengan BN.

Justeru itu, sekiranya mood dan trend ini dapat dikekalkan atau terus dipertingkatkan lagi, tidak mustahil tsunami politik yang melanda negara semasa PRU 2008 akan dapat di tukar halanya untuk menumbangkan pula beberapa negeri yang kini dikuasai pakatan pembangkang.

Dua Video Klip Ini Boleh Jadi BUKTI Ronnie Liu Bersama AMK PKR Selangor Terlibat Kegiatan Pelacuran Di Klang…?

Percambahan kegiatan pelacuran yang bertopengkan Pusat Urut Kaki dan Perkhidmatan Refleksilogi dinegeri Selangor semakin menggila sejak pentadbiran kerajaan negeri diambil alih oleh Pakatan DAP-PKR yang menunggang PAS sebagai tukang basuh berak mereka…

Apakah peranan seorang Exco kerajaan negeri dari DAP iaitu wakil rakyat Pandamaran, Ronnie Liu yang ‘berkuasa’ sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan menyaksikan kegiatan pelacuran ini semakin berleluasa..?

Sejarah dan rekod lampau membuktikan Ronnie pernah ditahan pihak polis pada tahun 2007 kerana bertindak melindungi kegiatan pelacuran di kawasan Puchong ketika satu serbuan dibuat pihak berkuasa…!

Anda berpeluang sebentar lagi untuk menyaksikan dan menonton dua video klip dibawah ini. Pada siaran yang pertama, saksikan pembongkaran oleh bekas Setiausaha AMK PKR, Sd Johari yang berjaya merakam kegiatan pelacuran semakin galak dan meriah di Bandar Bukit Tinggi Klang.

Pada video klip pertama dibawah ini, berikan tumpuan anda pada minit ke 4;07 dimana Sd Johari mengesyaki Ketua AMK PKR Selangor yang juga merupakan seorang Ahli Majlis MPK mendapat “habuan” untuk melindungi kegiatan pelacuran di kawasan ini.



Sekarang anda saksikan pula video klip yang kedua dibawah ini….

Rekod yang membuktikan Ronnie Liu pernah ditahan polis kerana cuba melindungi kegaiatan pelacuran haram jadah!!

Kenapa Najib Harus Pikul Biawak Hidup Seperti Lajim Ukin

Tika ini banyak khabar berita menyentuh secara langsung perkembangan terkini perihal Ahli Parlimen Beaufort, Lajim Ukim yang kini sedang berura-ura untuk menyertai PKR setelah beberapa kali tertangguh sebelumnya.

Dalam satu pertemuan dengan Nik Aziz Nik Mat di Kelantan sebelum ini, Lajim Ukim dikatakan telah melahirkan hasrat untuk menyertai PKR dan memohon restu daripada Mursyidul Am PAS itu agar penyertaannya itu dapat membantu pakatan pembangkang.

Pelik bunyinya. Mahu menyertai PKR kemudian tiba-tiba mohon restu daripada Muryidul Am PAS. Samada berita itu tersalah lapor, songsang atau sebaliknya, sukar dipastikan.

Apa yang pasti, jika Lajim Ukim sudah nekad untuk melompat menyertai PKR atau masuk apa sahaja parti pembangkang, kita doakan sahaja mudah-mudahan itulah yang terbaik untuknya.

Sementelah lagi cita-cita beliau untuk menjadi orang nombor satu di Sabah melalui UMNO barangkali sukar digapai kerana banyak persaingannya, mana tahu mungkin dengan menyertai PKR maka masa depan peribadinya akan lebih gemilang.

Kira-kira setahun lalu semasa kempen Pilihanraya Negeri (PRN) Sarawak Ke-10, seorang pemimpin tempatan juga pernah dapat mengecap kegemilangan selepas mengambil keputusan menyertai PKR.

Para pembaca tentu kenal bila disebut nama Baru Bian. Khabarnya kerana terpesona dengan janji mulus yang ditawarkan oleh Anwar Ibrahim untuk melantiknya sebagai Ketua Menteri Sarawak telah menyebabkannya angau berminggu-minggu.

Memang betul selepas menyertai PKR namanya gemilang kerana dijaja ke sana ke mari sebagai bakal Ketua Menteri namun gemilangnya hanya seketika bila keputusan rasmi pilihanraya negeri mengesahkan PKR kalah teruk, malunya pula tak terkata.

Jadilah Baru Bian sekadar 'Ketua Menteri' yang angkat sumpah depan gambar dan cermin saling tak ubah seperti gaya Anwar Ibrahim sewaktu dirinya meroyan mahu menjadi PM 16 Sept tidak berapa lama dulu.

Selepas pilihanraya negeri tamat, kemudiannya Baru Bian dijanjikan oleh Anwar Ibrahim untuk mengisi kekosongan jawatan Timbalan Menteri andainya Kerajaan Pusat dapat dikuasai oleh pembangkang dalam PRU 13.

Malangnya menjelang beberapa ketika sahaja lagi PRU 13 bakal menjelma, hingga kini nama Baru Bian tidak tersenaraipun di mana-mana kerusi parlimen sekaligus mengesahkan beberapa khabar angin sebelum ini yang dirinya sudah tiada nilai lagi di hati Anwar.

Kita harap nasib Lajim Ukim tidaklah seburuk itu kelak, saat diperlukan oleh PKR, namanya dijulang-julang. Bila gagal menghasilkan kemenangan yang diharapkan oleh Anwar Ibrahim, akhir kemudiannya ibarat habis madu sepah dibuang.

Tapi tengok pada gayanya, tak mustahil orang yang mudah kelabu mata dengan janji dan tawaran kuasa, mudah sangat terpedaya dan Lajim Ukim memenuhi ciri-ciri untuk mengulangi nasib sama seperti Baru Bian yang akhirnya akan terbiar sendirian dan tidak lagi dipeduli.

Friday, July 27, 2012

Value Saham Anwar, Wan Azizah & Nurul Izzah Jatuh Meruduuumm...!!

Kajiselidik berkenaan populariti pemimpin dan parti politik yang diadakan oleh UKM menunjukkan petanda yang baik buat Barisan Nasional dalam menghadapi Pilihanraya Umum yang akan datang....

Ini berdasarkan hasil kajian yang mendapati bahawa populariti Dato’ Seri Najib meningkat sehingga 76% mengatasi dua pemimpin pembangkang iaitu Anwar Ibrahim dan Nik Aziz.

Melalui pecahan etnik pula, sokongan terhadap Najib di kalangan Melayu berada di tahap 75%, Cina 69.9%, India 71%, Iban 85.5% dan lain-lain etnik Bumi 84.4%.

Kajiselidik yang melibatkan 1,000 warga Lembah Klang pula menunjukkan 69.9% memilih BN akan menang dalam PRU ke-13, 37.5% setuju BN akan menang 2/3 majoriti dan 32.1% lagi merasakan yang BN akan menang mudah.

Dalam pada itu, populariti pemimpin dan parti pembangkang semakin menurun dengan Khalid Ibrahim mendapat tempat tercorot dengan 55% responden di menyatakan tidak yakin dengan PR serta ragu-ragu dengan agenda PR yang banyak merugikan kaum Melayu.

Begitu juga dengan kepimpinan Azizan Razak di Kedah di mana daripada 10,800 responden, 68% daripadanya menyatakan yang beliau tidak cekap dan tidak efisien manakala 72.8% menyatakan yang beliau kurang prihatin dengan isu yang dibangkitkan rakyat.

Selain itu, kajiselidik oleh Free-Test Malaysia Team yang dihantar melalui e.mail mengenai "Undi Anda: Perdana Menteri Malaysia" menunjukkan Najib mendapat 58% sokongan, 25% tidak peduli dan hanya 17% yang memilih Anwar Ibrahim.

Perkembangan ini menunjukkan populariti Dato’ Seri Najib meningkat dengan konsisten sejak mula memegang tampuk kuasa. Ini berdasarkan kajian oleh UIA dalam tempoh Mac 2008 hingga Julai 2011 di mana pada Oktober 2008, 35% responden Melayu, 33% Cina dan 41% India menunjukkan yang mereka puas hati atau sangat puas hati dengan Najib tetapi menjelang Julai 2011, penerimaan masing-masing meningkat kepada 59%, 45% dan 62%.

Kajian UIA itu juga mendapati populariti pemimpin-pemimpin pembangkang terus menurun sebelum menjunam terus pada tahun ini sepertimana dapatan dari kajiselidik UKM di atas.

Peningkatan populariti Najib dan BN ini menunjukkan bahawa transformasi yang dilakukan oleh kerajaan telah berjaya dan kesannya dapat dirasakan secara langsung oleh rakyat.

Najib ternyata bukan hanya beretorik tetapi langsung tidak membuang masa menyusun dan merangka pelan pentadbiran serta pantas mengambil tindakan untuk membuat perubahan.

Ini menyebabkan, kebanyakan rakyat yang pada mulanya agak ragu-ragu yang beliau akan dapat ‘memulihkan’ semula keadaan BN yang ‘sakit’ ketika mula-mula mengambil-alih kuasa, semakin hari semakin yakin dengan kepimpinannya.

Hari ini, nampaknya rakyat telah bersedia untuk meletakkan harapan dan kepercayaan kepada BN dan Najib untuk menerajui nasib dan masa depan negara.

Walaupun kecekapan, kejujuran dan kebijaksanaan mengurus-tadbir merupakan faktor utama yang menyebabkan populariti BN meningkat dengan konsisten, tetapi kita tidak wajar menafikan peranan pembangkang dalam membantu melonjakkan lagi geraf populariti ini.

Ertinya, kelemahan pembangkang dalam mengurus-tadbir negeri-negeri di bawah jajahan mereka juga menjadi punca rakyat terus memberi sokongan kepada BN. Kelemahan Pembangkang inilah yang memberikan markah bonus kepada BN dalam ‘pertandingan populariti’ di kalangan rakyat.

Lebih malang bagi Pembangkang apabila pemimpin-pemimpin mereka juga terlalu sering terlibat dalam skandal serta gagal menangani segala isu dengan baik yang mana menyebabkan geraf populariti mereka terus menurun sekali gus geraf BN terus meningkat.

Di mata rakyat, pembangkang dilihat sebagai pengkhianat kerana begitu berminat untuk menimbulkan huru-hara dengan berdemonstrasi di sana sini atas alasan yang sengaja diada-adakan, kurang matang dan tidak masuk akal.

Sikap ‘khianat’ pembangkang ini benar-benar memberi kesan kepada golongan atas pagar yang mewakili majoriti pengundi dalam pilihanraya nanti.

Pendek kata, pembangkang bukan saja tidak bijak mengurus negeri tetapi juga kurang bijak dalam menyusun strategi politik walaupun saban hari kerja mereka hanyalah berpolitik. Dalam ertikata lain, politik keterlaluan Pembangkang telah mengakibatkan rakyat semakin muak dengan mereka.

Dengan itu, jika BN meneruskan prestasi cemerlangnya, dan PR juga meneruskan cara politik huru-haranya, maka populariti BN pasti mampu mencapai tahap maksima menjelang pilihanraya nanti.

TERKINI Mengenai Perangai Pelik Anwar Ibrahim...

Belum pun habis Pembangkang mempolitikkan segala bantuan yang diberikan kerajaan sebagai haram, rasuah dan sebagainya, kini kerajaan mengumumkan pula pemberian bonus khas Aidilfitri sebanyak setengah bulan gaji dengan bayaran minima RM500 kepada penjawat awam.

Tentunya, semakin meroyanlah Pembangkang menghentam tindakan ini walaupun di masa yang sama penyokong-penyokong mereka tidak mungkin ketinggalan untuk melahap wang bonus tersebut hingga tak sedar diri.

Begitulah yang terjadi dengan durian runtuh Felda, BR1M, TR1M, KR1M dan lain-lain pemberian kerajaan. Sudahnya, Tuan Guru, Tok Guru dan Ustaz-ustaz mereka terpaksa menelan kembali fatwa ‘haram mengambil pemberian kerajaan’ dan berhujah bahawa itu semua adalah ‘duit rakyat’.

Daripada duit haram jadi duit rakyat pula.

Tidak tahulah sama ada bonus khas ini akan mengalami nasib yang sama dengan bantuan lain iaitu dari ‘duit haram’ menjadi ‘duit rakyat’ apabila penyokong pembangkang tidak tahan teringin untuk merasainya. Diharap Tok-tok Guru PAS lebih konsisten dalam mengeluarkan fatwa supaya tidak ada penyokong-penyokong mereka yang beraya dengan duit haram.

Tetapi, jika dihujahkan sebagai duit rakyat melalui cukai pendapatan juga belum tentu penyokong-penyokong PAS berhak menerimanya kerana berapa keratlah saja penyokong-penyokong PAS yang membayar cukai...?

Apalah sangat sumbangan PAS kepada penjanaan ekonomi negara selain dari menjadi pekerja dan pengguna?

Dan jangan lupa, bahawa peluang pekerjaan dan kedai untuk membeli barangan juga mungkin tidak ada jika bukan kerana BN yang memerintah. Lihat saja di Kelantan yang diterajui PAS di mana rakyat terpaksa merantau ke negeri BN untuk mencari rezeki dan membeli belah.

Hakikatnya, sama ada ia duit kerajaan atau duit rakyat, duit itu tidak akan wujud dan tidak akan mampu diagihkan kepada rakyat jika kerajaan BN tidak bijak mengurus-tadbir negara.

Oleh itu, berhujah bahawa penyokong PAS berhak ke atas pemberian kerajaan atas alasan ia adalah ‘duit rakyat’ masih boleh dipertikaikan.

Jelas kelihatan di sini bahawa pembangkang sebenarnya tidak berdaya ‘melawan’ isu pemberian dari kerajaan. Mereka cuba menggambarkan yang kerajaan terlalu mewah berbelanja, tidak bijak mengurus kewangan, negara bakal muflis dan sebagainya tetapi bagaimana mereka menjelaskan kemerosotan ekonomi negara jika kerajaan masih mampu memberi berbagai bantuan dan kemudahan kepada rakyat...?

Pembangkang berkata lagi bahawa segala kemudahan dan bantuan itulah yang bakal menyebabkan negara muflis.

Namun, realiti yang dapat dilihat dan dinikmati sendiri oleh rakyat ialah negara kekal stabil, makmur dan maju di bawah pengurusan kewangan yang bijaksana.

Hakikatnya, kerajaan cukup maklum dan bersedia bahawa harga barangan semakin meningkat sekali gus kos sara hidup, terutamanya di bandar-bandar. Memandangkan kerajaan tidak mempunyai kuasa kawalan langsung dalam menentukan harga pasaran dunia maka kerajaan telah memikirkan cara lain untuk membantu rakyat dalam menghadapi cabaran ini, iaitu dengan memberi lebih banyak bantuan dalam berbagai cara.

Bantuan-bantuan kecil tetapi langsung dan kerap ini tidak mungkin memufliskan negara kerana tidak melibatkan bajet mega ataupun pihak lain.

Ia juga adalah lebih praktikal dan logik berbanding janji-janji pembangkang untuk membantu rakyat dengan menurunkan harga minyak, menghapuskan tol atau memberikan pendidikan percuma untuk semua sehingga ke peringkat tetiari, yang mana pasti akan membangkrapkan negara hanya dalam masa 2-3 tahun mengikut kajian pakar.

Lebih buruk lagi, pembangkang hanya mampu berjanji dan belum tentu segala yang mustahil dan tidak masuk akal ini akan ditepati mereka. Sedangkan kerajaan bukan sahaja menunaikan janji tetapi memberikan lebih lagi dari yang dijanjikan, sebagai contoh, Bonus Khas Aidilfitri ini sendiri.

Memandangkan tidak mungkin ada seorang pun penyokong Pembangkang yang akan menolak bonus ini, maka kita sarankan agar pemimpin pembangkang mengambil sikap berdiam diri saja. Tidak perlulah mereka keluarkan fatwa atau hujah-hujah merapu terhadap bonus aidilfitri semata-mata kerana politik.

Rezeki jangan dicemuh, nikmat jangan dinafi, kerana ia pasti akan memakan diri sendiri. Apa yang pasti, tangan yang memberi tetap lebih baik dari tangan yang menerima maka terimalah hakikat bahawa BN tetap lebih baik dari PR dalam apa jua keadaan.

PENTING...!! Penjelasan Kenapa Penjilat Penjilat TEGAR Fahaman DAP Panas Dan Benci Filem TANDA PUTERA


Sasaran utama filem ini adalah penonton muda…, inilah peluang terbaik membolehkan mereka menghayati dan memahami trauma yang melanda negara selepas berlakunya peristiwa rusuhan kaum, 13 Mei 1969…!

Dalam filem ini diceritakan bagaimana biadapnya ahli ahli DAP mengusir kaum melayu dengan penyapu untuk keluar dari bumi Kuala Lumpur. Perkataan yang kasar keluar dari mulut orang cina menyebut “Melayu Pergi Mati..!” jelas dapat disaksikan dalam filem ini. Begitulah juga adegan kaum cina menanggalkan seluar untuk menayangkan punggungnya kepada melayu.


Tolong perhatikan diatas sekali [lihat anak panah warna putih] pada poster asal filem TANDA PUTERA. Poster itu sebenarnya adalah poster asal filem ini… TETAPI, tagline itu “terpaksa” dipadamkan kerana “nasihat” daripada pihak pihak tertentu agar pengundi DAP tidak tersinggung, maka terpaksalah "disorok" fakta sebenar..!!

Lebih membara dan membakar darah kaum melayu apabila dalam filem ini turut juga ditayangkan adegan Lim Kit Siang bertindak kencing bendera negeri Selangor …!


Filem Tanda Putera ini juga menceritakan bagaimana dua pemimpin utama negara iaitu Allahyarham Tun Abdul Razak dan Tun Dr Ismail hampir berkorban nyawa demi memastikan keamanan dan keharmonian yang kita warisi dan ambil mudah pada hari ini.

Setelah hidup dalam keharmonian buat sekian lama di negara yang tercinta ini, tanpa pergolakan atau bencana besar seperti yang menimpa mereka yang kurang bernasib baik di luar negara, agak mudah kita terlupa pada hadiah yang tidak ternilai daripada kedua-dua pemimpin ini. …

Jadi, walau apa pun yang kita lakukan, peliharalah dan pastikan kita tidak kehilangan warisan yang tidak ternilai ini.

Cerita ini berdasarkan peristiwa sebenar dan dokumen sejarah serta yang ada di internet. Beberapa watak, antaranya watak pelajar universiti dan pensyarah, adalah watak cereka bagi kesan dramatik untuk menggerakkan perjalanan cerita.

SINOPSIS

TANDA PUTERA mengisahkan persahabatan akrab antara Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak dan Timbalannya Tun Dr Ismail, yang terpaksa berahsia dan mengetepikan masalah kesihatan mereka bagi memulihkan keadaan negara ekoran peristiwa hitam 13 Mei 1969.

Tun Razak terpaksa menyimpan rahsia tentang penyakit leukemia yang dihidapinya kerana tidak mahu keluarga tertekan dan bimbangkan keselamatan negara. Mereka berdua berkongsi doktor. Bilik bacaan di rumah Tun Dr Ismail menjadi klinik rahsia bagi rawatan mereka oleh Dr Macpherson, tanpa pengetahuan sesiapa termasuk kaum keluarga…!

Apabila mengetahui penyakitnya sudah bertambah teruk dan diberitahu doktor dia hanya ada 2 tahun lagi, Tun Razak bersyukur bahawa Tun Dr Ismail, orang yang dipercayainya yang terkenal jujur dan berintegriti, akan dapat meneruskan rancangan mereka bagi pembangunan negara.

Tun Razak juga yakin Tun Dr Ismail akan mengotakan janji untuk menjaga keluarganya nanti. Tetapi pemergian Tun Dr Ismail yang tidak disangka-sangka kerana serangan sakit jantung merupakan satu kejutan besar buat Tun Razak dan hampir memudaratkan lagi kesihatannya.


Beliau mula mengejar masa untuk melaksanakan berbagai-bagai perancangan bagi menjamin kestabilan serta masa depan negara walau pun sentiasa diancam aktiviti Komunis dan Radikal yang mensasarkan Pegawai Polis Tertinggi Negara….!

Tun Razak mengambil langkah berani - membina hubungan diplomatik dengan Republik China bagi melemahkan pengaruh komunis tempatan walau dia dikecam kuasa barat dan negara sekutu tertentu. Lawatannya ke China yang sangat berjaya dan menerima sambutan yang begitu meriah dan bermakna daripada Ketua Pemimpin China itu membuatkan anasir subversif dan Komunis membalas dendam.

Mereka membunuh Ketua Polis Negara dan Ketua Polis Perak dengan kejam….! Ditembak dari jarak dekat.


Cubaan membunuh DSP Kulasingam gagal. Beliau terselamat walau pun ditembak 18 das....! IGP baru, Hanif Omar, berjanji tidak akan berhenti mencari mereka yang bertanggung jawab sehingga tertangkap.

Polisi Tun Razak mula berkesan dan membawa rakyat miskin keluar daripada perangkap kemiskinan tegar. Beliau menjadi simbol harapan dan menanam semangat baru dalam diri ramai anak anak muda.

Tun Razak cuba melawan penyakitnya…., dan didorong keinginan untuk pulang ke tanahair! Walaupun doktor tidak membenarkannya.


Namun perjuangannya berakhir di sebuah klinik di London apabila menghembuskan nafasnya yang terakhir, tanpa disedari rakyat Malaysia yang dikasihinya.

Kepada mereka yang berpeluang menghadiri Pra Tonton Filem TANDA PUTERA pada 18 Julai yang lalu, hampir keseluruhan mereka memberikan komen yang serupa “...generasi muda melayu akan lebih faham perjuangan tokoh pemimpin pemimpin yang terdahulu dan akan mengenali wajah sebenar dan hati budi jahat pemimpin DAP yang terbukti Chauvanist…!!

Dalam filem ini penonton akan mendapat peluang keemasan mengenali lebih dekat karektor Tun Dr Ismail. Seorang pemimpin yang sangat tegas dan berani. Kebijaksanaan beliau banyak membantu Tun Razak menangani cara membendung keganasan pihak Komunis yang terlalu menggila membuat hura hara mengkucar-kacirkan keamanan negara.


Allahyarham Tun Dr Ismail Abdul Rahman dan isteri, Allahyarhamah Toh Puan Hajjah Norashikin Mohd Seth.


Kini gerombolan penjiat penjilat tegar DAP sudah mula panas dengan kehadiran filem ini yang akan menemui penonton di pawagam tidak lama lagi..! Mereka sudah mula menyerang facebook TANDA PUTERA dengan pelbagai kata kata nista dan cacian….

Blogger MIK dan beberapa rakan bloggers yang berpeluang hadir ke Pra Tonton filem TANDA PUTERA ini sependapat bahawa, sekiranya anak anak melayu yang selesai menonton filem menarik ini TETAPI tidak timbul perasaan marah terhadap kebiadapan DAP dan TIDAK lahir perasaan sedih menyaksikan betapa besarnya pengorbanan Tun Razak dan Tun Dr Ismail, mereka bukanlah berasal dari darah melayu dan tidak ada langsung semangat Nasionalisme…!

Buat anda yang ingin memberikan sokongan kepada filem ini, sila ke facebook TANDA PUTERA

Mohon jasa baik anda memberikan sedikit masa untuk menonton dan ‘menghayati’ kedua-dua video footage dibawah ini…!



Thursday, July 26, 2012

GEMPAARR Ramadhan...! Setiausaha Chegu Bard Berjaya Buktikan Penyelewengan RM150 Juta "Dana PERMATA" Rosmah Mansor


“Saya yang menjaga dan menguruskan peruntukan RM150 juta yang disalurkan kerajaan Pusat untuk Program PERMATA dan ia tidak ada kaitan sama sekali dengan Penaung PERMATA, Datin Seri Rosmah Mansor”.

Demikian penjelasan Setiausaha Bahagian PERMATA, Saidatu Akhma Hassan sebagai mengulas mengenai isu peruntukan RM 150 juta yang telah disalahertikan oleh pemimpin pembangkang.

Mengimbas kembali ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan mengenai peruntukan tersebut menerusi Pakej Rangsangan Negara, Saidatu Akhma merupakan orang yang bertanggungjawab dalam menjaga dan menguruskan wang tersebut.

“Saya adalah orang yang bertanggungjawab menguruskan duit RM150 juta itu dan saya adalah orang yang betul untuk bercakap tentang hal berkenaan.

“Tetapi apabila ada pihak-pihak yang bercakap dan menulis tentang dana itu, saya terdiam dan jadi pening….bagaimana orang-orang sebegini boleh menulis tentang sesuatu tanpa usul periksa malah langsung tidak logik dan ia telah dipercayai oleh segelintir rakyat.

“Saya ingin jelaskan di sini bahawa kita dapat peruntukan RM150 juta.

“Saya sendiri menghadiri mesyuarat dengan di Kementerian Kewangan yang pada masa itu yang diketuai oleh Perdana Menteri. Ketika itu beliau (Najib) bertanya sama ada boleh atau tidak Permata menggunakan dana tersebut dengan melaksanakan program-program yang telah kita rancang,” katanya.

Tambah Saidatu Akhma, dalam siri perbincangan itu Permata dikehendaki melaksanakan Program Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan memastikan implikasi dari pelaksanaan itu mampu merangsang ekonomi negara di masa akan datang.

“Sebab ia adalah bajet dibawah Pakej Rangsangan, jadi kita kena belanja kalau tidak ekonomi kita tidak mampu dirangsang.

“Jadi apa kaitan bajet untuk Permata ini dengan Datin Seri Rosmah Mansor kerana kebanyakan cerita yang dipapar di blog-blog dan sebagainya mengatakan dana itu dibelanjakan oleh beliau dengan membeli barangan yang mahal.

“Di mana logiknya, beliau (Rosmah) langsung tidak sentuh bajet yang diluluskan itu sebaliknya saya yang mengurus wang itu sepenuhnya di bawah Program Permata Negara,” katanya lagi.



Baca seterusnya..., klik SINI

Beginilah Nasib Melayu Sekiranya Anwar Ibrahim Jadi Perdana Menteri....


Pheng Yin Huah, Presiden Hua Zong Association baru-baru ini membuat kenyataan mengenai konsep Sekolah Satu Aliran yang dikatakannya menyalahi Perlembagaan Negara sebagai menempelak kenyataan saudara Khairy Jamaluddin yang mempersoalkan sekolah vernakular.

Kenyataan Yin Huah jelas menunjukkan sikap ‘Cina dahulu, Malaysia kemudian’.

Nampaknya, Hua Zong, seperti juga Dong Zong adalah ektremis rasis tegar yang berpegang teguh kepada semangat keCinaan tanpa mengambil kira realiti dan akibat terhadap negara.

Apabila kita bercakap tentang sistem persekolahan, kita bukan hanya bercakap mengenai pendidikan tetapi juga perpaduan. Hanya mereka hipokrit sahaja yang enggan mengakui hakikat bahawa sistem persekolahan yang berasinganlah yang menyumbang kepada masalah perkauman hari ini.

Tindakan Pheng Yin Huah merujuk kepada Perlembagaan bagi menguatkan hujah hipokritnya amatlah mengecewakan.

Menurut perlembagaan Malaysia, ‘tiada seorang pun yang harus dihalang dari menggunakan, atau mengajar atau belajar bahasa lain’. Ertinya, semua kaum bebas menggunakan dan belajar bahasa ibunda masing-masing.

Namun, bahasa kebangsaan iaitu Bahasa Malaysia adalah wajib bagi semua dan merupakan bahasa rasmi. Kata pepatah, bahasa menunjukkan bangsa, maka Bahasa Malaysia adalah untuk bangsa Malaysia iaitu selaras dengan konsep 1Malaysia.

Bahasa dan pendidikan yang sepadu adalah penting bagi membentuk perpaduan dalam negara. Kerana itu, kita melihat tiada kerajaan di dunia yang membenarkan sekolah berasingan untuk kaum-kaum yang berbeza, selain di Malaysia.

Dan ternyata, apa yang diamalkan Malaysia ini adalah tidak baik dan kewujudan Hua Zong serta Dong Zong, adalah buktinya.

Jika rakyat dididik di bawah satu bumbung, iaitu dalam satu aliran, pastinya puak ekstremis seperti Hua Zong, Dong Zong mahupun Perkasa tidak akan wujud. Tetapi, malangnya, akibat kedegilan puak-puak ekstremis Cina ini, maka Perkasa pun lahir bagi mengimbangi tuntutan atau pun kebiadapan mereka. Sekali gus mencetus pertembungan yang mampu mengancam kestabilan negara.

Jika masalah Hua Zong adalah risiko bahasa Mandarin terhapus, maka sekolah vernacular bukan satu-satunya penyelesaian kerana bahasa tersebut boleh dipelajari selepas waktu sekolah sepertimana anak-anak Melayu belajar agama.

Dari segi ekonomi juga, sekolah-sekolah berasingan tidak membawa apa-apa keuntungan, malah lebih banyak kerugian. Tidak perlu pergi jauh ke ladang untuk melihat bagaimana sekolah Tamil terpaksa diteruskan dengan kos utiliti dan infrastruktur yang tinggi semata-mata untuk menampung beberapa kerat murid dan guru.

Di Subang Jaya sendiri, terdapat sebuah sekolah Tamil yang letaknya betul-betul di sebelah sekolah kebangsaan tetapi hanya mempunyai beberapa orang murid. Pastinya, kos utiliti, penyelenggaraan, infrastruktur, gaji guru, staff dan berbagai-bagai lagi untuk sekolah ini ditanggung oleh kerajaan.

Sedangkan jika sekolah Tamil tersebut tidak wujud dan murid-murid Tamil belajar di sekolah kebangsaan, tentulah semua kos ini dapat dikurangkan.

Pendek kata, sekolah vernacular bukan sahaja merugikan dari segi sosial tetapi juga dari segi kewangan.

Namun, penulis rasa adalah satu yang sia-sia untuk menghuraikan segala statistic atau fakta bagi menjelaskan hujah bahawa sekolah satu aliran adalah yang terbaik untuk Malaysia seperti juga semua negara di dunia.

Ini kerana penulis tahu bahawa Hua Zong, Dong Zong atau Dong Jiao Zong hanya akan memekakkan telinga. Sikap kiasu mereka tidak membenarkan mereka mengalah atau berundur walau setapak walaupun itulah yang terbaik untuk semua.

Mereka telah diasuh dan dididik di sekolah-sekolah vernakular dengan sifat chauvinis yang hanya mementingkan kebaikan untuk kaum mereka serta mempersetankan kesan atau akibat kepada orang lain mahupun negara sendiri.

Oleh itu, kewujudan pertubuhan-pertubuhan ektremis Cina yang bertopengkan ‘pendidikan’ ini harus diberi perhatian serius oleh kerajaan jika benar-benar ingin merealisasikan slogan 1Malaysia.

Tidak wajar mereka ditangani dengan diplomasi atau professional kerana jelas, mereka tidak terdidik dengan cara itu. Cara mereka adalah cara samseng, cara kongsi gelap yang memeras ugut dan menuntut segala-galanya sehingga mereka merasa puas, sepuas-puasnya.

PAS Buang Ulama, UMNO Ambil Ulama

Tidak berapa lama dulu, PAS pernah dikenali sebagai parti alim ulama berikutan ramainya para ulama pondok dan ilmuan agama lulusan dari Timur Tengah yang lebih selesa berjuang dari dalam PAS berbanding bersama dengan UMNO.

Bagaimanapun beberapa tahun kebelakangan ini, trend sedemikian seperti sudah berubah arah apabila para ulama dan tok guru pondok kini kelihatan semakin menjauhi PAS dimasa yang sama dilihat semakin mesra pula dengan UMNO.

Sikap PAS yang semakin angkuh dan bongkak dalam mengejar kuasa termasuk sanggup menggadai prinsip dan dasar perjuangan Islam termasuk kerap tunduk pada tekanan rakan sepakatan dari pembangkang turut menyumbang ke arah perubahan trend tersebut.

Di Kelantan umpamanya, sebahagian besar tok guru pondok sudah tidak lagi sanggup bersekongkol dengan PAS yang dilihat melebih-lebihkan dunia hingga lupa matlamat sebenar untuk mendaulatkan Islam dan hukum hakamnya.

Jika dulu pandangan dan nasihat tok guru pondok sering menjadi rujukan pemimpin PAS dalam sesatu isu, kini peranan tok guru pondok tidak lebih sekadar sebagai tukang baca doa dan adakalanya menjadi tok imam untuk program politik yang berselindung disebalik majlis 'solat hajat perdana'.

Tambahan pula semenjak sebahagian besar pimpinannya dikuasai oleh puak liberal yang dikenali sebagai Anwarinas ataupun Erdogan, rentak hala tuju PAS juga kian liberal manakala suara-suara golongan ulama parti pula semakin tenggelam.

Pandangan Timbalan Mursyidul Am PAS dalam isu kalimah Allah s.w.t misalnya, sengaja dibakul sampahkan sahaja hanya semata-mata hati dan perasaan pemimpin DAP dan pengundi kristian pro DAP dilihat lebih utama untuk kepentingan mengejar kuasa duniawi.

Malah, apabila ramai pimpinan utamanya yang berlatar belakangkan agama sengaja dipinggirkan dalam perebutan jawatan parti, ia mengesahkan lagi yang PAS kini sudah melalui zaman perubahan total yang meletakkan para ulama dalam PAS kini hanyalah umpama kain buruk sahaja.

PAS lebih selesa dengan rentak baru haluannya yang lebih bebas tanpa kawalan dan teguran dari ulama dalam parti, meletakkannya kini seakan sama seperti PKR dan DAP walaupun tarafnya masih bersifat balaci.

Tika PAS berubah sikap secara drastik membuang satu demi satu pemimpin berlatarbelakang agama dan mula meminggirkan suara ulama-ulamanya, UMNO pula mengorak langkah memperkukuhkan suara alim ulama supaya lebih memainkan peranan dalam parti dan kerajaan.

Bagi PAS, para ulama dan tok guru pondok seakan sudah tiada nilai untuk dimanfaatkan sebaliknya kemunculan beberapa artis perempuan yang suatu ketika dulu meliuk-liuk tubuhnya bergaya seksi di depan kamera kini dilihat lebih berharga untuk memancing undi muda mudi.

Wednesday, July 25, 2012

Azmin Ali Peduli Apa Kalau Wan Azizah Jadi Pengemis...!!

Tidak pernah berlaku dalam sejarah politik di Malaysia seorang Presiden parti terpaksa merayu untuk mendapatkan kerusi untuk bertanding kecuali dalam PKR.

Begitulah yang terjadi kepada Presiden PKR, Wan Azizah Ismail apabila hasrat beliau untuk bertanding di peringkat negeri pada Pilihanaya Umum akan datang disambut dingin oleh pemimpin-pemimpin partinya sendiri.

Bukan sahaja dingin malah ada sesetengah pemimpin PKR seperti Timbalan Presiden menunjukkan sikap antagonis terhadap cadangan presidennya sendiri.

Sepatutnya seorang Presiden parti politik mempunyai kuasa besar dalam perjalanan organisasinya.

Lihat daripada apa yang pernah berlaku di dalam kemelut parti-parti politik di negara ini, presiden mempunyai kuasa untuk memecat anggota parti, mengenakan tindakan disiplin, menentukan calon-calon yang sekepalanya dengannya dalam pemilihan parti dan sebagainya.

Bila datang musim Pilihanraya, Presiden juga punyai kuasai mutlak dan pemutus untuk menentukan siapakah yang bakal menduduki kerusi Yang Berhormat dan senarai calon-calon wajib melalui kelulusan dan tangannya.

Sebagai Presiden beliau juga ada 'authority' untuk memilih mana-mana sahaja kawasan yang difikirkan selamat dan sesuai untuk bertanding samada di negeri atau parlimen.

Selagi tindakannya berlandaskan peraturan parti dan amalan proses demokrasi, tidak siapa boleh menentang kehendak atau kemahuannya kerana ia adalah presiden yang mempunyai kuasa yang luas.

Berlainan pula apa yang berlaku di dalam PKR, sebuah parti yang mendabik dada kononnya membawa 'politik baru' dan 'harapan baru bagi Malaysia' yang berlandaskan nilai-nilai perjuangan 'reformasi jalanan'.

Ini kerana kuasa dalam PKR terletak di tangan Anwar sebagai Ketua Umum, satu jawatan yang dilantik dan tidak boleh ditandingi.

Wan Azizah sebagai presiden hanya atas nama sahaja dan berperanan lebih kepada tunggul dan boneka yang tidak ada kuasa atau mampu membuat sebarang keputusan.

Pengorbanannya selama 14 tahun menerajui PKR seolah-olah tidak dihargai langsung malah peranannya juga dipandang sepi.

Beliau mengorbankan kerusi parlimen Permatang Pauh demi suami tetapi Anwar Ibrahim juga tidak memberi sokongan apabila si isteri meluahkan keinginan untuk bertanding semula.

Apatah lagi seteru politik Wan Azizah, Azmin Ali siang-siang lagi sudah mengenakan pelbagai syarat kepada Presidennya sendiri jika ingin menjejak kaki di Selangor sebagai calon.

Malah ada ura-ura dan niat jahat Azmin untuk meletakkan Wan Azizah bertanding di DUN Sementa, sebuah kubu kuat UMNO-BN.

Mungkin tujuan Azmin mahu menamatkan karier politik bos politiknya kerana tahu Wan Azizah akan diganyang dan dimalukan di Sementa.

AMK Pulau Pinang pula bersikap hangat-hangat tahi ayam menunjukkan simpati dengan nasib Presiden dengan juga menawarkan kerusi.

Ini semuanya adalah permainan silap mata oleh Azmin dan kroni-kroninya.

Isu niat Wan Azizah mahu bertanding sebenarnya membongkar konflik amat serius dalam PKR antara dua puak yang bertelagah berebut kuasa.

Di satu pihak ialah puak presiden yang didokong oleh anaknya Nurul Izzah serta mendapat sokongan kuat Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim, Setpol MB Faekah Husin, dan lain-lain pemimpin yang tidak sehaluan dengan Azmin seperti Dr Syed Husin, Tian Chua dan Sivarasa.

Puak Azmin pula menjadi golongan majoriti yang memegang kuasa dan jawatan di dalam PKR tetapi mendapat tentangan hebat di Selangor disebabkan halangan oleh Khalid dan Faekah.

Selangor satu-satunya negeri yang dikuasai oleh PKR serta diterajui oleh Azmin sebagai Pengerusi negeri namun segala kontrak lumayan dan projek berjuta-juta ringgit dinikmati oleh kumpulan MB dan kroni-kroninya.

Faekah, seorang kroni rapat Wan Azizah dikatakan mendapat bermacam-macam habuan seperti projek-projek infrastruktur, tanah, pasir, stesen minyak, lesen-lesen, termasuk juga memonopoli penyediaan khidmat guaman kepada anak-anak syarikat di bawah MBI.

Azmin yang mengharapkan jawatan sebagai boss PKR di Selangor membolehkan beliau mengaut kekayaan terpaksa berputih mata dan menggigit jari melihat semuanya dibolot oleh kumpulan yang menyokong Wan Azizah.

Inilah punca Azmin melayan Presidennya macam sampah apabila beliau mahu bertanding di Selangor.

Wan Azizah di mata Azmin hanyalah penghalang kepada cita-citanya untuk menguasai PKR dan oleh kerana itu harus dikorbankan walaupun yang hendak dimangsakan itu adalah isteri idolnya sendiri.