MARI SAMA SAMA KITA MEDOAKAN YANG TERBAIK

MARI SAMA SAMA KITA MEDOAKAN YANG TERBAIK

Wednesday, October 31, 2012

Keng Krengg Kuungg Kengg.....!!

Pilihanraya Umum Ke 13 (PRU 13) dijangkakan berlangsung bila-bila masa saja dari sekarang dan sebagaimana biasa, makin dekat musim pilihanraya maka kian aktiflah para pemimpin pembangkang misalnya dari PAS mendendangkan semula isu perlaksanaan hukum hudud.

Itulah yang terjadi kini apabila Presiden PAS, Abdul Hadi Awang tiba-tiba sahaja memberi kenyataan terbuka mendakwa sudah wujud titik temu di antara DAP dengan PAS berhubung isu hudud PAS yang sedang hangat diperdebatkan tika ini.

Menurutnya, "Titik persamaan secara umum sudah disepakati, apabila DAP menerima konsep yang sudah ada dalam perlembagaan negara, termasuk kedudukan agama Islam.

Bagi PAS sudah cukup menarik untuk memberi ruang perbincangan sekiranya memerintah negara. Cara ini tidak boleh dilakukan oleh UMNO dengan rakan-rakan karibnya dalam Barisan Nasional," demikian kata Hadi dalam satu kenyataannya semalam.

Dari bait demi bait kenyataan rasmi Presiden PAS itu, ternampak jelas Hadi cuba membersihkan imej keras DAP khususnya dalam hal melibatkan isu hudud.

Itulah hakikatnya sejak dulu, pemimpin PAS akan senantiasa mencari hujah yang bersimpul-simpul semata-mata memepertahankan rakan sepakatannya sekalipun sudah disedarinya DAP tidak pernah berganjak dari pendiriannya dalam isu tersebut.

Entah di mana wujudnya titik temu bagi DAP dan PAS dalam isu hudud sukar dimengertikan. Seringkali yang terjadi apabila isu hudud di bawa ke mesyuarat tertinggi PR akan berakhir dengan kenyataan 'hudud bukan keutamaan PR" ataupun "hudud tidak akan dilaksanakan sekiranya PR memerintah negara".

Kemudian macam biasalah, para pemimpin PAS akan gebang keliling kampung kononnya UMNO yang menolak perlaksanaan hudud. PAS yang berjanji, PAS yang memasukkan janji hududnya dalam manifesto 1986 dan 1990, UMNO pula yang dipersalahkan.

Kalau soal penerimaan DAP terhadap Islam sebagai agama rasmi sebagaimana termaktub dalam perlembagaan negara dijadikan asas oleh Hadi untuk mendakwa wujudnya kesepakatan diantara mereka, jelaslah Hadi sudah terbelit dengan lidah sendiri.

Mana tidaknya bila sebelum ini, Hadi jugalah yang mentakrifkan perlembagaan negara sebagai perlembagaan kafir, jahiliah dan sekular melalui amanatnya kira-kira hampir 30 tahun lampau, namun kini perlembagaan itu pula yang dijadikan sandaran oleh PAS untuk menonjolkan konon sudah wujud kesepakatan dan titik temu antara DAP dengan PAS.

Satu-satu caranya untuk PAS membuktikan betapa seriusnya mereka untuk melaksanakan hudud mengikut lunas demopkrasi berparlimen ialah dengan bertanding di minima 167 kerusi parlimen dan menang di sekurang-kurangnya 148 kerusi tersebut supaya perlembagaan negara dapat dipinda bagi memberi laluan kepada perlaksanaan hukum hudud PAS.

Soal dasar dan prinsip perjuangan PR pun tidak mampu ditentukan oleh PAS, hatta untuk menuntut hak kuota bertanding di minima 100 kerusi juga tak tercapai dek kemampuannya, apatah lagi mahu bertanding di 167 kerusi parlimen.

Hadi boleh terus bermimpi indah sambil mengharapkan para penyokong PAS serta umat Islam keseluruhannya percaya bahawa PAS benar-benar serius untuk melaksanakan hukum hudud, tapi hakikatnya realiti yang terpampang depan mata tidak mampu dinafikan oleh mana-mana pihak.

Baik dalam Buku Jingga yang menjadi dasar perjuangan PR dan dipersetujui oleh PAS mahupun dalam mana-mana mesyuarat peringkat tertinggi pimpinan PR berkaitan isu hudud, semuanya jelas menunjukkan PR mahupun PAS tidak akan melaksanakan hukum hudud.

Janji demi janji sejak dulu hingga kini sama ada dari mulut Presiden PAS mahupun lain-lain pemimpinnya, hanyalah gebang dan dongengan semata-mata, tak lebih tak kurang hanyalah bertujuan supaya penyokong PAS terus lena dibuai mimpi indah. Realitinya, jauh panggang dari api.

Kelantan Ohh Kelantan....! Gapo Wei....?

Sejak PAS menguasai Kelantan Oktober 1990 hingga sekarang, salah satu propaganda kenegerian yang seringkali disebut-sebut oleh pemimpin PAS ialah kononnya rakyat negeri ini telah di anak tirikan oleh Kerajaan Pusat.

Matlamatnya tidak lain dan tidak bukan, bertujuan untuk menyemarakkan lagi semangat kenegerian rakyat Kelantan disamping terus menanam kebencian umum terhadap UMNO yang menerajui Barisan Nasional (BN) di peringkat pusat.

Hakikatnya, tak selamanya propaganda sedemikian mampu mempengaruhi rakyat jelata kerana banyak bukti yang terpampang di depan mata telah secara sendirinya menafikan dakyah PAS tersebut.

Ambil satu contoh mudah dalam isu projek Pembangunan dan Pengindahan Tebing Sungai Kelantan (PTSK) di Lembah Sireh, antara tanggungjawab dan janji yang sepatutnya dilaksanakan oleh Kerajaan PAS Kelantan tapi gagal ditunaikan ialah pembinaan Jambatan Berkembar Sultan Yahya Petra.

Sehingga tahun 2007, jambatan tersebut gagal dibina oleh syarikat swasta Liziz Standaco Sdn Bhd yang dilantik oleh Kerajaan PAS Kelantan, akhirnya Kerajaan Pusat pula yang  mengambil inisiatif dan menanggung beban membinanya bagi mengurangkan kesesakan di kawasan berkenaan.

Namun tabie pemimpin PAS tetap sama tidak berubah, hanya disebabkan takut dengan sikap prihatin Kerajaan Pusat dalam membantu rakyat negeri ini, maka disebarkan khabar-khabar angin kononnya kelewatan projek jambatan ini siap disebabkan wujudnya unsur rasuah.

Pertukaran beberapa kontraktor pembinaan dijadikan asas bagi mengukuhkan hujah mereka berkaitan dakwaan berlakunya ketirisan dan rasuah dalam projek pembinaan jambatan ini.

Sedangkan hakikat syarikat pemaju, Liziz Standaco yang dilantik oleh Kerajaan PAS Kelantan gagal melaksanakan tanggungjawab pembinaannya tidak pula berani disentuh oleh ustaz-ustaz jadian dan para penceramah PAS.

Kesediaan Kerajaan BN meneruskan pembinaan jambatan ini motifnya cukup jelas kerana menyedari kepentingannya selain mampu mengurangkan masalah kesesakan lalulintas, ia juga mempunyai kesan signifikan dalam memacu pertumbuhan ekonomi negeri khususnya di pusat bandar Kota Bharu.

Kerajaan Pusat sebenarnya berhak untuk buat tidak endah sahaja dengan kegagalan PAS memenuhi janji pembangunannya itu, namun demi kerana mahu membantu rakyat maka soal perbezaan politik diabaikan demi kebaikan bersama.

Senario keprihatinan Kerajaan BN ini membuktikan tuduhan pemimpin PAS kononnya Kerajaan BN sengaja meminggirkan Kelantan dan menganaktirikan negeri ini hanyalah satu pembohongan dan propaganda jahat sahaja.

TAZKIRAH Anwar Dalam Masjid Seru Umat Islam JANGAN Meliwat, Jangan Berzina Dengan China DOLL....


GENGGAM Erat Tangan Anwar....!! Ada Peluang Nak Jadi Mangsa.....


ISU SELANGOR: Wan Azizah Akan Bubarkan PKR Kerana Krisis PKR Selangor....?


Tuesday, October 30, 2012

Ini Semua Berlaku Kerana Anwar .......!!


Suatu ketika dulu, ramai kalangan pemimpin dan penyokong PAS yang begitu teruja dan terpesona dengan kepimpinan Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri Pulau Pinang, pernah menyamakan Setiausaha Agung DAP itu sebagai setaraf dengan Khalifah Umar Al-Khattab.

Sehinggakan ada segelintir pemimpin PAS yang secara sedar mendoakan kesejahteraan kepimpinan Guan Eng di Pulau Pinang semasa Khutbah Jumaat dibacakan.

Pelik? Tiada peliknya. Bagi PAS kepentingan undi dan kuasa duniawi amat penting dan kerana itu amat dihargai nilai persahabatannya dengan kafir harbi DAP berbanding persaudaraan sesama Islam.

Dalam pada PAS begitu teruja dengan 'kehebatan khalifah' Guan Eng, selang beberapa ketika kemudiannya beliau dinugerahkan dengan gelaran sebagai Father Joseph dari Gereja St. Anne, Bukit Mertajam sebagai perhargaan di atas sumbangan dana kepada gereja tersebut.

Penganugerahan gelaran Father Joseph kepada Guan Eng itu sebenarnya tidaklah mengejutkan, walaupun selama ini beliau sering berahsia berkaitan status agamanya.

Namun bagi penyokong PAS yang acapkali memuja muji Guan Eng konon bakal mengulangi kegemilangan Khalifah Umar Al-Khattab, tak sedikit yang terpinga-pinga apabila mengetahui rupa-rupanya Guan Eng adalah seorang penganut Kristian yang amat taat pada agamanya.



Mungkin ini dapat menjawab persoalan kenapa tiba-tiba sahaja perarakan Maulidur Rasul tidak lagi diadakan di Pulau Pinang. Barangkali ini semua adalah gara-gara betapa 'mesranya' Setiausaha Agung DAP itu dengan gaya kepimpinan ala khalifahnya yang selama ini di puja oleh PAS agaknya.

Selain Guan Eng dan isterinya, Betty Chew, ramai lagi pemimpin DAP yang sedang menonjol tika ini rata-ratanya beragama Kristian, antaranya Terresa Kok, Ronnie Liew, William Leong, Ngeh Koo Ham @ James, Nga Kor Ming @ David, Tony Pua dan Hannah Yeoh.

Sebahagiannya dari mereka diketahui umum cukup keras dalam mencuit hak umat Islam termasuklah pernah mempertikaikan azan subuh, bacaan Al-Quran, tulisan jawi pada papan tanda jalan, mendesak penggunaan kalimah Allah s.w.t untuk kegunaan kitab Kristian dan gereja serta beberapa isu sensitif yang lain.

Selain itu, dikalangan pemimpin PKR pula seperti Xavier misalnya serta beberapa yang lain juga pernah mencetuskan kontroversi termasuklah menyampaikan 'tazkirah' di ruang utama solat surau.

Malah beberapa orang dari mereka juga merupakan orang kuat gereja yang pernah terbabit secara tidak langsung dalam usaha memurtadkan orang Islam.

DAP tetap DAP, sementelah lagi kini DAP sudah dikuasai kumpulan pemimpin yang beragama Kristian yang agak vokal mempertikaikan hak agama dan umat Islam, tidak mustahil mereka akan semakin berani mempolemikkan pelbagai isu sensitif berkaitannya.

Manakala PKR pula walaupun dikuasai oleh Anwar Ibrahim, namun kebanyakan hala tuju politiknya terlalu dekat dengan unsur Kristian termasuklah cukup sinonim dengan budaya candle light virgil serta pernah menamakan seorang penganut Kristian, Baru Bian sebagai bakal Ketua Menteri Sarawak.

Jelas sekali kerjasama dan persahabatan PAS dengan DAP tidak pun berjaya mengubah kepercayaan Guan Eng ataupun menyebabkan DAP semakin berlembut dengan Islam ataupun membawa PKR semakin dekat dengan Islam.

Sebaliknya yang berlaku, PAS pula semakin liberal dengan pendiriannya sehinggakan terikut-ikut rentak DAP serta PKR dengan melupakan terus semua perjuangannya untuk mendirikan Negara Islam dan menegakkan hukum hudud ala PAS.

Nik Ajeees Sakit Telinga Dengar Klentong Anwar...

Tindakan Ketua Pembangkang mengumumkan 'Anugerah Menteri Besar Terbaik’ yang ‘dimenangi’ oleh Khalid Ibrahim dilihat sebagai ‘politically incorrect’, sekali gus menunjukkan bahawa kebolehan Anwar dalam berpolitik semakin terjejas. 

Kesilapan kecil ini bukanlah sesuatu yang biasa bagi Anwar kerana beliau selama ini cukup bijak mengatur kata-kata dan tindakan dalam berpolitik sehingga berjaya memperdaya begitu ramai orang termasuk Yahudi dan pemimpin bertaraf dunia, Tun Mahathir Mohamad selama berpuluh-puluh tahun. 

Namun, akhir-akhir ini, Anwar kerap membuat kesilapan sama ada kerana terperangkap dalam situasi yang sukar seperti apabila disoal mengenai pendiriannya terhadap Israel dan undang-undang liwat, atau kerana gabra terkantoi seperti kes jam omega. 

Tetapi dalam kes pengumuman anugerah Menteri Besar Terbaik, Anwar tidak berada di dalam keadaan tertekan, terdesak atau terperangkap. Justeru, kemungkinan pengumuman tersebut bukan kesilapan tetapi Anwar memang benar-benar berniat membuat pengumuman itu tanpa memikirkan kesannya. 

Pakatan Rakyat mempunyai 4 Menteri Besar dan bagi Anwar untuk memuji salah seorang pastinya akan membangkitkan rasa kurang senang di kalangan 3 yang lain.

Sedangkan, prestasi seseorang MB tidak wajar diadili melalui pendapatan negeri kerana setiap negeri mempunyai masalah yang berlainan berdasarkan sumber negeri dan landskap masyarakat.

Di sudut lain pula, memilih untuk memuji seorang MB sebagai terbaik juga dilihat sebagai cubaan menyelamatkan MB tersebut yang telah dilihat lemah.  Ini adalah strategi biasa politik di mana apabila seseorang politikus itu semakin lemah, maka semakin banyaklah puji-pujian dilemparkan sekadar untuk memastikan pengundi terus yakin dengan parti. 

Oleh itu, tindakan Anwar memuji Khalid berlebihan menjadi senjata yang bukan sahaja makan tuannya tetapi semua orang-orang disekelilingnya sekali.

Menurut beberapa blog, tindakan ini boleh ditafsirkan sebagai talian hayat untuk Khalid tatkala prestasi MB dilanyak teruk oleh Azmin Ali dan kumpulannya dengan menjadikan Faekah Hussin, Setiausaha Politik MB sebagai kambing hitam.

Secara semulajadi, apabila ada yang terbaik, pastinya ada yang tercorot.  Jadi, siapakah MB PR yang tercorot....?

Walaupun Anwar tidak mengumumkannya, tetapi mengikut logik, Nik Aziz yang telah memerintah Kelantan selama 22 tahun pastinya secara automatik menjadi yang tercorot. 

Memuji Khalid yang belum sampai sepenggal menjadi MB secara tidak langsung boleh ditafsirkan sebagai menyindir Nik Aziz kerana tidak berjaya membangunkan Kelantan dari apa-apa segi sekali pun. Malah, Kelantan kekal sebagai negeri termiskin dan termundur di dalam Malaysia selama lebih dua dekad.  

Dalam masa yang sama, bukan rakyat tidak tahu bahawa Khalid Ibrahim juga adalah MB yang lemah, walaupun tidak selemah Nik Aziz tetapi tetap lemah dalam kategori seorang MB.

Di bawah beliau, isu-isu politik yang merugikan PR tidak mampu ditangani dengan baik.  Antaranya, isu murtad, arak dan rumah-rumah urut. 

Selain itu, di bawah Khalid juga rakyat menyaksikan UNISEL lingkup, peniaga Melayu di PKNS kini menghadapi risiko, tanah YBK ingin dirampas, isu air yang semakin hari semakin meruncing tetapi kerajaan Selangor masih tidak memberi jawapan bagi penyelesaian yang meyakinkan. 

Justeru, walaupun pada dasarnya, Anwar dilihat sebagai memuji Khalid, tetapi tafsiran yang dibuat oleh rakyat ialah Anwar cuba memulihkan imej Khalid dan menyindir Nik Aziz sekali gus.

Tindakan Anwar bagaikan membaling sebiji batu tetapi terkena dua ekor burung yang bukan menjadi sasarannya. 

Walau apapun, Nik Aziz wajar difahamkan akan isyarat Anwar ini.  Anwar diketahui tidak pernah mempunyai rasa hormat terhadap PAS. Oleh itu, secara tidak langsung, sindiran terhadap Nik Aziz tersebut merupakan cara halus untuk Anwar mengingatkan PAS betapa lemahnya mereka dan betapa mereka tidak layak untuk duduk sama tinggi dengan PKR atau DAP dalam PR. 

PAS tidak mampu membangunkan walau satu negeri dalam masa 22 tahun, bagaimana PAS boleh bermimpi untuk memberi tekanan kepada PKR dan DAP untuk melaksanakan hudud atau apa saja yang berkaitan undang-undang Islam jika PR memerintah? 

Kesimpulannya, Anwar telah berusaha untuk memberi ‘muka’ kepada Khalid tetapi langsung tidak berbuat yang sama terhadap Nik Aziz. Anwar secara halus telah mengesahkan bahawa Nik Aziz adalah lemah, dan bahawa PAS adalah tidak lebih dari sekadar tukang sorak dan tukang cuci bagi PR. 

[ISU SELANGOR] GEMPAARR...! AMK PKR Shah Alam Kena Cekup Khalwat Di Hotel Bajet Seksyen 7 Shah Alam....

Antara kelemahan utama kerajaan Pakatan Rakyat Selangor ialah hampir ketiadaan langsung agenda bagi memartabatkan bangsa Melayu di negeri itu.

Sebut sahaja mana-mana bidang kehidupan yang menyentuh orang Melayu samada perniagaan, aspek sosio-ekonomi malah agama sekali pun, rakyat akan tertanya-tanya apakah program-program pro-Melayu yang telah dirancang mahupun dilaksanakan sepanjang 4 1/2 tahun Pakatan Rakyat memerintah di negeri terkaya di Malaysia itu.

Malah amat menyedihkan sekali apabila Selangor melantik pula Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi yang sepatutnya membela orang Melayu terutamanya golongan susah dan miskin.

Namun dengan pengalaman serta ketokohan Anwar sebagai bekas Menteri Kewangan selama lapan tahun juga gagal menyelamatkan nasib orang Melayu.

Anwar bagaikan tunggul kayu mati yang hanya berperanan sebagai penghias serta tidak mempunyai apa-apa fungsi yang boleh membawa apa-apa kebaikan kepada rakyat Selangor.

Kini nasib orang Melayu di tanah air mereka sendiri akan lebih tertekan dan akhirnya akan merempat apabila Menteri Besar, Abdul Khalid Ibrahim bercadang untuk menjual lima aset bangunan kepunyaan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Antara aset PKNS yang bakal menjadi mangsa kerakusan Pakatan Rakyat ialah Wisma Yakin yang begitu terkenal sebagai ikon perniagaan orang Melayu di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur sejak awal tahun 1970an lagi.

Siapa tidak kenal Wisma Yakin yang menjual serba anika pakaian dan aksesori budaya Melayu seperti baju Melayu, songkok, samping, kain pelikat, butang baju dan sebagainya.

Kelas peniaga Melayu kecil dan menengah berjaya diwujudkan di Wisma Yakin kerana dasar pro-Melayu yang dilaksanakan kerajaan Barisan Nasional selama ini.

Turut menjadi mangsa lagi ialah Kompleks PKNS Shah Alam yang akan dijual pada harga RM85 juta, PKNS Bangi (RM42 juta), PKNS Petaling Jaya (RM90 juta) dan SACC Mall (RM97 juta) dengan nilai keseluruhan yang bakal diraih berjumlah RM321 juta.

Begitu hebat pentadbiran Pakatan Rakyat dengan slogan 'Harapan Baru Untuk Malaysia' sehingga orang Melayu akhirnya akan kehilangan semua aset-aset mereka sedikit demi sedikit yang telah dibina dengan penuh penat lelah di bawah Barisan Nasional sejak zaman merdeka lagi.

Antara objektif utama PKNS yang ditubuhkan oleh kerajaan BN sejak 45 tahun lalu ialah peranannya sebagai satu agensi pembangunan sosio-ekonomi Selangor selain menjadi, agensi utama pembangunan hartanah kerajaan negeri, pemegang amanah bumiputra, agensi utama melaksanakan Dasar Ekonomi Baru dalam menyusunkan semula struktur masyarakat dan pembasmi kemiskinan di kalangan masyarakat Bumiputera bandar dan luar bandar.

Jika diteliti jasa lebih empat dekad PKNS di, kejayaan terbesarnya adalah kemunculan Selangor sebagai negeri yang termaju dan terkaya di Malaysia dari segi pembangunan industri, perumahan dan perbandaran.

Di bawah Pakatan Rakyat semua kejayaan yang telah dicapai bagi pembangunan sosio-ekonomi rakyat Selangor khususnya orang Melayu akan hancur dan musnah.

Maka tidak silap dikatakan bahawa antara agenda penting kerajaan Pakatan Rakyat apabila mengambil alih pentadbiran di Selangor ialah mensasarkan institusi-institusi yang mempunyai kepentingan Melayu.

Faktor mengapa ini berlaku ialah kehadiran parti rasis DAP sebagai sekutu PKR dan PAS.

Sementara PAS sudah menjadi keldai DAP akan membawa apa sahaja beban mengikut kemahuan parti rasis Cina itu, PKR pula menjadi pak turut kerana sokongan amat diperlukan oleh Anwar untuk mengejar cita-citanya menjadi Perdana Menteri.

Yang menjadi mangsa sudah tentunya orang Melayu kerana DAP tidak sesekali akan membenarkan orang Melayu berjaya dan cemerlang di negeri itu.

Lihat bagaimana agenda Pakatan Rakyat Selangor di kawal dan dirancang oleh DAP dengan restu Anwar apabila kerajaan negeri merampas tanah seluas 323.7 hektar kepunyaan Yayasan Basmi Kemiskinan di Serendah pada tahun 2010.

Tanah tersebut dirampas oleh Pakatan Rakyat hanya kerana YBK menolak nafsu Khalid supaya beliau dilantik sebagai pengerusi yayasan itu.

Rampasan tanah itu telah membantutkan usaha kerajaan pusat untuk membina kampus cawangan Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Serendah sekali gus menafikan hak beribu-ribu anak Melayu meneruskan pengajian mereka.

Mujur keadilan dapat ditegakkan apabila Mahkamah Tinggi Shah Alam memerintahkan tanah itu dikembalikan semula kepada YBK.

Agenda melemahkan orang Melayu melalui bidang pendidikan juga dikesan di UNISEL, sebuah universiti milik kerajaan negeri Selangor yang mengalami kerugian berjumlah RM54 juta dalam tempoh tiga tahun sejak Pakatan Rakyat memerintah bermula dari tahun 2008 sehingga 2010.

Sebagaimana anak-anak Melayu di nafikan pendidikan dengan ketiadaan kampus cawangan UiTM di Serendah, beribu-ribu pelajar Melayu yang kini menuntut di UNISEL akan menerima nasib yang lebih malang di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat.

Pengurusan yang lemah dan tidak berjaya, ditambah lagi dengan agenda politik kotor Pakatan Rakyat untuk menjadikan UNISEL sebagai medan latihan kader-kader pembangkang, institusi pengajian tinggi yang dulunya dipandang tinggi dengan pencapaian akademik yang membanggakan, kini akan turut sama dikorbankan demi memuaskan hati DAP.

Hakikatnya lebih lama Pakatan Rakyat memerintah di Selangor, lebih dahsyat kemusnahan agenda Melayu akan dilakukan dan semua ini dilakukan di depan mata PKR dan PAS yang kononnya mendakwa sebagai pelindung Melayu.

Air Mata Wan Azizah Kerana Azmin Dan Azizan.....


Monday, October 29, 2012

Ada 3 Yb PAS Tak Sabar.... Janji Papa Gomo Dedahkan Suami Nurul Izzah "Bersubahat Anwar Liwat Seorang Mahasiswa

Petikan dari apa yang ditulis oleh Papa Gomo;

Nurul Izzah tahu apa yang berlaku tahun ini dimana suami beliau dan beliau sendiri bersubahat dengan bapanya Anwar Ibrahim dalam meliwat seorang Mahasiswa.

Mungkin beliau Nurul Izzah boleh menutup mata dengan apa yang berlaku keatas Mahasiswa yang diliwat bapanya tetapi tidak kepada Mahasiswa Utara itu yang sekarang ini menanggung siksa dan dosa dengan perbuatan terkutuk Anwar Ibrahim disaksikan sendiri oleh suami Nurul Izzah. Malam pertama mahasiswa itu kehilangan nikmat.

Seterusnya..., klik SINI dan SINI

Tragedi BERDARAH Dalam Kem Pelarian Rakyat Syria...! Tangan Azeez Rahim Berlumuran DARAH.... Saksikan Foto Foto Panas


Foto foto ini tidak akan disiarkan oleh Harakah....

JIHAD oleh Kelab Putera 1Malaysia [KP1M] yang diketuai oleh Pengerusi KP1M Dato' Haji Abdul Azeez Rahim menyambut Hari Raya Aidil Adha bersama-sama dengan umat Islam Syria di Kem Al-Za'Tari sempadan Jordan-Syria memang tidak mampu oleh dilakukan oleh mana mana pimpinan PAS.

Menunaikan janji, Azeez telah menyempurnakan upacara Korban sebanyak 191 kambing biri biri yang disedekahkan oleh YAB Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Razak untuk meraikan umat umat Islam Syria yang mendapat perlindungan di Kem Al-Za'Tari.

Selepas solat sunat Aidil Adha, Azeez bersama-sama dengan petugas petugas KP1M membanting tulang bersama umat islam Syria dalam kem tersebut menyembelih, melapah dan memasak juadah untuk dimakan bersama. Ada juga bahagian bahagian sembelihan korban diagih-agihkan kepada semua pelarian Syria untuk bekalan makanan mereka.


Majlis sambutan Aidil Adha dalam Kem Al-Ta'Zari yang bermula dengan solat sunat Aidil Adha, penyembelihan binatang korban, melapah dan memasak turut sama disertai oleh pelajar pelajar warga Malaysia disana...!

Sumber Foto

Isu Selangor: Kerja Gila Putar Duit..., REFINANCE Bangunan PKNS Untuk Dana PRU Pakatan Haram



MB Khalid Gagap cuba memperbodohkan Rakyat Selangor sekali lagi. Beliau cuba bermain dengan "creative accounting" dengan cuba memanupulasikan agenda tersembunyi dalam isu penjualan aset-aset PKNS yang sedang hangat diperkatakan oleh Rakyat Selangor ketika ini.

MB Khalid Gagap bukan sahaja tidak memberi penjelasan mengenai cabaran DSNoh Omar baru-baru ini tetapi cuba mengelirukan rakyat dengan pelbagai istilah korporat yang direka cipta untuk menutup isu cadangan penjualan bangunan milik PKNS yang sedang di peringkat akhir perjanjian jual beli.

Draft perjanjian jual beli yang belum ditandatagani ada di tangan kami dan akan didedahkan sedikit masa lagi. Beberapa buah bangunan milik PKNS yang bernilai RM321 juta kini di dalam proses untuk dijual ("refinance") kepada anak syarikat milik Kerjaan Negeri.

Kalau benar tujuan "pemindahan" atau penstrukturan semula adalah untuk penyusunan semula aset-aset PKNS, kenapa perlu ada transaksi kewangan berlaku....?

Kenapa perlu ada perjanjian korporat dibuat dan dibayar kepada PKNS...?

Menteri Besar dan Kerajaan Negeri Pakatan Haram Selangor semakin terdesak dan memerlukan wang untuk kegiatan politik mereka serta dana PRU13 sehingga terpaksa mengarahkan PKNS menjual bangunan milik mereka.

Rakyat Selangor mengetahui bangunan dan premis ini semua adalah simbol kejayaan PKNS dalam konteks untuk membantu usahawan dan peniaga melayu di selangor.

PKNS telah dicadangkan penubuhannya oleh Dato Haron Idris yang ketika itu menjadi Menteri Besar Selangor bertujuan untuk mempertingkatkan ekonomi peniaga Melayu di Selangor.

Apabila Kerajaan Pakatan Haram memerintah, mereka telah menimbulkan kontroversi tentang penjualan aset PKNS ini dengan sewenang-wenangnya menggunakan istilah urustadbir korporat yang mengelirukan. 

Sudah pasti yang akan menanggung kerugian daripada tindakan ini adalah peniaga dan Rakyat Selangor sendiri. Kesan mendalam yang akan dialami hasil daripada penjualan ini akan melibatkan peniaga di Kompleks PKNS dan Wisma Yakin yang 80% daripadanya adalah peniaga melayu.

Kenaikan sewa yang tinggi pasti akan berlaku dan ini secara tidak langsung akan "menghalau" peniaga-peniaga Melayu yang sudah bertahun berniaga di situ. Inikah dia yang disebut sebagai sebuah kerajaan yang perihatin dan janji sebuah Negeri Berkebajikan....?


Kenyataan Akhbar Isu Penjualan Aset Milik PKNS

Dato Sohaimi Shahadan menyelar sikap berdolak dalik dan putar belit kerajaan selangor serta menyifatkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar lidah bercabang dan mempunyai agenda tersembunyi dalam isu penjualan aset-aset PKNS yang sedang hangat diperkatakan oleh rakyat selangor ketika ini.

Beliau bukan sahaja tidak memberi penjelasan mengenai cabaran Dato Seri Noh Omar baru-baru ini tetapi cuba mengelirukan rakyat dengan pelbagai istilah korporat yang direka cipta untuk menutup isu cadangan penjualan bangunan milik PKNS yang sedang di peringkat akhir perjanjian jual beli .

Beberapa buah bangunan milik PKNS yang bernilai RM321 juta kini di dalam proses untuk dijual. Kalau benar tujuannya untuk penyusunan semula aset-aset PKNS kenapa perlu ada transaksi kewangan berlaku ? 

Kenapa perlu ada perjanjian korporat dibuat dan dibayar kepada PKNS ? Dari pemerhatian, kami melihat Menteri Besar dan kerajaan negeri semakin terdesak dan memerlukan wang untuk kegiatan politik mereka sehingga terpaksa mengarahkan PKNS menjual bangunan milik mereka. Yang mana bangunan dan premis ini semua adalah simbol kejayaan PKNS dalam konteks untuk membantu usahawan dan peniaga melayu di selangor.

PKNS telah dicadangkan penubuhannya oleh oleh Dato Haron Idris yang ketika itu menjadi menteri besar selangor. Tujuannya untuk mempertingkatkan ekonomi peniaga melayu di Selangor. Tetapi bila sampai ke tangan Tan Sri Khalid Ibrahim dan kuncu-kuncunya dan dianggap pula Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai menteri besar terbaik selangor oleh Anwar Ibrahim , lain pula jadinya.

Beliau sekali lagi menimbulkan kontroversi tentang penjualan aset PKNS ini dengan sewenang-wenangnya menggunakan istilah urustadbir korporat yang mengelirukan. Sudah pasti yang akan menanggung kerugian daripada tindakan ini adalah peniaga dan rakyat Selangor sendiri.

Kesan mendalam yang akan dialami hasil daripada penjualan ini akan melibatkan peniaga di Kompleks PKNS dan Wisma Yakin yang 80% daripadanya adalah peniaga melayu. Kerajaan negeri selangor dan PKNS kini bukan lagi tempat untuk orang melayu mengadu nasib lantas berjaya dalam kehidupan terutamanya dalam bidang perniagaan yang seba serbinya mencabar.

Inikah dia yang disebut sebagai sebuah kerajaan kerajaan yang perihatin dan janji sebuah negeri berkebajikan ? Di mana pula perjuang hak asasi dan pro rakyat yang selama ini nampak jagohnya dalam memperjuangkan isu rakyat ?

Bukankah tindakan penjualan aset milik PKNS ini secara tak langsung akan memberikan kesan langsung terhadap nasib peniaga yang juga 'rakyat' di Selangor ?

Pergerakan Pemuda Umno Malaysia pada hari ini mendesak agar penjualan ini dibatalkan dengan serta merta atau kerajaan negeri akan berhadapan dengan beberapa tindakan protes secara besar-besaran oleh peniaga dan rakyat di seluruh Selangor.

Kami menuntut agar kerajaan negeri berhenti mengelirukan rakyat dengan pelbagai helah dan istilah urustadbir korporat yang memualkan. Kerajaan negeri juga didesak menghentikan stail politik yang suka mengkambing hitamkan PKNS demi memenuhi selera politik mereka yang secara keseluruhannya cukup merugikan peniaga dan rakyat Selangor.

Pengerusi Biro Ekonomi Dan Pembangunan Usahawan
Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

Anwar Ibrahim Dah Jadi BANGSAT Kelas Paling Rendah...!!

Laporan Bank Dunia Edisi 2013 yang meletakkan Malaysia di tangga ke 12 paling berdaya saing bagi perniagaan sekali gus menghumban segala tuduhan pembangkang konon negara ini akan bangkrap, ke dalam longkang. 

Kedudukan ini merupakan lonjakan enam anak tangga berbanding 2011 iaitu lonjakan yang paling tinggi setakat ini.  Pada tahun 2010, Malaysia berada di tangga 23. 

Kedudukan ini juga meletakkan Malaysia mengatasi negara seperti Sweden (ke-13), Taiwan (ke-16), Jerman (ke-20), Jepun (ke-24) dan Switzerland (ke-28). 

Laporan Bank Dunia ini adalah berdasarkan kajian ke atas 185 ekonomi merentasi kriteria daya saing seperti kemudahan memulakan perniagaan, kelulusan mendapatkan lesen, kecekapan pentadbiran cukai dan kemudahan menjalankan perdagangan rentas sempadan.

Malaysia didapati telah memperbaiki kedudukan daya saingnya dalam lima bidang menjalankan perniagaan, iaitu Kemudahan Bekalan Elektrik (dari tempat ke-59 ke tempat ke-28); Pendaftaran Hartanah (dari tempat ke-59 ke tempat ke-33); Pembayaran Cukai (dari tempat ke-41 ke tempat ke-15); Perdagangan Rentas Sempadan (dari tempat ke-29 ke tempat ke-11) dan Urusan Permit Pembinaan (dari tempat ke-113 ke tempat ke-96).

Nampaknya, segala usaha pembangkang untuk menggambarkan kepada rakyat dan dunia bahawa Malaysia mengalami masalah ekonomi serta mengalami risiko bangkrap berdasarkan Bajet dan Audit yang baru dibentangkan telah sekali lagi tidak berjaya. 

Dengan laporan Bank Dunia ini, keyakinan pelabur terhadap Malaysia juga akan melonjak tinggi dan ini bakal membantu negara mencapai sasaran pengurangan kadar defisit kepada 4.0 peratus daripada KDNK berbanding 4.5 peratus tahun ini. 

Golongan peniaga juga dijangkan memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada kerajaan dalam PRU yang akan datang berdasarkan perkembangan positif yang direkodkan ini. 

Sementara itu, pakatan pembangkang dilihat semakin buntu apabila Bajet yang dibentangkan mereka mendapat kritikan hebat kerana tidak dibuat berdasarkan realiti dan tegar meneruskan janji-janji yang tidak masuk akal.

Lebih buruk lagi bagi pembangkang apabila Laporan Audit yang dibentangkan mendedahkan kelemahan yang ketara di negeri-negeri yang diperintah mereka sehingga dalam beberapa kes terdapat desakan dari rakyat agar dilakukan siasatan oleh SPRM. 

Ketika BN berjaya membuktikan kecekapan melalui khidmat yang cemerlang, pembangkang terpaksa bermain politik dengan isu remeh iaitu kamera AES dan cukai rokok yang sebenarnya membawa kesan yang baik untuk rakyat.

Pembangkang telah bertindak menyeru rakyat menolak sesuatu yang baik untuk mereka dengan alasan ia memberi pulangan wang kepada kerajaan dan cuba menggambarkan bahawa kerajaan terdesak untuk menambah pendapatan dengan memeras rakyat. 

Namun, laporan Bank Dunia ini dengan sendirinya menafikan yang kerajaan buntu untuk menjana kewangan.  Terbukti kerajaan telah berjaya menyediakan persekitaran yang selesa untuk membolehkan perniagaan berkembang dan pelaburan meningkat bagi memastikan kewangan negara dapat dijana secara konsisten.  

Kini rakyat semakin yakin dengan kerajaan dan pembangkang semakin kehilangan modal untuk berkempen. 

Sunday, October 28, 2012

Isu Selangor : Tanah Yayasan Selangor Kena GADAI Untuk Kepentingan Elizabeth Wong.....?

Pengurus Besar Yayasan Selangor Ilham Marzuki mengaku terlibat dan bersekongkol untuk perampasan oleh Kerajaan Selangor keatas sebidang tanah milik Yayasan Selangor di Bandar Klang, sebagai memberi laluan bagi pembinaan Pusat Kebudayaan Cina yang dipohon oleh anggota Exco Selangor Elizabeth Wong.

Persengkokolan Ilham ialah dengan sengaja tidak mengendahkan JV yang sedia wujud dengan pihak swasta untuk memajukan lot tanah berkenaan.

Bagi Ilham, beliau lebih rela tanah tersebut dirampas dari meneruskan pembangunan tanah tersebut oleh pihak swasta berkenaan. Dengar dan amati alasan dan ulasan Ilham dalam video di bawah.




Alasan yang diberikan ialah WANG. Baik apa juga alasan diberikan oleh Ilham, beliau sepatutnya berpandangan diluar faktor wang. 

Apakah Ilham tidak sedar dengan kedudukan Klang sebagai Bandar Diraja...?

Andai Ilham menyedari dan menghormati Bandar Diraja, wajar baginya mempertahankan malah memperkasakan seni bina yang lebih 'Kemelayuan' untuk menyerlahkan kedudukan Klang sebagai Bandar Diraja. 

Posted by Akar Umbi

Video Klip Bukti Mat Sabu Penyokong Tegar SYIAH Di Syria....




Video berdurasi 2 minit 54 saat itu melaporkan kehadiran dan lawatan rasmi mat sabu selaku Timbalan Presiden pas terhadap Menteri Wakaf (Menteri Agama) Syria.

Mengikut laporan berita itu, katanya mendakwa Mat Sabu MAHU TAHU situasi sebenar apa yang berlaku di Syria. PERSOALAN UTAMA ? 

1) Mat Sabu jumpa Menteri Agama Syria yang berfahaman syiah. Sudah pasti berita yang disampaikan kepada Mat Sabu oleh Menteri Syiah itu akan lebih positif dalam menggambarkan situasi sebenar yang akan pro kepada Syiah .

2) Apa bodohnya Mat Sabu perlu berjumpa dengan Menteri Syiah Syria untuk mendapatkan penjelasan, sedangkan di dalam internet terdapat puluhan Youtube pembunuhan kejam tentera syria pimpinan Syiah membunuh tanpa belas ikhsan umat islam Sunnah....!!

3) Apakah Mat Sabu tak baca laporan Human Right watch mengenai pembunuhan skala besar-besaran yang dilakukan oleh tentera Syria terhadap penduduk Sunnah ?

4) Kedatangan Mat Sabu "SECARA RASMI MENGADAP PEMIMPIN SYIAH DI SYRIA" semakin melambangkan yang beliau ini memang penganut sesat Syiah... 

Pertama, mengapa di kala berlakukanya pergolakan di Mesir di mana pemberontaknya adalah Syiah, Mat Sabu tak buat kunjungan hormat kepada pemimpin Mesir sebaliknya menyokong gerakan kebangkitan Syiah di Mesir ?

Kedua, mengapa mat sabu TAK PERGI MENGADAP PEMIMPIN SUNNAH DI BAHRAIN sedangkan pada waktu itu penganut Syiah sedang galak membuat huru hara menumbangkan kerajaan Bahrain yang SAH......??

APA SUDAH JADI KEPADA PAS.....? 

Selanjutnya, bukti bukti panasss, klik SINI.

Bukti Sudah Ada Dalam Tangan.... Nurul Izzah Akan BONGKAR Penyelewengan Rosmah....?

Jangan buang masa, cerita panas yang cuba dimainkan oleh juak juak murahan Pakatan Pembangkang, anda wajib baca...! Klik SINI

Saturday, October 27, 2012

Kenapa Masih Ada Ahli UMNO Tidak Yakin Anwar Seorang BISEKSUAL..?

Cuti panjang sempena sambutan Hari Raya Aidil Adha memberikan kesempatan buat kita untuk bersua wajah bersembang dengan sanak saudara...

Sepertimana senario sewaktu cuti Hari Raya Aidil Fitri, sembang bual lebih hangat apabila membicarakan mengenai isu politik semasa. Tajuk dan persoalan bilakah akan diadakan Pilihanraya Umum PRU ke 13 menjadi topik hangat.

Sebagai rakyat dinegara ini, sudah pastilah teka teki ini sangat dinanti-nantikan jawapannya. Keinginan rakyat menyaksikan siapakah bakal menjadi pilihan diantara dua nama, dua pimpinan..., Najib ataupun Anwar..?

Kalau kita bertanya kepada masyarakat komposisi kaum bukan melayu, agak berat berat untuk menerima jawapan yang begitu cenderung mengatakan UMNO-BN akan menang mudah, apatah lagi untuk kembalikan 2/3 majoriti.

Berbeza pula jika bertanya dan cuba mendapat reaksi serta maklum balas dari kaum melayu, nampaknya sudah semakin yakin bahawa aura Datuk Seri Najib meyakinkan mereka...

Antara elemen elemen kecenderungan ini dilihat atas kesungguhan PAS membiarkan parti mereka menjadi kuda tunggangan DAP kerana tawaduk dengan 'kemahuan' Anwar Ibrahim!!

Pengundi melayu nampaknya semakin mual dan jelek dengan hala tuju perjuangan PAS. Tentangan suara lantang mantan Timbalan Presiden PAS Ustaz Nasharuddin Mat Isa yang menyerang Presiden DAP Karpal Singh membuka mata kaum melayu melihat sendiri tiada kerjasama dikalangan Pakatan Pembangkang.

Tatkala ada dikalangan pimpinan PAS yang sanggup menjadi tukang basuh pimpinan DAP, tindakan Nasharuddin seolah-olah menebus sedikit maruah PAS yang "tersilap langkah" menghukum Dr Hasan Ali kerana mengkritik Anwar sewaktu mengajak rakyat terlibat dengan isu peribadinya kes liwat Saiful Bukhari Azlan.

Tragedi 901 menyaksikan pemecatan Dr Hasan Ali.. Mantan Pesuruhjaya PAS itu dipecat sehari sebelum hari keputusan perbicaraan kes liwat Anwar. PAS tunduk dengan desakan PKR dan DAP apabila Dr Hasan tidak setuju dengan keputusan menyeru ahli ahli PAS sertai protes 901 pada 9 Januari demo di Mahkamah kerana mahu membantah sekiranya Anwar dijatuhi hukuman penjara...

Lihat perbezaannya, kritik Anwar kena pecat, tetapi kritik Karpal Singh tiada dikenakan sebarang tindakan apa apa.

Kekuasaan Anwar seolah-olah mencengkam keatas apa sahaja yang dia mahukan. Meliwatlah.., berzinalah..., berbohonglah..., buatlah sebesar mana pun onar dan dosa oleh makhluk bernama Anwar, namun buat bagi pimpinan PAS mereka akan tetap tawaduk "Na'am.., Na'am.."
Inilah yang sedang disaksikan oleh pengundi kaum melayu. Mereka sudah lihat sendiri sandiawara politik Pakatan Pembangkang.

Menyedari tanggungjawab dan tidak tergamak mahu menggadaikan bangsa dan agama, maka sudah pasti PRU ke 13 nanti mana mana calon PAS dan calon melayu PKR tidak akan mendapat kemenangan mudah...

Semoga Anwar dan PAS teruskanlah langkah sumbang mereka

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.



Inikah Contoh MB Terbaeekk Pakatan...??


Renungan Pagi Sabtu...


Friday, October 26, 2012

Najib KANTOI Lagi...? Pakatan Pembangkang DEDAH Bukti Rosmah Miliki PERMATA Bernilai RM1 BILLION


Rosmah Mansor dikatakan memiliki PERMATA bernilai RM1 Billion....! Benarkah PERMATA mendapat peruntukan sebanyak RM1 bilion sebagaimana yang ditohmahkan?

Sama ada mereka faham atau tidak, peruntukan RM1 bilion yang dikatakan 'milik' Rosmah Mansor itu sebenarnya adalah peruntukan untuk PRA-SEKOLAH, bukannya untuk PROGRAM PERMATA NEGARA (PERMATA).

Pra-sekolah dikendalikan oleh Kementerian Pelajaran, KEMAS dan Jabatan Perpaduan. Usia kanak-kanak yang berada di PRA-SEKOLAH adalah antara 5 sehingga 8 tahun. Manakala PERMATA pula berada dalam kelompok ECEC (Early Childhood Education and Care) di mana kanak-kanak yang menyertainya adalah berusia setahun sehingga 4 tahun.


Betapa bangsatnya juak juak murahan Pakatan Pembangkang cuba memutarbelitkan fakta dan memperbodohkan rakyat....

Teori bahalol dan tidak berasas dengan bertujuan kebodohan dakyah niat jahat mereka dalam isu PERMATA ini.

Pecahan peruntukan RM1 bilion tersebut adalah seperti berikut:

(1) Pra-Sekolah Kementerian Pelajaran terima peruntukan sebanyak RM587.5 juta
(2) Tadika KEMAS (KKLW) menerima peruntukan sebanyak RM532 juta
(3) Tadika PERPADUAN (JPNIN) menerima peruntukan sebanyak RM68.7 juta
(4) PERMATA Negara menerima peruntukan sebanyak....?

 Rujukan di SINI.

Sebagai kupasan untuk lebih kita fahami, mari kita buka minda dan otak benak Pakatan Pembangkang menjelaskan proses perbelanjaan peruntukan bajet PERMATA yang diluluskan.

Dana tersebut diturunkan sepenuhnya ke Jabatan Perdana Menteri sebagai jabatan yang bertanggungjawab ke atas pelaksanaan program-program PERMATA dan bukan masuk poket Rosmah Mansor....

Pengurusan kewangan pula dilaksanakan oleh Bahagian Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PERMATA) mengikut segala peraturan kewangan yang sedang berkuat-kuasa sebagai mana diarahkan oleh Kementerian Kewangan.

Pengurusan Kewangan di Bahagian PERMATA juga diaudit oleh Unit Audit Dalam, Jabatan Perdana Menteri untuk memastikan kepatuhan kepada semua peraturan kewangan yang sedang berkuatkuasa.

Sebagai contoh,Program PERMATA telah diluluskan peruntukan sebanyak RM150 juta di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi I pada tahun 2009 di mana sebanyak RM130 juta telah dibelanjakan dan bakinya telahpun dikembalikan ke Kementerian Kewangan.

Peruntukan RM130 juta digunakan untuk memperluaskan pelaksanaan Program PERMATA Negara ke seluruh negara dengan hampir RM77 juta telah disalurkan ke KEMAS,
RM16 juta ke Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional,
RM8 juta ke Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu,
bakinya diagihkan ke TASKA Tempat Kerja/TASKA Komuniti di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat, National Children Development Research Centre di Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Peruntukan RM100 juta pula yang diluluskan pada tahun 2010 juga telah disalurkan mengikut kaedah yang sama seperti di atas manakala anda baca seterusnya, klik SINI.

MASYA ALLAH...!! Video Klip Nik Aziz Kata Wanita Tunjuk Aurat Kalau Kena ROGOL Lantaklaaahh.....

Anda Boleh Ikuti Laporan Haji Yang TERKINI.....

Ketika ini berjuta juta umat islam sedang menjalankan ibadah haji dan diberitakan keadaan di Arafah semakin sesak...

Rakaman foto diatas menunjukkan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong juga berada di kota suci Mekah untuk menjalankan ibadah Haji. Anda boleh mengikuti Laporan Haji oleh seorang petugas media yang memberikan berita terkini menerusi laman blog, klik SINI

PENGORBANAN Besar Azeez Rahim Untuk Bersama Mangsa Perang Syria Pada Hari Raya Aidil Adha.... Allahu Akbar....!!

Memang HEBAT semangat juang dan corak kepimpinan yang dipamerkan oleh Presiden Kelab Putera 1Malaysia [KP1M], Dato' Haji Abdul Azeez Abd Rahim....

Tatkala kita sedang meraikan Hari Raya Aidil Adha bersama keluarga tersayang disini, Dato' Azeez berkorban sanggup berpisah dengan anak isteri demi melaksanakan jihadnya membantu umat islam yang sedang dalam kesusahan.

KP1M sedang berada dibumi Jordan, mereka berkampung disempadan Jordan-Syria dalam MISI Khas menghulurkan Bantuan Kemanusiaan dengan membawa bekalan makanan, ubat-ubatan dan juga khidmat beberapa doktor yang turut sama menyertai MISI Khas ini...

Hari ini, hari raya pertama Aidil Adha dijadualkan Dato' Azeez akan melakukan  ibadah korban di kem pelarian di Mafraq, dekat Jordan, sekaligus meraikan perayaan tersebut bersama umat Islam disana.

Azeez menjelaskan bahawa mereka sudah membeli 191 ekor kambing biri biri dari Romania yang berharga USD200 seekeor untuk memeriahkan upacara korban hari ini.

Semoga amal baik KP1M bersama pelarian mangsa perang Syria ini akan mendapat keberkatan Allah swt, kami yang berada disini mendoakan kesejahteraan mereka dan beroleh perlindungan sepanjang masa menjalankan tugas tugas mulia yang sangat mencabar ini.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA 1433H. Jom Kita Bertakbir Raya.....

Thursday, October 25, 2012

Filem TANDA PUTERA Sudah Kena Sembelih Jadi Mangsa QURBAN Aidil Adha...! Tahniah Lim Kit Siang


Nampaknya filem Tanda Putera yang menceritakan tentang nilai perjuangan seorang tokoh negarawan Allahyarham Tun Abdul Razak tidak berjaya menemui penonton sepertimana yang dijadualkan pada 15 November 2012.

Filem arahan Datuk Paduka Shuhaimi Baba ini telah menjadi KORBAN menjelang sambutan Hari Raya Aidil Adha yang disambut esok pagi.....

Berikuta adalah Kenyatan Media dari Shuhaimi Baba;

Kami telah diberitahu bahawa tayangan umum filem Tanda Putera yang dijadualkan mulai pada 15 November 2012 kini dibatalkan. Tarikh tayangan baru belum lagi diterima. Kenyataan ini ekoran kekeliruan berikutan laporan berita berkenaan soal jawab di Parlimen berkenaan filem ini semalam.

Tarikh tayangan baru akan kami umumkan sebaik saja diterima. Kami lihat kemungkinan Tanda Putera akan ditayangkan pada tahun hadapan. Kami juga telah dimaklumkan Perunding Media bahawa selepas titik potong (Cut-off point) 23 Oktober 2012, agak lewat bagi sebarang urusan promosi dan pengedaran untuk slot Wajib Tayang 15 November.

Kami amat menghargai dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah memberi sokongan dan menyatakan minat terhadap filem ini dan berharap mereka akan terus memberi sokongan apabila filem ini ditayangkan kelak.

Kami mohon maaf andainya penundaan tarikh tayangan filem ini menyusahkan atau menghampakan mana-mana pihak.

Terima kasih.
Datin Paduka Shuhaimi Baba


Blog MIK secara ikhlas merasakan tersangat kecewa dengan keputusan sebegini rupa...!

Pelik dengan keputusan yang lebih cenderung kepada tekanan juak juak Pakatan Pembangkang yang terlalu takut bangsa melayu akan bersatu semula setelah filem ini berjaya ditayangkan.

Filem Tanda Putera ini juga menceritakan bagaimana dua pemimpin utama negara iaitu Allahyarham Tun Abdul Razak dan Tun Dr Ismail berkorban nyawa demi memastikan keamanan dan keharmonian yang kita warisi dan ambil mudah pada hari ini.

Bersusah payah kedua-duanya Tun Razak bersama Tun Dr Ismail membina semula negara ini setelah peristiwa berdarah Tragedi 13 Mei 1969... Mereka meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan peribadi.

Setelah hidup dalam keharmonian buat sekian lama di negara yang tercinta ini, tanpa pergolakan atau bencana besar seperti yang menimpa mereka yang kurang bernasib baik di luar negara, agak mudah kita terlupa pada hadiah yang tidak ternilai daripada kedua-dua pemimpin ini. …

JOM baca semula kupasan yang jelas mengenai filem ini dan anda akan faham kenapa spesis seperti Lim Kit Siang menjadi panas sekiranya filem ini menemui penonton...

Sila klik SINI, SINI dan SINI