MARI SAMA SAMA KITA MEDOAKAN YANG TERBAIK

MARI SAMA SAMA KITA MEDOAKAN YANG TERBAIK

Sunday, December 30, 2012

PERGGHH...! AMK PKR Kota Raja Kantoi Rakam Aksi Seks Bersama GRO Indon

Masyarakat Melayu hari ini dilihat memang banyak berubahnya berbanding zaman tradisi dan sebelum merdeka. Apatah lagi dengan facebook, twitter, whatsApp...dan macam-macam lagi sehinggakan penulis yang menganjak ke pertengahan 40-an ini pun agak 'kebingungan'.

Itulah, kadang-kala kita rakyat Malaysia 'kebingungan' juga dengan gelagat segelintir pemimpin parti politik yang asal ado, 'belasah aje' ikut suka mereka sahaja.

Lebih dahsyat lagi, mereka sama ada lupa (ini pasti tidak boleh diterima dek akal) atau sengaja enggan mengaku yang kesejahteraan, keamanan malah kemajuan negara yang turut sama dinikmati oleh mereka adalah hasil kepimpinan dari bangsa Melayu sendiri....

Kalau bangsa Melayu tidak boleh dibanggakan, manakan mungkin negara kita mampu mencapai kecemerlangan hinggakan menjadi antara negara contoh di dunia.

Kalau kita berkahwin pada 1990 dan dikurniakan rezeki 'bunting pelamin', anak kita sudah besar panjang dah. Kalau seorang individu menguasai sebuah pemerintahan kerajaan negeri pada tahun sama, sudah 22 tahun lah dia berada di pejabatnya. Itu sudah tempoh yang cukup lama itu untuk membawa perubahan kepada sebuah negeri.

Tetapi ternyata si polan ini gagal....!!

Kalau 22 tahun dulu air paipnya keruh, sekarang air paipnya tetap keruh. Kalau 22 tahun dulu kadar pengangguran tinggi, sekarang pun kadar penganggurannya tetap tinggi. Kalau 22 tahun dulu negeri itu mundur, sekarang ternyata ia tetap mundur....

Malah semakin jauh ditinggalkan ke belakang. Itulah kalau masih ada persepsi tidak mahu mengaku kelemahan diri atas alasan 'kami kaya dengan tanah...anda di negeri lain...ado.'

Ramai menganggap si polan ini hanyalah jaguh mengumpul khalayak. Tetapi bukan dalam memajukan taraf hidup mereka. Namun, ramai juga enggan memperakukan suara hati diri sendiri, dek 'takut' tidak ke 'syurga' olahan parti berkenaan. Senjata si polan ini cuma ketaksuban sesetengah pengikutnya yang membabi-buta.

Di kala Petunjuk Prestasi Utama (KPI) menjadi teras kepimpinan era sekarang - khususnya empat tahun kebelakangan ini - indeks prestasi si polan tadi tidaklah terkandung sebarang angka mengagumkan.

Menggunakan semaksimumnya agama demi untuk survival politik merupakan perkara yang cukup menjengkelkan!. Tetapi inilah agaknya yang dibanggakan oleh 'si polan'. Sepatutnya agama dijadikan panduan kehidupan, bukan aset untuk mengumpul pengikut dan pengaruh.

Dan suatu ketika kerana sudah lebih 20 tahun memerintah tak berbuat apa pun, 'alih- alih' dek demam pilihan raya umum yang kian hampir, sudah menggelabah tak bertempat. Lantas bergendanglah dia ke merata negeri. 

Mencanang mahu dibina satu lebuh raya yang di'promosikan' sebagai 'lebuh raya rakyat'. Kosnya bukan sedikit, RM1.8 bilion menghubungkan Lebuh Raya Kuala Krai- Kota Bharu (anggaran kos ketika ini). Dinamakan "lebuh raya rakyat" dengan harapan rancangan itu "dekat dengan jiwa" rakyat, maka lantas ditadahkan tangan meminta sumbangan rakyat.

Wah! memang hebat rancangan bina lebuh raya itu. Ada laluan untuk binatang buas lagi. Tetapi apa sudah jadi dengan sebuah jambatan yang penulis fahamkan dikenali jambatan Palekbang-Kampung Cina yang dijanjikan pada 1996. Ia tak terusik lagi. Kalau tak percaya, pergilah kita tinjau batu asas untuk membina jambatan Palekbang- Kampung Cina. Batu asasnya masih ada di situ. Tapi tulisannya yang tertera nama projek, sudah tak ada lagi.

Diam tak diam, bukan parti itu bina jambatan sebaliknya parti saingannya pula yang membina jambatan di sebuah kampung (kalau tak silap penulis bernama Kampung Sireh) untuk mengurangkan kesesakan bandar Kota Baru.Itu baru soal pembangunan untuk diperleceh parti berkenaan.

Bab agama lagi dahsyat..... Tak ada langsung rasa simpati dengan keluarga yang berpecah- belah hanya kerana hasutan politik dan sebuah 'amanat'. 

Tidakkah si polan tadi berasa berdosa kerana sanggup bersama mereka yang memusuhi Islam. Dan hanya kerana dendam kesumat menafikan sungguh-sungguh parti pesaing yang terbukti berjaya memajukan bukan sahaja umatnya tetapi kaum-kaum lain.

Setelah ini semua menyebabkan orang Melayu terluka dan tersiat hati mereka apabila sanggup pula melakukan penghinaan terhadap bangsanya sendiri. Dan tidak berbangga dengan Melayu. Apabila 'disentap' parti sekutu', semua maklum dan rasanya hampir semua orang tahu apa jawapannya setiap kali 'dipukul' oleh 'penyerangnya' soal hudud yang hendak sangat dipraktiskan. 

Kita tidak tahu sampai bila titik noktahnya si polan ini mahu membohongi diri sendiri, umat Melayu dan kaum-kaum lain.

Berterus-teranglah.Kepada pengikut sendiri. Beritahulah kebenaran '... ini adalah modal untuk parti dapat undi, bukan kami betul-betul nak laksanakan pun".

Kalau penyokong parti pesaing tanya, ini alasan dia - perlembagaan tak benarkan, kalau parti sekutu tanya ini alasan dia - 'si dia' tak faham...

Kalau orang parti sekutu yang satu lagi tanya, ini jawapannya - 'tak nak pemimpin dia pun kena'.

Kalau tidak mahu tarik 'amanat' yang memusnahkan persaudaraan sesama Islam itu, tak mengapalah.

Tapi...tapi....tapi tak perlulah beri bermacam alasan. Cukup-cukuplah Nik Aziz. Cukup-cukuplah Hadi...!

Agak Agak Korang Laa..., DAP Berani PECAT...??

Sudah menjadi kebiasaan bagi pemimpin pembangkang sama ada dari DAP, PAS ataupun PKR untuk bercakap soal ketelusan dan mendabik dada mendakwa diri mereka anti rasuah dan menentang salah guna kuasa serta penyelewengan.

Namun sebagaimana biasa sudah menjadi amalan sebahagian ahli politik sebegini untuk menjadi politikus paling hipokrit, hanya nampak putih dari luar tapi bila dilihat isi dalamnya warna hitam pekat pula yang kelihatan.

Inilah yang terjadi dalam isu penganugerahan tanah hutan balak seluas 10,526 ekar di Gua Musang, Kelantan kepada syarikat Upayapadu Plantation Sdn Bhd yang kini dimiliki secara bersama oleh Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koh Ham dan sepupunya Nga Kor Min.

Daripada keluasan tanah 10,526 ekar bersamaan 4,259 hektar itu dianggarkan 9,000 ekar daripanya masih lagi memiliki khazanah kayu balak yang bernilai puluhan juta ringgit.

Bermakna selain berpeluang menjadi pemilik tanah itu selama lebih 50 tahun secara pajakan, Ngeh Koh Ham dan Nga Kor Min juga bakal menambah lagi kekayaan mereka dengan hasil kekayaan bumi Kelantan melalui aktiviti pembalakan.

Dulu dalam tahun 1960-an hingga pertengahan 1970-an tanah hutan balak yang luasnya melebihi 300,000 ekar dipindah milik secara pajakan kepada orang luar dari Singapura, kini tanah seluas 10,526 ekar berpindah milik pula kepada pemimpin Cina DAP.

Agaknya PAS sememangnya lahir untuk hanya menghancurkan harta pusaka yang diamanahkan rakyat barangkali, balik-balik hanya pandai gadai, pajak dan jual tanah sambil menebang kayu balak. Memanjang saja terlibat dengan skandal tanah dan balak.

Anak pribumi Kelantan serta Orang Asli yang bertahun-tahun meneroka tanah-tanah tersebut untuk mencari sesuap nasi pula dipinggirkan daripada mendapat peluang memiliki tanah.

Entah apa jenis negeri kebajikan yang PAS sedang perjuangkan tak tahulah, yang pastinya ia menepati pepatah Melayu, "kera di hutan disusukan, anak sendiri mati kelaparan".

Selama ini para pemimpin DAP serta ramai pemimpin PAS dan PKR senantiasa sibuk menabur propaganda kononnya para pemimpin BN paling korup dan menyalahgunakan kuasa untuk mengkayakan kroni dan keluarga.

Alih-alih apa yang sedang terbentang depan mata rakyat sekarang rupanya pemimpin PR sendiri yang terkehadapan dalam mempelahap harta kekayaan yang diamanahkan oleh rakyat.

Deklarasi PR di Shah Alam yang ditegaskan oleh Naib Presiden PKR, Nurul Izzah kononnya pemimpin PR tidak akan mengambil kesempatan memperolehi tanah-tanah untuk kepentingan diri, kroni dan keluarga akhirnya terbukti hanya omong kosong sahaja.

Paling penting tanah seluas 10,526 ekar yang kini telah menjadi milik Koh Ham dan Kor Min berlaku selang beberapa jangka waktu selepas PAS terhutang budi dengan DAP berikutan sokongannya terhadap pemimpin PAS sebagai MB Perak.

Skandal tanah ini merupakan antara yang terbesar dalam abad milenium ini dan tentu sahaja menuntut tindakan konkrit daripada pemimpin pakatan pembangkang khususnya DAP untuk segera bertindak sewajarnya.

Persoalannya sekarang, beranikah DAP memecat pemimpinnya sendiri demi memulihkan semula air mukanya disamping mengembalikan kepercayaan penyokong PR bahawa DAP dan gabungan longgar parti-parti pembangkang itu serius untuk memperjuangkan ketelusan dan anti rasuah?

Jenuhlah menantikan tindakan sedemikian, lagipun kalau DAP berani memecat Koh Ham serta sepupunya itu demi mengurangkan impak negatif terhadap parti tiada ruginya kepada kedua-dua pemimpin DAP yang bersaudara itu.

Tanah beribu ekar sudah dapat, kayu balak pun dapat rembat. Pulak tu selama lebih 50 tahun ke hadapan masih lagi boleh senyum lebar, tidur atas tilam wang berpuluh juta ringgit hasil dari kekayaan bumi Kelantan, tak gitu...?

Kenapa Nak Adakan Perhimpunan 12 Januari Halang Shamsidar Ke Mahkamah...?


Utusan Online

Ahli Dewan Negara, Dato' S Nallakaruppan mengecam rancangan pakatan pembangkang untuk menganjurkan perhimpunan bagi memastikan isteri Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Azmin Ali, Shamsidar Taharin tidak menjadi saksi di mahkamah.

Nallakaruppan mendakwa, rancangan mengenai ‘Himpunan Shamsidar’ itu dijadual berlangsung pada 12 Januari depan iaitu beberapa hari sebelum perbicaraan kes saman fitnah mengaitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan dakwaan akti-viti biseksual.

“Mereka hendak mengadakan demonstrasi jalanan bagi mengelirukan proses undang-undang yang berlangsung di mahkamah. Kenapa tidak mahu Shamsidar menjadi saksi?
Saya kira semua rakyat akan berpeluang mendengar pendedahan yang bakal berlaku apabila Shamsidar naik ke kandang saksi untuk memberi keterangan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.


Anwar memfailkan saman fitnah terhadap Nallakaruppan serta syarikat penerbitan, Utusan Melayu (M) Bhd. pada 26 Mac lalu ekoran petikan ringkas yang disiarkan oleh Utusan Malaysia pada 20 Mac lalu di muka hadapan bertajuk Anwar biseksual, tak boleh jadi Ketua Pembangkang - Nalla dan berita penuh di muka surat enam bertajuk Nallakaruppan tuduh Anwar biseksual.

Semalam, Pesuruhjaya Kehakiman, Vazeer Alam Mydin Meera membenarkan sebahagian besar pembelaan Nallakaruppan serta Utusan Melayu dalam kes saman tersebut dikekalkan.

Nallakaruppan dalam pernyataan pembelaannya yang difailkan pada 23 Mei lalu menyenaraikan kira-kira 10 orang termasuk Shamsidar bagi membuktikan dakwaannya berhubung seksualiti bekas rakan baiknya itu.

Jelas Nallakaruppan, kes saman fitnah yang dikemukakan oleh Anwar melibatkan kepentingan awam dan Shamsidar perlu tampil menjadi saksi bagi membuktikan kebenaran di mahkamah.
Anwar adalah seorang pemimpin politik yang bercita-cita hendak menjadi Perdana Menteri, sudah tentu ia melibatkan kepentingan awam. Saya berharap isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail juga dapat hadir ke mahkamah untuk mendengar semuanya," katanya.

Saturday, December 29, 2012

OMG..! Ini Buktinya Nik Aziz Telah MENCABUL...


Nak Tanya U OLLz.... Siapa Nak Tanggung DOSA Mokhtar Ismail....??


SPRM Bila Nak Siasat...? Ngeh Nga Ngeh Nga Ngeh Nga Ngeh Ngaaaa Ngaa Ngaaa


Misi Bantuan Kemanusiaan Mangsa Banjir oleh GBG1M

Gerakan Belia Gagasan 1Malaysia meneruskan misi bantuan kemanusiaan kepada mangsa-mangsa banjir setelah pulang pada “Misi Kemanusiaan 2nd Wave Road To Gaza”.

Presiden Gerakan Belia Gagasan 1Malaysia yang kini berada di kota London, United Kingdom bagi menghadiri Forum bersama pelajar-pelajar Malaysia bersama Kelab UMNO Luar Negara United Kingdom berkata “Kami menyediakan 1000 bungkusan makanan yang mengandungi beras, gula, susu pekat, sardin, kopi, teh dan biskut kepada 1000 keluarga mangsa banjir. 

Walaupun saya berada jauh diluar negara, menjadi tugas dan tanggungjawab saya sebagai pemimpin muda badan bukan kerajaan (NGO) untuk membantu rakyat Malaysia yang sedang dilanda kesusahan akibat bencana alam.

Beliau juga berkata bahawa Misi Bantuan Kemanusiaan ini akan dihantar ke beberapa pusat pemindahahan mangsa banjir dinegeri Kelantan dan rumah-rumah di kawasan pendalaman diluar bandar.

“Kita harus bersyukur dan berterima kasih kepada Kerajaan Malaysia kerana sentiasa prihatin terhadap masalah rakyat dengan mengistiharkan bahawa setiap mangsa banjir yang berpindah ke pusat pemindahan rasmi akan menerima bantuan RM 500 bagi meringankan beban akibat bencana alam itu.

Kerajaan Malaysia sentiasa mendahulukan rakyat, waima berbilang bangsa dan agama, hatta perbezaan fahaman politik, Barisan Nasional tetap menghulurkan bantuan kepada sesiapa yang memerlukan” jelas beliau.

Friday, December 28, 2012

Norlaila Konfim Sewaktu Main Dengan Anwar Dia Tak Pakai Kondom....

Sehingga ke hari ini, Anwar tidak pernah mengambil sebarang tindakan undang undang terhadap wanita bernama Norlaila yang menceritakan pengalaman mengadakan hubungan seks dengan bekas Timbalan Perdana Menteri itu...

JOM saksikan video klip dibawah ini;


Juak Juak Murahan PAS Jadi Panas Menonton Video Klip Ini...


Nampaknya semakin lunyai, semakin lumat Hadi Awang dilanyak kerana mengeluarkan Amanat Bengong beliau….

Habislah Anwar....!!

Anwar Ibrahim merangkap Ketua Umum PKR dengarnya setiap kali berkesempatan pulang ke rumah mewahnya yang berharga RM7 juta di Bukit Segambut Dalam, Kuala Lumpur seringkali melabuhkan pandangannya jauh mengelamun ke luar tingkap jendela.

Entah apa yang dimenungkannya sejak akhir-akhir ini sehingga kerap sangat mengelamun sendirian. Barangkali banyak sangat permasalahan yang sedang berkecamuk mengganggu fikirannya dan sukar untuk dirungkaikan.

Disebalik aktivitinya ke sana ke mari berceramah siang dan malam sambil menabur janji dicapati untuk menawan hati pengundi, ingatkan hatinya makin senang, rupanya makin banyak janji ditaburi makin bertambah parah lamunannya.

Patutlah semenjak dua menjak kebelakangan ini wajahnya makin kusam dan kelihatan serabut, bak kata orang tua-tua langsung tak kelihatan nurnya.

Apapun harapnya laporan berita dari akhbar Utusan Malaysia di muka surat tiga bertarikh 27.12.2012 dengan tajuk "Sebahagian besar pembelaan Nalla dikekalkan" tidak akan menambah celaru fikirannya, harap begitulah.

Secara ringkas kandungan berita itu menyebut ada 10 nama individu telah disenaraikan oleh Datuk S. Nallakaruppan dalam pembelaannya untuk berdepan dengan saman yang dikemukakan oleh Anwar berikutan dakwaan aktiviti biseksual.

10 nama yang disebut oleh Nalla itu yang dikaitkan melakukan aktiviti seks dengan Anwar terdiri daripada tiga orang wanita dan bakinya adalah lelaki yang sebahagian besarnya dikenali rapat dan mempunyai hubungan istimewa dengan Ketua Umum PKR.


Antaranya ialah Shamsidar Tahrin, Norlaila Abdul Majid, Soma Rodrigo @ Anne, Mior Abdul Razak, Sukma Darmawan Sasmitaat Madja, Dr Munawar Ahmad Anees, Azizan Abu Bakar, Ismail Mat Rabi @ Ismail Harun, Hairany Mat Nafees dan Rashid.

Kesemua 10 orang individu-individu yang namanya disebut itu tidak pun akan dipanggil saksi pembelaan bagi pihak Nalla apabila prosiding perbicaraan mahkamah bermula kelak, sebaliknya menjadi kewajipan Anwar untuk memanggil mereka sekiranya mahu membuktikan dakwaan Nalla adalah fitnah.

Tapi Anwar kekal sebagai Anwar, bijak membelit dan ada sahaja ideanya untuk melepaskan diri. Berikutan penyenaraian 10 nama ini, Anwar telah mengemukakan pula permohonan untuk menyingkirkan kesemua 10 individu itu daripada penyataan pembelaan Nalla.

Maksudnya, Anwar tidak mahu mana-mana individu itu kelak terpaksa dipanggil semasa prosiding dilakukan, jika itu berlaku Anwar bimbang ia akan membuktikan memang wujud aktiviti biseksual yang dilakukan olehnya.

Walhal, jika Anwar benar-benar tidak melakukan sebarang aktiviti seksual sama ada secara normal atau luar tabie dengan mana-mana wanita dan lelaki seperti didakwa oleh Nalla, sepatutnya Anwar perlu berani memanfaatkan prosiding mahkamah dengan memanggil kesemua mereka sebagai saksi bagi dirinya.

Dengan keadaan sekarang yang mana semua 10 individu itu kekal dalam penyataan pembelaan Nalla, mahu tidak mahu Anwar terpaksa menerima hakikat kebenaran semakin hampir. Ini tentu sahaja menambah rumitkan lagi fikirannya yang sudah sedia berkecamuk.

Percaturan Anwar sudah menemui kegagalannya, 10 orang individu yang mempunyai hubungan rapat dan erat dengannya kini umpama duri dalam daging yang bakal menghancurkan nyawa politiknya.

Wei Apek Lu Tala Gentel La Mau Main Ugut Olang Pelompuwaan....!!

SIARAN MEDIA

Y.BHG DATO’ SRI SHAHRIZAT ABDUL JALIL
KETUA PERGERAKAN WANITA UMNO MALAYSIA

NGA KOR MING GANAS DAN UGUT SEORANG WANITA
KUALA LUMPUR, 27 DISEMBER 2012 - YBhg Dato’ Sri Shahrizat Abdul Jalil, Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia hari ini mengutuk dan membidas tindakan oleh ADUN Pantai Remis, YB Nga Kor Ming, yang mengikut laporan media dan polis, secara terbuka telah mengugut dan mengancam ADUN Sungai Rapat, YB Dato’ Hamidah Osman pada 20 Disember 2012 yang lalu.

"Saya merasa amat kesal dengan tindakan ADUN Remis iaitu YB Nga sebagai seorang lelaki yang dilaporkan telah mengugut YB Dato’ Hamidah, seorang wanita. Ini daripada laporan media dan polis yang mana ia merupakan satu bentuk keganasan terhadap wanita. Kami amat kesal atas tindakan beliau dan berharap ianya tidak dijadikan budaya dalam politik DAP di mana keganasan dan ugutan menjadi satu amalan.”

 SHAHRIZAT ABDUL JALIL

 KLIK SINI

Thursday, December 27, 2012

PAS Menyibuk Sebarkan Propaganda JAHAT Menyesatkan Peneroka FELDA

Sudah bertahun-tahun Kerajaan PAS Kelantan bergelumang dengan noda dan pengkhinatan terhadap rakyat berikutan penyelewengan tanah dan kawasan balak dalam projek Ladang Rakyat yang melibatkan keluasan tanah melebihi 80,000 ekar di Selatan Kelantan.

Bukan satu rahsia pun sudah banyak desakan dan bantahan rakyat marhaen terhadap projek Ladang Rakyat itu yang didapati hanya menguntungkan kroni-kroni pemimpin PAS termasuklah syarikat-syarikat milik Cina DAP dan Cina Singapura.

Tapi seperti biasa PAS hanya pandai tercari-cari koyak dan carik kain baju orang lain malah tidak segan untuk dengan sengaja mencipta isu dan polemik, sedangkan kain kapan sendiri sudah lama koyak rabak menjadi bahan gelak tawa ramai.

Inilah yang berlaku sekarang apabila PAS sedang menyibukkan diri menyebarkan propaganda sesat dan berniat jahat untuk mencalar kredibiliti dan kewibawaan FELDA, kononnya untuk menyelamatkan masa depan para peneroka di tanah rancangan itu.

Untuk mencapai agenda ala zionis itu, maka dianjurkan Konvoi Kembara Oren menjelajah setiap tanah rancangan namun ternyata gagal mencapai objektif apabila ditolak bulat-bulat kehadirannya oleh para peneroka FELDA.

Kini yang terbaru pada 28 Disember 2012 nanti PAS berura-ura pula untuk melancarkan Himpunan Oren Selamatkan FELDA di Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Himpunan selepas Solat Jumaat itu dikhabarkan bertujuan untuk menuntut penyingkiran Pengerusi FELDA, Tan Sri Isa Samad, mendesak dihentikan campurtangan politik dalam FGV dan KPF, tuntutan menghentikan urusniaga dengan Israel dan meminta supaya tanah FELDA Plantation dipulangkan semula kepada rakyat.

Empat tuntutan yang agak pelik kerana majoriti besar para peneroka FELDA sentiasa menyokong Tan Sri Isa Samad, malah soal campurtangan politik wujud atau sebaliknya pun tidak pernah menjadi isu dikalangan para peneroka.

Kecuali, sikap menyibuk PAS cuba mempengaruhi ahli dan penyokongnya dari kalangan segelintir peneroka FELDA, yang itu memang berlaku dan mengundang kecaman ramai peneroka yang tidak senang dengan propaganda sesat yang PAS cuba sebarkan.

Berkaitan isu urusniaga FELDA dengan Israel pula bukannya satu isu pun kerana sememangnya tiada urusniaga sedemikian. Sebaliknya, urusniaga hanya membabitkan Malaysia dan Palestin.

Namun disebabkan Palestin tidak mempunyai pelabuhan, maka kapal-kapal Malaysia terpaksa menggunakan Perlabuhan Ashdod, Israel selepas itu bekalan minyak sawit itu dihantar pula ke Palestin untuk kegunaan rakyatnya.

Jelas sekali PAS sengaja memanipulasi fakta yang nawaitunya hanya untuk membangkitkan kemarahan ramai terhadap FELDA dan Kerajaan Barisan Nasional. Dakyah sesat PAS hanya laku dikalangan penyokongnya sahaja yang sememangnya terkenal buta hati dan buta kayu sejak azali.

Sama sahaja tujuannya apabila membangkitkan soal tanah Felda Plantation, fakta diputarbelitkan untuk memberi gambaran tanah itu akan tergadai, walhal tiada isu pun yang timbul.

Akan tetapi, perihal lebih 10,000 ekar daripada tanah Ladang Rakyat yang tergadai dan kini menjadi milik pemimpin Cina cauvinis DAP Perak melalui syarikat Upayapadu Plantation Sdn Bhd itu fakta yang benar. Kenapa PAS tidak berminat mengadakan demo dan berhimpun menyatakan bantahan dalam isu ini? Hipokrit.

Lagipun diantara FELDA yang terbukti berjaya dibandingkan dengan kegagalan Ladang Rakyat membantu para peserta membaiki taraf hidup serta gadaian tanah melalui pajakan berpuluh tahun seluas lebih 80,000 ekar di Selatan Kelantan itulah sepatutnya menjadi fokus PAS, itu pun jika PAS benar-benar cakna dengan nasib rakyat.

Daripada PAS sibuk menyebarkan propaganda jahat dengan harapan dapat menyesatkan peneroka FELDA dan orang ramai, lebih berbaloi untuk PAS memperbetulkan kesilapan dan kelemahannya sendiri dan berhimpun membantah kecuaian Kerajaan PAS Kelantan, betul tak....?

Alamaaakks...!! Hadi Sudah BISU Sekarang


Nik Ajis Bengong Kata Masuk UMNO Perbuatan MUNGKAR... Tapi, Apa Hukum Melayu Masuk DAP...?

Penjelasan, serta persoalan yang sangat baik boleh anda saksikan dibawah ini.... Video klip Ustaz Fathul Bari mempersoalkan Fatwa Bengong Nik Ajiss....


Lim Guan Eng KRISTIANOFOBIA

TERBAEEKKK....!

Tontonilah dan sebarkan, kupasan yang sangat baik mengenai KRISTIANOFOBIA. Semoga dengan penjelasan ini juak juak murahan Pakatan Pembangkang akan insaf...


Wednesday, December 26, 2012

Terlerai Sudaah...! BERSIH Memang Digunakan Untuk Pecah Belah Orang Melayu

Anwar Ibrahim yang menggunakan platform Bersih melalui Ambiga Sreenavasan nampaknya semakin tertekan apabila rayuannya kepada kerajaan Australia untuk masuk campur dalam proses pilihan raya negara ini ditolak mentah-mentah.

Anwar kemudian terpaksa menggunakan pengaruhnya susulan kegagalan Ambiga yang sebelum itu berkempen di negara itu untuk tujuan yang sama tetapi menerima jawapan negatif dari Kementerian Luar Australia.

Malu Anwar bukan kepalang apabila menerima respons yang negatif dari Menteri Luar Bob Carr.

Kata Carr kerajaan Australia bukan berfungsi sebagai badan pemantau Suruhan Jaya Pilihan Raya dan sudah tentunya bukan tugasnya untuk mencampuri urusan dalaman Malaysia.

Apabila pihak asing tidak lagi berminat untuk mendokong agenda peribadi Anwar menerusi Bersih, kini Ambiga beriya-iya pula mahu melancarkan program 'Jom Pantau' baru-baru ini.

Program iti kononnya akan menggerakkan rakyat bagi memantau proses pilihan raya pada PRU13 nanti untuk memastikan ia berjalan tanpa sebarang unsur penyelewengan dan penipuan.

Pembangkang amat senang mencari kesalahan dan keburukan orang lain tapi apabila terkena batang hidung terus membisu dan buat pekak telinga.

Contohnya pemilihan PKR dua tahun lalu penuh dengan gejala rasuah, nepotisme dan kronisme namun semua aduan dan bantahan disenyapkan oleh Anwar kerana mahu memenangkan kumpulan yang menyokong Azmin Ali.

Semua calon yang tidak sebulu dengan Azmin ang bertanding jawatan Timbalan Presiden dicantas dan dipastikan tidak mendapat undi atau digugurkan nama mereka pada saat akhir.

Calon-calon anti-Azmin menghadapi laluan amat sukar kerana kawalan ketat kroni rapat Anwar itu akan memastikan Jawatankuasa Pemantau Pemilihan akan mencari setiap kesalahan bagi menafikan mereka daripada bertanding.

Akhirnya apabila keputusan diumumkan, lebih 90 peratus barisan pemimpin Majlis Pimpinan Pusat adalah kroni-kroni Azmin termasuk juga majoriti ketua-ketua cabang PKR diseluruh negara.

Jika Anwar ingin bersihkan proses pilihan raya negara ini telus dan adil, pastikan beliau cuci dahulu semua kekotoran yang menyelaputi proses pemilihan partinya terlebih dahulu.

Namun pilihan raya yang bersih, adil dan telus bukannya objektif sebenar Anwar atau Ambiga.

Jika diperhatikan perjalanan tiga perhimpunan Bersih yang telah diadakan sejak tahun 2007, trendnya bukan untuk menuntut pelaksanaan lapan tuntutan yang dikemukakan kepada SPR tetapi sebagai satu cara mencetuskan huru-hara, ketidakstabilan dan rusuhan jalanan.

Lebih-lebih seruan Ambiga sebagai Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) mengajak rakyat berpartisipasi dalam program 'Jom Pantau' kononnya sebagai pemerhati dalam PRU13 adalah taktik untuk memecahbelahkan lagi perpaduan orang Melayu.

Ini kerana perhimpunan Bersih 1.0, 2.0 dan 3.0 menyaksikan majoriti peserta yang mengambil bahagian adalah terdiri daripada orang Melayu terutamanya golongan muda dan belia.

Amat sedikit sekali peserta ketiga-tiga demonstrasi anjuranBersih disertai oleh kaum Cina apatah lagi kaum India, lantas menimbulkan syak wasangka apakah sebenarnya tujuan bersih.

Politik Melayu telah berpecah tiga kepada UMNO, Pas dan PKR dan usaha yang dilakukan oleh Ambiga adalah untuk memburukkan lagi retak pada perpaduan Melayu.

Jika ramai belia, remaja dan muda-mudi Melayu dapat dipengaruhi menyertai program-program Bersih maka ini akan melemahkan sokongan kepada UMNO dan apabila parti tulang belakang Barisan Nasional itu hilang kekuatan, senanglah pembangkang menyerang kerajaan bertubi-tubi.

Inilah hasil daripada agenda dana asing diakui diterima oleh Ambiga sendiri.

Maka Bersih bukanlah usaha murni kononnya untuk menegakkan keadilan dan ketelusan dalam proses pilihan raya tetapi merupakan landasan untuk menjatuhkan kerajaan melalui kekecohan yang timbul daripada perhimpunan yang diadakan.

Bersih berselindung di sebalik gerakan massa untuk melemahkan bangsa Melayu dengan melaga-lagakan mereka.

Apa yang Ambiga mahu lihat daripada perhimpunan Bersih ialah orang Melayu berkelahi sesama sendiri dan kuasa politik mereka diperkotak-katikkan.

Dengan itu senanglah pihak asing yang selama ini membiayai Anwar serta PKR dan gerakan berlandaskan pengaruh rakyat seperti Bersih, Suaram, anti-Lynas dan sebagainya, melaksanakan program kawalan asing ke atas negara ini.

Janganlah terlalu asyik dilayan slogan-slogan yang pro-rakyat sehingga lupa maksud yang tersirat.

Hakikatnya Ambiga tidak berminat untuk melihat pilihan raya yang bersih atau adil dan orang Melayu yang menyokong Bersih hanyalah kuda tunggangan yang tidak sedar mereka sedang dieksploitasi dengan mudah.

Pelaburan Ngeh-Nga Yang Akan Membungkuskan PAS Kelantan.... MAMPUH MU

48 tahun dulu yakni sekitar tahun 1964, Kerajaan PAS Kelantan tika itu pernah menyerahkan tanah hutan balak yang luasnya melebihi 300 000 ekar di Gua Musang kepada sebuah syarikat Timber & Mine Industrial Corporation milik tauke Cina dari Singapura kononnya untuk tujuan pembangunan.

Namun rakyat bukannya buta kayu untuk melihat hakikat sebenar pajakan tanah selama lebih 30 tahun itu tujuan utamanya tak lain dan tak bukan ialah untuk kegiatan pembalakan kayu kayan.

Rentetan daripada itu, timbul riak-riak kemarahan rakyat terhadap Kerajaan PAS Kelantan namun untuk beberapa ketika suara protes rakyat dapat dibendung dan dikekang daripada merebak lebih luas.

Bagaimanapun apabila berlaku krisis kepimpinan PAS di negeri itu yang turut membabitkan isu pemberian tanah dan kawasan balak untuk kepentingan kroni, akhirnya rakyat bangkit secara besar-besaran mengakibatkan PAS jatuh terduduk di Kelantan pada 1978.

Kini, di era milenium selepas PAS memerintah Kelantan selama 22 tahun timbul lagi isu yang mirip seperti dulu.

Tika ini tanah seluas 10,526 ekar ataupun bersamaan 4,259.9 hektar di Gua Musang telahpun dipindah milik kepada syarikat Upayapadu Plantation Sdn Bhd melalui pajakan selama sekitar 50 tahun.

Syarikat itu asalnya milik individu lain tapi kini menjadi milik pemimpin Cina DAP Perak, Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Min. Dengan demikian, kedua-dua pemimpin yang mempunyai hubungan kekeluargaan itu berkuasa penuh ke atas tanah tersebut selama beberapa dekad seterusnya menikmati hasil bumi Kelantan sepuas-puasnya.

Gayanya saling tak tumpah seperti Kerajaan PAS Kelantan pimpinan Menteri Besar, Nik Abdul Aziz Nik Mat secara sedar atau sebaliknya telah mengulangi skandal lama di mana tanah-tanah di Selatan Kelantan pernah jatuh ke tangan syarikat milik Cina Singapura dulu.

Dengan kata lain, PAS seperti sengaja menempah bala kemarahan rakyat yang tentu sahaja ia bakal diterjemahkan kepada kekalahan besar PAS di Kelantan pada PRU 13 kelak, mengulangi kembali kejatuhan PAS pada 1978 dulu.

Menariknya lagi tanah seluas 10,526 ekar ini juga dipercayai merupakan sebahagian kecil dari projek Ladang Rakyat yang meliputi keluasan melebihi 80,000 ekar tanah yang kesemuanya terletak di Selatan Kelantan.

Ladang Rakyat atau lebih tepat lagi digelar sebagai Ladang Air Mata Rakyat oleh penduduk Kelantan khususnya di Selatan negeri ini, diwujudkan konon untuk membangunkan ekonomi rakyat. Hakikatnya, hanya segelintir yang mendapat manfaat khususnya ahli dan penyokong PAS yang rapat dengan kepimpinan negeri.

Hasil bumi yang bernilai beratus juta ringgit lebih banyak mengalir kepada para kroni dan syarikat milik cina DAP dan Cina Singapura. Malang sekali rakyat negeri hanya mampu terlopong menangis mengenangkan nasib diri dikhianati Kerajaan Negeri yang hanya pandai menabur janji dicapati.

Rakyat marhaen yang berpuluh tanah meneroka tanah untuk mencari sesuap nasi sehingga sekarang gagal memiliki walau seekar tanah pun, namun pemimpin Cina DAP yang pernah menabur jasa menyokong perlantikan MB PAS bagi negeri Perak selepas PRU 2008 pula tersengih gembira menikmati laba keuntungan.

Jika langkah memberi tanah dan kawasan konsesi balak ini dilakukan oleh Kerajaan BN nescaya bergentayanganlah suara-suara bantahan dari pemimpin PAS dan sekutunya mempertikaikan kenapa tanah negeri yang diamanahkan oleh rakyat kini menjadi milik kroni BN, betul tak?

Namun bila ia dilakukan oleh PAS sendiri dan melibatkan pula kroni sekutunya dalam PR, lain pula halnya.

Orang ramai sibuk mempertikaikan kenapa tanah tersebut dibiarkan menjadi milik pemimpin Cina DAP Perak, tapi dipusingnya cerita bahawa penganugerahan tanah tersebut bukannya satu rahsia dan tujuannya pula konon untuk pembangunan. Spin mengalahkan pusingan gasing.

Dulu dan sekarang sama sahaja, tabiat PAS tidak pernah berubah dengan sikapnya yang gemar menggadaikan tanah pusaka dan harta rakyat dengan menganugerahkan tanah balak dan pajakan hak milik selama berpuluh tahun kepada orang luar dengan berselindung disebalik alasan pembangunan.

PAS dan skandal tanah hutan balak berpisah tiada, kerana kemahiran PAS dalam urus tadbir negeri hanyalah dalam bab pembalakan sahaja untuk mendapatkan sedikit hasil bagi kantung Kerajaan Negeri dan selebihnya hasil yang lebih besar untuk mengenyangkan perut kroni dan diri sendiri.

Lain-lain idea untuk kemajuan rakyat langsung zero, tak tercapai dek akal fikiran pemimpin PAS.

Usahlah pemimpin PAS terus berangan-angan untuk terus mendapat mandat di Kelantan pada PRU akan datang. 22 tahun PAS memerintah negeri Cik Siti Wan Kembang ini lebih banyak hasil bumi dan kekayaan negeri mengalir ke tangan yang lain berbanding manfaat untuk anak pribumi sendiri.

Suka atau tidak, PRU 13 ini majoriti besar rakyat negeri Kelantan nekad sepenuh hati untuk mengajar PAS erti keperitan dengan menghadiahkan bala kekalahan besar kepada parti hipokrit dan paling munafik itu nanti.

Sejarah kejatuhan PAS di Kelantan pada 1978 pasti berulang kembali. Dek kerana tanah dan balak PAS semakin lupa diri, kerana skandal tanah dan balak juga PAS akan menyembah bumi

Hadi Pun Ada Nafsu Seks Jugaaa.....

PENDEDAHAN oleh Zainon Ismail @ Cikgu Non, atau lebih dikenali sebagai C.N Al Afghani di dalam buku terbarunya Kafirkah Aku? mencetuskan kembali isu Amanat Hadi Awang 1981.

Desakan C.N Al-Afghan supaya Datuk Seri Abdul Hadi Awang menarik balik amanat itu dan meminta maaf menarik perhatian ramai.

C.N Al-Afghani bukan calang-calang orang. Dia adalah ahli Pas seumur hidup. Dia ahli tegar Pas. Dia pernah berjuang dalam peperangan Afghanistan menentang Rusia, dan dalam konflik Kashmir. Dia seorang mujahidin. Dia pernah ditahan di bawah ISA.

Sekembali daripada jihad Afghanistan dan Kashmir, Cikgu Non mengambil tanggungjawab membela dan menjaga kebajikan balu dan keluarga para syuhada Memali, malah beliau mengahwini salah seorang balu tersebut.

C.N Al Afghan dikenali sebagai seorang yang sangat tegas, istiqamah dan ikhlas!

Beliau mendesak Abdul Hadi menarik balik Amanat Haji Hadi 1981!

"Saudara-saudara sekalian percayalah, kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.

Percayalah saudara-saudara sekalian.....!

Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, kita tidak perlu masuk Hindu, kita tidak perlu masuk Kristian, tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan "politik suku..., agama suku...."

Inilah teks apa yang dikenali sebagai "Amanat Hadi Awang 1981". Ia sebenarnya adalah sedutan daripada ucapan Presiden Pas itu di Kampung Banggol Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981.

Abdul Hadi, lahir pada 20 Oktober 1947 pada waktu itu baru berusia 34 tahun, selepas kembali daripada Universiti Al Azhar, Mesir (sebelum itu menuntut di Universiti Madinah).

Amanat Hadi Awang 1981" ini telah dicetak dan disebarkan ke merata pelosok negara oleh Pas. Ia memberi kesan kepada para pengikut yang taksub. Sejak daripada itu, bermulalah episod UMNO dikafirkan! Ahli UMNO dikafirkan! Indoktrinasi yang menghalalkan penentangan terhadap UMNO sebagai jihad, dan mati menentang UMNO adalah syahid per se!

Sembahyang bermakmum dengan imam UMNO tidak sah, sehingga timbul masalah solat dua imam! Nikah oleh kadi UMNO tidak sah, sehingga timbul masalah perlunya bernikah semula! Sembelihan orang UMNO haram dimakan, hingga timbul masalah tidak mahu makan masakan orang UMNO! Kenduri orang UMNO haram dihadiri, sehingga berlaku peristiwa pulau-memulau! 

Jenazah orang UMNO haram disolatkan, sehingga ada imam Pas tidak mahu menyembahyangkan jenazah ahli UMNO! Bercerai suami isteri! Berpecah kaum keluarga! Berpisah anak beranak! Hancur rosak perpaduan kampung dan negara!

Kemuncak kepada kafir-mengkafir ini ialah peristiwa Memali di Baling Kedah pada 19 November 1985. Empat tahun setelah Amanat Hadi Awang 1981 bertebaran dan bersemadi di lubuk pemikiran ahli Pas, Kampung Memali digemparkan dengan peristiwa berdarah pada pagi yang hitam itu.

Allahyarham Ustaz Ibrahim Mahmud @ Ustaz Ibrahim Libya, bekas pegawai dakwah Pusat Islam sanggup meninggalkan kerjanya; gaji ribuan dibuang; bilik kerja air-cond ditinggalkan! Ustaz Ibrahim Libya pulang ke kampungnya di Memali dengan harapan dan perjuangan untuk menegakkan sebuah negara Islam yang melaksanakan undang-undang Islam, Amanat Hadi Awang jelas terpampang di dinding pusat kegiatan Kampung Memali.

Dalam peristiwa berdarah 18 November 1985, empat anggota polis Melayu-Islam dibunuh. Pasukan keselamatan mengambil tindak-balas yang berakhir dengan Ustaz Ibrahim Libya terkorban bersama 13 lagi pengikutnya.

Sepantas kilat Ibrahim Libya dan pengikutnya yang terkorban diisytiharkan mati syahid oleh Pas. Jenazah mereka tidak dimandikan, tidak dikafankan. Sebaliknya jenazah mereka terus disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Parit Panjang dalam keadaan berlumuran darah!

Apakah yang mendorong Ibrahim Libya mengambil tindakan nekad bertempur dengan pihak polis! dan membunuh empat anggota polis. Anggota polis yang Satu Tuhan, Satu Nabi, Satu Kitab, Satu Qiblat dan Satu Akidah dengan mereka!

Adakah Ibrahim Libya dan pengikutnya terpengaruh dengan Amanat Hadi Awang 1981, yang menghalalkan jihad terhadap UMNO? Adakah Ibrahim Libya dan pengikutnya beranggapan polis yang dibunuh adalah polis UMNO maka halal dibunuh? Adakah Ibrahim Libya dan pengikutnya merasakan bahawa kematian akibat bertempur dengan polis itu adalah mati syahid? Ini semua adalah persoalan yang hanya Allahyarham Ustaz Ibrahim Libya dan pengikutnya yang terkorban sahaja boleh menjawab.

Tetapi yang pastinya, dalam bumi Malaysia negara umat Melayu-Islam ini, ada 14 jenazah umat Melayu-Islam yang tidak dimandikan, tidak dikafankan kerana dikatakan syahid! Adakah umat Melayu-Islam gagal melaksanakan fardhu kifayah? Siapa yang wajar menanggung semua ini di hadapan Allah nanti?

Persoalannya, apakah yang mendorong Abdul Hadi membuat Amanat 1981 tersebut?

Saya yakin Abdul Hadi berpaksikan kenyataan itu kepada kepercayaan kononnya Perlembagaan Malaysia, undang-undang dan peraturan yang diamalkan di negara ini adalah Perlembagaan, undang-undang dan peraturan jahiliah, penjajah dan kafir!

Kerana apa....? Kerana kononnya tidak meletakkan al-Quran dan sunah sebagai sumber utama undang-undang. Kerana kononnya ia Perlembagaan, undang-undang dan peraturan yang menolak al-Quran dan hadis! Dan yang paling utama, kerana perundangan jinayat hudud, qisas dan takzir tidak dilaksanakan!

Maka timbullah dakyah dan tohmah konon Malaysia bukan Negara Islam! Malah ditakfirkan Malaysia dan Kerajaan BN pimpinan UMNO. Inilah yang sering dijaja oleh para penceramah, ustaz-ustaz, dan ahli-ahli tegar Pas!

Persoalannya, betulkah dakwaan itu...?
Betulkah Perlembagaan Malaysia Perlembagaan kafir...?
Benarkah tidak melaksanakan hudud, qisas dan takzir itu membawa kepada kekafiran...?
Adakah benar Perlembagaan Persekutuan tidak menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam...?

Kita tidak perlu pergi jauh. Kita tengok kembali ucapan Abdul Hadi sendiri pada 18 Januari 2003 dalam satu ucapan yang dipanggil Amanat Perdana Pemangku Presiden bertajuk "Pilihan Raya ke-11: Formula Kemenangan."

Ucapan sepanjang 13 muka surat itu dibuat sewaktu beliau memangku jawatan Presiden Pas selepas kematian Allahyarham Datuk Fadhil Noor pada 23 Jun 2002 akibat sakit jantung.

Pada waktu itu, Abdul Hadi juga adalah Menteri Besar Terengganu selepas Pas memenangi Pilihan Raya Umum Ke-10. Pas memenangi DUN Terengganu dalam pilihan raya itu selepas persekongkolan dengan DAP dan Anwar Ibrahim yang baru dipecat daripada UMNO. Tetapi persekongkolan itu menghadapi masalah besar terutama dengan DAP.

Dalam menuju PRU-11 (2004 apabila Kerajaan Pas Terengganu tumbang), PAS mencari formula untuk mengekalkan kemenangan dan meluaskan kejayaan pilihan raya.

Maka PAS membuat perkiraan politik bahawa kerjasama dengan DAP adalah wajib; persekongkolan dengan Anwar adalah perlu. Maka demi mencapai formula kemenangan itu, Abdul Hadi berkata di muka surat 10; 
"Justeru kerana isu Negara Islam dan perlaksanaan Hudud dan syariat menjadi punca perpecahan Barisan Alternatif (DAP-PKR-Pas) dahulu, maka Pas perlu membuat satu pengorbanan dan (ijtihad besar) untuk tidak memasukkan persoalan Negara Islam dan pelaksanaan hudud di peringkat persekutuan. 

Peruntukan mengenai Islam adalah mencukupi sekadar apa yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan seperti yang diamalkan kini. Seandai menang dalam pilihan raya akan datang, pembangkang akan menubuhkan sebuah kerajaan demokratik dan adil di peringkat Pusat, yang akan mendokongi Perlembagaan Persekutuan sedia ada!"

Cuba teliti betul-betul petikan ucapan Amanat Hadi Awang 2003 ini dengan Amanat Hadi Awang 1981. Nampak perbezaan fundamentalnya?

Kedua-duanya menyentuh tentang satu perkara: status Perlembagaan Persekutuan.

Dalam Amanat Hadi Awang 1981, Perlembagaan Persekutuan (berserta undang-undangnya) dilabel sebagai "kafir, jahiliyah, berbaur penjajah", yang oleh kerana label itu UMNO dikafirkan...!

Dalam Amanat Hadi Awang 2003, disebut jelas "Peruntukan mengenai Islam adalah mencukupi sekadar apa yang telah termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan dan seperti yang diamalkan di peringkat Persekutuan"!

Kedua-duanya mengupas perkara yang sama tetapi bercanggah satu sama lain! Adakah kekafiran itu sudah boomerang?

Atas alasan ini sahaja pun sudah cukup untuk Abdul Hadi wajib menarik balik Amanat Hadi Awang 1981, kerana ternyata beliau sendiri sekarang menyanggah dan membatalkan Amanat Hadi Awang 1981 itu melalui Amanat Hadi Awang 2003!

Kedua, adakah tidak melaksanakan hudud, qisas dan takzir itu membawa kepada kekufuran...? Adakah tidak mendirikan Negara Islam itu membawa kepada kekafiran...?

Kita tidak perlu pergi jauh. Abdul Hadi sendiri pada 20 Disember 2009 menandatangani Memorandum Persefahaman Pakatan Pembangkang di Shah Alam Convention Center. Bersama dengan Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng, Memorandum Persefahaman itu langsung tidak menyentuh tentang perlaksanaan hudud dan penubuhan sebuah Negara Islam.

Ini kemudiannya diikuti dengan penerbitan Buku Jingga, dan diperkuatkan dengan pelancaran manifesto Pakatan Pembangkang pada 08.09.2011 yang jelas tidak memasukkan pelaksanaan hudud dan penubuhan Negara Islam sebagai agenda.

Malah Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Karpal Singh tetap konsisten dengan kenyataan bahawa pelaksanaan hudud dan penubuhan sebuah Negara Islam langsung tidak termasuk dalam persefahaman pakatan pembangkang, dan tidak menjadi agenda mereka jika ditakdirkan (na?uzubillah) memenangi PRU-13 dan memerintah Malaysia (na?uzubillah minzalik).

Malah yang lebih jelas ialah kenyataan Abdul Hadi sendiri semasa Muktamar Tahunan Pas 2011 yang jelas menyatakan bahawa ?Pas mengubah dasar kepada negara kebajikan, itu ada dalam Quran. Negara Islam dia (al-Quran) tidak sebut"!

Maknanya Negara Islam tidak ada dalam al-Quran. Negara Islam bukan lagi perjuangan Pas. Melaksanakan hudud tidak lagi menjadi agenda Pas bersama rakan sekongkolannya DAP-PKR! Perjuangan menubuhkan Negara Islam dilongkangkan!

Nah, tidakkah itu bercanggah sama sekali dengan Amanat Hadi Awang 1981! Adakah kekafiran itu sudah boomerang....?

Yang jelasnya, dengan pendirian yang kini bercanggah dengan amanatnya sendiri, Hadi Awang wajib menarik balik Amanat Hadi Awang 1981 itu!

Apa yang jelas, Amanat Hadi Awang 1981 adalah satu kesilapan besar! Kesilapan yang mencetuskan krisis akidah yang serius kepada umat Melayu-Islam, kesilapan yang menimbulkan perpecahan kepada perpaduan dan ukhuwah umat Melayu-Islam! Kesilapan yang menyebabkan ramai yang merana, sengsara dan menghadapi penderitaan. Kesilapan yang menyebabkan 14 jenazah tidak dimandikan dan dikafankan!

Sebelum meninggalkan kupasan persoalan ini, elok juga kalau ditanya soalan kepada Abdul Hadi:

1. Adakah kafir kerajaan Mesir (negara di mana Abdul Hadi mendapat pendidikan Islamnya) yang kini diperintah oleh Ikhwanul Muslimin dengan Presiden Mursi kerana masih mengekalkan undang-undang penjajah, dan tidak menubuhkan negara Islam dan melaksanakan hudud?

2. Adakah kafir kerajaan Indonesia, negara umat Islam terbesar di dunia, kerana masih mengekalkan undang-undang Belanda dan tidak menubuhkan sebuah negara Islam dan melaksanakan hudud?

3. Adakah kafir Turki, negara umat Islam terbesar dalam Pakatan NATO yang kini diperintah oleh Parti AKP di bawah pimpinan Reccep Tayyib Erdogan yang masih mengekalkan status sekularnya dan tidak menubuhkan negara Islam dan melaksanakan hudud?

Adakah wajib memerangi orang Mesir, Turki dan Indonesia? Adakah jihad menentang mereka? Adakah syahid jika mati bertempur dengan mereka? Adakah mereka musuh Islam yang wajib ditentang?

Jawapannya kita semua tahu, TIDAK! Mesir negara Islam! Indonesia negara Islam! Turki negara Islam!

Kalau Mesir, Indonesia, Turki dan negara seumpamanya Islam; mengapa Malaysia ditohmah tidak Islam, malah dikafirkan?

Kalau Mesir, Indonesia, Turki dan kerajaan seumpamanya tidak kafir, mengapa Kerajaan Malaysia dikafirkan?

Kalau Mesir, Indonesi, Turki dan wilayah seumpamanya tidak wajib diperangi dan ditentang, mengapa harus pula menentang, malah berjihad terhadap Kerajaan Malaysia?

Tepok dada tanyalah iman masing-masing!

Sebab itu saya menegaskan bahawa Abdul Hadi Awang wajib melakukan 4 perkara berikut:

1. Wajib menarik balik Amanat Hadi Awang 1981! Beliau wajib membuat pengumuman itu bukan sahaja secara terbuka kepada semua ahli dan penyokong Pas, malah beliau wajib membuat pengumuman itu kepada seluruh umat Melayu-Islam dan rakyat Malaysia!

2. Abdul Hadi wajib bertaubat; kerana Amanat Hadi Awang 1981 telah menyebabkan krisis akidah dan perpecahan umat Melayu-Islam yang serius! Ramai yang telah terpesong akibatnya. Abdul Hadi wajib menyesali, memohon keampunan dan berjanji tidak akan mengulangi kesilapan itu!

3. Abdul Hadi wajib meminta maaf kepada seluruh ahli dan penyokong taksub Pas, seluruh umat Melayu-Islam dan rakyat Malaysia. Khususnya beliau wajib meminta maaf kepada keluarga dan waris yang telah terkorban, suami isteri yang telah bercerai-berai, anak yang berpisah daripada keluarga, adik beradik yang bermusuhan, penduduk kampung yang berpecah, para imam yang diaibkan dan dimalukan; pendek kata sesiapa juga yang pernah menjadi korban dan mangsa akibat Amanat Hadi Awang 1981!

4. Setelah itu, Abdul Hadi wajib mengadakan roadshow dan ceramah besar-besaran untuk memperbetulkan semula kesan negatif yang telah berlaku akibat Amanat Hadi Awang 1981. Beliau wajib memperbetulkan semula mentaliti ahli dan penyokong tegar Pas yang rosak akibat amanat itu..

Kredit : Penulisan Yb Zul Noordin