Tuesday, January 15, 2013

40% Peserta Perhimpunan Shamsidar HKR KL112 Mereka Sebenarnya TAK Tahu Tujuan Pergi Ke Stadium Merdeka.....

Himpunan Kebangkitan Rakyat HKR KL112 ataupun dikenali juga Himpunan Menyokong Gadaikan Kalimah Allah Kepada Kristian sudah pun selesai. Namun ibarat rumah sudah siap pahat masih berbunyi, para penyokong pakatan pembangkang pula masih sosek-sosek sesama sendiri....

Keliru dan mengelirukan. Itu yang sedang berkecamuk dalam minda penyokong pakatan pembangkang berikutan pelbagai angka kehadiran dikeluarkan oleh pimpinan PR dan medianya.

Ada yang kata HKR KL112 dibanjiri 100,000 orang, 160,000 malah ada juga yang kata nampak dengan mata kepala sendiri 300,000 orang berhimpun di Stadium Merdeka dan kawasan sekitarnya.

Sama-sama sendiri pun berlaku percanggahan ketara, sudahlah angka sejuta gagal dicapai, angka kecil pun tiada satu pun yang tepat dan realistik dengan keluasan lokasi perhimpunan berlangsung.

Mengikut kajian semasa melibatkan pengguna internet seperti blog, portal, twitter dan facebook pada 12 Januari 2012 yakni hari perhimpunan tersebut diadakan terdapat sejumlah 76,000 komen positif yang membicarakan HKR KL112.

Bagaimanapun keesokan harinya, 13 Januari 2012 komen-komen positif turun mendadak kepada hanya 12,300 komen sahaja. Keghairahan para penyokong PR seperti terbantut. Kenapa dan mengapa...?

Berkemungkinan besar kerana tiada insiden besar seperti rempuhan oleh peserta himpunan ataupun tindakbalas keras dari pihak polis....

Mungkin ada kebenarannya kerana berdasarkan tinjauan di Stadium Merdeka, banyak kedengaran keluhan para penyokong PR yang merasakan acara kali ini agak membosankan dan tidak mencabar.

Tambahan pula bila mana selepas perhimpunan berlangsung pelbagai angka kehadiran yang tidak munasabah dikeluarkan yang akhirnya memalukan PR sendiri. Semangat penyokong yang sudah sedia tergugat terus jatuh setangga demi setangga dan akhirnya merudum.

Mungkin menyedari populariti HKR KL112 dilihat gagal menandingi Bersih 3.0, maka datanglah seorang bekas professor kangkung yang terlebih cerdik dengan talian hayat baru untuk menyelamatkan maruah HKR KL112.

Katanya perarakan yang memanjang 7 kilometer menghala ke Stadium Merdeka bersamaan di hadiri 700,000 orang, itu dakwanya selepas melihat beberapa keping gambar secara sepintas lalu. Seketika bekas professor itu bangga ada yang percaya congak kiranya yang logik kebenaran hanya orang gila sahaja yang mengiakannya.

Maka berkokok gembiralah pemimpin PR mendabik dada dengan gah dan bangganya. Padahal tiada pun perarakan memanjang 7 kilometer dipenuhi peserta HKR KL112, sebaliknya yang wujud ialah jarak perjalanan perarakan yang jauhnya sekitar 7 kilometer dari KLCC ke Stadium Merdeka.

Stadium Merdeka yang berkapasiti cuma 30,000 ditambah lagi kapasiti maksima atas padang 10,000 orang serta 5,000 orang lagi di luar stadium tiba-tiba boleh dibanjiri 700,000 orang...?

Makin bengong dan kelu jadinya penyokong PR mahu mencerna angka fantasi yang tak masuk dek akal....!

Sia-sia penyokong PAS bawahan yang datang dari jauh mematuhi kerahan tenaga termasuklah ada yang tidur bermalam dalam van dan kereta ketika pemimpin peringkat cawangan, kawasan dan negeri lena selesa di bilik hotel, alih-alih kecelaruan pula yang terus menghantui kepala.

Entah apa lagi usaha PR untuk menaikkan semangat penyokongnya tika ini, satu demi satu serba tak menjadi.

Lagi bertambah parah bila mana malam Ahad lepas, Majlis Syura Ulama PAS yang hanya sesekali saja bermesyuarat itu tiba-tiba pula mengubah keputusan parti apabila tidak bersetuju membenarkan kalimah Allah s.w.t digunakan dalam kitab Bible.

Jatuh lagi semangat penyokong PR khususnya PAS..., makin busuk nama HKR KL112 jadinya....!!

7 comments:

Anonymous said...

Zolim sangat kah kerajaan Malaysia...mereka lupa sebenarnya mereka lah yg menzolimi diri mereka sendiri.

< EX PAS DUN N51 PASIR PANJANG>

Belia Bangkit said...

Salam, blog tuan telah saya link di blog saya, mohon pautkan jg blog budak baru belajar ini, http://beliabangkit.blogspot.com. Tq

Anonymous said...

tak pernah aku dengar kerajaan menindas...
melainkan individu tertentu yang merasakan diri tertindas dengan sifat kurang sabar sendiri...
setiap perkara dan urusan ada syrat dan peraturan...
jika dipatuhi mudahlah urusan..
sama seperti rukun islam dan iman... jika kita bole turuti maka mudahlah kehidupan seharian kita....

Anonymous said...

Aku pun tak pernah merasa bantuan apa-apa dari kerajaan secara peribadi, tak pernah pula rasa tertindas. Ada kerja, ada pendapatan, cukup makan pakai, dapat sara keluarga dan anak-anak masuk Universiti. Hidup aman bahagia di bumi bertuah sudah cukup buat aku. Syukur Alhamdulillah. Mengharap sesuatu biarlah berpada2 kelak nikmat yang diperlohei ditarik oleh Allah.

Anonymous said...

Shamsidar pun tak tahu untuk perhimpunan ini..... Munkin aZmin lebih arif......

Anonymous said...

PKR menjadikan PAS tenteranya untuk menyerang KERAJAAN.PAS kena ikut kehendaknya[PKR]atas sebab2 tertentu.DAP menjadikan PKR sebagai alat suruhannya[secara saraf] untuk mencapai hasrat[niat]nya.anggota[agen2]nya[DAP] ada dalam PKR.ketiga2 pemimpin pembangkang ni mempunyai muslihat masing2[tersendiri]iaitu nak menawan PUTRAJAYA kerana setiap satu NEGARA cuma bolih diwujudkan SATU PERDANA MENTERI SAJA.

Anonymous said...

PR tahu dia bakal kalah dalam PRU nanti jd die buat macam2 kononnya diorang masih ada sokongan kuat lg...
Org kalah je buat semua ni...Tak habis2 menyusahkan orang