MARI SAMA SAMA KITA MEDOAKAN YANG TERBAIK

MARI SAMA SAMA KITA MEDOAKAN YANG TERBAIK

Saturday, January 19, 2013

Boleh Menitiskan Airmata Setelah Mendapat Penjelasan Terbaeekk Tun Dr M


Tun Dr Mahathir Mohamad nampak relaks sahaja berdepan dengan gembar gembur pembangkang yang melabel beliau adalah pengkhianat kerana meluluskan kerakyatan kepada pendatang asing di Sabah semasa era pentabirannya dulu.

Bekas Perdana Menteri itu tanpa apologetik mengakui peranan kerajaan pimpinannya dulu tetapi menegaskan semua kelulusan berhubung pemberian kerakyatan tersebut dibuat berdasarkan peruntukan undang-undang.

Dalam sidang media selepas wacana di Karang Kraf Shah Alam pada petang Khamis, Dr Mahathir berkata pembangkang boleh tuduh beliau apa saja termasuk pengkhianat tetapi semua yang dilakukan berdasarkan undang-undang. "itu tak jadi masalah kerana dituduh (pengkhianat) oleh ramai orang. Tapi ada juga yang puji,"ujar beliau.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai dakwaan bekas Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sabah, Ramli Kamarudin bahawa kerajaan pada ketika itu terlibat memberikan kad pengenalan kepada pendatang asing (beragama Islam) di Sabah.

Ramli ketika menjadi saksi kepada Suruhanjaya Diraja (RCI) berkenaan pendatang asing di Sabah mendakwa menerima arahan daripada bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Megat Junid Megat Ayub agar mengeluarkan resit bagi membenarkan pendatang asing di Sabah mengundi pada pilihan raya negeri itu pada 1994.

Menurut Dr Mahathir, Malaysia sentiasa menerima orang asing untuk menjadi warga negara sekiranya mereka memenuhi syarat-syarat tertentu. "Ramai yang ada di Sabah, mereka berada di situ bukan satu dua hari, satu dua tahun... ada 20, 30 tahun.

Mereka ini bercakap dalam bahasa Melayu. Mereka berhak untuk menjadi rakyat. Yang menjadi masalah ialah ialah ada orang yang tidak senang kalau mereka jadi rakyat.

"Orang ini sebelum kita merdeka pun, mereka berulang alik daripada selatan Filipina ke Sabah kerana mereka tidak terima sempadan yang digaris oleh penjajah.

"Seperti juga di Sumatera dan Semenanjung. Kita terima sesiapa yang ada di sini sebagai rakyat, kenapa kita nak tolak mereka...? Kalau mereka lakukan jenayah, mereka terdedah kepada undang-undang kita juga. Tetapi mereka diperlukan oleh Sabah."

Walau diasak bertalu-talu oleh wartawan, Dr Mahathir relaks jawab satu persatu persoalan yang dilontarkan. Bahkan di satu peringkat, beliau memulangkan 'paku buah keras' kepada soalan seorang wartawan pro pembangkang yang mempersoalkan kenapa beliau beri kerakyatan kepada pendatang Islam warga asing di Sabah.

"Tunku Abdul Rahman lebih teruk dari saya, dia bagi kerakyatan kepada satu juta orang dahulu tanpa pemeriksaan teliti. Saya tidak nafikan pembabitan saya (di Sabah) tapi Tunku beri satu juta kerakyatan di Semenanjung selepas merdeka tiada siapa pertikai..."katanya.

Ditanya mengenai dakwaan bahawa kerajaan pimpinannya sengaja memberikan status kerakyatan kepada pendatang asing sebelum pilihan raya Sabah pada 1994 agar kumpulan berkenaan mengundi menyokong kerajaan, Dr Mahathir berkata ia mungkin berlaku secara kebetulan.

"Ia mungkin dilakukan sebelum pilihan raya negeri, tapi ia sama ada secara tak sengaja atau dirancang...saya tak pasti.

"Tapi ia dibuat berdasarkan peruntukan undang-undang. Jika ia berlaku sebelum pilihan raya (negeri), ia tak bermakna bertentangan dengan undang-undang," katanya.

Berhubung sama pemberian status warga negara kepada pendatang asing di Sabah merupakan alasan politik agar UMNO dan Barisan Nasional (BN) terus berkuasa di negeri itu, Dr Mahathir berkata: "Tidak...ini adalah hak mereka (mendapat kerakyatan bagi yang layak). "Bila mereka menjadi warga negara, sama ada mereka sokong UMNO, BN atau siapa sahaja, itu hak mereka. "Ia adalah fakta bahawa bukan semua mereka menjadi penyokong BN," katanya.

Beliau bahkan turut mengatakan kesediaannya untuk menjadi saksi kepada Suruhanjaya Diraja tersebut jika keterangan beliau diperlukan. "Jika mereka minta saya hadir, saya akan pergi"ujarnya. Sebelum itu, Dr Mahathir yang berucap di dalam program Bicara Minda Tun Dr Mahathir Mohamad anjuran akhbar Sinar Harian berkata masyarakat Islam perlu beranimenegakkan pendirian mengenai penggunaan kalimah Allah mengikut hujah dan pengetahuan yang luas, bukan hanya bersandarkan emosi dan kepentingan politik semata-mata.

Walaupun menerima pandangan penggunaan kalimah Allah yang digunakan dalam kitab Bible oleh penduduk Sabah dan Sarawak, namun beliau bertegas ia tidak boleh digunakan sewenangnya.

"Kalau ada pihak lain nak gunakan nama itu apa tujuan mereka selain daripada untuk menipu pemikiran supaya orang itu anggap agama ini (Islam) sama dengan agama lain.

"Unsur penipuan itu tetap ada sebab tu tak boleh terima penggunaan nama Allah...tapi yg kita tahu kita tak bersetuju," katanya. Menurutnya kerajaan kini dilihat agak bimbang kalau bertindak salah dalam menentukan isu demokrasi, mereka mungkin akan kalah lebih teruk dan hilang kuasa.

"Ini soal kuat dan lemah...Bila kita kuat orang tak berani cabar kita, bila kita kuat kita ada autoriti (dan) majoriti sokong kita . Tapi kerana kurang bijak mungkin kita sengaja melemahkan diri kita (dan) terpengaruh dengan pendapat orang nak liberal nak supaya dipuji baik," katanya.

Tambahnya lagi, situasi ini jelas dilihat semasa PRU tahun 2008 apabila ramai penyokong BN yang kecewa kerana berasa kurang yakin dengan kepimpinan yang ada.

"Kita membuka secara luas peluang untuk orang hentam kita dan kita bertindak menyambut hentaman dan kecaman orang dengan kita undur diri. Oleh itu penyokong kita berasa kecewa (tahun) 2008 mereka tak sokong lagi kerana kurang yakin dengan kepimpinan yg ada...ianya menjadi lemah," katanya.

Bekas Ketua Pengarang Kumpulan NSTP Tan Sri Abdullah Ahmad menjadi moderator majlis tersebut yang dihadiri lebih 500 tetamu jemputan. - OLEH HELME HANAFI  [AGENDADAILY]

9 comments:

Anonymous said...

betul..rakyat kecewa dengan BN pada masa itu.lebih lebih lagi apabila Tun keluar dari UMNO.
Sekarang Tun dah masuk balik.
Penyokong Tun pun dah balik.
ibarat kata kanak-kanak..."eh eh ayah balik"
rakyat tak kwcewa lagi.
KIRIM SALAM PADA PEMBANGKANG.

Anonymous said...

Selain dari Malaysia , Ayahanda Tun M adalah kebanggaan sy bl sy di luar ngr....

Ramai yg mnyangjungi Malaysia dan yg best mrk di luarngr akan mngatakan MALAYSIA MAHATHIR BEST....hakikatnya...

Langsong xde pon N ajis, hadi atau ANUwar!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Anak Lenggong said...

Ini lah akibatnya bila mempunyai saorang menteri yang jaga KDN saorang yang lembik..cuma tau tersenyum sambil bagi amaran..saperti kata Tun Mahathir soal ISA..kebanyakan negara menggunakannya kenapa tidak persoalkan kes tahanan ISA di amerika..kata Tun M, bila kerajaan dah lemah kita terpaksa menurut apa juga kemahuan pembangkang..

Dato Najib..kena tengok sama perkara ni, bagi la orang yang tegas dan berani sikit untuk menjaga KDN tu..

Anonymous said...

PEMINPIN YANG MENGADAI NEGARA BAGI IC KAT PENDATANG ASING D SABAH. PEJUANG MELAYU KONON !

Anonymous said...

Kalau tak sebab tuanku abdul rahman bg kerakyatan pada pendatabg cina dan india dulu.... mesti skrg mereka masih pendatang... tak gitu... tak mengenang budi...

Anonymous said...

Inilah kelebihan mantan pemimpin UMNO/BN.....bila buat salah maka habis menuding atau meletakkan kesalahan itu pada pemimpin terdahulu...salah sendiri tak nampak...

Anonymous said...

Hostas come in a wide variety of colors, shapes and sizes and can be found in almost every home landscape.
It has a very strong odor that will take your breath away.

Grass clippings are full of nitrogen and break down quickly.



Feel free to surf to my blog post; mulching

Anonymous said...

This will give you an idea on the reputation of the company.
by October, 2001 the US moved on the Taliban in Afghanistan.
Professional newspaper reporter must be acquainted with
all aspects of human activities. Assuming
there is a God and assuming that the Bible is God's word and an historical record of His activities (and you won't hear anything to the contrary in church and from
other formal Christian religious organisations) then the standard hype you hear, the standard image projected
of God (and son) tends to be 'warm and fuzzy'.
Both clutched and being clutched, she was driven to the
safety of her home by the motorcyclists.

Here is my webpage: egyptian newspapers

Anonymous said...

And while investigators say the murder victim is linked to a "feud," they are
not sharing the details about that part of the investigation.
Also, keep in mind that the ingredients for the mix should be bought from a home improvement store to insure quality.
For faster setting concrete,
use less water, for more workability, use more water.