MARI SAMA SAMA KITA MEDOAKAN YANG TERBAIK

MARI SAMA SAMA KITA MEDOAKAN YANG TERBAIK

Monday, January 21, 2013

Hadi Nak Try Main Belakang Karpal...? Ada Berani...? Blog MIK Cabar Hadi Buat Kenyataan Rasmi


Akhbar melaporkan bahawa Presiden PAS sudah tersepit....

Menurut Utusan Online melaporkan seperti berikut;
Hadi Awang tidak akan tunduk dengan desakan DAP agar beliau mengkaji semula keputusan Majlis Syura Ulama parti itu yang berpendirian kalimah Allah hanya untuk umat Islam.

Setiausaha Politiknya, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar ketika dihubungi di sini hari ini berkata, Abdul Hadi akan mempertahankan pendirian Majlis Syura itu walaupun jelas bertentangan dengan pendirian pakatan pembangkang.

Ahmad Samsuri menegaskan, beliau yakin Presiden Pas itu tetap dengan pendirian serta keputusan yang telah diambil oleh Majlis Syura Ulama Pas tempoh hari berhubung isu itu.

"Saya pasti Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tetap dengan keputusan rasmi yang diputuskan oleh Majlis Syura Ulama. Beliau tidak akan sekali-kali berganjak dengan desakan DAP itu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Utusan Online

Inilah dia yang dikatakan Politik Suku Agama Suku...!

Jual agama semata mata kepentingan kuasa politik.... Kita jangan lupa bahawa Hadi Awang sendiri telah membacakan kenyataan rasmi dibuat oleh Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Pembangkang yang membuat keputusan membenarkan Kalimah Allah digunakan untuk bukan Islam.

Semalam Karpal berdehem...! Dia desak Hadi pastikan bahawa pimpinan PAS akur dan jangan melawan keputusan Majlis Presiden Pakatan Pembangkang.

Blog MIK mencabar agar Haji Hadi tampil untuk membuat kenyataan rasmi, adakan satu sidang media nyatakan pendiriannya yang terbaru iaitu beliau tidak akan tunduk dengan desakan DAP, dan beliau sebaliknya akan pertahankan keputusan Majlis Syura Ulama PAS yang berpendirian Kalimah Allah hanya untuk umat Islam.

Hadi jangan cuba main wayang kulit dengan menggunakan Setiausaha Politiknya, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkokok bagi pihak dirinya yang bacul dan kecut telor mendepani wajah bermisai Karpal Singh....

JOM! Kita saksikan semula apa yang berlaku pada 9 Januari 2013.

Saksikan sekali lagi bagaimana terkebil-kebil Hadi membaca teks kenyataan yang disediakan oleh Majlis Presiden Pakatan Pembangkang.

Video klip dibawah ini terpancar wajah terketar-ketar dan "muka tak puas hati" si Hadi Awang jadi kuda tunggangan kepada kehendak DAP apabila beliau membaca teks yang disediakan untuk menyatakan persetujuan bengong PAS membenarkan penggunaan kalimah Allah kepada bukan islam..... Demi Kuasa, Demi Undi maka PAS sanggup melacurkan agama ISLAM..!!

Pada sesi soalan pihak media, Hadi terpaksa pandang muka Anwar dahulu seolah-olah mendapat "endorsement" jawapan...

Oh yaa..., jangan lupa perhatikan juga ekspresi memek muka Anwar dalam video klip ini


9 comments:

Abang Paya said...

lingkup alim ulama kalau suka ikut sangat PENIPU RAKYAT

Anonymous said...

karpal minta pas membenarkan KALIMAH ALLAH digunakan dalam bible versi melayu.tapi dia tak minta KALIMAH ALLAH digunakan dalam bible versi PUNJABI.lim guan eng pun tak minta KALIMAH ALLAH digunakan dalam bible versi cina.inilah yang dikatakan ADA UDANG DISEBALIK MEE.

Anonymous said...

Hadi kena belajar dengan Anuar kalau nak main belakang, sbb Anuar saje yg pakar dlm bidang tu.

Anonymous said...

Lge rasa cina dah sokong dia jadi apa yg perlu sekarang ialah melayu berpecah supaya dap boleh dapat kuasa. Mari kita bersatu tolak dap terutamanya lge, lks, k singh , the n brothers termasuk nizar, hannah yeoh, runnie, zavier, e wong, t kok, tian chua, gobind deo, sivarasa. Tolak pr!

otaistillkick said...

UMNO adalah penggubal undang-undang dimana pada 31 Disember 2009, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah membuat keputusan penting mengisytiharkan bahawa tindakan Kementerian Dalam Negeri melarang penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam adalah batal dan tidak sah. Ini bermakna, Mahkamah di Malaysia ini membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam. Tetapi Sultan Selangor kata, bahawa kalimah Allah tidak boleh sama sekali digunakan di negeri Selangor oleh mana-mana agama bukan Islam yang lain sebagaimana yang telah difatwa dan diwartakan pada 18 Februari 2010.

Anonymous said...

Dengar cheritanya dah Rabak jubo si Saipol tu di kerjakannya....

Kata Mat Sabu yang Wan Jijah pon dah jadi terowong !

Sunggoh kotor jiwa geng 2pakatan nih...

Anonymous said...

Sultan betui....

Anonymous said...

Dalam kepercayaan penganut taksub PAS, Hadi Awang adalah 'pengasas' kepada anutan mereka melalui 'Amanat Hadi Awang'. Dikalangan penganut2 Pas, Hadi Awang adalah TOK GURU mereka. Dikalangan penganut2 Hindu, GURU adalah merupakan pemimpin spititual dan amat dipercayai oleh penganut2 Hindu.

Sebelum ini Presiden PAS belum ada yang diberi gelaran TUAN GURU ( Betulkan, jika saya silap). Malangnya banyak pengikut taksub Hadi Awang yang gagal menilai Hadi Awang sebagai pemimpin PAS paling lemah dalam sejarah PAS itu sendiri.

Hadi Awanglah yang mempopularkan 'AGAMA SUKU, POLITIK SUKU' dalam Amanatnya. Amanat itu sendiri bercanggah dengan ajaran Islam. Hari ini Hadi Awang dalam keadaan tertekan dengan beberapa isu besar seperti Amanat Hadi Awang yang tetap hangat diperkatakan. Tidak cukup dengan itu isu Kalimah Allah pula menyusul. Sikap Hadi Awang terhadap kedua2 isu yang mengaitkan aqidah ini sudah cukup untuk membuatkan Hadi Awang tidak 'lena tidur'. 'AGAMA SUKU DAN POLITIK SUKU' yang menjadi mainan bibir Hadi Selama ini telah memakan diri sendirinya. Tekanan bukan sahaja dari ahli PAS tetapi dari rakan sekutunya DAP dan PKR. Tekanan2 dari kiri, kanan, atas dan bawah ini boleh menjadikan Hadi Awang 'TIGA SUKU' dibuatnya. Wallahualam.

mtk

Anonymous said...

Begini ke rupanya ulamak tertinggi PAS. Memalukan umat islam seluruh dunia.