Wednesday, January 30, 2013

KECOH....! Ahli PAS Kota Raja Protes Pemecatan Ustaz Nasharuddin Mat Isa....!!

Akhirnya PAS mengambil tindakan terhadap bekas Timbalan Presidennya, Nasharuddin Mat Isa dengan menggugurkan beliau daripada keanggotaan Majlis Syura Ulama parti itu.

Keputusan itu sememangnya sudah dijangka dan tidak mengejutkan hanya persoalan mengapa PAS mengambil masa begitu lama untuk bertindak ke atas Ahli Parlimen Bachok itu.

Sejak Nasharuddin kalah kepada Mohamad Sabu untuk mempertahankan jawatannya dalam pemilihan semasa Muktamar Tahunan Pas ke 57 pada tahun 2011 dan sejak itu beliau telah banyak bermuhasabah diri mengenai isu perpaduan umat Melayu di negara ini.

Sikap Nasharuddin yang lunak dalam isu perpaduan dengan UMNO menjengkelkan malah menaikkan bulu kening pemimpin-pemimpin PAS terutamanya Murshidul Am, Nik Aziz Nik Mat.

Kepada Nik Aziz dan geng Anwarinas, Nasharruddin dilabel sebagai pengkhianat kerana berkawan dengan UMNO.

Malah heboh pada tahun 2009 isu kerajaan perpaduan yang dipelopori oleh kumpulan UG atau Unity Government yang mahukan kerjasama politik dengan UMNO demi kesatuan dan mengukuhkan posisi politik orang Melayu di Malaysia.

Nasharuddin adalah antara tokoh utama UG disamping Presiden PAS, Abdul Hadi Awang tetapi malangnya Nik Aziz telah berjaya mempengaruhi pimpinan parti untuk menolah inisiatif UG.

Sejak itu Nasharuddin menggangap dirinya seperti melukut di tepi gantang, disisih oleh partinya sendiri.

Malah beliau sendiri sebagai Pengerusi Lajnah Hubungan Antarabangsa dan Hal Ehwal Luar PAS dikatakan tidak pernah menghadiri mana-mana mesyuarat ang diadakan.

Beliau sebaliknya menumpukan perhatian mengetuai sebuah badan swadaya yang dipanggil Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan Al-Quds Malaysia.

Atas kapasiti itu Nasharuddin sering kelihatan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan ini telah menaikkan darah Nik Aziz dan sekutu-sekutunya yang pro-Anwar atau Anwarinas.

Gambar beliau bersama Perdana Menteri di Mekah bertemu dengan ulama-ulama di kota suci itu telah menjadi heboh di kalangan ahli PAS.

Nik Aziz lebih sakit hati apabila melihat Nasharuddin menemani Datuk Seri Najib semasa lawatan sehari ke Semenanjung Gaza baru-baru ini.

Mungkin itu menjadi 'the straw that breaks the camel's back' atau penyudah kepada perbuatan 'khianat' Nasharuddin terhadap partinya, lantas beliau dikeluarkan daripada badan tertinggi penentu dasar dan halatuju parti itu.

Nik Aziz juga berang dengan Nasharuddin yang sebelum ini menggesa PAS mengkaji semula kerjasama parti itu dengan PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat.

Beliau juga berlaga angin pendirian Pakatan Rakyat dan Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh mengenai isu hudud.

Tindakan ke atas Nasharuddin didakwa berlawanan dengan semangat 'jemaah' tetapi hakikatnya PAS adalah sebuah parti yang jumud dengan aliran pemikiran yang beku dan kaku.

Parti itu berlagak seperti hero Islam malah nama agama dipakai pada nama parti tetapi sebenarnya kepentingan politik Nik Aziz yang diperjuangan, bukan parti, ahli mahupun umat Islam.

PAS iri hati dan cemburu apabila melihat pemimpinnya seperti Nasharuddin bersikap bebas dan tidak terikat dengan budaya parti yang menjadikan UMNO sebagai musuh tradisi untuk selama-lamanya.

Inilah pemikiran yang dibawa oleh Nik Aziz dan dipaksa ke atas pas menjadikan parti iaitu sebuah organisasi siyasah yang statik dan progresif.

Nasharuddin seorang pemimpin PAS yang berfikiran terbuka serta mempunyai pandangan jauh berkaitan perpaduan Islam.

Bagi beliau perbezaan peendekatan politik yang diambil oleh UMNO dan PAS tidak bermakna perpaduan tidak boleh dicapai melalui kaedah lain.

Inilah yyang dilakukan olehnya apabila sanggup bersama-sama Perdana Menteri demi agenda memartabatkan kepentingan Islam.

Jika Nik Aziz berfikiran terbuka dan berlapang dada, apa salahnya Nasharuddin berganding bahu bersama pemimpin kerajaan Barisan Nasional demi perjuangan rakyat Palestin...?

Juga apa salahnya Nasharuddin menjadi perantara bagi Perdana Menteri dalam pertemuannya dengan ulama-ulama tersohor Mekah?

Tetapi bagi Nik Aziz dan kuncu-kuncunya perbuatan Nasharuddin adalah antara dosa paling besar, malah kalau berdasarkan 'Amanat Haji Hadi, sudah tentu beliau boleh dijatuhkan hukum kafir...!

20 comments:

Anonymous said...

Ternyata sudah sebenarnya EGO POLITIK Nik Aziz sangat menebal...asalkan DENDAM KESUMAT nya tercapai sanggup buat apa saja...! SElamat Tinggal Pas.

< AHLI PAS TAMAN SAMUDERA MANJUNG>

Anonymous said...

Orang macam Nasarudin yang kita patut puji dan sanjung, masa berpolitik-berpolitik, persaudaraan kena kekal abadi.

Saya juga seperti orang-orang yang lain, pada awalnya merasakan Nasarudin akan dijulang oleh pemimpin pas sebagai pejuang ketika balik melawat palestin, tapi sebaliknya berlaku..beliau bukan sahaja di kutuk di cerca, malah ditendang.

Bukan DAp yang merosakkan melayu, tapi anwar dan pas.

Anonymous said...

KO BN..BN KO...dh terpalit sketul taik kat ats muka nicky ajis dan kuncu2nya,termasuk al-jub..pnyokong ustaz nasa jgn dinafikan...ana slah sorang...tak akn undi PAS(parti ajaran sesat)

Anonymous said...

sekarang ni sudah nampak jelas akan pendirian PAS.yang pro politik akan DISANJUNG.yang PRO UGAMA[ISLAM]akan DISINGKIR.

Imam muda said...

TAK SANGKA NIK AZIZ NI BERDENDAM ORANG NYA.
DENDAM UMNO TAK HABIS KINI NASHA PULA JADI MANGSA....KERANA BERBAIKK DGN UMNO.
UMOR 82 TAHUN DAH WAHAI NIK AZIZ....................OTAK PUN MAKIN LEMAH, WAJAR BAGI PELUANG PADA OANG LAIN.
JAWATAN MB TU AMANAH.....JANGAN PLAY PLAY.
MAKAN GAJI BUTA NO GOOD.
GOT PAY MUST GOT WORK...NOT TALK TALK TALK ONLY.
HINDARKAN SIFAT MUNAFIK.

mohd nasir said...

Ya betul....mmg dari dahulu lagi bila pas mendoa kan sesuatu untuk BARISAN NASIONAL maka doa yang pas buat tetap kena balik pada pas...

Anonymous said...

ALHAMDULILLAH SETELAH BERBINCANG DENGAN AHLI KELUARGA DAN SEMUA SAUDARAMARA 2 HARI LEPAS SEMPENA MAULIDULRASUL DI TEMPAT SAYA DI JERLUN (KUALA JERLUN)MAKA KAMI SEMUA BERIKRAR KELUAR DARI PAS. KELUAR DARI PAS.KELUAR DARI PAS .SEKURANG KURANGNYA 23 ORANG AHLI KELUARGA DAN SANAK SAUDARA YANG BERMUZAKARAH TEMPOH HARI DAPAT MEMBERITAHU KEPADA SEMUA MASYARAKAT SETEMPAT KENAPA KAMI KELUAR DARI PAS..MARILAH AHLI PAS YANG LAIN..JANGAN SAMPAI SEGALA AMALAN TUAN TUAN PUAN PUAN SELAMA INI KOSONG BELAKA.T.KASIH KERANA SUDI MEMBACA DAN TUNAIKAN DGN TINDAKAN., BERTINDAKLAH..SAYA MENANGIS DAN AMAT MENYESAL MENJADI AHLI PAS SELAMA INI. YA ALLAH AMPUNNI LAH AKU KELUARGA KU JUGA SAUDARA MARAKU YG SEBULAT SUARA MEMBUAT KEPUTUSAN ITU..TERIMA KASIH ALLAH KERANA TELAH MEMBUKA HATI DAN PEMIKIRAN KAMI.

Mak chik BN said...

ALHAMDULILLAH kpd saudara sekeluarga keran dah nampak dimana silapnye parti PAS ini semoga ALLAH akan ampunkan dosa saudara dan keluarga. Amin.........

Xpas said...

Wahai Tuhan Yg Maha Pengasih, ampunilah kami, beri petunjuklah kami, dan bukakanlah pintu hati dan fikiran kami utk berada lurus di atas jalanMu, dan jgn Engkau lupakan saudara saudara seIslam kami di pihak sana, amin!!!
'dan tiada dapat mengambil pelajaran kecuali org org yg mempunyai pintu (hati).' Ali Imran 7.

Xpas said...

antara sifat org bertaqwa,
"dan org org yg menahan amarahnya dan memaafkan manusia, dan Allah swt menyukai org org yg berbuat baik ".
sifat mudah marah dan berdendam bukan sifat org yg bertaqwa.

Anonymous said...

Kalau bertanding hanya 66 kerusi janganlah bermimpi nak merintah negara. Jangan mimpi nak jadi parti dominen dalam PR. Jangan mimpi nak tentukan dasar negara. Nahi, nahi, nahi! Teruslah jadi orang suruhan DAP dan lepas 2 tahun ditendang terus oleh Lim Guan Eng sebab dah tak berguna lagi.

Anonymous said...

AMBO MEWAKILI AHLI-AHLI UMNO DAN PENGUNDI PARLIMEN BACHOK DI KUALA LUMPUR SETUJU USTAZ NASHARUDDIN MAT ISA MEWAKILI BN PERTAHANKAN KERUSI PARLIMEN.

Anonymous said...

Nampaknya Pok Nik dah termakan kek PKR. Mana2 pemimpin PAS yang pergi ke GAZA bersama PM akan di anggap menyokong keselamatan Palestin. Pok Nik kini telah bersetuju untuk "support all efford to protect the security of the State of Israel". Oleh kerana itu beliau sanggup menceraikan Nasha.

Anonymous said...

Lucu pula melihat foto budak-budak tak berbaju tu memegang bendera PAS.. Tah ia tah tidak mereka tu ahli PAS.. Bagi duit sikit, kerja jalan lah tu.. Pegang bendera hijau pun jadi.. Budak-budak menganggur, biasa la tu.. Asal masyukkk..

Anonymous said...

Dah 82....nyanyok la tu...mana la dia teringat kat halal haram ka...makan gaji buta ka...

Iblis dah urut bathin nik ajis dengan ucapan " mu dok sini dah buat untuk isle chukop banyak dah! Mu jange lupa, mu terus dudok jadi MB tau !

Ish...ish...kita kena praktikal la sikit..

Anonymous said...

Kamu jenis yang suka suggest benda2 negative....wake up la....

Islam suruh ambil yang mudah...dah anak2 muda tu pegang bendera Pas sah lah ahli atau penyokong Pas.

Orang Umno mesti tak teringin nak pegang ke bergambar bendera Pas ke...

Jijik...mereka jijik pegang bendera Pas....tak da apa pada logo bulan tu...las2 hadi punggok rindukan bulan....


Membazir waktu je...

,

ninja said...

Aku tak geli pada bendera PAS tapi aku geli bila tengok tok tok lebai, mak mak lebai anak anak lebai gonggong bendera DAP.. tak ada otak ke dorang ni.... begitu teruk sekali sifat benci yang berjaya ditanam dalam jiwa PAS ... macam mana aku geli pada babi begitulah gelinya aku pada bendera DAP .. tobatlah .. belajarlah mengenal musuh sebenar Islam ...

mat13 said...

habislah ustaz nasa tak masuk surga laaaaaa....hehehehehehhehe

Anonymous said...

NIK UNCASS AJIEES,selamat tinggal PASS.
Sebab ada Ulamak kata PAS ni hanya parti carimakan je!Sama macam parti2lain.Tapi Dasar PAS dan Penganutnya amat terok!dari parti2lain yang berpegang teguh kpd prinsip perjuangan,kalau PAS x percaya cuba bangkitkan hak Islam dan Melayu dalam PR ada berani?

NIK AJIS dan Kuncu2nya,kita sama-sama akan dihisab diPadang Mahsyar!!!!!!!!tiada yang terkecuali.
Rosakkanlah agama bangsa ni selagi ada nyawa!

Anonymous said...

Parti tempat cari makan bukan UMNO/BN ke bro....