Sunday, January 27, 2013

Kesian Najib Kerja Kuat Bagai Nak Gila....

Kajian Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) menjurus kepada pola pengundian yang menunjukkan Barisan Nasional akan terus diyakini rakyat untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke 13 yang bakal diumumkan pada bila-bila masa sahaja. 

Statistik kaji selidik UMCEDEL menunjukkan BN mendahului Pakatan Rakyat dengan lima mata peratusan.

BN memperolehi 42 peratus  berbanding 37 peratus yang memberikan keyakinan kepada PR berdasarkan kepada soal selidik ke atas saiz sampel 1,409 pengundi.

Malah pemimpin BN berpendapat bukan sahaja parti pemerintah akan menang besar tetapi juga akan berjaya merangkul kembali majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.

Keyakinan ini bukanlah cakap-cakap kosong kedai kopi tetapi berlandaskan kepada fakta dan realiti di peringkat akar umbi pengundi.

Sikap keterbukaan dan pendekatan inovatif pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Naji Tun Razak merupakan dua faktor amat penting yang menyumbang kepada keyakinan rakyat kepada BN.

Walaupun pihak pembangkang saban hari membangkitkan pelbagai isu yang didakwa bersabit dengan rasuah dan penyelewengan tetapi rakyat terutamanya pengundi bijak memilih di antara kaca dan permata.

Apa yang mereka sekarang lihat dan nikmati adalah hasil pro-aktif kepemimpinan cemerlang yang ditunjukkan oleh Perdana Menteri dalam memperjuang serta menjaga kebajikan rakyat.

Daripada perbelanjaan isu rumah, pendidikan, kebajikan pelajar, warga emas, pemandu teksi, golongan karyawan, agamawan dan nelayan hinggalah kepada golongan peniaga serta usahawan, semuanya kini sedang menikmati hasil bermacam-macam program yang dilancarkan oleh Datuk Seri Najib.

Boleh dikatakan tidak ada lapisan masyarakat atau golongan rakyat yang disisahkan daripada menerima bantuan dalam pelbagai bentuk dan rupa.

Program BR1M 1.0 dan 2.0 yang dituduh pembangkang yang kekeringan isu sebagai rasuah politik menerima respons yang sungguh menakjubkan.

Begitu juga lain-lain program KR1M, Klinik 1 Malaysia, TR1M, KD1M yang terbit daripada dua program transformasi kerajaan - Program Transformasi Pentadbiran dan Program Transformasi Ekonomi.

Mentadbir sebuah negara majmuk seperti Malaysia dengan 1001 kerenah daripada setiap kaum yang berlatar belakangkan etnik, agama, bahasa, budaya serta pandangan dunia yang berbeza bukanlah suatu yang mudah.

BN telah berjaya mengangkat serta menobatkan martabat negara dari semua susut pembangunan - ekonomi, politik dan sosial - daripada sebuah negara berasaskan pertanian kepada negara industri yang mennuju kepada status negara maju menjelang 2020.

Segala yang telah dicapai sehingga kini bakal hancur dan musnah jika negara berada di dalam tangan pembangkang.

Ini kerana asas politik pembangkang adalah kebencian dan perpecahan serta memporak perandakan negara demi untuk memperolehi kuasa politik.

Pembangkang tidak peduli tentang aspek keselamatan negara mahupun kedaulatannya kerana apa yang penting bagi mereka ialah merampas Putrajaya dengan menimbulkan kekacauan dan huru hara.

Ini terbukti dengan siri demonstrasi dan tunjuk perasaan yang sering diadakan sejak PRU 2008 kononnya untuk memperjuangkan hak rakyat.

Sebenarnya bukan rakyat yang menjadi fokus gerakan pembangkang.

Rakyat hanya dimobilisasikan sebagai satu gerakan massa bagi kepentingan politik pemimpin-pemimpin pembangkang dalam Pakatan Rakyat yang masing-masing mempunyai halatuju dan ideologi yang berbeza.

Walaupun kajian UMCEDEL menunjukkan sejumlah 78 peratus daripada saiz sampel pengundi dalam soal selidik yang dijalankan mengatakan, integriti dan salahguna kuasa pemimpin BN memberi kesan kepada sokongan pengundi dalam pilihan raya umum, namun ini ada hanyalah masalah persepsi yang telah dicorakkan dalam pemikiran rakyat oleh pembangkang.

Akhirnya rakyat akan menunjukkan kematangan di peti undi bila mana mereka mampu membandingkan dengan fikiran dan hati yang terbuka kehidupan yang telah mereka nikmati sepanjang pemerintahan BN.

Mereka juga akan membandingkan janji-janji kosong pembangkang yang tidak mampu dilaksanakan serta lebih indah khabar dari rupa.

Hasil kaji selidik Universiti Malaya itu yang menunjukkan 53 peratus masyarakat Cina masih “tidak pasti” untuk memilih parti mana pada PRU 13 juga seharusnya tidak perlu dibimbangi.

Pengundi Cina melihat politik sebagai satu bentuk perniagaan yang mengutamakan aspek keuntungan lebih daripada unsur yang lain.

Walaupun mungkin wujud beberapa isu yang menjadi kebimbangan kepada mereka, pengundi Cina perniagaan akan bertindak seperti peniaga yang akan memastikan kerajaan yang mereka pilih mampu memberi suasana perniagaan yang stabil, kompetitif dan aman daripada segala halangan yang membantutkan ekonomi mereka.

Pembangkang mungkin boleh bermulut manis menabur segala macam janji termasuk ada yang tidak masuk akal sama sekali tetapi rakyat akan tetap memilih BN yang rasional, komited, berwawasan serta sentiasa menepati janjinya.

14 comments:

Anonymous said...

bagi kami sekeluarga selaku orang tak berparti dn pengundi senyap...selidik punya selidik...melalui pembacaan dn penelitian melalui pelbagai media cetak dan massa...kami memilih BN kerana dalam setiap aspek BN jauh lebih baik dan praktikal dpd PR ...kami tak sanggup memperjudikan nasib masa depan negara kpd pembangkang...t. kasih dn Hidup BN!

Anonymous said...

Saya sokong anon. Ramai pengundi senyap lebih menyokong BN dari PR.

Anonymous said...

tahniah PM Najib...lawatan ke Gaza tingkatkan imej negara sbg model kpd dunia Islam...media2 Arab memuji keberanian PM menjadi pemimpin Islam bukan dlm kalangan ng Arab yg berani masuk ke zon perang yg masih dlm bahaya...sesungguhnya PM Najib adalah kebanggaan kami rakyat Malaysia!

Anonymous said...

aku pun sokong BN...tak perlu berarak dn berdemonstrasi atau dengar ceramah fitnah... buang masa...baik duduk di rumah dgn keluarga...time mengundi...apalagi mestilah undi BN yg tlh banyak berjasa dgn kita...tak gitu kawan-kawanku?

Anonymous said...

Kami sekeluarga sayang pada PM, kami tak berani memperjudikan masa hadapan anak cucu cicit kami dan sama sekali tak percaya pada PR...

Makchik BN said...

aku pun bukan ahli UMNO tapi setiap kali ngundi aku pangkah BN coz wakil rakyatnye buat kerja dan jaga kebajikan pengundinye,walau pun tak semua wakil rakyatnye buat kerja berbanding dengan wakil rakyat PR mereka rajn pergi ceramah entah bila dia buat kerja aku pun tak tahu.

Anonymous said...

Insyallah BN menang PRU 13 ni...

Anonymous said...

ana pun sokong BN sejak tok moyang lagi...dah rasa zaman perintah Jepun, zaman darurat ancaman Kominis, zaman konfrantasi,peristiwa 13 mei...semua ana dah lalui...ana sentiasa berdoa agar peristiwa hitam lalu tu tak berulang lagi...buruk kesan dn padahnya kalau berlaku huruhara di negara kita,negara akan hancur, pengangguran, rompakan ,pembunuhan,ekonomi terhenti, rakyat dlm ketakutan, aktiviti harian terhenti,curfew, sekolah ditutup dsb...so buat ape nak cari pasal dgn mengikut kepala pembangkang yg tak abis2 dgn demonstrasi nak ikut macam Mesir yg kesannya jadi lebih teruk lagi dpd sebelumnya!...fikirkan.

Elperani said...


Anonymous said...

dulu2 aku sokong bn tapi sekarang ni aku da taknak jadi macam melayu2 diperbodohkan oleh orang melayu sendiri..kalau parti bn ni buang semua menteri2 kuat rasuah dan yang bodoh penakut,barula aku sokong kot..kesian melayu2 ni baru dapat bantuan 500 da macam histeria da..padahal duit tu duit memang duit rakyat..hahahhaaa

Anonymous said...

kelemahan orang melayu adalah kurang menggunakan minda secara matang dn profesional sebaliknya lebih suka gunakan perasaan.....sebab itulah mereka terlalu mudah percayakan sesuatu maklumat walhalpada zaman siber yg sesuatu maklumat tu terlalu mudah disebarkan melalui hujung jari je tanpa membuat penyelidikan terus percaya...ingat banyak maklumat yg tak benar yg berjaya disebarkan melalui persepsi...inilah yg telah dicorakkan pembangkang ke pemikiran rakyat sejak pru yg lalu lagi....walaubagaimanapun rakyat akhirnya akan menunjukkan kematangannya dan mula mempercayai mana yg batil dan yang benar....

Anonymous said...

akhirnya PM menamatkan segala teka-teki dgn pembubaran parlimen pada 3 April lalu...Spr pula umumkan hari mengundi pada 5 Mei 2013...sama2lah kita menunggu keputusannya nanti!...

rakyat marhain said...

ana tertarik dgn kenyataan Tun Daim hari ini...beliau yakin pakatan pembangkang tak akan berjaya menumbangkan BN dlm Pru ke-13 ini...
beliau menegaskan lagi PR tak mempunyai kekuatan berbuat demikian kerana terlalu banyak percanggahan dari segi prinsip dn perjuangan sesama mereka.
pas, Dap dn Pkr dilihat tak bersedia menerajui pemerintahan negara ekoran banyak masalah wujud dlm kalangan parti mereka!...ingat Tun adalah seorang peramal politik yang selalunya tepat di negara kita!...sama2 lah kita tunggu!

Anonymous said...

saya sayang KERAJAAN sekarang . Tomahan fitnah caci maki terhadap PM bt saya terfikir bagaimana kalau kita di tempat dia..?? mampukah kita?? belum tentu .. terima kasih kerajaan sebab menyediakan kemudahan kepada rakyat Malaysia . Kami doakan semoga usaha Dato Seri diberkati Allah.