MARI SAMA SAMA KITA MEDOAKAN YANG TERBAIK

MARI SAMA SAMA KITA MEDOAKAN YANG TERBAIK

Sunday, January 6, 2013

KHAS Buat Pengundi Melayu Beragama Islam....

Amalan politik dua alam..., cakap tak serupa bikin dan demokrasi hipokrit amalan Pembangkang....!

Hak membela diri, hak bersuara adalah hak semua orang, bukan hak terpilih, dan bukan hanya untuk individu terpilih!

Contohnya, mengapa semasa PAS membat keputusan memecat Dr Hasan Ali, beliau langsung tidak diberi hak membela diri dan hak bersuara...?

Malah, Hasan Ali langsung tidak diberi notis tunjuk sebab atau alasan tindakan memecat akan diambil terhadap beliau.

Sehingga hari ini Hasan Ali tidak tahu apa sebab beliau dipecat....!

Malah yang mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang memecat Hasan Ali tanpa notis dan tanpa peluang bela diri ialah Haji Hadi sendiri, dan beliaulah yang membuat kenyataan media selepas itu mengumumkan pemecatan Hasan Ali.

Mana suara Nik Aziz atau Hadi semasa itu....? Bukan sahaja mereka tidak memberi hak bersuara itu kepada Hasan Ali, malah mereka turut bersekongkol dalam tindakan memecat bekas Psesuruhjaya PAS Selangor itu tanpa diberi sebab, tak diberi hak bela diri..., tak diberi hak bersuara..., malah tak diberi notis...!

Tetapi bila terkena batang hidung sendiri, dengan segera segala ayat Quran, hadis serta hukum Islam dicedok, digali untuk melapik tuntutan dan desakan mereka.

Hari ni Haji Hadi pulak berkokok sakan mahu hak membela, hak memberi penjelasan, melalui siaran langsung RTM lagi....!

Ini adalah amalan politik dua alam, politik hipokrit dan cakap tak serupa bikin yang sangat jelas. Lebih teruk, mempergunakan syariat Islam hanya untuk menghalalkan kepentingan politik mereka!

Hadi Awang yang mendesak diberi ruang selama satu jam siaran secara langsung di media utama (RTM/TV3) untuk memberikan penjelasan mengenai isu Amanat Hadi 1981 yang mencetuskan kontroversi berikutan pendedahan pengikut taksub dan ahli seumur hidup PAS Cikgu Zainon Ismail @ CN Al-Afghan melalui bukunya 'Kafirkah Aku'.

Desakan Hadi turut disokong oleh Datuk Nik Aziz yang menyandarkan hujahnya kepada hukum Islam yang mewajibkan semua pihak diberi hak bersuara dan membela diri.

Nak mintak hak bercakap dan membela diri  melalui RTM...? TV3...? Atau mungkin juga Utusan...?

Bukankah selama ini media-media utama ni RTM, TV3 dan Utusan difitnah oleh Pembangkang sebagai 'media-setan'. Diberi label TV 3/4, Utusan Setan, Utusan Meloya; sampai ada yang sanggup boikot dan bakar! Malah sampai tidak dibenarkan buat liputan dalam majlis Pembangkang!

Pengikut taksub buat kenyataan haram tengok TV3 & RTM.... Kalau orang UMNO mati, kapankan dengan kertas Utusan aje..!

Seterusnya, klik SINI

7 comments:

paktam said...

Hassan Ali di pecat bukan kerana kes murtad, tetapi kerana tangkap Maza semasa memberi ceramah agama tanpa tauliah di rumah seorang penyokong PKR. Ini mumkin di lakukan atas arahan al Juburi.

Anonymous said...

Mmg puak cakap xserupa bikin..

Yg sesat ialah penganut2 PAS..jadi spttnya penerangan tntang Amanat Dajjal tuh buatla kat media pakatoon saje sbb penganut pakatoon kan BOIKOT RTM dan TV3...

Masa wat Amanat Dajal tuh xde pon di broadcast keseluroh donia tapi kesannya smp mnjadi denyut nadi penganut parti ajaran sesat tuh..

Mungkin itula hikmah n ajis dan hadi hidop smp skrg..selagi sempat BETOLKAN la akidah penganut taksub PAS krn ia dah mnyesatkn ribuan penganut PAS dan mnyusahkn jutaan umat Islam di Malaysia...

Anonymous said...

Bagi orang yang mampu berfikir dan melihat dengan jelas apa yang berlaku diMalaysia hari ini khasnya dalam aspek politik tidak akan ragu2 lagi untuk menolak Pakatan Pembangkang. Kerosakan yang dilakukan oleh Pembangkang hari ini amat jelas. Pemimpin2 pembangkang hari ini amat lemah dalam pelabagai aspek kecuali melakukan PEMBOHONGAN.

Dari semua aspek kehidupan pembangkang ternyata mengembangkan budaya hipokerasi. Bagi majoriti orang Islam dan orang Melayu di Malaysia kita berpegang kepada perinsip 'HUBUNGAN'. HUBUNGAN kita dengan Allah SWT, HUBUNGAN kita dengan sesama manusia dan HUBUNGAN kita dengan alam. Jika ketiga2 HUBUNGAN itu dijaga dengan baik maka kita akan sentiasa dalam keadaan harmoni kerana ketiga2 HUBUNGAN itu saling kait mengait.

Bagi Kerajaan BN yang ditunjangi oleh UMNO, ketiga2 HUBUNGAN itu diperaktikan dengan baik. Malangnya bagi pihak pembangkang PAS, PKR dan DAP ianya tidak berlaku. Dikalangan ketiga2 parti itu sendiri sering bercanggah antara satu sama lain. Malah didalam parti mereka sendiri berlaku berbagai masaalah dalaman yang serius. Tidak cukup dengan itu pembangkang melakukan pembohongan demi pembohongan untuk meraih sokongan rakyat. Lebih menjijikan apabila PAS yang kononnya lebih Islam dari orang lain banyak melakukan kemungkaran.

Bagi orang Islam dan Melayu, mereka tidak ada pilihan selain dari menolak pembangkang. Apa yang sedang berlaku dinegeri2 dibawah pemerintahan pembangkang seharusnya sudah cukup untuk membuka mata kita apa yang bakal berlaku jika pembangkang berada diPutrajaya. Nauzubillahhiminzalik. Wallahualam.

mtk

jonnyszetalk said...

Salam 1 Malaysia.Kenapa sekarang sibuk nak minta hak untuk beri penjelasan?Kenapa masa nak ceramah pada 7/4/1981 dulu,tak minta penjelasan dari UMNO dulu sebelum mengkafirkan UMNO?Bila amanat dah mula makan diri,macam-macam lah alasan yang dicari.Semoga beroleh hidayah.

Anonymous said...

dulu saya juga hampir percaya ibrahim lybia dan pengikutnya mati syahit.. hari ini saya tertanya2 siapa yang menjadi pembela kpd polis yang mati semasa kejadian. puak hamPAS sebaliknya mengatakan mereka mati sia2. saya berpandangan anggota polis tersebut patut diingati semula. mereka terbunuh kerana tidak bersenjata semasa memujuk ibrahim menyerah diri sebaliknya ibrahim & pengikutnya menyerang mereka. kini saya terasa sangat tragis kepada aruah2 anggota polis yg menjalankan tugas awam.

Anonymous said...

kedajalan hadi dgn amanat tenatnya itu semakin terbuka, inilah kerja Allah, yg memdedahkannya pun org2 pas yg menjadi pengikut bontot pas, jd apa masalahnya umno dikaitkan dgn begitu teruk cercaan dan makian? umno cuma ambil kreadit aja sbb hidangan dah di depan mata, bodoh punya manusia taksub lg munafik

Anonymous said...

amanat hadi...senjata yg makan tuannya, anggota yg menjahanamkan badan dan kepalanya.