Keganasan yang dilakukan oleh Israel di Gaza amat menyayat hati rakyat
Malaysia dan dengan perkembangan terkini yang melibatkan rakyat Malaysia
dalam menghulurkan bantuan....
Menurut penjelasan YAB Perdana Menteri Datuk Sri Najib, adalah amat wajar beliau
melawat wilayah Palestin itu bagi menyatakan sokongan terhadap
perjuangan mereka.
Najib juga berkata lawatannya itu memberi peluang kepada beliau
menyatakan sokongan kepada Fatah dan Hamas untuk menubuhkan kerajaan
perpaduan secepat mungkin.
Kewujudan kerajaan perpaduan antara Fatah dan Hamas penting bagi rakyat
Palestin iaitu pra-syarat untuk mereka mendapatkan kejayaan yang
diidam-idamkan dalam perjuangan mereka, katanya.
Berbeza sekali dengan sikap dan pendirian makhluk durjana bernama Anwar Bin Ibrahim yang menyatakan sokonga beliau untuk kerajaan Israel. Juak juak laknatullah Zionist ini setiap detik dan waktu membunuh orang islam Palestine ibarat menjamah santapan harian.....
Rakyat di Malaysia khususnya yang beragama islam boleh membuat penilaian anda sendiri untuk membezakan peranan seorang pemimpin yang dimainkan oleh dua watak berbeza antara Najib dan Anwar.
Diantara mereka berdua siapakah yang mempunyai naluri memperjuangkan nasib umat islam...? Diantara Najib dan Anwar siapakah sangat merbahaya untuk menggadaikan maruah agama islam demi memenuhi cita cita peribadi tersendiri...??
Apabila YAB Perdana Menteri ditanya mengenai dakwaan Presiden Palestin Mahmoud Abbas yang tidak senang
hati dengan lawatan beliau, Najib berkata mungkin ada salah faham tetapi
beliau telah menjelaskan kepada wakil Fatah di sini semalam bahawa isu
terkini Palestin ialah mengenai penderitaan rakyat di Gaza bukannya
Tebing Barat.
"Saya tidak dapat lawat Ramallah (Tebing Barat yang dikuasai Fatah)
yang ruang udaranya di bawah kawalan Israel dan Israel tidak akan
memberikan kebenaran melainkan kita ada hubungan diplomatik dengan
Israel," katanya.
Najib berkata rancangan asal beliau untuk melawat kedua-duanya, Tebing
Barat dan Gaza, tetapi tidak dapat dilaksanakan kerana sekatan yang
sedia ada di Tebing Barat.
Justeru, Najib berkata lawatan beliau ke Gaza jangan disalah tafsir di
mana ia tidak memberikan kelebihan dan kekurangan kepada Hamas mahupun
Fatah, sebaliknya Malaysia menggesa kerajaan perpaduan yang dianggotai
Hamas dan Fatah menjadi kenyataan dalam masa terdekat.
Najib juga berkata kerajaan perpaduan di Palestin adalah amat penting
supaya keputusan pilihan raya Israel yang berlangsung semalam dikhuatiri
akan membentuk kerajaan yang mengamalkan dasar yang lebih keras
terhadap Palestin.
Beliau juga berkata isu Palestin amat dekat di hati beliau di mana
semasa beliau menjadi Menteri Pelajaran dan Pertahanan beliau sendiri
telah menaja dua kanak-kanak Palestin.
Rujukan; Di SINI


1 comment:
Mohon dipautkan blog MMI mahamissa.blogspot.com terimakasih.
Post a Comment